Artikel di bawah adalah analisis dari artikel sebelumnya iaitu sidang akhbar Anwar Ibrahim 18 September
edyes wrote on 18Sept DSAI press confrence:
Saya percaya ini adalah detik-detik terakhir sebelum kerajaan berpindah tangan. Saya percaya Anwar dan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk membimbing negara yang kian kucar kacir ini.
Dengan perkembangan yang baik ini juga, saya yakin para penyokong pakatan akan lega dan pastinya menaruh seribu harapan demi negara yang tercinta dan demi masa depan yang lebih baik.
Logik. Kata-kata Anwar adalah berasas sama sekali. Mungkin saya terlebih berharap, tetapi biarlah saya tertiarap dengan harapan yang menggunung ini kerana kita tiada banyak pilihan. pilihan yang kita ada ialah LAWAN TETAP LAWAN !
DSAI telah beberapa kali menegaskan, jika paklah tidak percaya sila usulkan sidang tergempar parlimen. Jika paklah berani berbuat demikian, maka keberanian itu akan dikenang selamanya kerana DSAI telah mempertaruhkan segala kredibilitinya pada sidang tersebut.
Sekiranya Anwar gagal pada sidang parlimen tergempar panggilanya sendiri, sudah pasti ini juga akan dikenang oleh kawan dan lawan, akan diingati sampai bila-bila. Anwar bukan saja mempertaruhkan kredibilitinya malah mempertaruhkan karier politiknya.
Oleh demikian, paklah seharusnya berani menerima cabaran terakhir ini. Karier politik Anwar berada di hujung tanduk bersama sidang parlimen yang diusulkan.
Mengikut kata-kata paklah sendiri kononnya kerajaan BN kian kukuh, sepatutnya sebagai sebuah kerajaan yang KUKUH, adalah tiada masalah untuk menerima cabaran lawan arakian lawan itu juga telah acap kali dituduh menipu rakyat. Di manakah asas paklah dalam membuktikan sejauh mana kukuhnya kerajaan sedia ada JIKA tidak berani berdepan dengan klimex politik tempatan.
Hari persidangan parlimen tergempar itu akan menjadi titik penentu kepada politik pasca pilihanraya umum ke 13 yang lalu. Saya cabar paklah, jika paklah mahu menghentikan kecelaruan politik yang berlaku sekarang, inilah masanya dan inilah medan perang terakhir.
Inilah klimex yang kita tunggu selama ini dan kita pun tidak punya ruang lagi untuk menunggu lebih lama kerana rasa bosan itu sudah mencapai tahap yang agak kritikal. Hanya tinggal sabar yang tipis sekali.
Saya tahu ramai antara kita yang bersabar dan ramai juga yang terus bersabar memendam rasa. Kesabaran yang menguji iman dan istiqamah.
Akhir kata, saya yakin perubahan kerajaan ini akan berlaku dalam sedikit masa lagi. Ditambah pula dengan sidang akhbar DSAI 18 September (semalam) membuatkan saya semakin yakin. Percayalah, Malaysia ini perlu cepat diselamatkan, inilah masanya. Kerana kita wajar memiliki Malaysia yang jauh lebih baik!
RE-FOR-MA-SI !!
-edyesdotcom
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Friday, September 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment