"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 13, 2008

Datuk Shah Rukh Khan: Ali Rustam Pertahan Ke"BANGANG"an

KL: Sebuah negeri di Malaysia mempertahankan langkahnya menganugerahkan gelaran Datuk kepada seorang bintang filem Hindustan, menurut beberapa laporan akhbar semalam.

Bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan, dianugerahkan gelaran Datuk oleh kerajaan Melaka sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam mempromosi negeri itu melalui filem-filemnya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam, berkata Shah Rukh Khan membantu menggalak pelancongan negeri itu kerana enam filemnya melibatkan lokasi-lokasi di Melaka, kata beliau, seperti yang dipetik oleh laporan The New Sunday Times (NST) semalam.

Ini termasuk filem bertajuk One 2 Ka 4, yang pengambarannya dibuat di sebuah pusat peranginan di Melaka pada 2001.

Bagaimanapun, langkah tersebut mencetuskan kontroversi.

Laporan NST itu berkata bahawa ramai rakyat Malaysia terperanjat dengan penganugerahan gelaran tersebut.

Pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang, dalam satu kenyataan, berkata keutamaan seharusnya diberi kepada artis-astis tempatan.

'Saya fikir anugerah itu diberikan kepada mereka yang menyumbang kepada pembangunan Melaka.

'Saya tertanya-tanya sama ada Shah Rukh Khan tahu di mana Melaka,' kata seorang peniaga, Fatimah Tahir, kepada akhbar tersebut.

No comments: