"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 13, 2008

Gerakan mahu ISA dimansuhkan

KL: Parti Gerakan Rakyat Malaysia mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan dan undang-undang antikeganasan diperkenalkan, seperti cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).


Ia merupakan antara lima resolusi utama yang diluluskan oleh persidangan perwakilan kebangsaan ke-37 parti itu yang berakhir di sini semalam.



Selain resolusi itu, persidangan tersebut juga meluluskan resolusi mengenai politik, ekonomi, hal ehwal parti dan pendidikan.



Persidangan tiga hari itu menggesa agar Akta Anti-Keganasan berkenaan tertumpu kepada langkah pencegahan, dengan menahan mereka yang melakukan tindakan keganasan dan juga meliputi perlindungan seperti hak kepada semakan penghakiman dan pelantikan peguam bagi tahanan.



Dalam menggalakkan keharmonian agama dan etnik, Gerakan bercadang menubuhkan pasukan pakar untuk memberikan maklum balas kepada parti bagi merumuskan kod tatalaku Barisan Nasional (BN).



Parti itu bercadang mengadakan dialog tetap dengan pelbagai badan agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai pelbagai isu kebimbangan bersama serta menggubal dan menguatkuasakan undang-undang terhadap penerbitan dan ahli politik yang menggugat keharmonian antara kaum dan agama.



Ia mahu kerajaan Malaysia membuat persediaan berhubung ekonomi negara bagi menghadapi cabaran global dengan meliberalisasikan Dasar Ekonomi Baru untuk meningkatkan daya saing Bumiputera, menarik pelabur asing dan menghalang pakar daripada meninggalkan negara.



Gerakan turut menggesa kerajaan Malaysia supaya menyegerakan pelaksanaan pembaharuan badan kehakiman dan menubuhkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MCAC) untuk meningkatkan keyakinan pelabur.

No comments: