PETALING JAYA: Parti Maju Sabah (SAPP) akan berperanan sebagai parti 'Bebas' di Parlimen selepas ia mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN), semalam.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Parlimen sebagai ‘orang tengah’ tidak ada masalah sekiranya parti itu mahu keluar dari BN.
“Kita tidak ada masalah dengan itu (keluar dari BN).
"Cuma selepas kita terima surat rasmi yang beritahu mereka (SAPP) keluar BN, kita harus buat aturan semula tempat duduk wakil dari SAPP di Parlimen,” katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.
Wan Junaidi berkata, ketika ini kedudukan dua wakil SAPP di Dewan Rakyat iaitu Datuk Chua Soon Booi (Tawau) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) adalah di kalangan Ahli Parlimen yang senior.
“Justeru, selepas ini, kita akan letakkan mereka di tempat duduk Bebas, berkemungkinan di belakang Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas) kerana mereka bukan BN dan mereka juga tidak menyertai Pakatan Rakyat,” katanya.
-mSTAR Online
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Friday, September 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment