
Sebaliknya Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya akan memfokus terhadap Bajet 2009 terlebih dahulu.
"Kami hendak menumpukan pada bajet dulu," kata Ketua Pembangkang di Parlimen itu pada sidang akhbar di lobi bangunan Parlimen tengah hari ini.
Kira-kira sejam sebelum Anwar menyatakan demikian Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tarikh baru yang diumumkan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini sebagai satu kenyataan yang tidak boleh diterima dan mengarut.
Petang ini Anwar akan menyambung perbahasan ke atas Ucapan Bajet 2009 yang sebelum ini dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Kewangan.
Kini Menteri Kewengan ialah Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
-mSTAR Online
No comments:
Post a Comment