Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada jam 2.30 petang ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Norzam Mohd Nor berkata pemasyhuran itu akan dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, lapor Bernama.
Selepas itu dan dengan perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan disemadikan. Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira jam 11.45 pagi Sabtu lalu. Baginda berusia 86 tahun.
Pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.
Katanya pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Sementara itu, rakyat jelata diperuntukkan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tuanku Ja'afar mulai jam 11 pagi hingga 12 tengah hari esok manakala kerabat diraja, orang kenamaan dan perwakilan asing mulai pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.
-malaysiakini
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment