"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 29, 2008

Isu MP Kapar: Hari Rabu signifikan buat PKR - malaysiakini

Hari terakhir tahun 2008 - Rabu ini - dilihat sebagai hari yang signifikan bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak ia menyaksikan prestasi luar dugaan dalam pilihan raya umum Mac lalu.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang sehingga semalam tidak berganjak daripada pendiriannya - mahu keluar PKR - dijadual mengumumkan keputusannya secara rasmi pada hari tersebut.

Walaupun ada usaha dan nasihat termasuk daripada Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali dan rakan-rakannya yang mahu Manikavasagam, 43, mengkaji semula pendiriannya, beliau tetap dengan keputusan keras yang bakal diumumkan minggu ini.

Malah, semalam wakil rakyat penggal pertama itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Negeri dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kenyataan Khalid dan Hadi (semalam) menunjukkan mereka bukan pemimpin politik yang sanggup menyelesaikan masalah yang wujud.

"Saya kecewa dengan kenyataan mereka...mereka tidak sepatutnya keluarkan kenyataan seperti itu semalam," kata Timbalan Pengerusi PKR Selangor ini sambil menambah, Khalid masih bertindak seperti "orang korporat, bukannya orang politik."

Kata Manikavasagam, Khalid masih bertindak seolah-oleh sebagai pemimpin korporat di mana apabila ada kakitangan mahu berhenti kerja ataupun sebaliknya, dengan segera menerimanya tanpa melihat masalah sebenar yang wujud.

"Ini politik, bukan korporat," kata Manikavasagam yang juga anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR ketika dihubungi semalam.

Dalam komennya semalam, Khalid berkata, beliau menyerahkan kepada Manikavasagam untuk membuat keputusan sama ada mahu kekal ataupun keluar dari PKR dengan menganggap beliau sudah matang untuk mengambil sebarang keputusan.

Dalam pada itu, Hadi pula berkata, Manikavasagam juga patut melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kapar jika keluar PKR.

Kata Manikavasagam, beliau dan penyokong kecewa kerana Hadi tidak memperlihatkan semangat sebagai seorang pemimpin politik yang kanan untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Syed Husin berkata, PKR akan membincangkan isu pendirian Manikavasagam Rabu ini.

Katanya, mesyuarat Biro Politik iaitu badan tertinggi penentu dasar politik parti itu akan membincangkan semua perkara yang berkaitan dan mencari penyelesaian.

Ia akan dipengerusikan oleh Syed Husin sendiri memandangkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar negara sehingga 6 Januari ini.

Dalam kenyataan itu, Syed Husin yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin mengingatkan pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat supaya tidak membuat reaksi terbuka mengenai perbezaan pendapat dan perbalahan melalui media terutama yang dikuasai parti pemerintah.

"Saya menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukakan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media, terutama yang dikuasai parti pemerintah BN," kata beliau.

PKR adalah anggota komponen Pakatan Rakyat yang memerintah lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

12 comments:

AbgTuah said...

Kahlahlahkah, inilah bukti yg nyata kepada mereka yg masih belum buta, bahawa PAKATAN RABAK telah terkoyak, yaaa, terkoyak kerana perpaduan yg mereka ujudkan adalah perpaduan TEMPOYAK, hahaha, hanya layak dibuat sambal aje.

Sedikit demi sedikit maka telah tertonjol ketidakwibawaan mereka, dari isu kepimpinan, isu ketetapan dan pertelingkahan dasar, isu ketidaksamaan pengagihan kepimpinan, isu Eardogol,isu melompat-lompatan, ehhhh macam2 lagilah isu pelik2 yg tak pernah aku dengar selain ujud didalam PAKATAN RABAk ni.

Jadi bagi yg buta tu maka perkara ini mereka anggap adalah satu rahmat konon kenennya buat menguatkan lagi PAKATAN RABAK mereka. Hahaha pertunjuk dan TULAH yg diturunkan dan ditunjukan masih mereka terpingga tak nampak hahaha.

Irzuan said...

PEWARIS MALAYSIA mahu Freemason diharamkan! Minta jasa baik untuk letakkan isu ini diblog tuan agar mendesak pihak media dan kerajaan..maklumat lanjut ada di blog pewaris malaysia: http://pewarismalaysia.blogspot.com/2008/12/bertahun-gerakan-freemason-bertapak-di.html

Anonymous said...

MALAYSIANNIGER HAS THIS TO SAY....

ONE THING THAT THIS MP MUST UNDERSTAND,WE THE INDIAN COMMUNITY WILL BE THERE BEHIND YOU IF YOU ARE IN THE RIGHT......TILL YOU WORK AND FIGHT FOR YOUR RIGHT WITH IN THE PAKATAN.
AND.........
IF WE FIND THAT YOU ARE JUST MAKING AN ISSUE TO CREATE AN UN FOR SEE ISSUE TO BREAK THE TRUST IN THE PAKATAN USING THIS INDIAN COMMUNITY..... MY ADVICE JUST STEP DOWN.........
LET ME TELL YOU .......
WE THE INDIAN COMMUNITY HAVE SEE THE GREAT CHANGE AFTER 8/3/08.
UNDER THE LEADERSHIP OF THE PARKATAN.........
WHAT WAS NOT SPOKEN FOR MORE THEN 25 YEARS FOR THE DEAR INDIAN COMMUNITY WAS OPENLY SPOKEN AND THERE WERE PEOPLE TO HEAR THE VOICE OF THIS COMMUNITY.......

I HOPE YOU ARE NOT TRYING TO BE THERE OTHER 8 APAN IN THIS COMMUNITY.......
WE HAD MORE THEN 25 YEARS OF NO VOICE IN THE PARLIMAN WITH LEADER LIKE ASSHOLD YES MAN SAMY VELOO.
THE COMMUNITY HAS BEEN ROB,RAPEED
AND THE COMMUNITY HAS LOST OUT IN EVERY THING........

MY ADVICE TO YOU THE MP OF KAPAR.........
PLS DO NOT TRY THE SAME AS THE ASSHOLD LEADER SAMY VELOO....

THE DEAR INDIAN COMMUNITY IS AWARE WHAT IS GOING ON AND WE ALSO SEE YOUR PLAN WELL......

HOW MUCH ARE YOU BEING PAYED TO START THIS AND STOP THE MAKING THE CASE OF SUJATA........

I MALAYSIANNIGER KNOW OF YOUR MEETINGS AND YOUR DEALS.......

DO NOT TRY TO BREAK THIS INDIAN COMMUNITY IN THIS PAKATAN.....

MALAYSIANNIGER WITH MAKAL SAKTI

tok iskandar said...

Rakyat lebih kecewa dengan YB kerana mereka telah mengundi YB untuk mewakili mereka dengan logo PKR dan atas nama Pakatan Rakyat.

Jika YB keluar PKR dan sertai MIC,jelas YB mengkhianati amanah dan kepercayaan yang dberikan rakyat terhadap YB.

Rasanya YB tidak lupa bagaimana hampir 50 ribu kaum India disembur dengan gas pemedih mata,dipukul FRU dan ada yang dimasukkan ke penjara ketika berdemonstrasi di KLCC dan Batu Caves yang membawa kepada penubuhan HINDRAF.

Pemimpin HINDRAF sampai sekarang ditahan ISA.Layanan kerajaan BN terhadap kaum India sangat teruk dan majoriti kaum India termasuk YB telah menyertai Pakatan Rakyat.

Isu roboh kuil oleh kerajaan BN dan terkini oleh DBKL juga menyebabkan kaum India tawar hati dengan kerajaan BN.JERIT yang mengadakan ekspedisi berbasikal untuk perubahan yang lebih baik mendapat layanan yang teruk daripada kerajaan BN.Pemimpinnya ditahan polis dan dituduh mengekploitasi kanak-kanak.

Rakyat khususnya kaum India tidak yakin dengan MIC yang lebih dilihat sebagai bodyguard kepada UMNO.Kenyataan Mukhriz untuk menghapuskan sekolah tamil dan kembali kepada satu sistem persekolahan juga telah mengundang kemarahan kaum India.

Jika benar YB ingin keluar daripada PKR dan menyertai MIC,rakyat khususnya kaum India akan memandang YB sebagai pembelot dan tok percaya PRU13 YB akan kalah teruk.

Jawatan timbalan Menteri dan ganjaran lumayan daripada kerajaan BN tidak dapat menandingi kepayahan dan keperitan perjuangan rakan-rakan YB yang sebangsa dengan YB.Pilihan di tangan YB.Kemewahan atau setiakawan.

abe MIE 'TERJAH' said...

PAS kata perbezaaan pendapat adalah baik..biarlah bertelagah aje Pakatan kerana ia adalah kebaikan...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

YB Kapar layak duduk estate je. Untunglah kau Tan Sri Khalid tu bukan berlagak sebagai ahli politik, kalau tak mampos kau!! Keluaje dari PKR, buat menyemak je orang macam ni. Ikutlah perangai si keling sorang lagi tu, pasal bisnes, pasal tak dapat apa yang dia nak, keluar parti. Memang dasar keling estate. Bangunlah oiii...ni abad ke 21 dah.

Cheguman said...

Assalamualaikum,
Tahniah kerana menyediakan blog yang menarik ini. Saya juga tertarik dengan gambar tiga orang insan yang saudara paparkan secara terbalik itu. Kalau tak silap saya salah seorang daripadanya masih lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia. Boleh tak saya ambil gambar tersebut untuk dipaparkan dalam blog saya tahun depan? Maksud saya ialah saya akan paparkan gambar Paklah dalam keadaan terbalik itu setelah beliau tidak lagi menjadi PM. Selagi dia masih menjadi PM saya rasa tak tergamak melihat gambar Perdana Menteri sendiri diterbalikkan. Nampak sangat kita ni tak faham langsung tentang politik dan asas pembinaaan negara. Apatah lagi blog ini boleh dibuka di seluruh dunia.

(teringat pula saya pada blogger yang menterbalikkan bendera Malaysia dalam blognya sedikit masa dulu. Saya respect dengan keberaniannya, pada mulanya. Tapi kesian pulak bila tengok kekalutan dan keadaan beliau yang kelam kabut setelah ditahan polis. Tak sangka pulak yang beliau tak lah sebegitu berani seperti tulisan dalam bloignya).

Cheguman said...

Assalamualaikum,
Tahniah kerana menyediakan blog yang menarik ini. Saya juga tertarik dengan gambar tiga orang insan yang saudara paparkan secara terbalik itu. Kalau tak silap saya salah seorang daripadanya masih lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia. Boleh tak saya ambil gambar tersebut untuk dipaparkan dalam blog saya tahun depan? Maksud saya ialah saya akan paparkan gambar Paklah dalam keadaan terbalik itu setelah beliau tidak lagi menjadi PM. Selagi dia masih menjadi PM saya rasa tak tergamak melihat gambar Perdana Menteri sendiri diterbalikkan. Nampak sangat kita ni tak faham langsung tentang politik dan asas pembinaaan negara. Apatah lagi blog ini boleh dibuka di seluruh dunia.

(teringat pula saya pada blogger yang menterbalikkan bendera Malaysia dalam blognya sedikit masa dulu. Saya respect dengan keberaniannya, pada mulanya. Tapi kesian pulak bila tengok kekalutan dan keadaan beliau yang kelam kabut setelah ditahan polis. Tak sangka pulak yang beliau tak lah sebegitu berani seperti tulisan dalam bloignya).

AbgTuah said...

Hello YB KAPAR

One springgy salute to you the second one after YB Zul from opposition MP that really have iron balls, to crawl out from the shit hole. The rest will rot in the shit hole because of their vanity and setupid naive decision hehehehe.

Wahh, my ingelis consider ok la. I think ha, next time I write in english only lah because the opposition supporter here can't sepik english hahaha.

broooo... said...

ello abg tuah...

i think y'r hero from "the land of babi tonyok" that y u can "sepik english" very well...

anyway... yg u dok kalut2 heboh pasai MP Kapar tu apasal???
u baru dengar brita meloya arus perdana... mereka semua tu memang putar belit!!!!!
org tu baru kata nk buat press statement rabu ni... bukannya dh buat statement keluar PKR@Pakatan????

kalau macam yg dah jelas berlaku di PJS tu, baru lah boleh nk heboh2...
am i rght mr "tonyok"???

for Kapar MP... think wisely, it's not easy to get vote as an opposition MP!

AbgTuah said...

YB Kapar, plezzzz la, do not listen to anything that sound like fart...Brooo. Yesss exactly that the sound. You can judge by yourself how empty the sound is.

So Mr. MP KAPAR the iron balls, I know you are in the process of crawling-out from the shit hole. Never mind, do it slowly, I know it's tough, it's hard after so long drowning in the deep shit then struggle yourway out to get better air, hahaha.

Walamak my english is getting better and better each day GREATTTT!!!, With this new weapon I can easily play-out the stupid opposition suppoters since their english turukkk. Thanks also to Mr Brooo aka Mr. Dolt, my naive english teacher, never even dared to test his english with me.

Anonymous said...

kalau mamat ekor ni nk blah biarkan....aku lebih suke dia balik india.sbb dia ni tak paham sejarah.tanya pada hati ler....sapa yg undi awk??...nk layan karenah budak2 kecil mcm mamat ni...sepanjang aku tgok pakatan rakyat ni...tegur-menegur rasa tak puas hati secara terbuka ...jelas tak seperti BN!!!!!!! pikirlahhhh semua.....kadang2 BN ambik kesempatan.