"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 01, 2009

Bubar DUN Perak???

Memandangkan kedudukan kerusi PR dan BN yang terikat begitu hampir.

32 PR 27 BN sekarang, sekiranya 2 Adun Pkr bertukar kem ke Umno menjadikan kedudukan kerusi 30 PR 29BN.

Perbezaan 1 kerusi amat mengentarkan kerana 1 lagi kerusi PR lari ke BN, maka kededukan akan bertukar menjadi BN30 PR29.

(Perlu diingat cara kiranya tolak 1 campur 1,jika tolak 2 kena campur 2.)

Lebih merisaukan parti politik dan ahli politik di Perak ialah kedudukan berisiko 2,3 ahli politik kedua dua pihak PR dan BN berkemungkinan bertukar kem.

Untuk meleraikan dan meredakan unsur ketegangan dan suspen dikalangan orang politik, bagaimana cadangan sekiranya DUN Perak dibubarkan?

Adakan semula satu pilihanraya peringkat negeri Perak.

Ini bermakna masalah di kalangan ahli(pemimpin) dan parti politik itu diserahkan kembali kepada rakyat.

Ini melibatkan masa dan wang. Ia juga melibatkan perasaan rakyat.

Sanggupkah rakyat berdepan suhu panas politik lagi sekali pada skala yang lebih besar dari pilihanraya kecil satu kerusi seperti PrkP36.?

Ini akan melibatkan semua kerusi DUN Perak.

Beranikah ahli dan parti politik yang terlibat mengambil risiko untuk kemenangan dengan menghadapi rakyat dalam pilihanraya semula.?

Ada kemungkinan menang,ada kemungkinan kalah!

Barangkali keputusan pilihanraya nanti akan menjadi keputusan muktamad, diterima semua orang politik dan rakyat.

Namun berapakah harga kesusahan yang perlu ditempuhi semua?

-perunding

4 comments:

Anonymous said...

Adalah lebih baik dibubarkan saja DUN Perak supaya rakyat dapat diberi peluang untuk menyatakan sokongan sebenar untuk kali kedua. Kali ini harapnya dengan mandat yang lebih nyata... sebaik-baiknya lebih 2/3 untuk parti yg dipilih oleh rakyat.

Walau bagaimana pun PRK DUN Perak perlu dijalankan dengan lebih telus dan jentera kerajaan tidak digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh kerajaan pusat juga kerajaan negeri, Media perlu telus tanpa condong ke arah parti tertentu, SPR perlu gunakan dakwat hitam, undi pos dimansuhkan atau diawasi oleh wakil calon dsbnya.

Berani kah kerajaan pusat untuk menghadapi PRK DUN Perak dan bersediakah kerajaan negeri PR menghadapinya dan yang penting mahukah rakyat Perak menterjemahkan sokongannya terhadap parti dipilih di atas kertas undi?

Mari kita tengok sapa yg kena????
Mari kita lihat keikhlasan pemimpin yg telah dipilih samada bertanding atas parti terdahulu atau parti yg bakal dilompatinya. Dgn mengadakan PRK DUN Perak... YB sedia ada serta calon-calon YB terpaksa menentukan haluan dan paksi sebenar sebelum rakyat Perak memilih wakil/parti yang dikehendaki.... Ini baru betul YB yang jujur dan ikhlas berjuang bukan untuk berwang.

Macam TP.... ada setuju?

Mr Joker said...

Kalau ada 3000%, 3000% lah aku setuju supaya DUN dibubarkan...

Biar rakyat yang menentukan siaa pilihan mereka, bukan parti politik yang menentukan.

BUBAR...!!!

Anonymous said...

Topeng perak,

Kes 2 ADUN PKR lompat parti yang sibuk dibincangkan sekarang adalah sesuatu yang belum pasti. Mungkin keluar dan mungkin juga tidak.

Persoalannya mengapa kita harus panik dan risau dengan gelagat 2 ADUN ini..? Kalau benar mereka keluar parti apa yang boleh kita lakukan. Kita semua hanyalah penonton.

Sebenarnya inilah permaian politik. 1 ADUN dari UMNO dan 2 ADUN dari PKR adalah buah catur yang disorong dan ditarik oleh Anuar Ibrahim dengan Najib Razak untuk mengacah dan mengelirukan pihak lawan.

Mereka mempunyai perancangan dan tipu muslihat masing-masing untuk menang.

Kalau Anuar Ibrahim dapat menawan 1 ADUN dari Najib, apa kesannya pada Najib...? Dan bagaimana pula kalau Najib dapat menawan 2 ADUN dari Anuar apa akan terjadi dipihak Anuar...?.

Dan bagaimana tindakbalas yang mesti dilakukan oleh Anuar jika benar-benar 2 ADUN nya ditawan oleh Najib...? Tindakbalas ini yang perlu kita fikirkan bersama dan bukannya menyalahkan 2 ADUN tersebut kerana ia sudah tidak berguna lagi untuk kita semua bincangkan.

Jikalau kita dipihak Anuar dan ada cadangan atau strategi yang boleh mengalahkan Najib, maka kita perlu guna saluran sulit dan berbisik ditelinganya tentang plan kita itu tanpa diketahui oleh pihak Najib.

Ketika ini "team work" diperlukan bagi membantu Anuar Ibrahim memenangi percaturan itu.

“LAWAN TETAP LAWAN”

Anonymous said...

kalu dah jadi keldai DAP, mmg keldai jugak.. ngikot jer telunjuk DAP yang pegang 19 kerusi DUN sekarang dlm kerajaan PR..