"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 22, 2009

Bangunan Umno Bahagian Tanah Merah punyai tunggakan cukai pintu RM25,000 ? - malaysiakini

Umno sering dimomokkan sebagai parti yang kaya raya, punyai harta dan aset yang tidak ternilai serta bangunan milik parti yang gah berdiri di mana-mana.

Tetapi itu semua hanya omongan kosong yang dimainkan dikalangan mereka. Ini terbukti bila Bangunan Umno Bahagian Tanah Merah sendiri mempunyai tunggakan cukai pintu dengan Majlis Daerah Tanah Merah sekitar RM25,ooo yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun sebelum ini. Ketika laporan ini disediakan, pihak PPK1 difahamkan bahawa Umno Bahagian Tanah Merah masih gagal membayar tunggakan cukai pintu tersebut.

Perlu diingat, mengikut akta dan undang-undang yang digunapakai oleh pihak Majlis Daerah Tanah Merah, bangunan tersebut boleh disita sepenuhnya. Kita tunggu adakah pendedahan kita ini akan menyebabkan Umno ambil langkah segera dan membuat bayaran terhadap cukai pintu yang tertunggak semenjak beberapa tahun itu.

-PPK1

2 comments:

kulupSakah said...

kat kajang pun bangunan umno tunggak puluh2 ribu....

Anonymous said...

patutlah kelantan miskin.... UMNO x bayar cukai pintu.....sob sob sob