Beberapa hari lepas, rakyat Negara Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan harga tol di beberapa lokasi lebuhraya di Malaysia. Tak berapa lama kemudian, kita “dikhabarkan” pula dengan “gula-gula manis lemak berkrim” oleh Perdana Menteri Malaysia yang meminta “dikaji semula” kenaikan harga tol berkenaan dengan alas an “tak sesuai dengan keadaan ekonomi” yang menekan rakyat Malaysia sekarang berikutan krisis ekonomi dunia.
Esoknya tanpa mengambil masa yang lama, KERAjaan mengumumkan “penangguhan” kenaikan harga tol dengan ayat “gula-gula maanis lemak berkrim” kununnya “penangguhan” kenaikan harga tol dibuat kerana KERAjaan “prihatin” kepada masalah rakyat (kununnya).
Maka kecohlah pulak Negara Malaysia dengan berita dimana kita telah diperbodohkan kerana dengan apa yang dipanggil “penangguhan” itu tetap memerlukan supaya KERAjaan membayar “pampasan” kepada Syarikat Konsesi lebuhraya yang terlibat dengan “penangguhan”.
Bukan sikit jumlahnya KERAjaan “terpaksa” membuat bayaran. Jumlah keseluruhan “pampasan” yang terpaksa dikeluarkan kepada Syarikat Konsesi ialah sebanyak lebih kurang RM287 juta kepada lima syarikat konsesi lebuh raya berikutan “penangguhan” kenaikan kadar tol.
• PLUS - RM195 juta.
• Sprint - RM36 juta.
• AKLEH - RM27 juta.
• Besraya - RM9 juta.
• NPE - RM20 juta.
Tu yang kita tau tu geng… cerita sebaliknya macam mana pulak?
Cerita sebaliknya yang aku paham macam ni…
UMNO/BN dalam masa sekarang, telah kekurangan sumber kewangan sedangkan pengeluaran perbelanjaan depa terlalu banyak. Jadi wujud ketidak seimbangan dalam akaun. Duit keluar banyak, tapi duit masyuk tarak. Kering.
Jadi perlu lah cari jalan penyelesaian dari mana nak dapatkan dana kewangan yang banyak untuk menampung perbelanjaan yang bukan sikit. Tambah lagi dalam keadaan sekarang, nak menghadapi 3 Pilihanraya Kecil DUN. Dan mengikut sejarah UMNO/BN, jentera depa tak kan dapat bergerak dengan efisyen tanpa sokongan dana yang besar.
UMNO/BN langsung tak ada pengalaman menghadapi pilihanraya tanpa RM RM RM RM dan RM sebab dari awal UMNO/BN menyertai pilihanraya baik DUN, Parlimen, Negeri mahupun Umum tak pernah depa pergi tanpa RM RM RM RM dan RM.
Maka dengan itu, Cuma ada 1 cara je untuk depa mendapatkan dana segera. Gunakan mana-mana syarikat atau individu yang sejak dari dulu lagi menyokong depa atas nama “perniagaan”… u untung, I pun untung, u menang, I untung, u kalah, I rugi, u kalah, I lingkup…
Mereka-mereka ini memang dah lama dikenalpasti Cuma menunggu masa je untuk dipergunakan. Sekarang adalah masa yang paling baik untuk mempergunakan mereka-mereka ini.
Syarikat konsesi adalah “bank” no 1, sebab depa ni ada “perjanjian” yang kalau dipatuhi depa untung, kalau tak dipatuhi pun depa untung jugak.
*depa merujuk kepada kedua-dua belah pihak (Syarikat Konsesi dan jugak UMNO/BN).
Jadi, rancangannya ialah, satu pihak akan datang kepada KERAjaan dan bawak perjanjian tu bagi menuntut apa yang termaktub dalam perjanjian tersebut bagi mengabui mata semua pihak (kecuali individu-individu yang berkenaan).
KERAjaan pulak ambik part – Isytiharkan kenaikan harga tol terpaksa dilakukan sebab dah termaktub dalam “perjanjian”. Padahal sebelum KERAjaan umumkan kenaikan harga tol tu, depa dah tau dah majoriti rakyat akan membantah kenaikan harga tol tak kira laa keadaan ekonomi macam mana pun.
Yang korang tak tahu ialah, UMNO/BN yang berselindung disebalik nama KERAjaan memang tertunggu-tunggu bantahan-bantahan dari orang ramai berikutan pengumuman kenaikan harga tol tersebut. Korang tak heran ke bila sorang Pi EM yang selama ni tak pernah prihatin dengan kesusahan rakyat tiba-tiba prihatin padahal Pi Em ni jugaklah yang menaikkan harga minyaak sampaikan kesannya dapat kita “nikmati” sampai hari ni.
Untungnya rancangan ni ialah, kalau harga tol dinaikkan pun depa untung, kalau ditunda atau tak diluluskan pun depa untung jugak. Hai… tak kan taak dak persen kot? Mustahil…
Jadi bila je KERAjaan umumkan “penangguhan” secara automatiknya, KERAjaan “terpaksa” membayar “gantirugi” (kunun) kepada syarikat konsesi.
Beb… RM287 juta bukan sikit beb… buat pembayaran dekat syarikat konsesi, lepas tu ikut suka pengarah syarikat konsesi la nak tabor duit tu dekat mana… korang peduli apa? Bukan syarikat mak bapak kita. Bukan konsesi amik duit dalam akaun kita (dah jadi duit depa la pasai masuk akaun depa)…
Kalau bayaran tu dibuat secara berperingkat pun, konsesi masih tak bermasalah untuk “bagi pakai dulu” sebab untung depa bukan sikit beb… billion-billion beb…
Jadi korang nampak tak apa sebenarnya yang berlaku? Dengan kecerdikan depa membelit, depa boleh reka satu keadaan yang membenarkan wang rakyat digunakan atas nama “perjanjian”. Nak bawak keluar gitu je tak dapat. Jadi gunakan cara yang “legal”. Sape nak cabar? Nak bawak pi mahkamah? Pi la..! tak kan menang beb…
Ringkasnya, UMNO/BN tersepit tak dak duit. Nak “sepelet” memang tak dapat. Jadi “reka” satu rancangan yang “cantik” untuk mendapatkan dana dari mereka-mereka yang berkepentingan. Dana pulak bukan dari mereka-mereka yang berkepentingan… tapi dari duit hangpa jugak…
Hangpa tak terfikir ke macam mana 5 syarikat yang berasingan yang dah tentu perjanjiannya dibuat pada tarikh-tarikh yang berlainan boleh mintak naikkan kadar tol serentak… tempoh perjanjian matang serentak ka?
Cuba hangpa kira kalau 25% (pakai kira-kira punah sihat Sadiq Sigaraga) dari RM287 juta dapat berapa? Cukup la untuk 3 Pilihanraya Kecik kan…
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Penipuan itu bukan baru berlaku, dah lama, bang!!!
Tiap-tiap kali ada pilihan raya kecil ke besar ke mesti ada harga barang yang naik. Umno dah ambil dah duit, juta-juta dari syarikat tol tu. Macam mana nak bayar balik? Naikkan bayaran tol le nak cover yang Umno dah ambil tu. Tak cukup juga! Kata pula subsidi! Duit subsidi tu masuk dalam kantong Umno le!
Dulu, dalam senyap tanpa disedari rakyat jelata, lepas pilihan raya, harga gula naik 3 sen sekilo. Rakyat tak bising. 3 sen ada apa. Kalau dah juta-juta kilo, berapa banyak, bang? Umno minta duit dari tokey gula.
Kemudian, harga simen naik 20sen, 30sen. Orang biasa tak rasa sebab tak main simen tapi kroni dia orang, kontraktor kelas f, rasa tapi tak berani bising. Takut lesen kena tarik!!!
Kalau tak buat macam tu, Umno mana ada duit. Mana ada ahli Umno bayar yuran!!!!
So, jaga-jaga lepas ini. Mesti ada barang tertentu yang naik harga!!!
itu lah akibatnya kalau dah pegang KUASA lama sangat.. semuanya dalam tangan depa..!!
patut lah bila kalah PRU lepas berbagai taktik jahat dan celaka mereka guna untuk tumbangkan PR..berbagai hal yang berlaku..ini rupanya sifat keji pemimpin umno..
pencacai umno mana tak tak menganga nak kena suap mulut..kalau tak dapat suap mulut pencacai bangsat nie,,,alamatnya UMNO hanya tinggal nama...
aku tak akan halal kan jika benar juak serta kroni umno makan duit aku..walaupon aku bayar cukai tak banyak tapi akau haramkan kalau depa makan.....pi mampos lah kau semua juak umno....celaka
BUAT LEBUHRAYA PLUS DULU PAKAI DUIT KERAJAAN.....PASTU DISWSTA KAN....PASTU KITA KENA TANGGUNG...HAHHAHAHHA
Aku kerja highway company ooi. kata2 kau macam menghina aku punya pendapatan. Nak bina highway, kena ada duit. syarikat kena buat pinjaman dgn instutusi kewangan. bayar ikut jadual yg disusun berdasar jangkaan trafik dan panjangnya masa konsesi. semua data trafik diaudit oleh LLM tiap2 bulan. kalau jangka kena bayar RM10 juta dalam tahun 2009 berdasarkan kadar tol dan trafik yang dipersetujui, alih2 kerajaan tak bagi naik tol, macam mana nak bayar hutang kat bank ? sebab itu kena bagi pampasan. kalau staf syarikat dapat gaji dan bonus, itu kerana kepandaian mgmt susun strategi utk penjimatan penyelenggaraan atau hasil dari letak iklan kat highway. begitulah secara ringkasnya. aku pun bayar tol jugak bila guna highway orang lain.
hidopANWAR Reply:
March 11th, 2009 at 9:08 pm
Sahabah,
Senang sahaja kalau Dato Seri Anwar dilantik Perdana Menteri baru PM dengan cepat dan pantas dan didalam masa yang terdekat (lebih dekat dari perhimpunan Agung Umno)supaya Dato Seri dapat OVERHAUL suasana politik semasa negara kita ini dengan cepat.
Dato Seri kenala pujuk Pak Lah betol2! Sebabnya begini. Alang2 Pak Lah dipaksa turun takhta oleh Partinya sendiri, Pakatan Rakyat boleh menaikkan semula image dan nama baik Pak Lah dengan sekelip mata sahaja! Pak Lah wajar sambut pelawaan PAKATAN RAKYAT untuk kembalikan maruah dan credibility Pak Lah.
2 pilihan aje Pak Lah ini. Samaada dia masuki Parti Keadilan Rakyat atau Pak Lah dan mp2 berserta penyokong2 mereka seluruh negara bernaung sebagai parti di bawah Pakatan Rakyat dan namakan Parti baru inila! (DR Mahathir, Hussein Onn,Tunku Abd Rahman, Dato Onn, Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan ramai lagi dahulu sanggup tinggalkan UMNO, takkan Pak Lah tidak boleh ikut jejak mereka)
Pakatan Rakyat punyai 83 kerusi parlimen. Pak Lah boleh bawak busuk2 20 kerusi parlimen untuk bersama Pakatan Rakyat! Jumlahnya jadi 83 20=103!
Jumla undian ahli2 parlimen untuk melantik Perdana Menteri baru ialah sekurang2nya 112! Bermakna, 112-103= 9! HANYA 9 SAHAJA LAGI YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANTIK PERDANA MENTERI BAHARU! ELOKNYA CARILA LEBIH DARI 9 SUPAYA KALAU APA2 BERLAKU, ANGKA 9 TETAP KEKAL ADA!
Pak Lah perlu wajarla dengan rela hati restui Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri baru kita dalam masa yang terdekat! Dato Seri Anwar pula, lantikla Pak Lah sebagai Menteri Kanan yang menjadi salah seorang penasihat PERDANA MENTERI baharu! Walaupon Pak Lah hanya merasai jadi PM selama 6 tahun, saya rasakan inila turning point untuk Pak Lah untuk kembalikan legacy Pak Lah supaya rakyat akan kenang jasa Pak Lah selama2nya.
Raja Petra ada menyatakan bahawa keluarga Pak Lah hendakkan jua Pak Lah rihat sedikit didalam masa2 hendak habiskan sisa2 hidup Pak Lah ini.
Wajarla Pak Lah bersama Dato Seri Anwar mengemudikan kerajaan dan negara kearah negara yang benar2 bersih dan membela nasib rakyat mengatasi kepentingan perot masing2!
Tujula kejalan yang diberkati dan diredhai tuhan! Rakyat sudah muak dan bosan dengan kemungkaran,kejahatan dan kemaksiatan!
ELOKLA NEGARA MENUJU KEARAH SISTEM 2 PARTI IAITU PAKATAN RAKYAT DAN BN! RAKYAT JUA YANG AKAN DAPAT BANYAK FAEDAH DENGAN MENYOKONG KONSEP 2 SISTEM PARTI!
Sekian wasalam! Berila komen sahabah2 semua…..secepat mungkin
Lebuhraya-Lebuhraya, macamlah kat negara lain tak dak Lebuhraya. Rakyat negara tu semua tak payah bayaq tol seduit pun. Lebuhraya depa lagi hebat,luas, permukaan Jalannya tak berkelubi, berlubang-lubang, tak rasa terrenyak pun bila melintasi jambatan,tak menakung air hujan, cantik amat indah dan bermutu tinggi. selesa betul dah lah gitu, free pula tu.
Kat sini buat lebuh raya macam jalan biasa, cuma yang canggihnya ada tol-tol plaza guna nya untuk kutip duit kat rakyat. Dahla tu belanja tol saja dah cukup buat orang malas nak berjalan. kenapa tidak, asyik naik, sampai tah berapa kali sejak ada lebuhraya kat negara ini. kalau cakap pasal modal, kutip la kat syarikat-syarikat besaq, dpa pasang iklan, hentamlah harga mahai pun ta pa, trailer-trailer yang bawa barangan yang berjuta nilai harga nya, kutipla berapa pun hangpa nak dari depa tu, tak dak masalah, sebab barang tu semua untuk eksport. Ni yang dok kutip duit kat kereta prevet, orang bawa keluarga berjalan ka, orang nak pi menziarah mayat ka, perkara mati hidup ni, tak payah la, letak harga sampai berpuluh ringgit,mana orang nak mampu bayaq. kalau kata nak jaga jalan, orang dulu buat jalan, guna duit juga, tapi jalan dia jauh lebih selamat dan tahan lama, batasnya kejap, tak tertunggang tertungging macam lebuhraya lani. puak-puak konsesi tu dah kaya raya, berjutabilion depa buat duit, madal pun dah balek ka apa. kenapa dok sebok merongot pasal nak penaik harga tol. Terok la rakyat. balek-balek orang kaya lebih kaya, orang miskin bertambah susah. mana adil??. rakyat boh hangpa kat situ suruh jaga rakyat bukan jaga kroni.
Yang kerja kat Lebuh raya tu, kerja la hang, bila orang komplain hang diam la. gaji hang pun kami yang bayaq. teringin nak naik pangkat ka hang tu.kerja elok-elok sampai masa naik la pangkat hang. tak payah menyebok nak bodek!!!!!!!!!
Anom 3:03
MuaHuaHua! Panas! Panas!
Post a Comment