Selalunya, aku tak tulis tentang program Jelajah Perak yang dihadiri oleh MB Nizar..yang tu member lain yang tulis sebab kerja aku ambik gambar video. Tapi apa yang berlaku dalam Markas Pas Kg. Kerunai malam tu, sikit sebanyak menyentuh perasaan.
Siang tu, Utusan Malaysia mengapikan isu DAP hina Islam. Semua fakta salah, sebab Presiden Maipp tu ADUN Umno, jadi dia cuma nak cari salah. Dia kata Guan Eng tubuh IRCC (Inter Religous Consultative Council) tapi apa yang ditubuhkan ialah Inter Religous Goodwill Council. Bukan untuk membincangkan ugama mana yang baik, tapi macam mana nak mewujudkan keharmonian. Tapi Umno dah memang macam tu…aku nak kata bangsat mungkin lebih sangat, nak kata barua…sikit sangat.
Malam tu, penceramah pertama ialah Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai. Dia mulakan ceramahnya dengan bagi salam, ditengah-tengah ceramah, dia petik hadith Nabi S.A.W, dan diakhir ceramah dia sebut..wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikumwarah matullahi waba rakatuh.
Pak Cik kat sebelah aku tunduk..pelan-pelan dia bagi tau…”Ini lah hikmahnya…kalau tidak aku tak tau, dah ramai orang Cina menghormati Islam..cuma Umno yang tak henti-henti ngutuk Islam.”
Bila Nizar berucap, bercerita tentang Pondok Pak Teh, aku tengok orang tua tu meleleh air mata.
Pondok Pak Teh memang ramai orang tau, terutama yang duduk kat Gerik. Pak Teh merupakan salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri, dan dia bina pondok tanpa bantuan kerajaan negeri semasa BN. Bila Umno menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pak Teh terkapai-kapai, tapi dia teruskan juga pondok tu dengan belas ihsan orang ramai.
Yang lebih menyedihkan, Menteri Besar Tajol Rosli dari Gerik, balak dari hutan Belum, Tajol Rosli sapu…tapi nak bagi bantuan kat Pondok tempat budak-budak belajar ugama…Tajol Rosli tak mahu bantu.
Pada tahun 2006, Pak Teh minta kepada kerajaan negeri BN tanah seluas 45 ekar berdekatan pondok tersebut untuk diusahakan supaya boleh menampung perbelanjaan sekolah tersebut. Semua jabatan kerajaan yang berkaitan memberikan sokongan untuk meluluskan permohonan tersebut, tapi terperap dimeja Tajol Rosli.
Untuk hidup, setiap kali bulan Ramadan…pondok Pak Teh ditutup untuk membolehkan pelajar dan pengajar cari duit untuk menampung perbelanjaan. Dalam bulan Ramadan, ramai yang menjemput pelajar dan pengajar dari Pondok Pak Teh untuk memberikan tazkirah dan juga menjadi Imam sembahyang Terawih. Selalunya mereka mendapat sumbangan diatas usaha ini…dan dengan duit itulah mereka membiayai perbelanjaan Pondok Pak Teh.
Bila Pakatan Rakyat mengambil alih, Pak Teh sekali lagi membuat permohonan. Dan tak sampai setahun, Nizar meluluskan permohonan tersebut.
Pada 24/2,…orang tua tersebut melelehkan airmata sebanyak empat kali.
Pertama kali ketika Nizar berucap di Pondok Pak Teh, kali kedua ketika Chan Ming Kai berucap, kali ketiga ketika Nizar berucap di Kg. Kerunai dan kali keempat bila dia bercerita tentang Umno yang selama ini dia percaya menolong orang Melayu dan membela Islam, tapi sebenarnya mempermainkan orang melayu dan menggunakan Islam hanya untuk kepentingan politik mereka.
Rampasan kuasa ini banyak hikmahnya…rakyat semakin sedar bahawa Umno semakin tidak diperlukan. Umno hanya boleh berkuasa melalui rampasan kuasa. Kalau diadakan pilihanraya…tok sah harap Umno boleh menang lagi.
*Pak Teh...berjaket biru sambil memegang akhbar : (Gambar ihsan Sham. Terima kasih).
-PerakExpress
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Apabila Anwar dan Ulama PAS memperlecehkan Allah SWT...mengapa PAS diam???
Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka. Adakah ini peluang terbaik bagi mereka apabila melihat orang Melayu yang beragama Islam sesama sendiri berbalah. Adakah disebabkan sokongan ( lampu hijau )yang diberikan oleh Khalid Samad,Anwar dan Dewan Ulama Pas untuk menggunakan nama Allah membuatkan mereka semakin besar kepala.
Tidakkah mereka-mereka ini manusia yang bertopengkan ugama boleh dianggap petualang bangsa dan ugama sehingga membuatkan puak Kristian sudah berani cuba memijak kepala umat Islam dinegara ini . Adakah dengan kemenangan mereka didalam pru-12 lepas memberi mereka " lesen besar " untuk menyakitkan umat Islam dinegara ini? Ditambah pula dengan sokongan hebat petualang-petualang bangsa dan ugama ini?
Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam ) tanpa segan silu semasa berceramah di dalam sebuah gereja Kristian di Shah Alam selepas kemenangannya, menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.
"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."
Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.
Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan "Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ?
Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya pohon kalimah "Allah" ?
Penulis melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu Islam supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan kalimah "Allah" dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.
Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa - bukan seperti Kristian zaman sekarang.
Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.
Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘ terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.
Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi.
Persoalannya;
1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?
2. Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?
3) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ?. baca disini...
Maka jelaslah, pada penulis, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat.
Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.
Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”.
Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?
Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?
Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.
Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”
Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah" diperjudikan ?
Bertambah parah apabila Pas yang dikatakan berjuang untuk menegakkan Islam Pas di negara ini secara tidak disangka-sangka tanpa berdolak-dalik juga memberi " lampu hijau " kepada puak Kristian ini. MasyaAllah..adakah mereka mengetahui akan akibatnya kelak. Sepatutnya jika mereka mengatakan yang mereka adalah penegak Islam dinegara ini, merekalah yang sepatutnya berdiri dibarisan hadapan untuk menghalang segala usaha dari pihak Kristian. Ini tidak malah menyokongnya lagi.
Adakah Pas mengetahui jika puak Kristian dibenarkan menggunakan khalimah Allah dan Bahasa Malaysia didalam buletin Kristian secara tidak langsung Pas juga merestui upacara " pengkristianan " orang Melayu Islam secara perlahan-lahan dan Pas dan Anwar jangan terkejut akan ramai anak muda Melayu Islam akan menjadi murtad kerana tidak boleh membuat perbezaan antara Islam dan Kristian.
Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat
Ditulis oleh Harakah , Thursday, 03 January 2008, Oleh: Azamin Amin
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.
"Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Harakah.
Kontroversi berhubung penggunaan kalimah 'Allah' timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.
Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut.
Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan 'kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.
"Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya 'Allah'; itu akan mengelirukan orang ramai," Johari dipetik sebagai berkata.
Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.
Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.
Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.
Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk "Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan" di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan remaja.
Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.
Sumber: http://ulamak.pas.org.my/
Jangan jadi semut diseberang laut anda semua nampak, tetapi gajah didepan mata buat-buat tak tahu..wallahuallam..
Aku sedih dgr cerita Pak Teh,. tapi inilah resam dunia politik
Sebelum PRU12 aku dan lebih kurang 200 penduduk setinggan hampir dpt tanah lot tapak rumah.Semua kje banci dah settle, cabutan undi juga dh dibuat,.tuggu masa nk serah hak je.Malah fasa pertama dh serah pun lebih kurang 150 penduduk setinggan gembira dan syukur dgn kerajaan yg ada.
Tup-tup,.kerajaan bertukar,.pej tanah kluar arahan baru bhw semua arahan sebelum ini akan dikaji semula/dibatalkan.
Kecewanya kami,.. tapi apa nk buat,. mgkin rezeki kami 200 penduduk setinggan dh berpindah kpd Pak Teh
Sapa le yg tulis or copy paste panjang2 ni...
Nak kecoh pasal kalimah Allah..
1.Bukankah ALLAH itu adalah pencipta dan empunya iaitu Tuhan untuk semua umat manusia,makhluk dan alam semesta ini?
2.Bukankah dgn penggunaan kalimah itu akan mendekatkan mereka kepada Islam?
3.Tidakkah penggunaan tersebut bermakna mereka secara tidak langsung mengiktiraf ALLAH itu tuhan yg sebenar dan bukannye Jesus?
4. Ini adalah peluang memudahkan kita menerapkan ISLAM kepada generasi muda mereka.
ALLAH tidak meredhai agama selain dari Islam, bukankah telah di sebut di dlm Al-Quran sedemikian? Jika generasi muda Islam terkeliru, cara yg mudah ialah dengan membandingkan kedua2 kitab iaitu antara Quran dan Injil atau, bukankah kedatangan Nabi Muhammad selepas Nabi Isa, secara logiknya kita tahu bahawa yg terkemudian itu adalah untuk membetul,mencukup dan melegkapkan yg terdahulu..
Bermakna Islam adalah untuk membetulkan Kristian..
Yang sebenarnye, yg mengelirukan org kafir dan org Islam adalah penentangan hukum-hakam dan sistem Islam oleh org2 yg mengaku Islam itu sendiri..Kununnye pemerintah beragama Islam tapi maksiat,arak,judi,riba,rasuah dll. berleluasa dan "digalakkan". Ada pemimpin yg pecat mufti,ada yg hina hukum ALLAH,ada yg kaki zina dan bermcm2 lagi..
Org kafir pun pening, agama ISLAM pun boleh buat ini macam ka??..
Ikuti sirah Rasulullah, tidak pernahkah Baginda berlembut dgn pihak kafir sehingga mereka tertarik dan memeluk Islam?
Sesungguhnya,ada hikmah penggunaan kalimah Islam oleh ugama lain..
Jika mereka berniat jahat, pasti perancangan mereka akan "menikam" mereka kembali..
"Mereka merancang, ALLAH juga merancang...."
Alaah..mcm yg terkena pada AMNO Perak tu le....
wei anom....
ko bleh sertakan bukti tak??
aku pon nak tau gakssss...
aku dah cari kat http://ulamak.pas.org.my/
tapi tak jumpa pon citer pasal ni..
pas2 pasal kenyataan khalid samad pun aku nak url dia jugaks...
tapi setakat ni aku dah cari...tp tak jumpa...
ko ni pon cam jantan sial jek
lain kali...bila citer2 mcm ni...bagi ler dari sumber2 yang sahih...
bangang!!!!!!
ko ni geng kuda longkang ke?
Anom 8.40am
aku ni jahil tapi setahu aku;
1) Islam melarang keras mengutuk agama lain
2) Islam melarang keras mencerca rumah ibadat agama lain
# dua2 kat atas tu ada dalam ayat Al-Quran. tapi aku jahil tak ingat ayat berapa.
# tapi kau tu pandai agama, apa nas kau yg kau boleh buktikan yg perlakuan penganut agama langit tu salah?
# aku rasa kau ni rasa diri sama taraf dengan Ulama Malaysia kot...jadi kau boleh buat fatwa kau sendiri kan...
# berapa UM=NO bayar kau? atau berapa imbuhan dunia ko dapat tu? atau berapa besar projek ko dapat?
# ko mesti banyak membaco buku2 kan? tapi aku raso buku kau baca tu mengenai islam Had-Qari kot?
kita kalau tak tahu bertanya kepada yg tahu, jangan tanya kat sama2 tak tahu, nanti kita sesat. Tapi yg tak sedarnya kita ingat diri kita tu "bagus" ...itu samolah perangai Iblis laknat yg ada diceritakan dlm Al-Quran, bongkak, takbur, hasad...sekarang ni bukan bangsa lain yg rosakkan Islam tapi bangsa MELAYU Had-Qari nilah yg merosakkan Islam. macam ko tu lah!!!
salam,
saya anak jadi kg kuak luar di mana pondok pakteh terletak di dalam kg tersebut. pondok pakteh pula terletak kira2 1km daripada rumah ibu bapa saya...
memang sayu bila dgr citer macam ni... saya kenal pakteh malah nama saya paktehlah yg bagi nama...
pakteh memang amat2 dihormati di daerah ni tak kira sesiapa...
semua orang pas kembali menjadi MB negeri perak...insya allah
anon 8.47 am hanya berani di ruang komen ke?mcm mana nk menegakkan Islam sebenar
*pembetulan - anon 8.40am
saudara, kadang2 orang alim macam pakteh ni pun tertipu dengan lakonan manusia, maklumlah insanlah katakan.
tapi tok guru macam pak teh ni janganlah kita kecam sebab dia lurus cuma org politik macam nizar ni yg gunakan kedudukan pak teh untuk dapat sokongan, orang politiklah katakan.. betul tak
saudara, kadang2 orang alim macam pakteh ni pun tertipu dengan lakonan manusia, maklumlah insanlah katakan.
tapi tok guru macam pak teh ni janganlah kita kecam sebab dia lurus cuma org politik macam nizar ni yg gunakan kedudukan pak teh untuk dapat sokongan, orang politiklah katakan.. betul tak
Tungaklangit,
Nizar guna Pak Teh tang mana?
Itu le yg digelar "CELAKA" oleh Karpal..dah memang perangai AMNO mcm tu..
Nizar bantu Pak Teh kerana jiwanya sayangkan ISLAM, pabila dia tengok sekolah pondok tu daif, jiwanya tersentuh dan dia hulurkan bantuan, MB AMNO taknak bantu sebab tak mashukkk dan tak peduli peduli pasal Islam...
Ini bukan Karpal yg tulis tapi Orang Melayu jati, anak Terengganu; "Pemuda Melayu UMNO memang CELAKA!!!, Pemuda Melayu UMNO memang CELAKA!!!, Pemuda Melayu UMNO memang CELAKA!!!, Pemuda Melayu UMNO memang CELAKA!!!, Pemuda Melayu UMNO memang CELAKA!!!, " MEMANG CELAKA!!! UM=NO nak kata apa? UM=NO memang CELAKA!!!BANGSAT!!!
Aku dengar cerita dari seorang ahli UMNO bertaraf guru sekolah menengah...
Katanya manusia diakhir zaman ini terbagi kepada tiga kumpulan:-
Kumpulan pertama: Kumpulan mukmin iaitu kumpulan yang beriman kepada Allah.
Kumpulan kedua: Kumpulan kafir iaitu kumpulan yang tidak mempercayai ujud Allah. Walau berbuih mulut kita bercerita tentang Allah mereka tetap tidak percaya.
Kumpulan ketiga: Kumpulan munafik ialah kumpulan yang hidupnya berpura-pura. Dihadapan orang islam meeka berpura-pura islam. Dihadapan orang kafir mereka akan mengatakan bahawa mereka tidak percaya pada agama islam.
Persoalannya: aku berada didalam kumpulan mana...?
yang paling celaka adalah pas kerana jual agama islam untuk kuasa
yang paling dajal adalah pkr kerana jual agama bangsa negara untuk kuasa.
yang paling untung dap kerana dapat apa yang dihajati yang tersurat maupun tersirat.
yang paling bodoh amno kerana tak reti reti lagi apa nak buat bila had sabar dah hilang.
pakatan penipu rakyat...gelap masa depan dibawah perintah nizar ngeh nga
orang PKR hanya tahu main punggung je,,
macam mane bos dia tu si anwar al juburi, macam tu la pengikut2 yang benguungg semua..
sokong PKR -Punggung Kena Robek
sokong PR- Punggung Rosak..
Ds Nizar merupakan pemimpin yg berjiwa rakyat.Sekiranya selepas ini Perak dipimpin oleh UMNO,akan kembalilah kemusnahan buat rakyat Perak..
Assalamualaikum!
Selepas membaca komen2 dr pembaca, sy dapati komen dr pembaca pro UMNO/BN menggunakan bahasa yg kasar dan lucah. Jd sdr2 bertaubatlah sebelum nyawa ditarik oleh malaikat maut.
"Pas guna agama utk berkuasa"
- Sepatutnya UMNO/BN dah laksanakan perintah Allah sbb dah perintah 50 tahun tp perintah Allah tak dilaksanakan.
"DS Nizar guna Pak Teh"
- DS Nizar meluluskan permohonan tanha utk SAR supaya dapat menampung perjalanan SAR tsb yang UMNO/BN dah tarik sumbangan. Jelas UMNO tak mahu org Melayu dekat dgn Islam.
Buat org Melayu, kembalilah kepada Islam.
Allah Huakbar.....
Post a Comment