"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 01, 2009

Wajah 'Bapa Perpaduan' Kita - malaysiakini

Umat Islam pasti akan bersatu tanpa mengira fahaman politik, syaratnya, PR hendaklah runtuh di Perak. Dua exco yang 'hilang' itu diminta keluar segera daripada tempat 'pertapaan' mereka. Kalau mereka sayangkan umat ini dan mahukan perpaduan, ayuh masuklah Umno.

20 Januari lalu...


Agensi Persekutuan Tidak Iktiraf Tandatangan Pengerusi JKKK


IPOH, 20 Jan (Bernama)
- Semua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang telah diarah untuk tidak lagi menerima dan mengiktiraf sokongan dan pengesahan daripada pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan negeri berkenaan.


Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...


11 hari kemudian...


Umat Islam Digesa Bersatu Tanpa Mengira Fahaman Politik


KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama)
-- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa umat Islam di negara ini supaya bersatu tanpa mengira fahaman politik dalam menentang cabaran daripada pihak tertentu yang cuba mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam.


Benar, kita mesti bersatu dan RASUAH adalah penyatu umat.


Inilah wajah 'Bapa Perpaduan' itu.

-bila sauh dibongkar...

3 comments:

Anonymous said...

Macamana la Pak Haji Jahat Anak Hamidni dapat jadi menteri tak tahu le.... agaknye sebab ni je le satu-satunye Haji Kulup yg boleh dipakai dek RASUAH. Cakap berputar belit.. guna fatwa Islam Had..hari..ni kot?

Bio le kome... cepat sikit kome karam dengan kapal RASUAH kome!

Anonymous said...

Aku percaya bagaimana pun UMNO tidak akan bangkit di Perak semula.. kerana Perak bukan UMNO punya.. Perak, Rakyat punya.. Bangun rakyat Perak pilih parti yang benar mendokong kamu.. bukan mendokong mereka yang mementingkan diri sendiri.. TAHNIAH ke atas EXCO yang letak jawatan tersebut.. selepas ini mungkin tidur anda pasti LENA.. (yer ker...?).. Pikirlah mana ada pemimpin parti yang membalas dendam atas kekalahan mereka dengan menjadikan orang melayu berpecah belah seperti UMNO.. contohnya sudah ada JKKK ada pula JKKP.. agensi kerajaan pusat tidak boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan negeri.. UMNO lah PARTI yang menjahanamkan MELAYU.. Sombong dan ego.. bantahan PPSMI pun tak nak dengar.. rosak bahasa melayu.. UMNO lah yang telah membunuh banyak parti melayu yang lain sebelum merdeka.. putar belitkan sejarah perjuangan melayu.. Rakyat Perak.. ingat IBRAHIM YAAKOB orang yang mula-mula memperjuangakan kemerdekaan pada 1938 dengan Kesatuan Melayu Muda bertitik asas di Maktab Perguruan Sultan Idris, Kuala Kangsar dan ditubuhkan di KL.. KMM diburukan oleh UMNO.. Ibrahim Yaakob dihina begitu sahaja.. mendakwa tali barut jepun.. UMNO juga lah parti yang banyak merampas tanah orang melayu.. UMNO lah cakap tak serupa bikin pasal ISLAM (isteri pemimpin sendiri pun tidak menutup aurat..) Ingat Rakyat Perak.. Pilihlah mereka yang benar-benar mendokong kamu dan keluarga kamu.. ALLAHHUAKBAR..

Anonymous said...

Bila berkata pasal pembangunan.. negara komunis seperti RUSIA, CHINA, PERU pun ada Pembangunan juga.. malah lebih baik dari pembangunan di Malaysia.. aku bukan penyokong komunis tetapi pemimpin bangga dengan pembangunan yang mereka lakukan.. sedangkan itu tanggungjawab mereka.. tetapi mereka lupa mengenai tanggungjawab sosial.. menjadikan Rakyat Malaysia dihormati dan saling bekerjasama serta memiliki akhlak yang mulia..