"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, April 12, 2009

Aku Cuma Dapat Kena Maki Je - malaysiakini

Ramai orang ingat..kami di Bloggers Network ni dibayar oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau gaji Nizar dengan EXCO pun kena beku... nak bayar kami macam mana?

Dan ada yang kata kami dibayar oleh parti. Parti mana? Nak kata PKR... ketua PKR negeri sendiri bagi tau... "kalau ada Matsamankati... seduit pun aku tak mau bagi!"

Nak kata Pas yang bagi... tok sah kata nak bagi duit... nak minta pas petugas pun depa tak bagi!!

Bila mula-mula kami berkampung di Bukit Gantang, semua tempat penginapan... peralatan dan sambungan streamyx dan broadband kami kena cari sendiri. Nasib baik la ada Pak Rahim tolong carikan rumah kat Simpang.

Orang ramai kat luar sana mahukan maklumat. Kat mana ada program... Nizar ada kat mana... kat mana ada ceramah... macam-macam harapan rakyat yang diperlukan dari kami. Tapi kami nak dapat kat mana? Pengurusan pilihanraya Pas tak pandang pun kat kami... sehinggalah kami dapat berjumpa pada satu hari... dengan Misbah dan Dr. Khairudin. Bukan kami nak mintak duit... cuma nak minta kad petugas... atau apa saja la kad pengenalan diri supaya kami dapat bergerak tanpa sekatan yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya orang tau... kami orang parti... buat kerja untuk PR... bukan ejen Umno. Tapi permintaan kami ditolak oleh Hj.Asmuni.

So... bilik Gerakan is out of bound bagi kami. tak ada pas... tak boleh masuk. Nak masuk kena ada jeneral yang approve. Dan bila tak ada pas petugas... petugas yang jaga pintu pun dok pandang serong kat kami. Ada yang kata kami SB... ada yang siap perli lagi... sebab depa ingat kami ni wartawan Umno.

Nak harapkan maklumat dari bilik Gerakan... tok sah harap. Nak dapatkan interview dengan kepimpinan Pas... tok sah harap. Memang dalam ucapan-ucapan Nizar... dia ucap terima kasih kat bloggers... tapi hakikatnya... sapa pun tak pandang kami.

Tapi kami tetapkan pendirian... kami buat untuk Pakatan Rakyat. Kami buat untuk rakyat. Tak dapat cara betul... kami buat cara tak betul. Matlamatnya... Nizar mesti menang.

Kalau maklumat dalam bilik gerakan Umno pun kami boleh dapat... inikan pulak dari bilik gerakan Pas. Kami pasang kabel... pasang ejen... pasang SB. Tu pasai kami boleh juga salurkan maklumat kepada semua. Dan aku bagi tau kat Hj. Asmuni dalam satu perjumpaan hari tu... kalau kami tak dapat maklumat cara halal... kami buat cara haram. Kami ambush Nizar masa tengah makan... nak marah... marah la.

Sebabnya... bila kita tanya apa program Nizar... orang tu suruh tanya orang ni. Orang ni suruh tanya orang tu. Last-last jawapan yang kami terima... RAHSIA. tak boleh bagi tau!

Dua hari terakhir... masa tu memang genting. Jeneral-jeneral Pas dah angkat kain putih. Asmuni angkat tangan... Ustaz Nasha pun surrender. Laporan-laporan risikan menunjukkan Pas ketinggalan.

Dari awal... kita bersikap defensif. Kita biarkan umno buat macam-macam tuduhan... dan kita habiskan masa menjawab tuduhan depa.

Jentera dibawah asyik memikirkan perkara remeh. Kisah Wan Azizah makan durian dengan garpu pun nak dibincangkan diperingkat tertinggi. Kisah Wanita PKR pakai cermin mata hitam pun nak dibincangkan dalam jawatankuasa induk. Muslimat Pas bercakaran dengan Wanita PKR.

Pukul satu pagi hari Isnin... kami di panggil kesatu tempat. Umno main kotor... Mahathir datang untuk kejutan terakhir... Jamal dan Osman akan buat buat ceramah... nak buat macam mana? Nak ceramah tak sempat... nak buat risalah... tak sempat. masa tu la blogger diperlukan.

Dan aku bangga dengan member-member Bloggers Network. Dan aku ucapkan terima kasih kepada stringer-stringer kami yang berkeliaran di lapangan.

Apa yang kami buat... tak perlu kami ceritakan. Ini kerja kami... cara bersih pun boleh... cara kotor pun boleh. Kami tak terikat dengan undang-undang dan protokol parti.

Untuk keputusan pengundian... kami dah buat perancangan. Albanjari mesti ada kat Bilik Gerakan Utama untuk melaporkan keputusan terkini. Dan dia pun dah war-warkan dalam blog dia... live dari Markas Ayer Kuning.

Tapi sapa yang melayari blog Albanjari malam tu... mungkin kecewa sikit. Wak hanyalah salah seorang daripada ratusan yang melihat keputusan melalui screen. Tak ada keistimewaan untuk Wak Albanjari. Malah dia gagal melapor kepada kami di Stesyen Maya 1 tentang keputusan terkini. Kami di Stesyen Maya 1 mendapat laporan yang yang jauh lebih tepat dan cepat dari Wak. Macam mana?

Tak payah bagi tau. Tak dapat cara elok... kami buat cara tak elok. Nak marah... marah la.

Malam tu... handphone aku menerima beratus sms... mengucapkan tahniah kerana berjaya membuat liputan yang cepat dan tepat. Mungkin ada satu dua yang aku jawab... yang lainnya... aku cuma tersenyum. Kerja aku selesai.

Terima kasih lagi sekali kepada semua petugas yang buat kerja sepenuh kerelaan. Terima kasih kepada stringers kami yang berkeliaran... terutamanya geng-geng Ahli Parlimen Pokok Mempelam.

Esok aku nak buat pembedahan terhadap PKR pulak.

Itu cerita dari MatSamanKati. ini tambahan dari aku pulak... sebelum ni ramai yang bantai aku bila aku cuma hint sikit saja dalam post aku sebelum ni "Belajarlah Untuk Senyum - malaysiakini", hampir kesemua komen kesemuanya berjumlah 158 komen sehingga artikel ini ditapi menghentam aku cukup-cukup dan hanya 3-4 kerat je yang cuba untuk faham situasi aku dekat sini.

Ramai yang tak faham betapa susahnya team kami dalam tempoh kempen tempohari, korang jumpa aku merata-rata dengan kamera aku, korang tengok aku senyum je tapi dalam hati aku korang tak tau macam mana terbakarnya aku masa tu.

Aku bukan nak ungkit bila aku timbulkan hal ni tapi aku nak semua orang cuba berfikir dengan rasional. kami berada di Perak (aku datang dari Selangor) sebaik krisis perlembagaan Perak bermula dan kami dekat sini bermati-matian mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan sebaik-baiknya kami cuba salurkan maklumat yang benar sebelum dimainkan oleh media perdana.

Cuba korang bayangkan selama lebih 2 bulan kami berada disini, macam-macam tohmah kami dapat dari puaka-puaka UMNO/BN, kami dibayar kata depa... aku malas nak ulas letih dah. semua kami tanggung sendiri tapi bila sampai waktu kempen PRK, kami rasa macam anak tiri yang ditirikan.

Sebelum tu dah hampir 4 kali kami bermesyuarat dengan pihak berkenaan tentang keperluan-keperluan kami dalam tempoh kempen PRK, dalam semua mesyuarat kami dapat jawapan 1st class..! semua akan disediakan.

Kami tak mintak duit tapi kami mintak Pas masuk ke Bilik Gerakan Induk PRK P-059, Jadual-jadual ceramah dan jugak beberapa akses yang kami fikirkan perlu untuk melawan jentera UMNO/BN. tapi sampai la ni, janji tinggal janji.

Nak masuk Bilik Gerakan Induk PRK P-059 jangan harap. walaupun kami dijemput tapi nama nak masuk mintak mahap. geng... kami berkampung di Perak hampir 2 bulan, sampai masa, Pas masuk tak dapat sampai ke sudah... wartawan media TV3, RTM, Utusan, Berita Harian senang-senang dapat... kami ni apa?

Jadual pergerakan MB sampai kesudah kami tak dapat, kalau dapat pun cara kebetulan tu pun lepas habis kredit dok menalipon semua nombor yang ada dalam HP.

Yang paling aku nak marah ialah bila sampai hari ahad 2 hari sebelum hari mengundi. awal pagi aku keluar dengan Dugong Darat. aku dah niat, hari tu aku nak cover aktiviti MB dari yang pertama sampai habis.

Apa yang korang tak tau ialah aku terpaksa call hampir semua orang di negeri Perak untuk dapatkan jadual MB. tapi semua jawab tak tau. bukak web P-059 tak dak update jadual MB padahal masa meeting 4-5 kali sebelum tu depa habaq semua jadual MB akan diupdate setiap malam atau pagi sebelum program berlangsung.

Aku call markas-markas ngan bilik gerakan yang ada pun tak tau jugak, yang seronoknya bila depa habaq - "kita tak boleh nak dedah jadual MB, semua terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan.."... Hoi Bongok..! ini kempen pilihanraya, bukan kempen bunuh diri atau kempen bom orang, buat apa nak sorok? aku cukup tak paham bab ni.

Paling aku panas hati ialah bila aku call pegawai khas MB, dia jawab "ana pun tak tau apa jadual MB hari ni, depa tak bagitau ana pun, semua depa rahsiakan..." hangpa rasa macam mana?

Nak lagi best?

Lepas aku dah habis ikhtiar (matahari dah tegak atas kepala) aku call last person yang aku rasa boleh dapat info, aku perkenalkan sapa aku, dalam panas hati, aku cerita elok-elok tujuan aku call dia. aku mintak baik-baik jadual MB hari ni dari awal sampai habis. aku mintak dia SMS dekat aku detail jadual MB sebab aku nak cover berita MB hari ni sebab bagi aku hari ni last untuk promote MB, esok kami nak serang UMNO/BN (hari terakhir adalah hari terbaik).

Hangpa tau apa dia jawab..? sepantas kilat dia cakap "OK..! lepas ni saya SMS jadual MB"... ya betul... memang tak sampai 5 minit lepas tu aku dapat SMS dari brader ni... SMS yang buat kepala aku ngan Dugong Darat nak pecah...

Hangpa tau apa dia hantar dekat aku..? ni ha -
  • Jadual MB hari ni - lepas ni rehat.
Kalau hangpa jadik aku hangpa rasa macam mana? seronok?

Aku mintak jadual MB untuk 1 hari dia pi hantaq - lepas ni rehat. hangpa nak buat kerja macam mana?

Geng... aku nak tanya hangpa... hangpa ingat aku buat kerja ni aku dapat apa? hangpa tak payah jawab... dalam post aku yang kontroversi tu hangpa dah jawab...

Aku dapat kena maki je dari hangpa.

Terima kasih untuk yang maki aku, terima kasih untuk yang mengutuk aku, terima kasih untuk yang menuduh aku ejen UMNO yang nak pecah belahkan Pakatan Rakyat. aku terima semuanya dengan hati yang terbuka sebab korang tak faham dan korang tak kan faham.

Ada jugak yang tak halalkan bahagian sumbangan yang aku pakai selama tempoh berkempen, kalau dah macam tu kata hangpa, aku tak boleh nak kata apa. lepas ni insya-Allah aku cuba carik sumber lain. aku percaya rezeki dari Allah...

Bila aku taip artikel ni, bukan sebab aku merajuk, tapi aku kecik hati dengan semua yang mengutuk aku. bila aku cuba tegur pimpinan PAS, korang semua hina aku, herdik aku, tuduh aku macam-macam konon aku ejen UMNO yang nak pecah belahkan Pakatan Rakyat, tapi mana korang semua masa aku terbalikkan gambaq fairus? mana korang masa aku terbalikkan gambaq DSAI? mana korang masa aku terbalikkan gambaq Teresa Kok?

Kenapa masa tu hangpa tak tuduh aku pemecah belah Pakatan Rakyat? memang aku bukan ahli mana-mana parti tapi aku sayang Pakatan Rakyat dan aku akan buat apa saja untuk Pakatan Rakyat hatta menegur mana-mana pimpinan yang aku rasa tak betul.

Kalau ada yang tak setuju, aku mintak maaf, pendirian aku tak boleh dijual beli dan tak boleh diugut-ugut. macam aku cakap tadi, aku tak dapat apa-apa dalam perjuangan ni, aku cuma dapat maki je.

Untuk yang faham situasi aku, terima kasih banyak-banyak, aku tak reti nak balas macam mana.

Terima Kasih.

125 comments:

haikal said...

peratus undi yang kurang tu, salah satunya AKU tak keluar mengundi, meluap kat orang2 Pas.

cencurut said...

Bhai...

Relax.... gua pon ader bantu gak PR nih.. tapi tak dapat satu aper bantuan pon... malah macam lu gak... dapat caci maki jer...

Itulah adat dunia bhai...

relax...

TBO said...

salam relax le bro

sumbangan dari TBO InsyaAllah halal dan penuh keredhaan dari kami. Adat lerr tu bro kami dari TBO ni yang dari PAS dituduh masuk PKR dan yang pro PKR sebagai ejen UMNO, nasib baik lerr Perak ni ade MB Nizar, Misbah dan Cina Islam, kalau tak entah lerr deme masih berfahaman politik 70an dan 80an.

chot said...

biasa le TP

melayu mudah lupa

tau nak mudah jeks...

apa2 hal pon bro tp

ko and team ko cemerlang...

Kapak Batu said...

sabarlah bro!1, hal itu mmg menyakitkan hati, perjuangan mmg byk cabaran, pada aku teguran itu bagus untuk memperteguhkan pakatan rakyat , di harap pakatan rakyat jangan takut pada kritikan kerana ia baik untuk masa depan parti itu,
harap bro bykan bersabar

Anonymous said...

salam akhi..

ana rasa anta pun tahu kan semua ni asam garam dalam perjuangan.. Buat akhi dan kawan2 seperjuangan, biasalah semua ni.. tabahkan aje laa hati tu.

Kadang2 dalam mengadap segala bentuk mehnah dan tribulasi perjuangan ni mmg mcm ni. Namun kita semua tahu kan ape yg kita impikan, ape matlamat kita dalam perjuangan ini. Semoga insyaALLAH segala bende tu kan menjadi ubat dan tonik terbaik buat kita utk terus berusaha dan giatkan lagi usaha dlm berdepan karenah kawan dan lawan ni.

Buat saff kepemimpinan PR dan PAS terutamanya, ambillah segala teguran dan kata2 kawan2 dan lawan di sini sebagai sebahagian dari intipati perjuangan. Baikilah yg mana patut. Sungguh sahabat yg baik adalah sahabat yg berani menegur kita apabila kita membuat kesilapan.

dan buat para sahabat yg teringin utk terus menghamburkan kutukan, cacian dan makian buat akhi dan sahabat2 kita yg dah bertungkus lumus tanpa jemu ni.. ana harap, fikir2kan lah dahulu. Renung2kan, Cermin2kan.. InsyaALLAH semoga semua kita beroleh rahmat dan Redha dari ILAHI.

kata kuncinya adalah matlamat, dan iman.

Assalamualaikum...

budak qatar said...

bro...aku mungkin tak paham apa yg ko perjuangkan tp aku rasa adat la tu.btw bagus la ko buat mcm neh.biar kan diaorg sedar.apa pun aku harap jgn hal mcm neh ko kecik hati...aku syok tgk ko tegur org...

Hanisham Ab Halim said...

TP,

Banyakkan bersabar kerana inilah hakikat sebuah perjuangan. Tiada perjuangan tanpa kesusahan. Teruskan perjuangan wahai team Bloggers kerana tanpa anda kebenaran takkan tercapai. Semoga kalian semua berada dibawah naunganNYA. Ingat seperkara, seandainya sesuatu perjuangan itu berpaksi kepada kejujuran dan kebenaran, Insyaallah kalian akan berjaya kelak. Selamat maju jaya pada semua Blogger Network.

soklan said...

TP, sedih siot baca artikel ko ni, sabar la diorg suma tu mmg BODOH sombong, perjuangan mmg berat beb, mana nk lawan musuh sebenar, nk lawan mush dlm selimut lagi, musuh luar selimut, musuh dlm diri..dll..

aku bengang betul pasal pas penerangan. apsal xnak bagi? masa PRK beria2 boikot TV3suku RTM bla..bla.., tapi pas bg pulak kat wartawan celaka tu, yg geng sendiri dianaktirikan, ni mmg perangai BANGANG NAK MAMPUS!!

buat yg xhalal sumbangan tu, aku nk tny ada sesape paksa ko bg ke?, giler dh bg sedekah pastu ko kata xhalal..ni namanya BANGANG tahap petala ke 8..

pemimpin PAS yg berperangai UMNO kena berubah, insyaAllah ramai lagi pemimpin PAS yg berkualiti dan mahu mendengar pendapat org bawahan..

pencacai PAS yg berperangai pencacai UMNO pun kena berubah, pemimpin PAS xmaksum, ada kala mereka buat salah, pasal tu kena kritik, kalau bkn kita yg kritik saper lagi? kalau xboleh krtik = UMNO ler..

Budak Hingusan said...

salam perjuangan bro,
aku dgr komen hang, aku nak keluar PAS.Jadi BEBAS. Aku memang setuju dgn ko. X semestinya perjuangkan Islam kene masuk PAS. Aku dah tekad.

Jebat Melaka said...

Bro...

Sakit jugak hati aku bila tahu pemimpim PR pun macam nie punye gaya. Kadang-kadang kita nie sebagai penyokong parti yang memperjuangkan keadilan dan kehendak rakyat mesti juga menkritik cukup-cukup pemimpin-pemimpin PR yang kadang kala lupa dan alpa. Tak semua yang pemimpin pR buat tu adalah betul. Jadi kritikan memang saya sokong kita buat selalu. check and balance mcm org puteh cakap.
Apapun bro, gua minta bro sabar. Hari-hari gua baca blog bro. Mohon bro teruskan perjuangan murni ini. Klu Pemimpin PR buat tak dek jer kita kena kritik juga. Mereka suka ke tak suka kita kena hentam juga macam umno tu. Kalau betul baru kita tak hentam.

Teruskan usaha bro. jangan merajuk pulak. Mana nak cari ganti mcm blog bro nie.

soklan said...

budak hingusan, lu nk kuar PAS, pastu jd BEBAS cam berahim ali ker? seje tanya :)

Anonymous said...

Tahniah atas usaha saudara. semoga jasa saudara akan beroleh syurga. Teruskan penulisan dan perjuangan.saya percaya pejuang seperti saudara hanya berjuang untuk kebenaran. ingatlah keikhlasan saudara dipuji Allah dan seluruh isi alam. Sejarah akan memuliakan perjuangan dan keikhlasan saudara. Buat pimpinan PR, ingatlah arus perubahan dimangkin oleh bloggers.Jalan hanyut dalam popularity dan kemenangan.

Bungaraya said...

Bergantungan kita kepada Allah. Kan kah itu yang nak kita cari..kita cari redo Allah. Kalau apa yang kita buat Allah tak redo hampeh semuanya...penat lelah..lapar dahaga je le. Aku sendiri tak mampu nak buat macam kau orang. Tapi meh kita renung..renung..jauh..jauh renung. Sesungguhnya kemanisan perjuangan adalah...kemenangan disisi Allah.Lepah ni meh kita mengadap tok guru.
Akaun bank tu buka lagi ke?

Anonymous said...

Sabor bro. Saya harap orang PAS atau PKR lihat apa yang bro cakap. kalau deme tak jaga bloggers, lain kali biar dema usaha sendiri. saya tak masuk mana-mana parti,saya tak pergi mana-mana ceramah. Jadi maklumat saya dapat dari blogeers. Inilah yang diulas oleh panel dalam analisis PRK dalam astro awani.Dan saya lebih percaya bloggers seperti topeng perak daripada bloggers umno yang kaki maki atau akhbar perdana. Peringatan untuk pas dan pkr, be profesional atau orang seperti saya tak keluar mengundi sebab menyampah dengan orang politik......

TAMING SARKAS said...

Haaa...

Tula..dak2 pas ni bukannya betul sangat pun..

Taksun je lebih,,kata Pro ahli sunnah wal jamaah kan..

Tak semua perfect..

tapi hangpa yang taksub ni hampeh!!..

Bukan PAS itu Islam..tapi kita sebagai umat nabi SAW itulah pejuang Islam sebenarnya..bukan parti!!..

ceeettt..

pirah kaki taksub PAS..

pasni adalah kaki taksub PAS maki sana maki sini..

Yang taksub Al-Quran dan Sunnah, xde nye maki sana maki sini..

fikir-fikirkanlah..

Anonymous said...

Bila aku baca cerita kau org ni, macam paparazi pun ade, tapi takpe, jgn pulak kau orng merajuk, aku harap lepas ni kau org dpt jd satu team yg lebih mantap, ttg org kutuk ke puji ke, kau org jgn peduli, kalau kita buat kerja yg betul dan ikhlas, insya allah kita akan dpt rasa kemanisan dlm perjuangan.

Anonymous said...

salam...

ana tumpang simpati kat anta.

pendapat ana diorg x faham fungsi blog dalam menyebarkan maklumat.

lg satu, anta org luar so org sane xbrp kenal agaknya... klu ana pun ragu2 dengan org yg kite blm kenal... tah ammno ke pas, tah SB ke... maklum org xkenal. kalau diorg kenal anta, emmm... ada masalah tu, kene selesaikan segera masalah nih!!!

perkara ni kene diperjelaskan. org2lama bukn faham sgt pasal internet ni, so diorg x tahu betapa penting blog2 dalam menyampaikan maklumat...

pasal penat dalam perjuangan nih kite kene tgk pemimpin2 dalam PR, tgk betapa diorg istiqamah dalam perjuangan... masuk lokap, kena tangkap masuk ISA. kene maki dalam tv dalam surat khabar. difitnah, mcm2 lg diorg dah hadapi... blh jdkannya sebagai pembakar semangat...

ape pun, kami rakan2 maya sangat menghargai jasa korg dalam menyampaikan maklumat...

baravo bro!!!

sayu ganu said...

bro TP, aku rasa apa yang patut ko dedahkan jer nama maluan PAS yang bangang tuh, aku pun kalau ngikutkan hati dah lama tak gi ngundi tp sayangkan PR, bencikan BN, kalau ingatkan pencacai dan pemimpin bongok dalam PR mmg aku dah benci, biaq pi mampus ler.Pemimpim dan pencacai PAS bukan maksum beb, apa yang aku tengok la ni ramai dah jadi mcm pemimpin UMNO, tp aku tgk pemimpin atasan tak pulok gitu perangainya...kesian pemimpin atasan, PAS dibenci sebab pencacai yang baru sari dua kenal erti perjuangan PAS konon, perangai mcm UMNO tak leh tegur lansung, btw TP dedah je nama saper yang bongok tu..aku pernah lalui per yang alami di Ganu dulu2..

KOBE said...

RILEK GU...KAWE SOKONG DEMO....Kalu puak2 tu nak tunjuk perangai sombong dan berkira/agah....ngundi P13 ni nanti rasala. baru jupo Rabu Dgn Khamis.....

Anonymous said...

jap2, aku bukan daftar lagi jadi ahli PAS,mcm mane nak keluar PAS..
Bro, aku minat ngan blog hang...
AKU NAK PIMPINAN PAS,PKR,DAP AMIK NOTE COPEK. PANEH HATI DEN NI.
TAKBIR!!
PERJUANGAN PAS RELEVEN SAMPAI BILO2..

lovespiraldownwards said...

Salam,

teman kenal le jugak Hj Asmuni tu dari zaman dia dok Manjoi dulu. mmg ghopa itu perangainya, nampak agak sombong. tapi istiqamah dgn jemaah mmg tinggi. infa' pun byk dia tu. teman rasa dia macam tu sbb dia pun tak baca blog2 ni gamaknya. lawyer ni mmg skeptikal sket. susah nak rasa diri tak betul. dlm bab2 hablum minannaas ni, teman rasa Dr Khairuddin baguih. apa2, cakap dgn dia pun senang. tapi tak tau le mana ghopanye dia kt Bukit Gantang aritu. yg teman tak berapa paham tu, masa sbelum waktu berkempen aritu, tebaca yg Wak Banjor ada meeting dgn org2 atas. Ate apa cerita? takkan dema takde nolong geng2 BlogNet ni kot? Apapun, mmg bilik gerakan ni tempat sensitip woo. masa election 99 dulu ayah teman seketeri bilik gerakan Tambun pun teman tak dibagi dema pandai2 masuk. nak2 pulok bilik sulit dema tu. dah memang resamnya camtu kot?? akhir kata, tak kenal maka tak cinta. apa kata bagi dema kenal dulu lepaih tu senang keroje..

mangchikla said...

Wa kafa billahi syahida...Cukupla Allah sebagai saksi..

Tinta Hitam said...

TP

Tahniah diatas kegigihan saudara dan rakan rakan blogger lain.Saya adaah salah seorang blogger Perak yg sentiasa mengikuti perkembangan Perak Blogger Network (PBN)..Masih baru dlm arena blogging ni.Mungkin dimasa akan dtg saya akan turut join saudara saudara semua.

memang ada perkara perkara yg dibangkitkan tu ada kebenarannya.

Pertama sekali PR dan PBN perlu mencari kesepakatan keran amsing masing adalah dipihak yang sama.Cuma sebagai blogger kita tak mau kita dikongkong oleh samada PR atau mana mana pihak utk memberi pandangan.Perkara penting ini perli difahami oleh PR

Keduanya saya sendiri faham dari satu segi setuju kadangkala perjalanan pihak pimpinan pR perlu dirahsiakan sikit utk mengelakkkan counter attack dari UMNO sendiri.Harap dpt PBN dpt bincang dgn PR utk menyelesaikan masalah ini.

Ketiganya kita perlu ingat kita kerja kerana mencari keredhhaan keampunan Allah SWT.Moga moga sumbangan kit aditerima oleh Allah SWT.Dah tentu berbagai halangan dan tribulasi berlaku utk menguji keikhlasan kita..

Saya yakin segala masalah yg dibangkitkan akan dapat diselesaikan jika kedua dua pihak ikhlas dan menegenepikan perselisihan sert sama sama mencari penyelesaian..

Akhir kata syabas saya ucapkan pd saudara saudara dari PBN diatas segala kerja kerja yg dilakukan..Semoga Alllah merahmati anda semua

Anonymous said...

timakasih atas sumbangan anda. Jgn kecik hati, adat org berjuang..lagipun adat dunia, jikalau buat baik mana ada org nak ingat/kenang/hargai tapi bila buat silap sekali, itu jugak yg dikenang sampai bila2. yg penting niat anda.

albinjayie said...

forward je nama2 kononnya pejuang kat blog tok guru n blog dsnizar...

apapun terima kasih banyak kerana berpenat lelah utk sampaikan berita terkini pada kami dari jauh ni....

SEMOGA ALLAH MERAHMATI TUAN2 BLOGGER SEKELIAN.SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIMUDAHKAN BARANG YANG SUKAR. AMIIN

Budak Hingusan said...

Ni jap lagi puak2 umno dtg la ni..nak sogok kito ni.Diaorg perhatikan jo ni, bilo nak masuk lain. Pimpinan pakatan rakyat,kono settle kan dongeh ni. Nanti parah jadi ni.

Unknown said...

assalamualaikum pembuka bicara...

kita memang takkan dapat puaskan hati sumea org...
tapi ingat satu je Allah bersama org2 yang benar..

kita pun taknak org kate penyokong PR esp PAS pak turut je

mane yang betul, kita ikut
mana salah, guna saluran yang betul utk baiki

kesian TP dipulaukan bagi mencari satu kebenaran

tapi, TP mesti sgt puas hati kan bila dapat hasil

'puas hati' dan ketenangan itulah anugerah dari Allah yang sukar digambarkan...menikmatinya adalah satu rahmat

Takbir !

pengliporlari said...

anggaplah ia sebagai satu halangan getir dalam PRK yang mdapat tumpuan paling meluas!cabaran yang hang galas memang besar,padan dengan lanskap politik perak sekarang!saf tertinggi pas bkt gantang memang berpengalaman dalam PRK,tapi mereka pun datang hanya sebagai kontijen yg membantu dari aspek jentera kempen sahaja..tapi mereka kurang berpengalaman dalam pentadbiran.ini membuatkan reputasi sebagai tuan rumah utk PRK sedikit tercalar dek jawatan yg dipegang tak padan dengan orangnya.

iam_khufu said...

Rileks la TP aku pun pernah kena macam hang ni. Kalau dengan UMNO biasa la kan, tapi ni geng sendiri yang buat dajal. Tapi aku ingat macam2 jenis orang ada kat dunia ni, jadi tahan la sikit. Perangai depa ni macam2, ada yang kuat merajuk, ada yang marah sebab benda kecik, ada yang tak berapa nak percaya kat kita, ada yang berlagak macam Jeneral Askar dan macam2 lagi. Tips aku, cari sorang dari geng depa tu yang kira ngam dgn hang, dengan cara ni senang kerja nak jalan. Sabar je la

Sax-Gold Ent said...

salam, byk komen kat cni agak positif... tp rasanya semua menyokong para bloggers krn usaha mereka ini... diharap mana2 'Jeneral' yg terbaca nih buat lah sesuatu... tanpa bloggers nih jgn harap korang 'kondifent' nak menang
hak yg menderma tu, kalu korang nak m'ungkit, lps ni lebih baik takyah nak derma... simpan duit dlm laci...
berita baru nak tau... lps tu mengomen jer lebih

Thanx to all bloggers n PR supporters..



sallam perjuangan

Unknown said...

puak2 PAS kenalah ambik PERHATIAN yang sewjarnya...get the details yang mana perlu di perbaiki dan diperbetulkan ....supaya permasalahan seperti ini tidak berulang lagi....TEAMWORK,.....

ALI MAIDIN said...

Sampai masanya Jawatan kuasa blogger PR diwujudkan secara sah. Dan diberi kuasa sebagai petugas rasmi Pas. Pas dan blogger kena duduk semeja merancang hal ini.

PARPUKARI said...

WALAU KITA NI MUSUH DI ALAM MAYA BRO, TAPI AKU FAHAM PERASAAN KAU!

ITULAH AKU KATA BRO, POLITICIAN ARE ALL THE SAME, JANGANLAH GUNA NAMA AGAMA!

ORANG ISLAM YANG MENGAMALKAN ISLAM TAK AKAN ABAIKAN SEORANG MUSLIM YANG LAIN!

TAMBAHAN PULAK TUAN TURUN UNTUK BERJUANG SECARA IKHLAS!

INILAH MASA TERBAIK MUHASABAH LAH DIRI WAHAI SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN!

KESIAN AKU TENGOK KORANG DIPERGUNAKAN SEBEGINI!

AKU AMAT SIMPATI PADA KAMU SEMUA!

Ikemen said...

salam bro TP.

SABOR2...
memang deme tu agaknye lupe pengorbanan bro2 bloggers(termasuk akak2) tapi kami para pembaca xkan lupakan,

aku memang suke kalo hangpe sound direct kat pimpinan Pakatan Rakyat, utk kebaikan semua. jgn deme ingat sedap menang je...

pilihanraya ni macam exam semester la...
memang hang berjaya jawab soalan utk sem ni, tapi hang jangan lupe kene kerja kuat utk sem depan.

nway, jazakallah bro.

sedangkan Saidina Umar RA pun minta kaum muslimin tegur dia kalu dia silap, inikan kita.mungkin cara mike kasor, tapi yang kasor le baguih, baghu tersedor siket..

soklan said...

BlogerNetwork tak dipergunakan macam BPN la parpu, sbb tu diorg bebas kritik pemimpin, sbb kami xnak PAS/PR jadi macam UMNO..

simpan je simpati kau..

eye warrior said...

salam...hi brother..jgn marah2..

kalau aku tempat kau pun, mungkin terasa gak..meh aku nak citer sikit..

aku sekarang study kat perak..start mula2 PR memerintah Perak ni, aku jadi minat kat PAS..pada hal aku asal Kelantan..aku lak skol arab bawah YIK, yayasan islam kelantan..budak2 sekolah aku tu kira umpama dah jadi tentera PAS kat kelantan..tp masa tu aku lebih suka x campur politik...sampai la aku dah mula start study kat perak..aku kagum dgn MB nizar..start dari situ la aku selalu ikuti perkembangan PR khususnya PAS iaitu berkenaan MB nizar sendiri..

sehinggalah PRK bukit gantang ari tu..aku selalu ulang alik ke sana..semata mata nak bagi support kat MB nizar..nak berkampung kat sana x dapat sebb ada kuliah, x kan nak ponteng lak..

aku dah faham sangat dgn PAS ni bro...diaorg ada gak yang mentaliti mcm UmBN (Umno BN) ni...aku duk skol arab sejak umur 13 lagi sampai lah 18, majoriti cikgu2 kat situ semua org PAS, aku dah kenal dah perangai2 diaorang...tu lah yang aku x suka..

tp kita kena lihat..kat MALAYSIA ni ada dua pihak je sekarang, samada PR atau BN..satu bawak kehancuran pada Malaysia n satu lagi bawak kebahagian pada Malaysia...n aku mcm kau lah, aku sayang kat PR bukannya apa..sebb nak harap kat BN yang tgh memerintah negara ni, x dapatnya..dgn najis altantuya lak lagi la makin hancur..maka yang di pihak yang benar dan mampu leh bawa seribu satu kebahagian pada Malaysia hanyalah PR terutama PAS...

kau nak tau x bro..kalau bukan MB nizar calon PRK Bukit gantang ari tu, aku x kan sokongnya calon PAS lain..kerana PAS sendiri pun adanya org2 yang x betul..hampir sama je dgn BN, cuma baik sikit je org PAS ni..nasib baik MB nizar..masa pegistiharan calon ari tu, aku pegi gak..punya seronok aku masa tu bila dengar je Tuan Guru Haji Hadi umum yang MB nizar calonnya..

maka..PAS sekarang ni pun ada puak yang nak Islam betul2 n ada yang munafik..maka pemimpin yang munafik ni kita kena tegur sebb PAS n PR je yang mampu bawak MALAYSIA sekarang ni dgn baik..nak harap kat BN, mcm aku cakap tadi la..hancur n punah ranah jawabnya..

aku sekarang dah buat blog sendiri..puncanya aku buat sebb aku lihat kau lah..kau memang hebat, kau memang betul2 buat kerja yang benar..kau dah jadi idola aku dah utk blog ni..sila tunjuk ajar ya sifu..kahkah..k la sifu..aku harap kau jagn putus asa..kalau kau putus asa dalam penyebaran maklumat betul ni..aku pun akan give up gak..aku selalu buka blog kau..aku pun dah ada blog sendiri, semuanya sebb aku nak jadi mcm kau..tengok, punya tinggi respect kat kau tu..relaks bro..sabar..kau leh nya...insya Allah..ni nak promosi blog aku gak, hehe..http://www.pejuangpas.blogspot.com/

panjang lak aku menaip ni..salam

Anonymous said...

TP,
kalu awak free,tlg call sy..Sy cl awk x dpt


................av................

Unknown said...

Salam TP ....

Buat la sesatu benda tu kerana Allah ...

buat penat badan je jika nak harapkan balasan dr manusia ... mereka tak mampu pun .....

Apa2 hal pun ... gua sokong lu ...

mat indera said...

Salam TP,

......memang aku bukan ahli mana-mana parti tapi aku sayang Pakatan Rakyat......

Geng,kena jadi ahli kot,baru dapat access?

Gua lagi teruk geng,lepas keluar UMNO 1989 macam-macam fitnah keluar.
Anak nak pi sekolah terpaksa cari sendiri.
Depa dendam sebab gua ugut siapa-siapa tolong bayar yuran ahli gua akan dedahkan.
Masa tu datuk Mohd Rahmat setiausaha.
Lu bayangkan geng,gua tak pernah bayar yuran tapi masih ahli.
Perlembagaan UMNO tercatat keahlian gugur kalau tak setel yuran.
Masa tu gua setiausaha pemuda.
Yang jadi mangsa adalah anak-anak gua,walaupun cemerlang dalam pelajaran.Biasiswa reject,tapi gua pegang janji Allah.
Sabar dalam taat,
bukan sabar dalam azab.
Kalau sabar dalam azab dah lama jual agama.
Contohnya,KRONI........jumpa member lama,setel.Tapi anak-anak jadi mangsa atas perbuatan kita sendiri.Darah yang mengalir dalam diri anak-anak adalah hasil haram atas perbuatan kita.Anak dapat kerja pakai kroni,lepas tu bagi makan kat cucu kita.....sampailah kiamat.Halus geng.
Biarlah susah cari makan,jangan sampai kita jual agama cara tu.
Gua pun tak jadi ahli mana-mana parti.Tetapi satu sahaja pegangan gua.
Sebagai ayah/bapa bolehkah kita cerita aib anak pada orang lain ?
Mahathir dah buat kerja ni !
Mangsanya Anwar Ibrahim.
Nak cerita islam jauh-jauh lagi tak payahlah.
Budak-budak UMNO pi mengaji lagi !
Lepas ni kita boleh cerita politik apa sahaja,satu dunia boleh cerita.

Namun gua sokong PR.

Sekian.

Anonymous said...

salam
aku sokong ko
aku kagum kat ko
teruskan usaha
pedulikan cacian dan makian orang
itu asam garam perjuangan
salut

Anonymous said...

Assalamualaikum Bro!
Biasa la tuuu.... Apa pun, semua bloggers yg bertungkus lumus memberikan liputan yg bagi saya cukup-cukup berkesan...... dan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat. Saya ucapkan terima kasih buat semua dan saya doakan kalian semua diberkati Allah seisi keluarga. Tidak akan menjadi MATANG seseorang itu tanpa ujian dan dugaan dari ALLAH. Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk memberi maklumat kepada semua yg dahagakan informasi yg benar. Syabas dan selamat maju jaya, teruskan perjuangan kalian semua. Amiiinn Ya Rabbal A'laminnn

Anonymous said...

bro..aku rasa hangpa semua kena bawak berbincang dengan pimpinan pr terutama sekali dengan nizar..kurangnya aku rasa dia tak lah berlagak macam mana jeneral pas yg tah apa2 tu..aku amat haragai sumbangan bloger semua sebab tu aku ada derma sikit utk tabung hangpa dan aku bagitau kwn2 aku suruh derma sama..walaupapun aku harap hangpa pun kena faham bila ada masalah mesti dan wajib berbincang dengan org yg wujudkan masalah tersebut ataupun at least dengan org yg neutral cam nizar ka, khalid samad ka..ataupun mishbul ka atau mujahid ka atau sapa2 yg hangpa fikiaq boleh selesaiakan masalah ni..aku faham hangpa sakit hati dan merajuk..sebab tu lah aku cadangn blogger dijadikan unit komunikasi atau gerak saraf pr secara rasmi lengakp dengan dana dan perkara2 yg berkaitan,,susun organisasi hangpa..kalu boleh bagi nampak macam media prima..ada unit2 yg tersendiri termasuklah yg cari duit...tapi apa pun aku mintak sgtla hangpa bawak berbincang dgn baik2 dgn pimpinan pr..sebab perjuangan masih jauh lagi..yg penting tugas hangpa adalah utk membela rakyat..bukan bela pr...selagi hangpa pegang tu..insyallah walupun hati sakit tapi hidup selesa dunia akhirat!!!

Anonymous said...

bro..aku rasa hangpa semua kena bawak berbincang dengan pimpinan pr terutama sekali dengan nizar..kurangnya aku rasa dia tak lah berlagak macam mana jeneral pas yg tah apa2 tu..aku amat haragai sumbangan bloger semua sebab tu aku ada derma sikit utk tabung hangpa dan aku bagitau kwn2 aku suruh derma sama..walaupapun aku harap hangpa pun kena faham bila ada masalah mesti dan wajib berbincang dengan org yg wujudkan masalah tersebut ataupun at least dengan org yg neutral cam nizar ka, khalid samad ka..ataupun mishbul ka atau mujahid ka atau sapa2 yg hangpa fikiaq boleh selesaiakan masalah ni..aku faham hangpa sakit hati dan merajuk..sebab tu lah aku cadangn blogger dijadikan unit komunikasi atau gerak saraf pr secara rasmi lengakp dengan dana dan perkara2 yg berkaitan,,susun organisasi hangpa..kalu boleh bagi nampak macam media prima..ada unit2 yg tersendiri termasuklah yg cari duit...tapi apa pun aku mintak sgtla hangpa bawak berbincang dgn baik2 dgn pimpinan pr..sebab perjuangan masih jauh lagi..yg penting tugas hangpa adalah utk membela rakyat..bukan bela pr...selagi hangpa pegang tu..insyallah walupun hati sakit tapi hidup selesa dunia akhirat!!!

Sayanik said...

TP... teruskan usaha anda..jangan sesekali berehnti atau beralih arah... harap para pemimpin PR alert dengan pengorbanan para blogger... ada yang tido 2-3 jam
ada tak tido langsung..
so..hargailah perjuangan para blogger..

ape pun..ku tetap PR..

Anonymous said...

Relax bro,

Bukan semua org PAS n PKR tu berotak. Wan Azizah pun makan durian pakai garpu, mengalahkan anak raja.

Kau orang buat kerja tak dapat gaji, tapi masih lagi buat. Aku respect kau orang. Kalau aku buat kerja macam tu, lepas tu tak dihargai, dah lama aku cabut. Sedih aku dengar pengorbanan kau n team members tak dihargai oleh PAS n PKR. Jangan jauh hati, mungkin dia orang akan berubah later.

Tetapkan bersama PR. Jangan biarkan incident ni buat kau orang jauh dari PR. Seburuk2 PR pun, buruk lagi BN yang perlu ditumbangkan.

Anonymous said...

baghal betui la hang ni... masuk bakul angkat sendiri...

teropongperak said...

Salam yob,

Bab pemimpin PAS macam ni dah lame yob. Ada la beberapa kerat pemimpin PAS yang tahu 'public relation' dlm politik. Yang lain tu tak paham politik. Mereka menganggap orang2 wajib taat kepada PAS hanya kerana PAS parti Islam, sedangkan dalam politik, RAKYAT ADALAH TUAN dan PEMIMPIN ADALAH KULI. Mereka tak faham dalam politik 'Pemimpin menjaga Rakyat', bukan 'Rakyat menjaga Pemimpin'. Bab 'public relation' ni tak dak dalam kepala mereka. Mereka rasa mereka betoi semua, orang lain hanya layak untuk dimaki. Mereka anggap rakyat dah suka PAS hanya kerana ramai yang datang ceramah mereka dan undi mereka bertambah.

Mereka ini perlu sedar, ramai orang datang ceramah mereka dan bertambahnya undi kepada PAS terutama undi Cina dan India, bukan sebab orang dah suka PAS. Undi melayu tak bertambah banyak mana pun. Banyak yang datang ceramah dan undi PAS hanya sebab meluat pada UMNO/BN, dan khas untuk Bukit Gantang, Nizar adalah faktor terbesar menarik undi tersebut.

Jadi pemimpin PAS perlu faham, tugas mereka menjaga rakyat. Dengar kehendak rakyat. 'Public Relation' perlu baik. Orang2 nak tau apa kebaikkan PAS berbanding parti lain. Orang2 bukan suka pegi ceramah dengar maki-maki. Pas perlu fikir, apa kata kalau UMNO/BN dah reform nanti, membaiki segala kelemahan, dah pandai jaga hati rakyat terutama orang Cina & India, apakah PAS boleh lagi menarik undi sebagitu?

Anonymous said...

kih.kih...cari simpati laniii....cara hang yang tak betul bro...kata ikhlas..ni ape ceritaaaa...kih..kih.....

Anonymous said...

Kena sebut sapa dia tokoh PAS yang siul tu. Kalau Asmuni kena sebut Asmuni. Kalau Nasharuddin kena sebut Nasharuddin. Pas akan buat muhasabah dalam muktamar akan datang. Bagi maklumat yang bener supaya perwakilan boleh buat pilihan. Tak lah mereka tersalah pilih nanti.

gaban said...

Salam TP,,

Welcome back..

Lama xbaca post mike,rasa rindu pulak hehe..

Simpati teman dgr kesusahan para blogger dlm memperjuangkan parti ni..

Lepas ni para pemimpin atasan yg terbaca artikel ni,elok lah buat post mortem diri masing2..

Jangan menyusahkan org yg cuba menyenangkan kita..

Lepas balik cuti ni,minda pun fresh,teman rasa elok mike bukak buku baru..

Buku lama jgn tutup terus,tapi jadikan buku lama tu panduan untuk mike menempuh hari2 mendatang..

**SELAMAT BERJUANG SAHABATKU..JGN PUTUS ASA & KECEWA**

anon kus kus said...

anon kih..kih..10:47,

kih..kih..ada juga anon yg bangang nk cari simpati sokong pemimpin giler kuasa..kih..kih..ini kita namakan anon si pencacai PAS/PR...tak pun ni anon provokasi pencacai umno..kih..kih..kalau anon PAS/PR mesti tahu yg mana kritik boleh mmbawa kebaikan kpd parti..kih..kih..provokasi anda gagal..kih..kih..syoh..syoh..gi blog BPN la woi..kih..kih..

IRON MASK said...
This comment has been removed by the author.
abgBro said...

alamak ade yg nak kuor pas ade yg xmo ngundi pr...setakat nie tu je hasil bincang bab ni...aduhaiii jiwa2 yg tenang...najib duk gelak kahkahkah

masing2 ade kelebihan dan kekurangan namun terbaik lepas ni carilah saluran yg terbaik utk mnyelesaikn kemelut yg terbuku di hati hangpa..

aku sgt brharap PR dpt menubuhkn satu team bloggers yg diktiraf spt wartawan harakah dan suara keadilan..TQ

MrNorthCorner said...

Tahniah TP n Gang n all PR Bloggers yang menghabiskan masa.tenaga n fulus demi memenangkan parti pilihan hati kita. we are not paid to support them but it's our choice to find the truth n reliable party that can bring justice to all.

Begitulah lumrah dalam politik esp. masa perang semua org sibuk n prejudis. i agree that some of our leaders still thing like in 70s or 80s, they didnt realise the power of virtual suppoter or com generation. dont be mad or upset wif them, it'll take time 4 everybody to accept a blogger as part of war machine in PAS.

You already show them the power of internet n young voters surely accept u as their ultimate information source. so be happy wif that recognation. Let go what other people think about u,coz ALLAH knows what inside us. be sincere n insyaALLAH someday, somehow u'll get the pay.

p/s: like to hear comment from PAS leader about this esp. Hj Asmuni ect.

IRON MASK said...

salam....petugas pr bukannya berlagak sombong atau megah ....tapi ada sebabnya....dari sumber yang boleh dipercayai oleh aku la....ramai petugas PAS yang kena sihir pada PRK di bukit gantang tu....aku pun tak percaya crita ni....tapi kalau korang perasan...aktiviti DS nizar dua tiga hari sebelum hari mengundi tu slow skit....sebab DS nizar dah kena....dua mlm terakhir tu....dia di ubati oleh tuan guru yang ada kat sana....mmg petugas PAS dah di beritahu lebih awal mengenai hal ni...sebelum kempen berjalan pun dah ader dlm taklimat pemuda pasal hal ni...tu sebab bukan sembarang org bleh masuk ke markaz pemuda atau markaz induk kat air kuning tu....dlm berhati hati pun kena juga....

minda tenang said...

Anggaplah ini ujian....
Kemenangan Hakiki bukan dari PAS atau PKR....
Tapi dari ALLAH.....
Balasan usaha dan pengorbanan bukan Upah dari PAS atau PKR....
Tapi dari ALLAH......
IsyaALLAH selagi anda di pihak yang betul dan benar, anda akan dibantu oleh ALLAH...
Ingat akan nikmat ALLAH.....
Ingat kalau satu dunia membenci anda tapi jika ALLAH sayang, satu dunia tak boleh beri kesan, begitu juga sebaliknya....
Bukan banyak rezeki yang penting, tapi keberkatan rezeki yang penting.....
Biar rezeki ciput tapi berkat....
Ingat rezeki ditentukan ALLAH.....
Keberkatan rezeki pun ditentukan ALLAH....
Kesemua itu bergantung kepada keIKHLASan kita pada ALLAH...

Kalau orang lain beli selipar hanya boleh tahan satu bulan manakala anda beli selipar tapi boleh tahan sampai satu tahun itu maknanya rezeki (selipar) anda itu berkat....
Cerita pasal selipar ni, sampai la ni saya tak tukar selipar (hampir 2tahun dibeli), mungkin rezeki (selipar) saya tu berkat kut (InsyaALLAH)....

yang penting kita kena ingat akan NIKMAT yang ALLAH beri setiap hari (seperti Iman, Amal, udara (O2), kesihatan dan lain-lain lagi...)
Kita bersyukur atas NIKMAT itu....
Kita berterima kasih atas NIKMAT itu dan membuktikan dengan perjuangan dan pengorbanan kita hanya kepada ALLAH.

IRON MASK said...

salam

one more thing...pasal duit....aku tgk tabung TBO bnyk lagi berbaki...apsal tak guna masa kat bukit gantang tu....duit tu sedekah dari org ramai...utk kegunaan korang utk melancarkan pergerakan...aku pun turut sama bagi...walaupun kecil....insyaallah...dah ramai yg tau psal bloggers ni...dan aku tgk sumbangan org ramai pun bnyk gak tu....nanti kalau ader lagi PRK...bagitau jer...hebahkan jer...insyaallah ader la org nak bagi sumbangan kat hangpa tu.....

Anonymous said...

Relak Bro....
bawa banyak beristighfar....berserahlah kpd Allah ..mungkin Ada hikmahnya...
Yang penting tuan2 semua dah melaksanakna tanggung jawab dengan penuh dedikasi...walaupun mereka tak kasi apa2...
insya Allah YB Nizar akan ambil perhatian tentang perkara nih...insya Allah... bila ada peluang berita coretan berkaitan akan sampai kpd YB Nizar...
Teruskan ..Yang benar tetap benar..tegurlah,sergahlah,apa peduli dgn cemuhan...perjuangan menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran adalah yang terbaik...
TAKBIR!!!!!!!!
Amin...Gua sokong ALL PR bloggers

soklan said...

iron_mask, serem aku dgr citer mandrem2 ni..ko biar betul??

petunjuk bijaksana said...

salam'alaik,

gerakerja parti adalah sulit, xdapat dinafikan. maka dgn itu org2 terpilih shja yg dibenarkan akses tersebut.

gerakerja bloggers ternyata dan terbukti berkesan dan memberi impak jangka pendek dan jangka panjang untuk kebaikan pr.

maka dgn itu dah tiba masa untuk bloggers pro pr jd sebahagian dr petugas pr secara rasmi agar gerakerja dpt disinkronisasi.

cara bloggers pro pr utk jd petugas scra rasmi mgkn dgn pendaftaran bloggers sbgai mana2 ahli gabungan pr atau bloggers dilantik scra direct oleh pimpinan.

namun yg pntg bloggers pro pr sdh ptt brda scra rasminya dlm gerakerja pr sbgai petugas di alam maya.

setiap maslahah ada penyelesaian,
insyaAllah
lillahi ta'ala
Allahu Akbar
wa lillah al-hamd

wassalam'alaik.

Tok Pawi said...

Tak dak ketoi? Erk!~

Anonymous said...

betoi tu cakap iron mask tu.... blogger2 jgn tuduh secara buta tuli je...nak jadi mcm puak2 umno gak ker?

zainulfirdaus said...

assalamualaikum bro,
bawak b'saba byk2.2 smue lumrah perjuangan yg sejati.smue onak duri yang harus ditempuhi.pape pown ak ucapkn tahniah atas korang pnye maklumat yg berguna.ak arap korg xputus asa utk terus menyalurkan maklumat utk rakyat.ak arap bro dpt teruskn memberikan maklumat2 t'kini yang melanda krisis perlembagaan di perak.teruskn usaha anda.
takbir!

uwais said...

Sabda Rasulullah SAW: ''Sedikit dari sifat riya itu adalah syirik.Maka, barang siapa yang memusuhi wali-wali Allah niscaya sesungguhnya dia telah memusuhi Allah. Sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang berbakti dan bertakwa serta yang tidak diketahui orang lain tentang dirinya. Jika mereka tidak ada dan hilang dalam acara apapun, mereka tidak dicari oleh orang lain, dan kalau mereka hadir di situ mereka tidak begitu dikenali oleh orang lain. Hati nurani mereka umpama lampu petunjuk yang akan menyinari mereka hingga mereka keluar dari tempat yang gelap gelita.'' (Hadis riwayat Hakim)

Ir Lanka said...

Salam Bro TP,

Hahaha..wa pon peminat lu beb..kepada anonymous yg asyik ckp bab duit, ikhlas n habuan syabas diucapkan sebab korang memang tergolong dlm golongan cetek ilmu and bebal..

TP bercerita tentang feedback and layanan dari teman2 seperjuangan/pemimpin PR sepanjang PRK aritue..So if xpaham jgn komen..

Bab idea nk seragamkan or link kan all blogger di bawah satu payung PR aku setuju sgt..Bab TP or blogger lain yg maybe berkecil ati, tolong sesapa yg expert link kan blog nie ke mana2 blog pemimpin PR kita n mintak diorang komen..dengar cita suma dh ada blog s'diri t'masuk MB Nizar..baru la diorg leh paham problem blogger golongan marhaen nie..maybe slama nie diorg xpaham probl korang..abis citer n tutup buku..

TP lak jgn kecik ati..jgn isu cenggini leh jejaskan ke'sempoi'an keja2 ko..korang keje memang superb..aku leh dpt info lg cepat n tepat dr rakyat jelata kt m'sia even aku kt SriLanka..Congrates bro n all ur underground geng..

TAKBIRRRRR!!!!

azzan said...

kepada soklan....ntah la...aku pun tak brapa percaya...tapi kalau fikir balik...kaitkan satu perkara dgn perkara yang lain....crita yg aku dgr....kait dgn crita pasal org yg TP call tu kata hari tu rehat...ada yang tak kena tu...dua mlm sebelumngundi tu....tiga ustaz duk ubatkan ds nizar...crita yg aku dgr la...kalau org yg crita kat aku tipu aku....maknanya aku pun tipu korang jugak laaaa.....

p/s...aku yg duk pasang PA sistem pun tak diberitau sapa nak ceramah...bila aku tanya...jwpnnya...pasang jer laaaaaa...

azzan said...

kepada soklan....ntah la...aku pun tak brapa percaya...tapi kalau fikir balik...kaitkan satu perkara dgn perkara yang lain....crita yg aku dgr....kait dgn crita pasal org yg TP call tu kata hari tu rehat...ada yang tak kena tu...dua mlm sebelumngundi tu....tiga ustaz duk ubatkan ds nizar...crita yg aku dgr la...kalau org yg crita kat aku tipu aku....maknanya aku pun tipu korang jugak laaaa.....

p/s...aku yg duk pasang PA sistem pun tak diberitau sapa nak ceramah...bila aku tanya...jwpnnya...pasang jer laaaaaa...

Anonymous said...

senang cita macam ni..rasulullah da ajaq cara2 penyelesaiannya..kita buat syura, bincang elok2..luah apa yg xpuas ati, apa masalah, apa yg jadi punca..face to face

kalu kita dok gebang macam ni ja, sampai bila pun xabih..musuh2 kita pun tunggu masa ja nak amik kesempatan..

ikhlas dari saya-
budak sekolah menengah

suealeen said...

TP.. saya rasa adil kiranya jika didengar cerita dari kedua-dua pihak untuk mengelakkan prejudis. Antara prinsip Islam itu adalah keadilan.. tak gitu?

Anonymous said...

itulah yang dinamakan syura...dok semeja..kan kita parti islam, kenala ikut cara islam..InsyaAllah boleh selesai

budak sekolah menengah

Anonymous said...

akum...

PR=PKR+DAP+PAS bukannya maksum... just harap depa lagi ok dr yg sedia ada...tu doa kita.. n harap ada yg baca blog2 nih n atasi kelemahan...

tp panglaman pakcik la..puak2 terutamanya pas nih paranoid time pilihanraya gini..bygkan dah berpuluh thn asyik lawan hantu ja.. so bila depa tak layan bloggers2.. mostly coz depa play safe kot..

Pkr..muda lagi..baru setahun jagung..bnyk plak yg hardcore BN dulu..so angin lama ada lagi..

DAP..jgn anggp depa nih tak tau apa2..

nasihat pakcik..kita doa n sesapa kenal org2 kuat PR..tlg jelaskan hal sebenar..kita bukan Along..kita just nak tolong... apa kata kita betulkan diri kita jugak..

huii si nun..subuh tadi smyg kul brapa ha? hehehe

salam

Anonymous said...

BRO AKU MTAK MAAF BAGI PEMBACA YANG DUK KUTUK2 ARI 2...
BAGI AKU..AKU MEMG RESPECT KORANG SMUA...
SLAP BRO ARI 2 XBGTAU APA MASALAH DGN ASMUNI AWI...
NOW AKU DAH TAU...
N AKU RASA MASALAH NI DATANG DARI DIA SEBENAR...
MEMG DIA XLAYAK JADI PENGARAH PILIHAN RAYA ARI 2...
NASIB BAIK XJADI LAYAN...
KALAU DIA JD CALON CMFRM PAS KALAH TERUK!!!

Anonymous said...

Bro aku ucap t kasih atas usaha korang semua.. moga diberkati.

prblogger said...

Salam TP,

Jeruk mame ngan budu kawe ado doh ko?..toksoh dok laye bendo2 hok tok paka tuh..janji kito ni ambo allah hok hino ni buat kijo lillahi taala...guano kapong?beyeh belako ko?

SuaraHang Jebat said...

Bawa bertenang..ok Berfikirlah secara matang..Ingatlah natijah perjuangan yg sebenar. Lihatlah General Khalid al-walid apabila dilucutkan jawatan..!!! BUKAN sekadar tak diberikan maklumat atau tidak diberikan layanan istimewa ok..kena faham. Janganlah kerana sedikit terkilan kita nak lari dari meneruskan perjuangan. Teruskan lah niat yg baik itu kerana Allah . walaupun apa yg berlaku. Lainlah kalau UMNO tu dah memperjuangkan Islam lebih dari PAS sekarang ni..

x-kuinners said...

Assalamualaikum Bro TP,

Wa salah seorang yang menjadi pengunjung tetap blog lu ni. Kalau bukak internet, tak sah kalau wa tak jenguk blog lu ni, pastu wa klik link ke blog ABO. Wa memang dah save kan kat bookmarks link address blog lu ni. Apa pun, wa ucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada lu yang sudi berkorban untuk mencari bahan santapan wa dan penjenguk2 blog lu yang lain-lain tu.

Wa rasa lu memang patut meneruskan pendirian dan sikap lu yang tidak membodek sapa-sapa tu. Tak kira lah siapa dia, kalau buat tak betul kenalah tegur. Lebih-lebih lagi pemimpin, memang kena tegur sentiasa sebab mereka pun manusia biasa. Lebih berat lagi sebab mereka memikul amanah rakyat. Justeru, bro TP, lu berjuanglah tanpa goyah. Kami rakyat menyokong penuh perjuangan lu ni selagi lu tak tergelincir dari landasan perjuangan sebenar. Seperkara lagi, dalam perjuangan ni biarlah ada jamaah, jangan sorang-sorang sebab kekuatan tak seberapa. Wa rasa di BNP tu dah boleh jadi satu jemaah perjuangan yang ampuh. Tak usahlah nak mengharapkan sponsor parti-parti politik atau organisasi-organisasi tertentu sebab nanti ada pulak rasa terhutang budi dan 'bertuan' pulak, so lagi susah nak tegur! Biarlah kami rakyat yang menjadi penyokong dan pendokong perjuangan kamu bloggers pejuang rakyat sekalian. Wa tak kisah pun kalau kena bagi sumbangan setiap bulan ke akaun tabung blogger BNP. Wa sanggup, wa rela sebab semua tu wa anggap sumbangan JIHAD FI SABILILLAH. Lu semua jadilah pejuang ISLAM dan RAKYAT, bukan pejuang parti. Selagi lu semua ISTIQAMAH dengan perjuangan yang benar dan betul, INSYAALLAH kami semua akan bersama menyokong dan membantu.

Teruskanlah apa yang telah dimulakan. Jangan patah hati.. Jangan luntur semangat.. Teruskan! Teruskan! Teruskan! Inilah senjata terkini (ruangan maya) yang mula diakui oleh pihak musuh sebagai senjata ampuh yang boleh menewaskan mereka. Perkukuhkan saf dan sentiasa berstrategi dalam perjuangan! Sampaikan salam buat semua ahli BNP!

Takbir!

Anonymous said...

Perantau d CJ
Salam Bro
Mencari yang benar itu pasti banyak rintangan nye..... semoge kamu dan rakan 2 bloger tabah dan terus ikhlas dalam perjuangan ini , semoga mereka 2 ini membaca dan memahami apa yang sebenar nye ingin di sampaikan dan semoga mereka tidak tinggi diri selepas ini, Semoga DSNJ & PEMIMPIN 2 TERTINGGI PAS @ PR juga mengambil langkah yang lebih positif untuk kebaikan PR di PRU ke 13. Kepada rakan rakan PR terus kan menyumbang RM 1 untuk tabung blogger ini.

cuping merah said...

ini masalah kecil-kecilan je bro tp..
kena maki hamun tu perkara biasa
apatah lagi para petugas pas yang perlu melindungi pemimpin mereka dari tindakan pehak berkuasa yang mengikut telunjuk umno

mungkin diperak tp tk dilayan bukan apa mereka takut tp ni salah sorang talibarut bn..
tapi klau di kelantan yang pas nya telah kukuh mungkin tp akan dilayan dengan baik..

di perak mereka perlu berhati-hati
oleh kerana banyak perkara yang tk diingini telah berlaku
APA PUN BAGI AKU TEGURAN YANG TP BUAT ADALAH BAIK DAN SAYA YAKIN PEMIMPIN PAS PUN SETUJU CUMA SEDIKIT DARI KALANGAN PENYOKONG JE YANG TK SETUJU..
APA2 PUN AKU HARAP TP TERUS BERJUANG DAN JANGAN KECIL HATI
SELAGI PEMIMPIN KITA TIDAK KELUAR DARI LANDAS ISLAM SELAGI ITULAH KITA TERUS BERJUANG..

TAKBIIRRRRRRRRRRR........

AnBu said...

bro topeng perang....pengalaman bro memanglah suatu yang tidak bernasib baik.mungkin mereka itu terlalu bersikap berhati-hati sehingga telah menguris perasaan2 bloggers2 yang ikhlas berjuang demi pakatan rakyat.gua punya suggest....lu orang just cool je.kalau boleh bawak berbincang baik2.muafakat membawa berkat.pengalaman gua plak semasa pru ke-12,tak kira petugas pas atau pkr mereka ini begitu mesra dan komited.takde sikap paranoid dan senantiasa membantu sesama pakatan rakyat.ini yang berlaku di johor la.teruskan semangat perjuanganmu bro bersama2 pakatan rakyat.as salam.

podah said...

Hehehe taktik lama. Peminta sedekah macam tu lah. Takkan peminta sedekah pakai lawa2, cerita bagus2. Kan kan kan?

Tak payah temberanglah. Orang bodoh pemalas & penganggur dalam PAS bolehlah kau kencing. Harap makan duit bini saja.

*podah*

Anonymous said...

Askum Bro,
Aku peminat ko. Jangan putus asa,caci dan maki lumrah dalam politik. Kalau ko masuk bertanding aku pengundi ko no.1.

Anonymous said...

Salam,

Pilihanraya ni baik PRU atau lebih-lebih lg PRK adalah umpama perang. battleplan dan strategi adalah RAHSIA BESAR - lebih besar daripada OSA beb. Musuh dalam selimut ni banyak sangat menyebabkan orang disekeliling dalam keadaan tidak boleh dipercayai termasuklah anak bini. Jadi TP saya harap sabar la. Sumbangan hangpa bloggers semua dah cukup banyak dan sangat berharga. Biarlah Allah sahaja yang balas. Habuan manusia bukannya banyak sangat pun tapi khazanah Allah adalah inifiniti. Anyway saya amat faham keadaan TP tu.

yb said...

bila kita berjuang dijalan yg benar
memang mcm2 dugaan yg datang....

TP teruskan perjuangan....
pedulikan mereka yg benak tu....

Lihat lah perjuangan pada zaman para sahabat dulu....
Islam pun memusuhi Islam....
walaupun title para sahabat tu dah Rasullullah bgtau (r.a) mendapat redha Allah.....
masih lg ada org Islam yg tak setuju........

TERUSKAN PERJUANGAN

CF said...

Bro Topeng Perak.... gua cakap terang terang nie.... gua memang sokong umno.

Tapi gua kesian gak baca cerita bro nie... tapi biasalah... setiap perjuangan pastu ada ranjau dan duri...

Semoga bro teruskan perjuangan bro tu... walaupun kita berlainan fahaman... tu tak jadi masalah..

Semoga terus tabah...

Blogger Pembela Negara
CF

Anonymous said...

asssalamualaikum...
saudara TP...
berhubung tengtang jadual DS Nizar yg dikatakan RAHSIA. Ingin dijelaskan disini bahawa ianya sengaja dirahsiakan oleh bahagian keselamatan kerana untuk mengelak daripada berlakunya sabotaj terhadap setiap program2 DS Nizar.

Anonymous said...

Salam..
Setiap perjuangan pasti ada cabaran..
dugaan....
halangan..
makian....
SABAR!!!
Kuncinya.

Teruskan perjuangan BRO...


Gov.Servant

tuan-komrad said...

salam brader tp...
aku tabik spring kat geng2 bloggers network perak.keje bagai nak rak,takde balasan,takde gaji..yang dapat cuma maki hamun dan penat.takpe bro,lu kena ingat setiap perkara baik yang kita buat,insyaallah Allah akan balas..bekalan di sana lebih mulia daripada balasan dunia..inilah azab sengsara kalo nak jadi pejuang,perlu berkorban walaupun macam rintangan dah menunggu.kalo geng2 lu orang tak buat,nak harap sapa lagi??gua setakat nak bagi komen dan terkangkang depan pc leh la....huhuhuhuhuhuh..

HIDUP ISLAM..HIDUP TP...

Anonymous said...

aku nak quote aper yg anon 1:34PM "asssalamualaikum...
saudara TP...
berhubung tengtang jadual DS Nizar yg dikatakan RAHSIA. Ingin dijelaskan disini bahawa ianya sengaja dirahsiakan oleh bahagian keselamatan kerana untuk mengelak daripada berlakunya sabotaj terhadap setiap program2 DS Nizar."

itu lah yg sebenarnya...

tapi aku pelik kenapa Topeng Perak masih tak paham atau buat² tak paham...

korang ni baru setahun jagung jadi blogger dah cuba nak access masuk bilik gerakan...tak perlu laa

aku ni yg dah berpuluh tahun jadi ahli PAS belum pernah dpt masuk bilik gerakan...bagi aku itu tak penting...yg penting niat kita utk membantu parti setakat yg kita mampu...kita buat jer laa kerja kita...tak perlu nak bgtau kat org siapa kita...nanti jadi 'riak' pulak...

ko sendiri mengaku bukan ahli mane² parti kan...jadi takde 'baiah', ikrar taat setia utk parti...

tak perlu lah berlumba utk dptkan maklumat utk tunjukkan siapa hebat, dibimbangi pihak musuh dpt menghidu segala gerakan dan aktiviti atau strategi yg pihak PAS buat...takde 'self interest' kat sini

jadi muhasabah lah diri...kita buat semua ni utk aper?...

kalau tanya org PAS knp sokong PAS, jawabnya utk dptkan keredhaan Allah...

jadi buat lah kerja utk keihklasan...anggap lah ini rintangan dan ujian drp Allah...utk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan kekentalan yg kita mampu...

perjalanan masih jauh bro...banyak lagi perkara yg kita mesti belajar

RAkyatPeraK said...

TP, Apapun tahniah atas liputan yang terkini dari lapangan untuk PRK P59...
Teruskan usaha atas nama memperjuangkan keadilan untuk rakyat Malaysia. Anggaplah ini semua asam garam yang perlu ditempuh untuk memartabatkan perjuangan. Jadikan pengalaman yang diperolehi sebagai suatu rangsangan untuk mencipta kejayaan pada masa hadapan. Walaupun pahit untuk ditelan tapi terimalah semua ini mungkin sudah takdir dari yang Maha Esa Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu. Mungkin simpati sahajalah yang dapat saya zahirkan atas pengorbanan yang telah dilakukan dan ucapan terima kasih yang amat sangat kerana berusaha untuk memberikan kami saluran berita dari perspektif yang berbeza. Semoga TP akan lebih kental dan lebih berjaya pada masa akan datang...
p/s: kami sentiasa menghargai kerja-kerja anda

Anonymous said...

Salam kepada semua,

kesian dgr cerita bloggers, muga2 penat lelah sdra2 & tuan2 Allah berkati jua demi utk menegakkan kebenaran utk rakyat Malaysia - AMIN!

nuqman said...

salam bro TP,
Pertama kali terima kasih kerana menyokong PR dan sanggup berkorban harta, masa dan tenaga untuk kemenangan BukitGantang.
Kalau bro TP kata hanya bro dpt maki je kerana terlibat dlm proses penyaluran maklmumat kepada pegundi ke atau kpd sesiapa saja pelayar. Aku nak cakap kat bro TP bahawa sebelum TP dpt maki, kami penyokong PAS dah lama kenyang dgn maki, caci nista, tergadai harta, dipulau,dipukul dan dinafikan hak sebagai warganegara kerana apa... kerana kami penyokong PAS.
Dulu kami penyokong PAS tak ada apa apa, cuma ada mulut, lidah dan kudrat untuk menangkis serangan BN. Pasang poster PAS malam ni pagi dh hilang, kami bukan berduit seperti Bro TP gak, PI dengar ceraman kena hulur lagi derma.Kami gunakan duit derma yg kami kumpul sebelum PRU. Berapa le sgt yg dpt, Waktu itu penyokong PAS hanya dri kalangan penduduk yg miskin, papa kedana, Tapi kami tak merintih kami hanya ada allah. Kami tak punyai apa-apa.kami merasai semua sebelum Bro TP merasainya.
Kami harap bro TP tak akan merasakan yg Bro TP aje yg kena maki. Sebelum bro TP rasa terpinggir, kami org-org lama penyokong PAS dh lama terasa tidak dihargai oleh pemimpin parti, tapi kami tetap dgn pendirian kami, menyokong atas dasar islam dah keadilan.

Anonymous said...

RIleks bro. Kita kena sangka baik dgn petugas di bilik gerakan. Kuncu2 UMNO dan SB2 haprak mmg ramai berkeliaran dan menyamar utk mengetahui maklumat dan jadual2 calon PR. Time tu diorang kena extra careful kot.

Benda2 kekehilafan mcm ni harap bro bincang balik dgn salah sorang pimpinan PAS/PR supaya benda2 mcm ni dapat dielakkan. Harap2 diorang lebih kenal sape perisik rakyat dan beri kebenaran di masa depan. Blogger patut diberi ruang juga masuk b. gerakan tetapi maybe sebab blogger ni takde kad pekerja utk mengesahkan identiti spt bharian, utusan dan tv3 so maybe b. gerakan agak susah nak bagi masuk.

Apa2 pun aku dan kawan2 aku mmg mengikuti perkembangan dari blog bloggersNetwork dan aku dan kawan2 aku salute sama u all. Aku harap jgn kecewa dgn sedikit kekurangan dan benda ni boleh dibawa berbincang. Lain kali kalau memerlukan bantuan kewangan, aku dan kawan2 aku sanggup keluar sekadar termampu.

Korang mmg best!.

Feed the Feeder ;p said...

wa suport lu bro..

sekecik2 wa.. wa dapat rasakan satu beban yg dasat lu kena tanggung...

wa tak leh nak tanggung macam lu..

lu memang sempoi..

teruskan bro..

doa wa dari jauh, moga lu selamat dunia akhirat..

GOGOGO!!!

mat klate said...

xpe bhai...puak2 petugas Pas tu bkn reti sgt..fanatik je lebih...jahil muraqab...taqlid membuta tuli....salah tetap salah, benar tetap benar....xreti bahasa..bodoh melantun-lantun...xdek sistem...

wa cya sama lu bro..keep it up...

moga Allah balas semua gerak kerja dengan pahala lipat ganda

Dropzone said...

As'kum...tuan.,sabarlah tuan,usaha utk menegakkan kebenaran memanglah begitu cuacanya.,senantiasa panas dan berbahang.,tak ada yang mudah dalam mencari kebenaran..andai semuanya di mudahkan ALLAH,apalah ertinya perjuangan dan d manakah pengorbanan.,akan hilanglah segala kemanisan dihujung kejayaan.Lagi pula ALLAH..,hanya menjanji kemenangan HANYA utk org2 yg SABAR.Sabar tiada batasnya sempadan..,hanya kita manusia yg membataskan kesabaran kita..,ingatlah kemarahan itu API..,api itu adalah syaitan.Saya tak pandai berbual panjang..cuma sy merasa sayang pd org2 yang memperjuangkan kebenaran.Apa d harap pd insan.,apa d tagih pd manusia..?Mintalah pd ALLAH.,mintalah pd ya Maha Kaya..,minta apa saja..,meminta pd manusia adakalanya d beri.,ada masanya d caci..,kali pertama ok.,kedua mungkin payah..,nak minta nasi pun boleh nak minta maggie pun boleh..ALLAH tak pernah marah kalau berapa kerap kita meminta pd NYA..,malah ALLAH lebih suka kita meminta pd NYA,dari meminta pd makhluk NYA.
.Takut pd makhluk..,lari jauh2..tapi takut pd ALLAH..dekat kari pd NYA..Tuan....yg saya hormati..percayalah..,tidak ada senjata yg lebih ampuh.,yg menembusi segala halangan melainkan 'Doa'.(minta).Hatta apa jua yg d pinta dtgnya dr ALLAH jua..,ada kalanya ALLAH sekadar menguji apakah benar perjuangan kita tulus ikhlas..,bila diuji kita mula melatah.,menyalahkan org..,sebenarnya kita kena mencari silap dan banyak2 muhasabah..diri kita sendiri.Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui apa yg lebih baik utk hamba NYA.contohnya....tuan mungkin rasa tua perlu dan harus mendapat pass..tapi bagi ALLAH tidak begitu..,contoh yg lain..kita katakan sipolan masih sihat tak sepatutnya dia mati..tapi bagi ALLAH..lain....kesimpulannya..apa yg ALLAH inginkan kita dapat..pasti dapat..,jikalau ALLAH tak izinkan..sebiji telor ayam pun kita tak akan dpt..walaupun berada di depan mata..fahamilah .Ingatlah iman akan diuji.,bila di uji jangan cepat melatah...Islam itu syumul..tak menyusahkan kita..,hanya kita yg selalu menyusahkan diri sendiri..,tak dpt sudah..dah bukan rejeki ak.,Aku buat kerna ALLAH..Saya nak tanya tuan..,tuan nak ALLAH yg balas segala jasa tuan..,atau makhluk yg balas..??? Ini sj yg dpt sy bicarakan..,maafkan sy andai sy menyinggung perasaan tuan..,sy doakan semoga tuan beroleh kejayaan dan rahmat yg lebih dan lebih lagi dari ALLAH s.w.t...wassallam.

Hanif Nasir said...

salam,

Masalah kat sini dari segi perlaksanaan saja, takde kaitan dengan PAS memperjuangkan Islam.

Saya setuju para Bloggers mcm TP ni jadi pertubuhan yang sah, mcm kelab penyokong PAS.

Mungkin ahli PAS yang terlibat tidak aware mengenai para bloggers yang menyebabkan dia sangsi mengenai keterlibatan kalian dalam pilihanraya tersebut.

Jgn lah sebab benda kecik ni kita lari dari jemaah yang memperjuangkan Islam. Ada beza tak kalau tuan tanah dan geng2 blogger dibiayai sepenuhnya mcm BPN?

Inilah beza perjuangan kita dengan BN, kita berlandaskan niat & keikhlasan membantu menegakkan keadilan.

Tak adil lah kalau disebabkan segelintir orang, seluruh ahli PAS dan perjuangannya dijadikan ukurannya. Bagi saya, TP boleh bincang dulu dgn ahli bloggers yang lain, dan cari jalan penyelesaian, tulis surat pada PR dan minta cadangan untuk memperelok sistem sedia ada. Saya rasa tak perlu diluahkan di sini, hanya menjejaskan imej TP untuk ikhlas berjuang kerana Allah.

saya rasa kalau taknak kena maki, boleh tutup komen, atau tapis dulu baru sebelum publish. pembaca ni mcm2 jenis, ada yang mmg kita tak sanggup nak baca.

harap TP akan lebih berjaya lagi. anggaplah ini proses pembelajaran untuk kita perkukuhkan kedudukan kita di masa depan.

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan...

Anonymous said...

sedih pun ada,geram pun ada..
sepatutnya x berlaku dalam PR..
pendedahan yang amat baik demi masa depan perjuangan PR.
YANG BERKENAAN SILA AMBIL PERHATIAN..

Anonymous said...

bro tahiah kpd kemenangan pakatan rakyat...
tapi.. satu gua heran kat bro n geng2..bro kata tak dpt apa2 selama 2 bulan berada kat perak tu..bro ni jutawan ke ...2 bulan tak ada gaji nak bagi makan apa kat anak bini.. ataupun bini bro ni anak tokey..
bro keje apa sebenarnya...2 bulan kat perak tak ada gaji.. dashat bro.......
apapun tahniah....

Anonymous said...

salam bro TP

Untuk makluman bro, inilah yang sering berlaku setiap kali PRK atau PRU. memang bilik gerakan adalah tempat rahsia yang hanya boleh dimasuki oleh orang yang berkenaan sahaja. Kita tidak boleh menilai dari sudut fahaman kita jika kita tidak faham dasar parti yang berkenaan.
PAS ialah sebuah parti dakwah yang telah lama dengan perjuangan di malaysia. Sudah ramai yang merana dalam perjuangan, teraniaya, ditindas dan segala macam mehnah yang menimpa. tapi mereka tetap istiqamah untuk mencari keredhaan Allah.
Tuan perlu faham dengan kegawatan yang berlaku di perak semestinya para pemimpin2 PAS perlu lebih berhati2. Sebab mereka menerima jawatan bukan sebagai ghanimah atau habuan tetapi ia suatu amanah dan tanggungjawab. Jika berlaku kesilapan mungkin akan menyebabkan kekalahan dan akan mencederakan imej parti dan PR.
Medium blog mungkin baru dalam dunia politik dan apa yang saya mampu beritahu tuan ialah musuh poitik mempunyai sikap yang amat dahsyat yang tidak terbayang oleh kita apa yang akan mereka lakukan demi merebut kuasa.Jika semua maklumat pergerakan parti terdedah dalam blog cuba bayangkan apa yang mungkin dilakukan oleh pihak lawan, sedangkan ceramah yang telah diberi permit pun boleh ditarik balik inikan pula semua jadual kita diketahui oleh musuh.. Cubalah kita semua berfikir secara rasional.
Janganlah kita menuduh melulu tanpa memahami perkara sebenar.
Lihat apa jadi kepada posting tuan yang lalu, pendapat yang deterima pun bercampur negatif dan positif.
Inikan pula kerja jamaah.
Tuan mungkin kecewa dengan perkara ini, tetapi pernah tuan bayangkan apa perasaan para pemimpin yang telah berjuang sekian lama tetapi tidak diterima rakyat. Bila menang ada saja yang tak kena.
PAS bukan menang 100% dengan bantuan bloggers, tetapi sumbangan tuan2 semua akan tetap dihargai dan moga Allah membalasnya dengan memberi ketenangan dan rezeki yang baik.
Janganlah kita berkecil hati disebabkan apa yang kita hajati tidak diperolehi. TIDAKKAH TUAN MERASA PUAS HATI DENGAN KEMENANGAN DSNJ. HABIS MACAMANA PULA PERASAAN PETUGAS YANG TEWAS DI BATANG AIR.

KURANG BURUK SANGKA TINGKATKAN HUSNUZZON (SANGKA BAIK)
INSYAALAH PERKARA INI AKAN CUBA SAYA SAMPAIKAN KEPADA PIMPINAN PEMUDA PUSAT MELALUI SALURAN YANG ADA.
HARAP BERSABAR DENGAN DUGAAN INI.
TU BARU SIKIT TU... AGAK2 KALAU KENA HUMBAN DALAM ISA CAMANA AGAKNYA...

TERUSKAN LAH BERJUANG WALAU TIADA SIAPA YANG KENAL KITA DAN MENGHARGAI KITA, INGATLAH ALLAH TIDAK PERNAH TIDUR, BAHKAN TIDAK MENGANTUK JADI SENTIASALAH BERSANDAR KEPADA ALLAH YANG MERUPAKAN SEBAIK BAIK TEMPAT MENUMPANG.....
HIDUP PAS, HIDUP PR HIDUP TP...

PEMUDA KEDAH
p/s: cuba tuan berhubung dengan pemuda negeri atau pusat untuk wujudkan persefahaman yang lebih mantap di masa akan datang. Mungkin itu jalan yang terbaik untuk melihat para bloggers diktiraf oleh semua...

Anonymous said...

Buat anon 2:06,
Kalau nak dirahsiakan tentang jadual MB Nizar, then mcmana org nak ikuti jadual perjalanan dia spt ceramah ke. Mcm yg TP kata, skrg ni kan pilihanraya, pengundi nak tau la dia kata mana, program apa, waktu bila. Kalau nak tunggu last minit baru nak bgtau, pengundi tu bukan mcm handphone, sentiasa ada kat tgn. Anytime mau guna boleh capai. Kalau PAS tak bgtau jadual, then pengundi boleh tgk program parti yg lagi satu tu. My 2 cents.

~Penang Mali

zoro2009 said...

fahaman aku la..para blogger mesti mengenali dan dikenali oleh pemimpin2 pr supaya boleh memberi dan diberi maklumat yg tepat... adakan majlis blogger bersama pemimpin utk mengeratkan hubungan.... supaya kedua2nya dpt bergandingan di medan perjuangan.

Anonymous said...

tv3, rtm, MSM boleh masuk bilik gerakan, siap dpt pas media lagi, knp blogger PR tak boleh? cuba jawap org yg dok komen kata bilik gerakan tu tmpt rahsia?

TP pertikai pasal apa diorg tak dpt pas media, tu pun xboleh bg ke? geng2 haramjadah tv3, MSM boleh pulak dpt???@!#$%^

coklatGETAH said...

Apa apa pun bawalah ke meja bulat..,bincang bebaik.,Insya ALLAH masalah ini dapat di canai dan dapat di cantikkan keadaannya.Cuma bawa brsabar,tenang dan uruskan dgn bijaksana.Tuan PR..........Kalau info clear,sumua clear,tarak masalah sy rasa.Macamana pun sy ucap syabas di atas kejayaan PR dan rakan2 yg lain..Sy tabik spring sama PR dan rakan2.TAHNIAH

Anonymous said...

penang mali, betul tu, apa kejadahnya rahsia, time pilihanraya, mestila org ramai nk tahu kat mana calon nk gi ceramah ke, buat lawatan ke..tu pun puak banghal ni nak rahsia ke #$%@^?? kalau aku jd TP aku sepak je org yg anto msg "lepas ni MB rehat" tu..siapa mamat bodoh tu TP?

penang sana

coklatGETAH said...

Sungguh......,dua bulan kat tempat org.,anak bini tuan macamana?Itu lah pengorbanan,susah senang tuan siapa yg tahu??? Hanya ALLAH jua yg tahu.Patut bagilah keistimewaan sikit dlm mrka menjalankan tugas..mungkin info kureng clear kot tentang halatuju PR..Al maklumlah jaman sekarang macam2 hal dok jadi.,semoga tuhan bersama mu dlm perjuangan mu..MAJU KE PUNCAK JAYA.Talkin BE END..,tetap d talkinkan....

ReDevil said...

Salam TP,

Sabarlah bang..MMg hidup penuh dgn dugaan..Aku tau betapa panasnya hati hang..bila buat amal macam ni..tapi habuk pun dapat..

Teruskanlah perjuangan hang..aku sejak terjumpa blog hang ni..hari2 aku login nak tgk apa2 perkembangan terbaru..siap save dalam bookmark lagi..Masa PRK..setiap masa aku tgk..kalau x online kat opis n rumah..kalau kat luar,aku online pakai blackberry aku tgk page hang...

Sabarlah iye..aku kadang2 baca article hangpa bloggers network..geram gak..bukan geram apa..geram nak turun padang and tlg hangpa semua..So berfikirlah positif..untuk semua benda negatif and cabaran tu..hang biaq pi lah..
semoga hang dapat balasan di akhirat,,Amen

Anonymous said...

kpd anon PM7:19 Penang Mali,

masalah yg nak tahu jadual kempen ialah bloggers, bukan pengundi...

pengundi tak perlu ikut ke mana pemimpin nak pergi, just buat keje mcm biasa then bila tiba saatnya sampailah pemimpin tersebut kat tempat pengundi...ada faham

Anonymous said...

ku sangkakan bloggers ni mcm paparazzi...

ikut jer ke mana pemimpin pegi then snap gambar & ulas skit ape2 yg patut...dok gitu ker?

tapi kalau bab nak tahu maklumat terperinci tu, aku lebih sokong Pengarah Pilihanraya laaa...mesti ader sebab yg kukuh mereka buat keputusan mcm tu...dan lagi satu keputusan mereka bukan keputusan individu, mesti kataputus@persetujuan melalui syura@mesyuarat....

so u all bloggers kena terima hakikat tu dgn hati yg terbuka...

memang diaorg tak nafikan sumbangan korang memang besar...

tapi mereka terpaksa...pengalaman pilihanraya yg lepas2 dah byk mengajar mereka...

cannot take for granted bro

PAS4ever said...

sokong 100% anon PM7:04 @ Pemuda Kedah

saudara TP, ambil lah pengajaran drpnya...

semoga saudara terus istiqamah dlm perjuangan

mahasein said...

biasalak wak, org if dok dekat org penting2 nie sombong skit dr org atas dia tp tak semuanya la. yg baguih pon ada. aku respect korang abis hanya takde peluang nak jumpa and berkenalan.
bg parti pakatan rakyat makesure u semua berterimakasih atas teguran network nie.
semua teguran yg dibuat diaorg nie utk kebaikan serta tiada kepentingan. jangan dah naik tu asyik pandang langit aje, kang kena lastic network baru tau hehehee

topeng air kuning said...

mmg patut pun hang kena maki topeng perak oi....sebab cara hang tu tak betoi..mmg la org tak kasi maklumat dan kebenaran kat hang..hang ahli pun bukan...sapa nak percaya...boleh percaya ka hang?????? kih..kih..aku kenai la sapa hangggggg...

Anonymous said...

Saudara TP

Dlam perjuangan perlukan banyak kesabaran dan istiqomah.Apa yg telah sdr lakukan selama ini saya Ucapkan Tahniah dan jutaan terima kasih hanya Allah yang dapat memberi ganjaranNya.

Pertamanya saudara harus banyak bersabar dalam menegakkan agama Allah. Letakkan nawaitu itu 100% kepada Allah barulah kita tidak akan berasa rugi dan sia-sia dalam melakukan apa-apa perkara pun.

Percayalah jika kita memgharapan pujian dan ganjaran dari manusia kita tidak akan pernah puas. Tapi jika kita mengharapkan keredhoan Allah dan syurga Allah kita pasti tenang dalam menjalani rintangan dan ujiannya.

Saudara TP saya harap janganlah rasa kecewa dengan apa yang berlaku anggaplah ianya tidak mendpt keizinan dari Allah dan peganglah ayat Allah yg bermaksud "KITA MERANCANG ALLAH JUA MERANCANG TAPI PERANCANGAN ALLAH ITU LEBIH HEBAT" mungkin kita merancang sesuatu tapi Allah tidak mengizinkan mungkin ada hikmah di sebaliknya mungkin itu yang terbaik kita tak tahu Allah lebih mengetahui dan redholah supaya hati kita menjadi tenang.

Janganlah saudara husnuzan dengan petugas-petugas Pas mungkin mereka ada alasan mereka tambahan di saat-saat akhir berkempen macam-macam perkara boleh dilakukan oleh pihak lawan tambahan mereka mempunyai kuasa wang dan jentera jentera spt Polis dan FRU ... oleh itu mereka harus berhati-hati.

Ingatlah setiap penatlelah saudara dikira oleh Allah ikhlaskan hati dalam berjuang semoga ganjaran Allah yang lebih besar menanti di Akhirat sana.

Teruskan usaha istiqomah dalam berjuang, letakkan niat kerana Allah ingatlah Allah akan membantu orang yang membantu agamanya percayalah Allah bersama-sama saudara dan perjuangan saudara tidak sia-sia.

Anonymous said...

Helo bro topeng perak,

Mungkin tindakan pimpinan PAS ke atas saudara adalah atas sebab keselamatan. Bilik gerakan PAS sering didatangi oleh SB-SB dan perisik UMNO. Dan baru2 ini di Markas PAS di DUN Trong yang dipertanggungjawabkan kepada PAS Selangor juga didatangi oleh SB. Jadi, PAS terpaksa berhati-hati untuk menerima mana2 individu yang tidak dikenali. Even, saya sebagai petugas yg ada 'pas petugas' pun tak boleh memasuki bilik mesyuarat di dalam Markas tersebut. Janganlah berburuk sangka kepada pimpinan kita. Kalau kita berada dipihak mereka juga kita akan melakukan perkara yang sama. Saya cadangkan:
1. Saudara isi borang PAS dan jadilah ahli PAS yang sah.
2. Jadi ahli yang aktif.
3. masuk jawatankuasa ICT Pas.
4. Lepas itu barulah saudara mendapat apa yang saudara mahukan selama ini.

Anyway, terima kasih atas berita terkini yang dilaporkan dalam blog saudara ini. Semoga Allah membalas segala kerja baik yang saudara lakukan. Insya Allah.

kelly_rina said...

bro jgn lah perkara kecik pun makan hati.....nabi di uji lagi hebat....kita hanya manusia biasa biasa....teruskan usaha korang .....sy tetap sokong korang (blogger n gang)

Anonymous said...

Padangan pandangan bekas perisik saya ini, adalah amat bijak bagi para blogger menyatakan hasrat dengan mengadakan pertemuan terus dengan PAS Perak atau Kerajaan Pakatan Rakyat Perak memaklumkan hasrat untuk bersama dalam membantu memenangkan Pakatan rakyat dari sekarang sehingga terbentuk Kerajaan Pakatan rakyat nanti. Siapkan contoh Pas Khas Blogger Pakatan Rakyat Perak yang mendapat endorsement PAS Perak atau Pakatan Rakyat Perak. Selepas ini, akan memudahkan para blogger untuk masuk atau menghadiri mana mana pertemuan atau sidang media, atau lain lain aktibiti dengan lebih mudah dan terkawal. Yang sudah itu ambil sebagai pengajaran, mana tau berbagai helah pihak musuh digunakan untuk eksess maklumat pihak lain. Tiba tiba sahaja Blogger istiharkan menyokong dan bersama Pakatan Rakyat pastinya disambut baik tetapi para blogger perlu jua memahami kepayahan mengawal maklumat oleh pihak lain yang berwajib. kalau menang semuanya betul, kalau kalah akan dikatakan Keselamatan tidak dipedulikan, maklumat bocor dan berbagai lagi. Elok masing masing bermuhasabah diri dan kita sama sama betulkan dan perjelas dan mengambil langkah positif bagi melicinkan gerakerja bersama dari masa kesemasa.

mak siti said...

patutlah kena camtu sebab you all ni orang luar.

sebabnya camni, i rasa u kena jadi ahli dulu baru boleh dapat masuk situ..

orang luar memanglah tak leh campur urusan dalaman ..tu semua standard..

ntah ntah matsamankati tu pun bukan ahli pas jugak kot...

Anonymous said...

kerja kerana islam dan ikhlas
dan bersabar jangan gelojoh

Anonymous said...

salam perjuangan buat perisik rakyaat, sabar ajaler, cuba lihat sdra ahmad lufti othman, dibuang U, semasa beliau pelajar tahun 5 ijazah kejuruteraan awam, jika ditakdir beliau gred, sure dah dapat Ir kot, sama taraf dgn YAB Ir Nizar, beliau patutnya diberi mengulang ke tahun diploma, tapi pihak U tidak mempertimbangkan sebabnya buat kerja utk Islam. Kita kerja kerana semangat perjuangan, tahu dosa dan pahala, jika dimaki mungkin dapat hapus dosa2 kita. ... pjg nak citer ni...tapi idea kantoi lak... akhir ayat.. hadapi perjuangan ini dgn tabah, dan mengharapkan pahala dari Allah

Anonymous said...

sabar je la sahabat..adat dunia memang mcm tu...masing2 dah merasakan berkuasa...sebab tu mata mula tertutup utk menilai kawan dan lawan..dan masing2 nak jadi hero sedangkan zero..apa2 pun honestly aku betoi respek dgn geng2 bloggers network...aku tak rasa semua org mampu buat apa yg korg buat...tahniah dan teruskan lah perjuangan..kerana perjuangan tiada titik noktah nya...teruskan menegur jika ada yg salah kerana aku tau teguran korang kerana korang sayangkan PR...seperti kata hadis..."CINTAI LAH SAUDARA MU SEBAGAI MANA KAMU MENCINTAI DIRI KAMU SENDIRI"

tahniah dari aku buat korang semua....

priory of jenin said...

aku heran betui la dengan sesetengah dari hangpa ni. ada yg kata kena 'ikut saluran' la, kena jadi ahli la.. podah!! suruh wartawan utusan jd ahli. ok?
lagi, hangpa kena tau;
1. geng depa ni dah berkampung kat rumah MB dari masa rampas kuasa lagi.
2. dah meeting, dah janji nak bg segala pass. kalo takmau bg hangpa ingat geng TP ni gheti merajuk takmau tolong ka?
3. bab kena sihir tu. awat susah sgt nak habaq bloggers ni? depa ni la yg dok rumah MB masa rampasan kuasa haritu. hangpa tau ka bape lama depa tidoq ipoh? asmuni ada tidoq sana ka?
4. tak jauh hati, tapi elok ada 1 lagi parti. PEH ka PKR ka sama ja. buat parti baru then masuk jadi komponen. org ataih pagaq lagi ramai. apa mau susah.

http://prioryofjenin.blogspot.com/

Anonymous said...

Sheikh, dah 30 tahun kami bersama PAS, tak pernah rasa kecewa tetapi kecil hati kekadang adajuga, tapi dalam kerja kerja islam ini, serahkan diri kepada Allah dari mencari kesenangan kemudahan sahaja. sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu lakukan. Jangan bersungut kerana Allah tak suka orang bersungut, kalau kita rasa susah menjalankan tugasan kita, ada orang lagi susah dari kita. Mereka meninggalkan pekerjaan, hartabenda, pangkat dan kedudukan yang selesa dan kini hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang tetapi tetap pendirian berjuang di jalan yang di redhai allah ini. Laksankan yugas dengan ikhlas sebenar benarnya kerana keikhlasan itu lebih manis dari keselesaan, kemudahan. Yang bersusah payah itulah membawa kebahgian dunia akhirat, Insyallah.

Anonymous said...

Syabbas saudara ,mengikut luahan hati saudara memang itulah perjuangan saudara , tidak memehak pada mana2 pati, saudara hanya inginkan keadilan,saudara kenalah terima semua hakikat ini saudara memperjuangkan saorang diri, saudara perlu tabahkan setiap halatuju saudara, kalaulah itu pegangan saudara, jangan bila kita tidapat apa yang kita harapkan berarti setiap apa yang kita buat tidak dinilaikan,bukan itu caranya,iklaskan perjuangan kita kerana itulah hakikat yang di tuju,satu masa nanti perkara2 yang kita hajati dengan keiklasan ianya akan dapat kita nikmati jua insyaallah,iklas tak dapat dicari kecuali dengan saketol hati Wallahhuaqlam.

Anonymous said...

Bloger yang lain tu dapat gaji ka atau babuan, kalau macam saudara juga , tapi mereka tak merungut pun macam saudara, itu bermakna yang ramai lagi bloger2 tu memang iklas kerja mereka.

Putera Titi Serong said...

salam bro...

aku rasa kesian kat hg, tp biasa la org besaq ni,bukan nak pandang kita pn, tapi bila depa terhegeh2 nk mintak pertolongan kita, terhegeh2 depa mai cari kita.
kita pn tau, dari dl lagi dalam perjuangan mana dapat sponsor dari sapa2, semua kerana perjuangan.
tapi bila org x menghargai apa yang kita buat, for sure la kita rasa x puas ati...
aku rasa hg kena keluarkan semua nama2 depa yg belagak mcm bagus tu, mcm hg keluarkan si asmuni yang x reti nk senyum, secara logiknya mana ada org yang x reti senyum. klu mcm tu, maybe dia memang belagak bagus n sombong...
teruskan perjuangan bro,

hadapi dengan senyuman... ;-)