Mintak maaf sebab lewat post artikel berkenaan risalah haram yang ditabur oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. BerukBand... macam biasa lah... korang faham kan?
Ni nak cerita kisah hari jumaat (lewat sungguh blogger nih...). petang jumaat tu lepas solat jumaat di Masjid Batu 8, kecoh Bukit Gantang bila beribu-ribu risalah yang menghina Tuan Mufti Perak dan juga Sultan Perak ditemui bertaburan di beberapa tempat sekitar Bukit Gantang termasuk di Masjid Batu 8.
Ada sorang pakcik petugas sukarelawan pilihanraya nampak 2 orang lelaki dalam lingkungan umur 50 tahun berkereta Proton Waja warna putih mengedarkan risalah tu dekat makmum masjid lepas solat jumaat di luar perkarangan Masjid Batu 8 lepas solat jumaat.
Ikut kata saksi, 2 orang lelaki lengkap berbaju melayu mengedar risalah tersebut yang depa simppan dalam bonet kereta depa dalam keadaan tergesa-gesa lepas solat jumaat. bila pakcik tu nak pergi ambik jugak risalah tu, depa cepat-cepat tutup bonet lepas tu blah cepat-cepat.
Mungkin jugak depa takut orang caam depa dan ambik no plat kereta depa.
Susulan dari itu, kami kutip beberapa keping risalah tu (sempat mamat 2 ekor tu tinggal 1 bundle risallah tu dekat tepi Masjid) kemudian kami call Haji Ismail untuk tindakan susulan.
Haji Ismail mengarahkan kami untuk segera buat laporan polis di balai polis berhampiran. masa tu kami tak buat kata putus lagi untuk dedah siapa kami (team BloggersNetwork@Perak) jadi urusan laporan polis kami serahkan dekat Pihak Srikandi KeADILan yang kebetulan ada di kawasan berhampiran.
Laporan polis yang pertamma dibuat oleh Ketua Srikandi Malaysia di Balai Polis Trong daerah Larut, Matang, Taiping pada jam 3:52 petang dan diterima oleh Kons. Mohd Shahir. salinan laporan polis ada dekat bawah ni manakala yang dekat atas tu ialah risalah yang diedarkan oleh 2 ekor malaun dengan waja putih tu.
Laporan ke-2 pula dibuat oleh Haji Ismail pada jjam 4:30 petang di Balai Polis Simpang.
Banyak lagi pihak yang jumpa risalah-risalah jahat tu jugak ada buat laporan dan sampai hari ni tak kurang dari 10 laporan polis telah dibuat keatas penemuan risalah-risalah beniat jahat tersebut.
Setakat ni jugak kita mmasiih menunggu perkembangan seterusnya keatas laporan yang dibuat dan untuk tempoh waktu ni, kita jangkakan akan ada lagi risalah-risalah seperti ini akan ditemui dalam usaha pihak-pihak tertentu memburukkan Pakatan Rakyat.
Kalau dilihat pada risalah dekat atas tu, nampak sangat itu adalah cubaan untuk memburukkan Pakatan Rakyat dalam kempen PRK Bukit Gantang. tak pasal-pasal gambar Tuan Mufti dan jugak YTAM Sultan dipermainkkan sebegitu rupa.
Aku tak reti nak tuduh sape-sape yang terlibat tapi aku heran kenapa tak ada laporan polis dibuat oleh pihak sebelah UMNO/BN padahal risalah-risalah tu jugak ada bertaburan dekat depan bilik gerakan pilihanraya UMNO/BN di sekitar Bukit Gantang.
Orang cakap, kalau nak buat jahat, jangan la nampak sangat... aku tak tuduh sape-sape nih... hehehe...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ini dikatakan Senjata Makan Tuan...
Kalau UMNO repot polis akan jadi
"Senjata termakan tuan" atau
"Jerung peliharaan makan tuan sendiri"
Entahlah...
Berani kerana Benar
tapi tak jumpa lak risalah mael sopian tu pernah ditangkap khalwat dengan pekerja kedai spek mata pekanbaru p.buntar semasa mael ni btugas di pejabat tanah kerian...
PAS dah mula ketakutan dengan tindakan sendiri.
BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah dibuat oleh ADUN Titi Serong telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering sekitar jam 5.15 petang tadi.
http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/03/umno-mula-main-kotor-di-bukit-gantang.html
Pandailah PAS nak tuding jari pada UMNO. Perkara ni memang dah dijangka. Ada eloknya kalau PAS buat laporan polis juga pada blogger2 berikut:
http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sultan-perak-murtad.html
(Blogger PAS Fitnah Sultan Perak murtad)
Pemimpin PKR arahkan pengikut masuk ke blog Sultan Perak untuk bagi komen pada Sultan, akhirnya semua penyokong PR menghina dan memaki Sultan
http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2009/02/06/sampaikan-mesej-anda-kepada-sultan-perak/
(Fuziah Salleh arahkan penyokong serang blog Sultan Perak)
Blogger Hindraf yang dipuja PAS ni duduk hina Sultan Perak cakap Sultan anjing tak nak ke PAS buat laporan polis?
http://arifomar.blogspot.com/2009/02/blogger-hindraf-dakwa-sultan-perak.html
(dah delete sebab kecut telur)
Samalah macam PAS yang bila dah terperangkap cakap UMNO yang buat. Padahal kat dalam blog & TKO bersepah yang kutuk & maki Sultan & Mufti. Pergi je dalam TKO dan blog PAS..bersepah yang maki hamun...
PAS dah mula ketakutan...
Ini bukti Pakatan Rakyat mmg kurang ajar terhadap Sultan & Mufti.
Sultan dimaki hamun dalam TKO:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2723
(baca artikel & komen keji penyokong PR)
http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2176
(baca sekali semua komen makian penyokong PR)
Dah terlalu banyak PR ni membuat kacau bilau..tapi tak mengaku dia yang buat. Semua nak dituduh pada UMNO.
Bukti dah jelas yg PR mmg celaka! Hebahkan kepada semua agar kita tak lagi tertipu dgn manusia yang menggunakan agama Islam demi kepentingan politik. Bukti dah menunjukkan siapa yang benar.
Dari paper negara advisor gerombolan... Bukan deme jumpa Queen Counsel nak selesai masalah Perak.. Mesti boleh caya kan...
http://www.timesonline.co.uk/tol/news/world/europe/article5950217.ece
Post a Comment