Kehadiran pengunjung amat membanggakan dimana dianggarkan program malam ini dapat mengumpul sejumlah tidak kurang dari 2000 orang dan program juga berjalan dengan amat lancar sekali tanpa gangguan dari pihak PDRM, keadaan lalulintas juga agak lancar dengan kawalan penuh dari unit yang bertugas.
Banyak perkara telah didedahkan oleh beliau dan semua itu akan didedahkan sedikit demi sedikit oleh pihak kami untuk pengetahuan umum.
*ralat - sebelum ni aku tersalah letak ADUN Changkat Jering... maaf, salah lokasi... maklumlah dah lewat sangat, ngantuk... hahaha...
Dalam ceramahnya juga beliau menjelaskan beberapa perkara yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan semuanya adalah untuk kepentingan rakyat Perak yang selama ini telah diabikan oleh KERAjaan UMNO/BN pimpinan Tajol Rosli.
Sebelum ceramah diteruskan, pengerusi majlis menceritakan sedikit pengalaman beliau berada bersama TGNA dalam program Kembalikan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak di Taman Melewar malam semalam. beliau memetik kata-kata TGNA yang menempelek UMNO/BN yang saban hari tak habis-habis memainkan dan memutarbelitkan isu "Derhaka" MB Ir Nizar tetapi dalam masa yang sama TGNA mengatakan bahawa UMNO/BN sejak dari awal penubuhannya berterusan telah menderhaka kepada Allah.
Sindiran sinis juga diberi kepada ke3-3 ADUN tersebut kerana dimaklumkan ada pengundi-pengundi di ke3-3 kawasan tersebut sedang menanti kepulangan ADUN kawasan masing-masing dengan kasut, selipar dan juga terompah...
Kemuncak ceramah disudahi dengan ceramah oleh YB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin. rakaman juga akan disiarkan kemudian setelah selesai kerja-kerja editor dan yang berkaitan... jangan lupa untuk menyaksikan rakaman tersebut kerana terlalu banyak perkara telah didedahkan oleh YB Menteri Besar membabitkan berbagai isu dan yang paling menarik ialah pendedahan bagaimana ke 4-4 "de-facto" diculik sehingga kepada isu "Derhaka" dimainkan oleh UMNO/BN.
*Laporan agak lambat dikemaskini berikutan masalah "BerukBand" yang agak kronik - harap maaf.
6 comments:
just nak share, upload=muat-naik, download=muat-turun... sbb takut kekeliruan berlaku...TQ - neo
Nak minta penjelasan dr tuan punya blog...
"Program ceramah dimulakan oleh dan beliau telah menjelaskan kepada hadirin beberapa perkara mengenai isu yang sedang panas sekarang." oleh siapa???
Dan Kenapa cakap ADUN changkat Jering yang bg ucapan???
Si Nizar PENDERHAKA YG GILA KUASA mula membohongi rakyat Perak,.
Apa yg ko nk bohong penderhaka???
Tak cukupkah bukti yg engkau mmg menderhaka perintah Sultan Perak,raja yg amat kami sanjung.
Knp bila Sultan suruh ko resign, ko kluar istana sambil senyum dan berkata "good sign"??? Sapa yg engkau nk tipu sebenarnya???
Tak cukupkah selama 11 bulan engkau jadi boneka DAP????
Suka sgt kah engkau jadi pengkianat bangsa hingga xmahu letak jawatan wpun dititah Tuanku???
Ex-MB Nizar,.akan tercatat dlm sejarah Perak,..
"KERANA KUASA SANGGUP MENDERHAKA"
Salam,
Nak tanya apahal dgn BroadBand? Eh...Topengperaj_Xinwugi pakai service provider mana satu..? Aku pakai Celcom 3G...sejak hari pertama pakai sampai la ni dah upgrade ke HSDPA...tadak masalah pun nak download...
Tapi, kalau hangpa bising pasal Upload...memang lah..dah namanya HSDPA (D-Download) yang depa support up to 1.5Mbps...kena tunggu HSUPA (U-Upload) service kalau nak upload yang laju...So, jangan salah highlight sudah lah...TAPI kalau memang ada masalah, apalagi...hangpa pi bisinglah kat internet ni..tibai cukup2 dan highlight detail masalah...biasanya depa ni (tak kiralah, Maxis ka, Celcom kah, DiGi kah, U-Mobile kah...etc) akan respond laju gila bila dah keluar kat blog.
Apapun...teruskan update dan share the status
ADUN changkat jering?
haha..typo error kot
ala, kan dah ada tulis ralat tu...audn changkat jong. Korang ni tak baca abis ke? Web ni untuk org yg dahagakan maklumat, kalau tok sidang nk kata semua ni bohong, pi la baca berita harian, utusan malaysia nun. Ni aku tgk hari2 dok baca blog nih, pastu bohonglah, gila kuasalah cuba hang bkak pindaan perlembagaan tahun 1993, saper yg derhaka sgt kat sultan? Terang2 lagi umno dah ubah perlembagaan untuk mengurangkan kuasa raja2 melayu. Bukankah itu derhaka namanya? jgnla buta fakta sgt... agak2nya sampai kiamat pun utusan malaysia n berita harian takkan bukak citer ni. Blum lagi citer pasal anuar musa tabal sultan kelantan baru.heheh. Hang tk tau ka dulu, bapa tajol rosli pun enggan letak jawatan mb bila sultan suruh. derhaka ke namanya tu? Jgnlah buta sejarah n buta fakta sgt. Dengar dulu penjelasan semua pihak, barulah buat penilaian.
Post a Comment