"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, March 11, 2009

Salahguna pemberian jam `Patek Phillipe' kepada Pengerusi PNSB

Panel siasatan yang dibentuk kerajaan Negeri yang dianggotai pasukan forensik akauntan mengenalpasti terdapat unsur salahguna melalui pemberian jam tangan mewah Patek Phillipe berharga RM159,250 kepada Pengerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Dalam sesi perbahasan sidang DUN, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata, pemberian jam tangan mewah kepada Pengerusi PNSB itu telah mencabar prinsip urus tadbir korporat.

Ini kerana katanya, setiap pejawat awam tidak boleh menerima sebarang cenderahati yang bernilai lebih RM1,000 dan jika mereka menerima ia mesti dipulangkan kepada kerajaan.

Bagaimanapun beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang maklumat yang diperolehi mengenai pemulangan jam tangan tersebut dan jam itu tidak ada dalam simpanan PNSB.

Menurut sumber katanya, jam tangan tersebut telah dijual oleh PNSB kepada seorang pembeli tetapi tidak mempunyai rekod bagi membuktikan kesahihan penjualan tersebut.

Dalam masa yang sama, Azmin turut mempersoalkan kelulusan pembelian hartanah Al-Marwa yang dikeluarkan melalui resolusi Pengarah untuk lima unit namun telah dibeli sebanyak 12 unit.

Katanya, wang berjumlah RM12 juta telah dibawa keluar tanpa kelulusan pihak bertanggungjawab dan urusniaga untuk tujuh unit yang dijual balik kepada kroni tidak mempunyai resit rasmi.

Beliau mempersoalkan apakah muslihat PNSB yang diketuai bekas Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo apabila terdapat bukti percubaan untuk membeli semula unit yang telah dijual.

Mengikut rekod PNSB tiada sebarang kelulusan yang diperolehi daripada Pihak Berkuasa terbabit dalam pelaburan hartanah di luar negara, tegasnya.

Selain itu kata beliau, PNSB gagal mengistiharkan faedah bukan wang yang diberi kepada kakitangan termasuk Pengerusi termasuk bentuk barangan, wang tunai atau kedua-duanya termasuk Toyota Harrier dan pemandu serta percutian dalam dan luar negara.

Beliau turut mendesak pihak PNSB supaya memaklumkan berapa jumlah yang dikeluarkan PNSB untuk menampung kos perbelanjaan ahli Balkis termasuk pakaian dan perhiasan mereka.

5 comments:

Anonymous said...

Khir Toyo...khir Toyo.....ni dah kira Khir TOYOL dah ni...Aku ingat la kan rete bebanyak tu nak pi beli ubat suntik BOTOX tu....tengok hidong ngan pipi dia tegang semacam jer.....baru boleh panggil Dr. KHIR TOYOL BOTOXX

Anonymous said...

aku pun heran....khir toyo pun dah dihukum..hilang pangkat mb...tapi mb sekarang ni masih belum tunai janjinya kat aku dan lain lain rakyat selangor...mana janji-janji pilihanraya dulu....aii tak kan la asyik-asyik nak bagi alasan....kot-kot janji tinggal janji...

Anonymous said...

HOI CEPAT LA SIKIT, JEL KAN SI KHIR TOYOL TU, DAH TAK SABAR DAH NAK TENGOK NI

Anonymous said...

Padan muka anak Toyol..ari tu bukan main garang lagi mintak pemimpin PR S'gor disiasat dan letak jawatan hanya hal lembu & kerete.

Sekarang jawab laa..jgn tak jawab!!!

Makin tegang laa muka ko anak Toyol!!

Anonymous said...

dulu khir tahyol ini banyak sangat komen tentang kerajaan PR ..... sekarang komen pulak le kes Jam Tangan mahal awak tu....