"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, April 03, 2009

Najib Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6 ~ malaysiakini

Tepat jam 10 pagi nanti seperti yang diwar-warkan oleh pihak-pihak yang tidak dikenali, akan berlangsunglah Majlis Mengangkat Sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di Istana Negara dihadapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung Tuanku Mizan.

Individu yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6 bagi melengkapkan teori RAHMAN ialah Timbalan Perdana Menteri sekarang Dato' Seri Najib Tun Razak.

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditaip, masih belum jelas lagi akan kedudukan Najib samada telah diperkenankan ataupun tidak oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung Tuanku Mizan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehingga kesaat ini, tiada sebarang berita diterima dari Kolumpo berkenaan status terkini, cuma berita dari Suara KeADILan Online yang memberitakan bahawa Majlis Angkat Sumpah Najib sebagai PM dibatalkan.

Selama ni aku tak pernah mengulas apa-apa berkenaan dengan status Najib sebagai bakal Pi Em. jadi ke, tak jadi ke, aku tak pernah kisah... sebab aku paham. kita berada dipihak yang sering dianak tirikan oleh Undang-Undang dan Perlembagaan Malaysia yang telah dimanipulasi oleh rejim UMNO/BN. kalau dah depa habaq 1+1=38, hangpa tak payah nak lawan la, buang masa.

Tapi hari ni aku rasa nak ulas sikit pasai status Najib sebagai bakal Pi Em ke-6 sebab ramai sangat dok tanya aku, apa berita terkini pasai Najib.

Berita terkini yang aku terima mengatakan bahawa tak dak apa-apa perkembangan dari sana. kem Najib senyap sunyi tapi pantang bunyi handphone, pakat-pakat kerumun. kem Pak Lah pulak rilex... Pak Lah rilex, yang bawah-bawah Pak Lah pun rilex... macam tak dak apa-apa berlaku.

Untuk bakal Pi Em dan jugak penyokong-penyokong depa, aku nasihatkan agar berbanyak-banyak bersabar. sempat lagi kalau nak buat majlis doa selamat atau sembahyang hajat. masih ada masa untuk natijah diri. terimalah apaa yang berlaku sebagai qada' dan qadar. hangpa dah banyak berusaha sampai saat akhir dan terserah pada Allah untuk menentukan. kalau tak usaha tak payah cerita pasai qada' dan qadar.

Itu pesan tok guru teman... qada' dan qadar ni hanya ada pada orang yang berusaha, kalau jenis tak usaha tu tak wujud qada' dan qadar dalam hidup depa, yang wujud hanyalah "Nasib".

Tu kata tok guru teman la...

Kalau kata Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung Tuanku Mizan masih tak perkenankan lagi untuk Najib angkat sumpah sebagai Pi Em ke-6 hari ni, masih ada harapan. tak payah kecoh-kecoh.

Kem najib boleh ambik gambar Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung Tuanku Mizan, kemudian buat saja majlis angkat sumpah dekat depan gambar Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung Tuanku Mizan... selesai masalah. penyokong Najib ramai, boleh jadik saksi... tak dak masalah rasanya.masa 916 dulu pun hangpa jugak ajar DSAI buat macam ni kan? hehehe...

Jadi aku tak nak lebong banyak-banyak... kita tunggu je jam 10:00 pagi... hangpa boleh bukak semua saluran talibisen yang ada di Malaysia.

Sejarah Malaysia dah jelas... semua majlis angkat sumpah sebagai Pi Em Malaysia ada disiarkan secara langsung kalau tak salah aku (aku tak pasti sebab lama sangat dah aku boikot media perdana). kalau tak dak siaran langsung tu hangpa paham-paham je la...

Bawak bersabar semua... ini masa untuk muhasabah diri...

2 comments:

Ruzis said...

Salam TP,

Sekarang ni sedang berlangsung angkat sumpah Najib sebagai PM ke-6. Saya ada analisis sedikit agenda perubahan Najib dan kaitannya dengan ketiga-tiga PRK.

Minta tolong sikit agar TP publishkan analisis saya itu dalam blog saudara. Blog saya masih terhad aksesnya.

HelangJagat,
Http://helangjagat.blogspot.com

Anonymous said...

kesian blog neh..