"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 10, 2008

44 lagi pengayuh Jerit ditahan polis

Belum habis dakwaan gangguan polis diadukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), 44 lagi peserta "Rakyat Pengayuh Perubahan" ditahan di sebuah balai polis dekat Ipoh.

Koordinator penganjur program itu Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Y Kohila berkata, ketika kumpulan ini dalam perjalanan dari Sungai Siput ke Ipoh, polis membuat sekatan jalan raya di depan balai Kanthan, Chemor.

Berdasarkan makluman terkini daripada temannya, Kohila mendedahkan penahanan terbaru itu ketika menyampaikan aduannya kepada pesuruhjayanya Datuk Siva Subramaniam.

Kohila berkata, kumpulan aktivis yang ditahan itu diminta mengisi borang dan ditanya sama ada mereka menyertai geng atau kongsi gelap tertentu.

Malaysiakini difahamkam, pengayuh basikal itu ditahan pada 12.00 tengah hari dan dibebaskan 40 minit kemudian.

Kohila menambah, mereka kini meneruskan perjalannya ke Ipoh dan akan disambut oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin esok

Mereka bergerak mulai jam 10 pagi tadi.

Penyelaras Jerit kemudian menyampaikan memorandum lima muka surat kepada Suhakam yang mendakwa polis mengganggu program itu dengan cara mensabotaj, menghentikan, mengugut, menahan dan mengasari para peserta.

Menurut memorandum itu, walaupun program "Rakyat Pengayuh Perubahan" telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi tiada jawapan diterima.

-malaysiakini

No comments: