"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 22, 2009

Al-Fatihah: Tan Sri S O K Ubaidullah meninggal dunia

Ahli politik veteran dan ahli perniagaan terkenal Tan Sri S.O.K Ubaidulla Kadir Basha kembali ke Rahmatullah hari ini.

Ubaidulla, 90, menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.30 pagi tadi kerana sakit tua di kediamannya di No 10, Lorong Bukit Pantai 6 di Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Mehrunnisa Mohideen serta dua anak lelaki, Hishamudin dan Hamimudin. lapor Bernama.

Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar hari ini.

Dilahirkan pada 18 Jun 1918 di Chennai, India, Ubaidulla datang ke negara ini pada 1930-an dan bekerja dengan sebuah firma di Seremban.

Beliau memulakan perniagaan sendiri pada 1940-an dengan menjual beg pakaian dan beberapa jenis barangan keperluan harian.

Selepas itu, beliau menceburi bidang agensi perkapalan dan perjalanan, yang menjadi teras perniagaannya mulai 1970-an.

Seorang dermawan

Sebagai antara pengasas MIC pada 1946, beliau kekal bersama parti itu sehingga ke akhir hayat. dan sebagai anggota veteran, dermawan ini menyandang beberapa jawatan kanan dalam MIC.

Pada 1975, Ubaidulla dipilih sebagai naib presiden MIC dan pada 1981, beliau dilantik sekali lagi menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu sebelum dilantik sebagai pengerusi tetap MIC.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi MIC dan dipilih sebagai pengerusi pertama MIC Unit Trusts Berhad.

Pada 1959, beliau dilantik sebagai senator dan pada 1971 dilantik sebagai timbalan presiden Dewan Negara. Pada 1975, beliau dilantik semula ke jawatan itu.

Ubaidulla tidak lokek untuk mencurahkan pengalamannya dalam bidang perniagaan untuk dikongsi oleh orang lain dan bagi menghargai sumbangan beliau ini, Ubaidulla dilantik sebagai presiden pertama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Bersekutu India dari 1950-1951 dan kemudian dari 1957-1985.

Ubaidullah juga disanjung tinggi kerana sumbangan beliau dalam bidang korporat dan badan swasta.

Veteran politik ini merupakan pengarah pengasas Bank Bumiputra dan pernah

dipilih sebagai presiden Persatuan Perundingan Majikan Malaya (kini dikenali sebagai Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF)) selama 20 tahun.

Tokoh Maal Hijrah

Pada 1978, beliau dipilih sebagai setiausaha agung Persatuan Persahabatan Malaysia-Korea dan pada 1982, sebagai presiden Persekutuan Majikan-majikan Asean.

Ubaidulla juga dikenali ramai sebagai insan yang banyak memberi sumbangan dalam meningkatkan syiar Islam. Beliau adalah presiden pengasas Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Muslimin-Indo Malaysia (Permim) serta pernah berkhidmat sebagai pengerusi Persatuan Pendakwah Se-Tanah Melayu.

Bagi menghargai sumbangan beliau dalam bdiang ini, Ubaidullah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1989.

Selain memainkan peranan penting dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu, Ubaidulla juga bergiat aktif dalam memajukan kesusasteraan Tamil di negara ini.

Bagi membantu golongan kurang bernasib baik, Ubaidulla menubuhkan Yayasan Ubaidi pada Mei 1990 dengan menggunakan sepenuhnya keuntungan yang beliau peroleh daripada jualan bangunan dan tanah beberapa tahun sebelumnya.

-malaysiakini

1 comment:

ediannuar said...

Semoga Allah merahmati amalannya. Orang Bank Bumiputra banyak cakap bercakap baik tentang beliau....