"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 13, 2008

Zahid..! Hang Teropong Rumah Hang Dulu..!

Menteri UMNO Zahid Hamidi ketika mengulas isu replika Anwar yang didirikan penyokongnya di Batu Caves mendakwa ianya bercanggah dengan Islam. Ustaz Nasarudin Tantawi telah mengulas panjang hukum Islam berkaitan dengan replika tersebut.Hakikatnya ia bukanlah berbentuk patung yang mempunyai tiga dimensi. Untuk perbahasan lanjut sila ke blog Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi . Tetapi yang nyata dua lagi gambar dalam blog ini sah ada lah sebuah patung. Satunya patung Tunku di jalan Bukit Bintang. Patung Tunku juga boleh dilihat di hadapan bangunan Parlimen. Satu lagi ialah Tugu Negara. Apa yang menghairankan, Zahid Hamidi tak nampak ke patung patung ini.Tak salah pulak dari segi syarak.Yang salah kalau tugu atau patung tu gambar pemimpin pembangkang.

Setiap kali sambutan Hari Pahlawan, pemimpin negara akan datang meletakkan kalungan bunga ditugu dan bertafakur. Walaupun ianya difatwakan haram oleh Majlis Fatwa. Lebih lawak lagi bila ada pemimpin BN yang menegur pembinaan replika itu dengan menganggap ianya satu pembaziran.Walaupun saya sendiri kurang setuju dengan pembinaan replika tersebut,tetapi bila BN bercakap soal pembaziran, tentulah saya tergelak besar. Mana ada istilah 'MEMBAZIR' dalam kamus Umno /BN.Janganlah jadi kambing yang suruh anaknya mandi! .Yang dia sendiri tak pernah kenal air sejak dari lahir ke bumi!.

-
tukulbesi


[Maka ini jelas menunjukkan kejahilan puak-puak UMNO karat ini. Benarlah kata Anwar, bila terkena atas batang hidung sendiri semuanya boleh belaka. Tapi bila terkena kepada pemimpin pembangkang semua pemimpin UMNO berkokok. Walhal apa yang berlaku didepan mata mereka "butakan" dan buat tak nampak. Patut replika Anwar adalah hanya gambar yang diperbesar dan diperkukuhkan dengan papan. Tapi patung tugu dan tunku Abd Rahman itu bukan lagi replika sebaliknya memang telah diukir sedemikian rupa untuk disembah oleh mereka. Maka mana yang lebih berdosa dalam hal ini?]

-Pahang Daily

1 comment:

Hasbullah Pit said...

buat link ke artikel ustaz nasrudin tantawi terus la.

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2008/10/masalah-replika-dato-seri-anwar-ibrahim.html