Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dan tokoh ulama dari Syria, Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhayli hari ini diumumkan sebagai tokoh Maal Hijrah 1430 Hijrah Peringkat Kebangsaan.
Pengiktirafan itu diumumkan pada sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, yang dirasmikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Turut hadir pada majlis sambutan Ma'al Hijrah yang bertema "Menjana Ummah Gemilang" itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kedatangan Ma'al Hijrah pada tahun ini disambut penuh tawaduk dalam kesederhaaan di seluruh negara ketika rakyat masih berdukacita dengan kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lepas dan kematian rakyat Palestin yang tidak berdosa ekoran serangan udara Israel di Selatan Gaza.
Berikutan kemangkatan baginda, Sambutan Ma'al Hijrah dan semua majlis rasmi kerajaan di Negeri Sembilan ditangguhkan dalam tempoh tujuh hari.
Sementara itu, di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pelaburan dalam pendidikan keagamaan dan usaha pemantapan kerohanian adalah signifikan untuk menjana kemajuan dan kegemilangan ummah pada masa akan datang.
Beliau berkata, melalui bajet negeri 2009, sejumlah RM20.8 juta diperuntukkan untuk pengurusan sekolahsekolah agama Islam termasuk rumah anak-anak yatim.
"Dalam masa yang sama, sebanyak RM21.93 juta disediakan untuk penyenggaraan dan pembangunan masjid, surau, dan sekolahsekolah agama di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains)," katanya pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Saadah, Wisma MUIS, di sini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya Datuk Seri Yahya Hussin.
Bagaimanapun, Musa menekankan bahawa keadaan masyarakat khususnya umat Islam tidak akan berubah jika hanya bergantung kepada usaha kerajaan dan penyaluran peruntukan yang besar semata-mata.
"Sebaliknya kejayaan dan kegemilangan umat Islam memerlukan penghijrahan sikap yang lebih positif dan proaktif, sepertimana yang dituntut oleh Islam, terutama dalam menjayakan pelbagai program dan dasar pembangunan kerajaan," katanya.
Di KUANTAN, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa bimbang dengan masalah keruntuhan pegangan akidah di kalangan umat Islam di negara ini.
Baginda bertitah, walaupun negara ini tidak berhadapan dengan ancaman musuh secara langsung namun keruntuhan pegangan akidah, keruntuhan budaya dan sistem nilai masyarakat sangat membimbangkan.
Banyak budaya yang tidak selari dengan Islam telah menjalar dan berakar umbi di kalangan umat Islam pada masa kini terutama masalah remaja seperti mat rempit, pengkid, murtad, isu serangan pemikiran seperti liberalisme, pluralisme, feminisme yang belum ada penyelesaiannya, titah baginda.
"Ketibaan tahun baru hijrah menuntut umat Islam memperkasakan persiapan diri dan ummah bagi mendepani cabaran global, cabaran keruntuhan pegangan akidah, keruntuhan budaya dan sistem nilai masyarakat," titah baginda pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Jubli Perak di sini.
Teks ucapan baginda dibaca oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Sultan Ahmad Shah menyeru seluruh umat Islam supaya kembali mengukuhkan saf ummah untuk menghadapi ancaman berkenaan selain meletakkan keyakinan dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Pada majlis itu, Ketua Pengarah Jabatan Hal EhwaL Khas (JASA) Datuk Mohamed Amin Salih, 62, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang.
Di PERLIS, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat menghindari sebarang bentuk penulisan yang berunsurkan penipuan yang dapat memesongkan dan memecahbelahkan umat serta mendorong ke arah kerosakan akidah dan syariah.
Baginda memberikan contoh blog yang cuba menghina Rasulullah s.a.w yang diwujukan barubaru ini.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian semasa merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri hari ini. Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Pada majlis itu, bekas Pengarah Pelajaran Selangor Abdul Aziz Abbas dan pendakwah bebas Hassan Ismail Batu Bara dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis.
Di PERAK, sambutan ketibaan tahun 1430 Hijrah diraikan dalam suasana sederhana mulai petang semalam di Masjid AnNur Batu 8, Ulu Kinta di sini yang dipenuhi dengan slot ceramah Maal Hijrah, bacaan Yasin dan AlQuran serta terjemahannya.
Program itu turut diisi dengan solat berjemaah, bacaan doa awal dan akhir tahun serta Forum Perdana Maal Hijrah manakala sambutan kemuncak hari ini yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan diteruskan dengan ceramah Perdana bertajuk 'Aman Palestin'.
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan berangkat bersamasama Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara serta Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah ke majlis itu dengan diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan isteri Datin Seri Fatimah Taat.
Raja Dr Nazrin turut berkenaan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Muhammad Rivai Batubara atas jasa dan sumbangan cemerlang beliau dalam pembangunan ilmu Islam dan khidmat bakti yang dicurahkan sebagai pendakwah yang disegani.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Nordin pula menerima Anugerah Khas sempena sambutan kali ini yang turut diraikan kira-kira 1,500 hadirin.
Di JOHOR BAHRU, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman meminta seluruh umat Islam mengukuhkan perpaduan bagi menghadapi pelbagai ancaman yang boleh menggugat kedudukan Islam.
"Islam sering disalah anggap oleh pelbagai pihak. Islam dianggap oleh mereka sebagai penghalang kepada proses pembangunan, malah dituduh kononnya mengkucar-kacirkan kehidupan harian mereka.
"Lantas, mereka cuba mempertikaikan kredibiliti Islam itu sendiri dengan membawa contohcontoh untuk menyokong pendapat mereka seperti isu murtad, liberalisasi Islam, sekularisme, penukaran agama, pertikaian fatwa dan sebagainya," katanya pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Kompleks Islam Johor di sini.
Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman.
Pada majlis itu, pasangan suami isteri Md Noh Ma'ruf dan Fatimah Emran dipilih menerima anugerah Ibu Bapa Mithali Johor, Anugerah Khas Orang Asli diberikan kepada Senator Osman Bungsu manakala Mohd Shaiful Bahari Chu Abdullah, Mohd Azmi Nanak Abdullah dan Noraini Surah Soanga Abdullah pula menerima Anugerah Khas Saudara Kita.Tiada anugerah Tokoh Maal Hijrah Johor diberikan pada tahun ini.
Di SELANGOR, bekas Ketua Hakim Syarie Selangor Datuk Abu Naim Ikhsan dianugerah Tokoh Maal Hijrah 1430 peringkat negeri kerana pengalamannya yang luas dalam bidang perundangan Islam.
Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah yang mewakili kekandanya Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIs) di sini.
Abu Naim, 71, yang berasal dari Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam, telah berkecimpung dalam bidang kehakiman selama 36 tahun dan merupakan antara individu yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pemisahan pentadbiran antara Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam.
Abu Naim menerima wang tunai RM10,000, pakej mengerjakan umrah, medal, sijil dan sepersalinan pakaian.
DiMELAKA, sambutan Maal Hijrah peringkat negeri dimulakan malam tadi dengan bacaan Yassin dan tahlil.
Majlis sambutan yang berlangsung di Masjid AlAzim itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Di KUALA TERENGGANU, sambutan Ma'al Hijrah diraikan dalam suasana sederhana mulai petang semalam di seluruh negeri, dengan dipenuhi dengan program ceramah Maal Hijrah, bacaan AlQuran dan solat hajat.
Di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, di sini, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bersamasama kira-kira 1,000 umat Islam mengadakan majlis tahlil dan juga dan doa selamat memohon kesejahteraan rakyat dan negara.
Sementara orang ramai pula mengadakan jamuan dan majlis tahlil di masjid dan surau seluruh negeri.
Di PULAU PINANG, sambutan Maal Hijrah peringkat negeri diadakan di Dewan Milenium di sini hari ini.
Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, 64, dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1430 Pulau Pinang.
Anugerah disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.
Warga emas, Khatijah Aziz dipilih menerima anugerah Ibu Mithali, guru agama Haroon Shafiee, 70, menerima anugerah Bapa Mithali manakala Nazirah Nantha Kumari, 39, menerima anugerah Saudara Kita dan Pengetua Sekolah Agama Al Madrasah Ijtimiah, Ha'mzah Jaafar pula menerima anugerah Pendakwah Negeri.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Najib serba salah kerana jika wan farid menang,khairi berpeluang cerah menjadi ketua pemuda dan menteri kabinet.
Wan Farid pula akan dijadikan menteri dalam negeri di dalam rombakan kabinet selepas PRK Kuala Terengganu.Hamid Albar akan berpindah ke kementerian luar.
Muhyiddin atau Rais Yatim akan tersingkir dan khairi akan bergelar menteri kewangan termuda dalam sejarah.
Jika BN kalah,najib akan dipersalahkan.Khairi akan dilantik menjadi menteri belia dan sukan.peluangnya untuk menjadi ketua pemuda akan tergugat kerana sekali lagi akan dipertanggungjawabkan sebagai liabiliti kepada UMNO.
Penganalisis politik berpandangan,baik BN kalah untuk memastikan proses peralihan kuasa berjalan lancar.
Wahh, today you write good thing, I dont attack youlah, good boy.
Wah Tok Iskandar got something about KJ, intresting, is it facts or black mail. Well, to me KJ got something special that no body has. Strength and GUTs to accept opposition challenge to join a debate at their strong port. GREAT KHAIRY, Tuah respect you, more and more each day.
kalau talipinggang dikena kan saman beribu2 ringgit...apa kata kita mulakan maalhijrah kepada kakitangan kerajaan yang tak berkualiti...ubah akta kekebalan pembuangan kakitangan kerajaan,tapis/buang 50 ribu kakitangan kerajaan.ia perlu kerana sebagai rakyat dan pembayar cukai nk kualiti...jangan duk nk cukai je.maalhijrah utk semua aspek!!!!!!
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria diumumkan sebagai tokoh Maal Hijrah 1430 Hijrah Peringkat Kebangsaan. aku tak heran.
tapi aku musykil dan ada rasa kecewa bila dia kata org tak hargai dia..? ape maksud dia kata mcm tu..? tapi bila dapat tokoh maal hijrah ni.. kata pulak org baru nak hargai dia..? jadi pada aku dia ni nak kan Pengiktirafan laa selama ni dengan apa yg dia buat selama ni.. dan selama ni pun dia dapat gaji kan.. jadi..?
Post a Comment