Maaf kalau tajuk penulisan ini ada "kacukan" bahasa penjajah. Dunia blog semakin meriah dan berpuak-puak. Tidak kurang dari sepuluh permuafakatan blogger yang diwujudkan dengan konsep perjuangan tersendiri.
Namun, di mata Harimau hanya nampak 3 pemain utama dalam dunia blog politik terutama di arena BN lawan PR. Malangnya antara ketiga-tiga golongan tadi, jelas kelihatan hanya BloggersNetwork@Perak sahaja yang bersungguh di lapangan tidak kira samada di Pilihanraya Kecil ataupun di mana-mana demonstrasi jalanan.
Golongan kedua adalah dari permuafakatan Bloggers Pembela Negara. Entah apa sebabnya, Harimau merasakan (mungkin silap), yang majoriti (tidak semua) blogawan Bloggers Pembela Negara hanya duduk mengangkang di rumah dan menembak dari balik semak.
Golongan ketiga adalah yang tergolong dari blogawan "Stand Alone" tidak mengira kecenderungan parti politik yang disebelahinya samada BN, PR atau gabungan kedua-duanya sekali. Harimau Menaip (setakat ini) bolehlah dikategorikan sebagai Blogawan Stand Alone. Terkadang mengangkang juga ketika menulis. Hahaha.
Dari ketiga-tiga pemain utama dunia blog itu, yang sama adalah nama. Nama semacam tidak kebangsaan walaupun ramai antara mereka yang menentang PPSMI.
Pokok pangkalnya, matlamat Harimau Menaip menulis hari ini adalah, untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya buat ketiga-tiga golongan blogawan di dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Saya (Ai). Kalian tetap sahabat walaupun terkadang berlainan pandangan dan pendapat.
-Bila Harimau Sudah Menaip
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment