September namblas berlalu tanpa peralihan kuasa. sebaik jam melepasi angka 2400hrs September namblas dan bertukar pada angka 0000hrs September tujuh blas, maka bermulalah acara joget lambak dan gelak-ketawa berpanjangan bagi muda-mudi, puteri, putera, veteran & penyokong-penyokong UMNO/BN anjuran "Bos" depa.
Sebelah Pakatan Rakyat pulak, cool dan tetap santai seperti biasa maklumlah ni bukan kali pertama dan kedua cita-cita tak kesampaian... dah "kalih" kata org lama. apa ada hal?
Hari ni dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat, DSAI umumkan tuntutan supaya diadakan satu Sidang Parlimen Tergempar untuk mengusul undi tidak percaya terhadap kepimpinan kerajaan UMNO/BN.
Sebelum tu, banyak pihak lebih-lebih lagi dari kem UMNO/BN mempersoalkan kebenaran kata-kata DSAI bahawa Pakatan Rakyat mempunyai bilangan MP yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan Pakatan Rakyat dan ada jugak suara-suara yang mencabar supaya Pakatan Rakyat mendedahkan nama-nama MP-MP yang berpaling tadah kepengetahuan umum.
Soalan dan provokasi tu tak dijawab oleh Pakatan Rakyat mahupun DSAI sebaliknya DSAI mengambil tindakan yang lebih bijak dengan menuntut satu Sidang Parlimen Tergempar diadakan secepat mungkin.
Tanpa mengambil masa yang lama Pak Lah dengan angkuhnya menolak bulat-bulat tuntutan tersebut dan disitu satu "Checkmate" untuk Pak Lah & UMNO/BN khususnya.
Kenapa "Checkmate" sedangkan September Namblas tidak berlaku dan sampai waktu ni UMNO/BN masih lagi memegang takhta kerajaan pusat?
Jawapannya cukup mudah. tanpa disedari oleh Pak Lah... beliau telah mengesahkan bahawa berita MP-MP yang berpaling tadah adalah benar, nyata & bukan khayalan Pakatan Rakyat. kalau benar semua dakwaan tersebut adalah palsu, kenapa perlu Pak Lah menolak tuntutan tersebut?
Tolak sebab tak de keperluan untuk buat Sidang Parlimen Tergempar atau tolak sebab takut kena "tolak" dalam Undi Tidak Percaya???
Kalau Pak Lah bijak... inilah masanya untuk Pak Lah buktikan bukan saja pada Malaysia, malah pada negara luar bahawa UMNO/BN dibawah Pak Lah masih mendapat sokongan majoriti dan ini juga masanya untuk Pak Lah dan kerajaan UMNO/BN buktikan pada Malaysia dan seluruh dunia bahawa DSAI berbohong dalam kenyataannya berhubung sokongan MP-MP tersebut...
Ada berani ke Pak Lah???
Lahhh...... tidur pulak Lahhh......
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Friday, September 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Satu pemerhatian yang tajam.
Saya lihat, para pemimpin sedang berebut nak pegang sesuatu di antara satu sama lain.
Pak Lah dan Najib, satu contoh klasik.
Bila Najib semacam nak cepatkan peralihan kuasa, Pak Lah zapp, Najib kalih balik.
Sekarang Anwar pula melakukan yang sama terhadap Pak Lah.
Jika Pak Lah kata, "Tidak", checkmate.
Jika Pak Lah kata, "Ya", Anwar tetap menang.
Serba-salah, jadi dia buat-buat tidor Lah...
Rasanya Pak Lah tidur untuk dapat ilham atau mimpi macamana nak terus kekal berkuasa.
Cam main bola pun ada jugak. DSAI pas bola kat Pak Lah minta nak jumpa, Pak Lah pas balik kat DSAI kata malas nak layan, DSAI pas balik bola kat Pak Lah kata nak sidang tergempar, Pak Lah pas balik kat DSAI kata tak perlu pun, lepas ni DSAI nak pas bola kat siapa ye...nak main pas-pas lagi ke atau nak terus rembat masuk gol, huhuhu Pak Lah dah siap nak tepis bola tu
Terlebih dahulu TAHNIAH & SYABAS aku ucapkan krn kejyaan "JOKE 16SEPT" memenangi anugerah utama dan dipilih sbg lawak paling kelakar serta layak dinobatkan joke of the year.
Korang ada hantar utk direkodkan dlm Malaysia Guiness Book tak?
hehehe
Sbg penerbit berkaliber,kejayaan tu pastinya membakar semangat utk menerbitkan satu lagi joke kelakar giler taraf lembu,..sapa dgr pun pasti gelak guling2".
pe nama joke tu??
dgr citer JOKE 23sept plak??
hehehehe,.hikhik
Tapi difahamkan finas xapproved sbb dlm bulan puasa joke tu xsesuai ada unsur liwat skit, lalu suruh tukar tajuk ke JOKE 13OCT,.
hikhikhikhik,..!!
Sama-sama kita tunggu,.bukan lama sgt,..
klu 6 bulan leh tggu xkan 3 minggu xleh kot,..?? kahkahkah,.
Sambil2 tggu tu,..dengar2 citer dr mahkamah,.
KWARKAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!
Post a Comment