"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 09, 2009

Utara Israel Dihujani Serangan Roket Lubnan - malaysiakini

Sejumlah roket dilancarkan dari Lebanon ke wilayah Israel utara hari ini, yang mana ianya memberi Isyarat bahwa konflik di Gaza mungkin akan berpanjangan.

Angkatan tentera darat Israel membalas tiga serangan roket pertama dengan tembakan artileri. Belum ada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab.


Media Israel kemudian melaporkan serangan roket kedua, namun ia telah dinafikan oleh jurucakap tentera Israel.

Berlaku pertempuran hebat semalam di antara pejuang Hamas dan tentera Israel setelah Israel melancarkan 60 serangan udara di Jalur Gaza semalam,Para wartawan mengatakan ini adalah saat yang paling berbahaya dalam konflik setakat ini.

Serangan roket dari Lebanon memungkinkan akan merebaknya perang yang lebih luas, kata editor BBC untuk masalah Timur Tengah, Jeremy Bowen.

Belum jelas apakah roket-roket itu dilancarkan oleh Hizbullah atau oleh salah satu kumpulan bersenjata Palestin yang beroperasi di Libanon.

Jika serangan dilakukan oleh Hizbullah, kemungkinan Israel akan melakukan serangan balas, kata wartawan kami.

Kumpulan-kumpulan bersenjata Palestin di Lebanon tidak mempunyai kemampuan untuk melancarkan perang bersenjata dengan Israel, tetapi Hizbullah memiliki kekuatan untuk itu.

Sementara itu, usaha diplomatik untuk mencapai gencatan senjata di Gaza terus dilakukan. Seorang wakil dari pihak Israel dijadualkan akan bertolak ke cairo untuk mendengar butiran dari rancangan gencatan senjata yang ditaja oleh Mesir dan Prancis.

Satu rombongai dari Hamas juga dikatakan akan datang ke ibukota Mesir itu untuk memulakan perbincangan , kata para diplomat Mesir. Pemimpin Palestin Mahmoud Abbas dijadualkan akan tiba di sana hari Jumat ini.

3 comments:

Chicken Feet aka KaKiaYam said...

ya, cepat berbincang. walaupun tak dapat selesaikan segala isu dan dendam selama ini, sekurang kurangnya mereka yang tak berdosa (samada di israel atau bumi palestin) dapat hidup dengan aman, tenteram dan selamat...

KaKiaYam

Anonymous said...

Memang perbincangan untuk selesaikan masalah di Gaza ni bagus tapi sejauh mana keberkesanannya? Sebelum-sebelum ini pun, bukannya takde perbincangan. Berkalai-kali dah. Tapi dah dasar israel laknatulLah ni memang bangsa yang takkan mengalah dengan Isalam sebab mereka memusuhi dan berdendam dengan Islam setelah sekian lamanya...

Anonymous said...

ohhh ...ezam....aku rasa baik diam2 je lah....dulu bisnes ko teruk kan semasa pkr....sekrg dh ok sikit tu diamlah...cukup2 makan cukup jangan nak kaya semacam je....tu lah org melayu....nk lagi kaya....tgok ruslan kassim....bisnes teruk....masa pkr....bila masuk BN.....senyap...bisnes oklah....janji asuk.....skit...cukup.