Aset para Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor akan diumumkan secara terbuka menerusi laman web kerajaan negeri di alamat www.selangor.gov.my mulai Jumaat ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Aset-aset yang akan diisytiharkan meliputi hartanah, saham dan wang yang dikumpul sejak dari tarikh mereka mengangkat sumpah sebagai Exco pada 24 Mac 2008 sehingga sekarang.
"Maklumat mengenai transaksi termasuk sebarang pemilikan atau pelupusan aset sepanjang jangka waktu itu akan turut disertakan," katanya kepada pemberita hari ini.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menyeru supaya semua anggota Exco Selangor mengisytiharkan aset mereka secepat mungkin dalam usaha meletakkan Selangor di hadapan dari aspek pelaksanaan tadbir urus yang baik.
Abdul Khalid berkata menerusi pengisytiharan aset tersebut, ia dapat memelihara kewibawaan kerajaan negeri.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam,
peh ni mintak suku sakat khir toyo dan bekas exconya pulak isytihar harta mereka.
Tengok berapa banyak dah mereka kumpul harta dan songlap harta rakyat.
semoga kerajaan Pakatan Rakyat yang lain juga melakukan seperti mana kerajaan Selangor..tunjukkan keikhlasan didalam menjalankan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat..
agak pelik juga tuntutan dibuat, semasa UMNO jadi pemerintah negeri, tak ade pulak kedengaran tuntutan mcm ni. Minta maaf le kalau saya nak ulas sikit tentang hal ini. Sepatutnya tuntutan ini bukan melibatkan sahaja EXCO tetapi termasuk ADUN sekali tidak kira BN atau PR. Apa yang saya perhatikan terdapat "double standard" dalam mengeluarkan arahan ini. Ketidakadilan ini nampak jelas sekali apabila pucuk pemerintahan berubah. Adakah tuan punya negeri tidak percaya pada pilihan rakyat? Atau ia terarah kepada untuk "menghitamkan" pemerintah sedia ada. Satu yang pertanyaaan yang sentiasa bermain di fikiran saya ini iaitu "apakah dosa yang telah dilakukan oleh pemerintah sedia ada sehingga terlaksana arahan ini?" dan "salahkah pilihan rakyat negeri ini?"
betul jugak tu... sultan/raja negeri2 lain tak nak ikut jejak sultan selangor ke? sebaiknya mintak KM melaka isytihar harta..takpun TPM isytihar harta..-Neo
Post a Comment