"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, May 05, 2009

Krisis Perak: Perbicaraan Bersambung Esok - malaysiakini

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Isnin bahawa beliau tidak meminta Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan.

Katanya semasa beliau menghadap Sultan Azlan Shah mengenai krisis politik di negeri itu pada 4 Feb lepas, beliau masih mendapat kepercayaan penuh majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).

Beliau berkata demikian di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam prosiding di sini hari ini untuk memeriksa balas afidavit yang diikrarkan oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, yang didakwa oleh Mohammad Nizar adalah tidak konsisten dengan fakta sebenar semasa beliau menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb.

Mohammad Nizar yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, juga menawarkan untuk diperiksa balas.

Dalam prosiding bermula 3 petang hari ini, peguam Datuk Cecil Abraham, yang mewakili Zambry, bertanya kepada Mohammad Nizar mengenai berapa ramai wakil anggota DUN yang menyokongnya semasa beliau menghadap Sultan Azlan Shah. Mohammad Nizar menjawab "28 anggota Dewan Undangan Negeri".

"Adakah anda bersetuju dengan saya bahawa Barisan Nasional mempunyai 31 kerusi pada ketika itu?" soal Cecil.

"Yang rasmi hanya ada 28. Saya tak tahu yang 3 (anggota Dewan Undangan Negeri DUN) lagi kerana mereka tidak dapat dihubungi. Saya tidak tahu sama ada mereka sokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Yang saya tahu cuma mereka meletak jawatan," kata Mohammad Nizar.

Beliau merujuk kepada tiga Adun -- Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang dilaporkan mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat bertarikh 20 Jan dan 3 Feb.

Cecil: "Semasa Datuk Seri menghadap Sultan pada 4 Feb, adakah Datuk Seri sedar yang tiga Adun berkenaan telah menarik balik surat peletakan jawatan mereka?"

Mohammad Nizar: "Saya tidak sedar."

Cecil: "Adakah Datuk Seri menyatakan sebagai menteri besar pada ketika itu, Speaker tidak memaklumkan kepada Datuk Seri mengenai perkembangan tentang apa yang berlaku, sebelum 4 Feb, 2009?"

Mohammad Nizar: "Saya tidak dimaklumkan."

Cecil: "Datuk Seri sudah tentunya mempunyai seorang speaker yang tidak efisien! Adakah Datuk Seri anggap speaker sebagai seorang yang tidak efisien?"

Mohammad Nizar: "Soalan itu tidak relevan."

Terdahulu dalam prosiding itu, Ahmad Kamal, 46, dalam keterangannya semasa diperiksa balas oleh peguam Ranjit Singh, tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela itu bahawa beliau adalah saksi yang berat sebelah dalam kes itu.

"Malahan, anda pernah mewakili responden sebelum ini dalam kes ini dan anda mungkin mendapatkan arahan dan nasihat beliau untuk membantah dalam kes ini , kata Ranjit dan dinafikan oleh Ahmad Kamal.

Ahmad Kamal, dalam keterangannya mengaku yang beliau pernah mewakili Zambry sebelum ini dan beliau diarahkan oleh peguam yang mewakili Zambry untuk mengikrarkan afidavit untuk menyatakan apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb.

"Bila kes ini telah diambil alih oleh peguam, dan setelah (mereka) mengetahui bahawa saya mengetahui apa yang berlaku pada 4 hingga 6 Feb, maka dari hasil perbincangan peguam dan saya, saya mengikrarkan apa yang saya tahu pada 4 hingga 6 Feb.

Kepada soalan kenapa beliau menyatakan afidavit itu diikrarkan tanpa sebarang kepentingan peribadi, Ahmad Kamal menjelaskan: "Sebagai Penasihat Undang-undang, saya adalah penjawat awam dan mempunyai pendirian berkecuali.

"Kalaupun saya mengikrarkan afidavit ini bagi pihak responden, ini tidak bermakna yang saya akan menyebelahi responden kerana sebagai Penasihat Undang-undang Negeri, saya adalah berkewajipan untuk menyampaikan apa yang saya tahu pada tarikh-tarikh tersebut.

"Bagi saya sama ada pemohon atau responden yang menang dalam kes ini, ianya tidak memberi apa-apa kelebihan atau keuntungan bagi diri saya. Kerana saya ialah Penasihat Undang-undang Negeri bukan penasihat undang-undang kepada parti politik," katanya.

Ahmad Kamal juga berkata beberapa bahagian dalam afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar adalah tidak benar.

Ranjit: "Saya cadangkan kepada anda bahawa pemohon (Mohammad Nizar) telah berkata kepada Sultan bahawa 'saya telah memaklumkan Sultan bahawa oleh kerana ketiga-tiga Jamaluddin, Osman dan Hee telah meletakkan jawatan mereka, mereka bukanlah ahli DUN lagi dan tidak berhak melibatkan diri dalam urusan atau perkara berkenaan DUN. Ketiga-tiga mereka juga tidak dapat dihubungi yang ini sangat luar biasa, dan nampaknya mereka telah hilang."

Ahmad Kamal: "Sebahagian betul, sebahagian tidak betul. Bahagian yang 'mereka tidak dapat dihubungi dan hilang', betul. Yang lain tidak betul."

Ranjit: "Saya cadangkan kepada anda bahawa pemohon telah berkata kepada Sultan bahawa 'saya memohon Sultan untuk membubarkan DUN kerana ia lebih wajar dan sesuai untuk pilihan raya bagi DUN Perak diadakan demi mengelakkan keadaan jalan buntu dalam DUN dan hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri Perak."

Ahmad Kamal: "Saya setuju bahagian 'mohon bubarkan DUN' tapi alasan pembubaran saya tidak setuju (pemohon ada mengatakan kepada Sultan).

Hakim Abdul Aziz menghentikan prosiding pada 6.45 petang dan menetapkan prosiding disambung 10.30 pagi esok.

13 comments:

Malaysian said...

Biarlah lawan cara lelaki...

Bubarkan DUN Perak!

Kembalikan Hak Rakyat!


Regards,

GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/

Anonymous said...

hhmm....tak nak panggil sultan azlan shah masuk mahkamah ker???...kan dia saksi paling penting dlm kes nie.

ataupun...sultan azlan takut seperti najib utk masuk mahkamah utk jadi saksi kes bunuh altantuya.

Shah said...

salam tp..korang semer xde singgah ker kat blog zambery haram tuh..tinjau2 sat td,nk termuntah aku ngan kaki penjilat yg bg komen...khak ptuiihh...

Malaysian-2Day said...

nizar menipu tak kra tempat. Munafik macam ini nak di agungkan PAS.

Cecil: "Semasa Datuk Seri menghadap Sultan pada 4 Feb, adakah Datuk Seri sedar yang tiga Adun berkenaan telah menarik balik surat peletakan jawatan mereka?"

Mohammad Nizar: "Saya tidak sedar."

Cecil: "Adakah Datuk Seri menyatakan sebagai menteri besar pada ketika itu, Speaker tidak memaklumkan kepada Datuk Seri mengenai perkembangan tentang apa yang berlaku, sebelum 4 Feb, 2009?"

Mohammad Nizar: "Saya tidak dimaklumkan."

Mr Joker said...

Malaysian-2day - sengal la kau ni...

Anonymous said...

Malaysian-2Day tu geng parpu kari...komen baikkkkk punyerrrr kat blog parpu kari... - Neo

Anonymous said...

M2DAY TU PEGAMPU THEBAT..MENTALITI DH SEBATI NGAN UMNO..TU YG XNMAPAK PAPE DH

Anonymous said...

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Isnin bahawa beliau tidak meminta Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan.

APA NI?????

Bukankah sebelum jmpa DYMM Sultan Perak DS Nizar dah istihar bubar DUN,..

fenin pak cik

Umar said...

Pendapat aku...!!

Adalah lebih baik kes Mohammad Nizar dan Zambry sentiasa dibicarakan dalam mahkamah.

1.Ini disebabkan kehendak sultan Perak tidak mahu membubarkan DUN.

2. Sebelum terjadi kes rampasan kuasa di Negeri Perak, kita tidak tahu sikap sebenarnya parti umno.. rakyat terus menyokongnya walaupun parti pembangkang telah berkali-kali membuktikan bahawa parti umno adalah parti menjahanamkan bangsa melayu. Kini kita semua sudah sedar bahawa perjuangan parti umno sebenarnya indah khabar dari rupa untuk bangsa melayu.

3. Dengan ada nya kes rampasan kuasa dalam mahkamah, kini baru kita sedar bahawa parti umno tidak mematuhi peraturan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri malah mereka cuba memutarbelitkan fakta.

4. Dengan adanya kes rampasan kuasa dalam mahkamah, kita baru sedar bahawa sultan yang kita agongkan itu sebenarnya tidak mempedulikan rintihan dan permintaan rakyat. Sultan yang dianggap lebih tinggi dari politik tidak dapat bertindak seperti dacing barisan nasional iaitu bertindak samarata dan adil pada semua rakyat.

5. Dengan adanya kes rampasan kuasa dalam mahkamah, rakyat satu Malaysia mula memerhatikan dan menilai setiap tindakan pemimpin umno-bn dalam menyelesaikan masaalah rakyat... apa yang dapat dilihat sekarang pemimpin umno-bn lebih banyak bercakap tapi banyak tidak boleh bikin.

6. Dengan adanya kes rampasan kuasa dalam mahkamah, rakyat mula mencari parti baru yang boleh dipercayai dan kita dapat lihat parti umno mula bercakap seorang diri.....

7. Dengan ada kes rampasan kuasa dalam mahkamah, parti pembangkang sentiasa dapat idea baru bagaimana nak menghentam semua pemimpin umno dalam ceramah mereka walau pun pemimpin umno itu sentiasa dilindungi oleh polis, spr, sprm, peguam negara, hakim dan mahkamah.

8. Dengan ada kes rampasan kuasa dalam mahkamah, kita semua baru sedar siapa sebenarnya SUK !!

bodik said...

malaysian 2 days....ini lagi sorang mangkuk hayun. jenis kaki jamban. bangang campur bodoh puak2 umno ni.

PARPUKARI said...

HAK RAKYAT? RAKYAT MANA PULAU PINANG KE KELANTAN?

HOI BODOH CAMPUR BAHALUL, AKU ORG PERAK DAN AKU TAK NAK BUABAR DUN, APA ALASAN NAK BUBAR?

KAU TAU TAK PAS MAKIN TAK DITERIMA OLEH MELAYU, ESPECIALLAY KAT PERAK NI, NAK TAU KENAPA?

SEBAB PAS LAYAK JADI BALACI JE DAP ANGGAP!

AKU NAK CABAR KORANG WAHAI BLOGGERS FUCKATAN RIOT! APA KORANG BERANI NAK SAHUT CABARAN AKU?

KALAU BERANI DAN KAMU MEMANG ANAK JANTAN, THEN BACA NI DAN SAHUTLAH CABARAN PARPUKARI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/05/siapa-bomohkan-siapa.html

bodik said...

bodoh punya parpukari...byk sedut kari...sb itulah jadi bangang. aku org perak...x ada siapa nak sokong umno yahudi. perangai mcm yahudi, kaki rasuah, hina hukum Allah...sokong kemungkaran neraka jahanam tempatnya!!!.

bodik said...

lagi 1 aku nak bg tahu kat parpukari...ko sorang aje x nak bubarkan dun tp semua rakyat perak (majoriti)nak bubarkan dun...itu sb aku kata ko ni bangang. Allah memerintahkan pemimpin dan hambanya berlaku adil dan memberi keadilan kpd semua...ada masalah rujuklah Quran dan Hadis Nabi SAW. Nama aje islam tp...terlalu jauh menyimpang dr landasan islam.