"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 21, 2009

Apa Yang SPRM Cuba Lakukan Di Selangor..?

Sebahagian dari anda mungkin merasakan bahawa video MACC Downfall Parody tidak sesuai ditayangkan. Maksud saya, kita sepatutnya menghormati beliau, bukan mempersendakan kematian beliau. Ya, ia merupakan satu keputusan yang sukar sama ada perlu atau tidak video itu sisiarkan. Tetapi kami melakukannya juga, bukan dengan niat untuk mempersendakan... tetapi untuk menyatakan keadaan yang sebenarnya berlaku disebalik kematiannya. Dan video tersebut menceritakan dengan jelas disebalik apa yang terjadi.

Bebarapa bulan lalu, sebaik sahaja selepas kejatuhan Perak, malaysia Today mendedahkan satu perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Malangnya, Pakatan rakyat tidak mengambil langkah-langkah untuk memperkuatkan Pakatan, sebaliknya terlibat dalam persengketaaan sesama sendiri. Dan kebanyakan daripada sengketa tersebut adalah soal-soal remeh yang melibatkan ego dan personaliti masing-masing.

Perak hanya lah permulaan, Selangor, Penang dan Kedah akan menyusul. Akhirnya, semua negeri dibawah Pakatan rakyat, kecuali Kelantan akan kembali jatuh ketangan Barisan Nasional.

Perancangan di Selangor mudah saja. Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa EXCO yang lain akan ditangkap dan didakwa atas alasan-alasan rasuah. Mereka akan ditahan selama mungkin beberapa hari didalam lokap dan kemudiannya dibawa kemahkamah. Perbicaraan akan berlangsung sepantas kilat, dimana mereka perlu meletak jawatan atau pun hilang kelayakan. Dengan itu, tamatlah riwayat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Modus Operandi yang dibuat sama dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Seseorang itu tidak perlu menerima wang ataupun mendapat keuntungan kewangan untuk disabitkan dengan rasuah. Malah kalau pejabat anda digunakan untuk mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu - walaupun tidak ada transaksi kewangan - itu pun boleh dianggap rasuah dan anda boleh dipenjarakan.

SPRM telah diarahkan untuk mencipta kes terhadap beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. dari Menteri Besar hingga lah kepada Ahli EXCO. Dan untuk mensabitkan pemimpin ini dengan rasuah, pegawai-pegawai yang lebih junior akan ditahan dan dipaksa membuat kenyataan bahawa ketua mereka telah mengarahkan mereka ‘melakukan sesuatu’. Ini akan digunakan sebagai bukti untuk menangkap dan mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, Anwar Ibrahim telah ditangkap, didakwa, didapati bersalah dan dipenjara selama 6 tahun dengan cara yang serupa! Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan mendedahkan bahawa Anwar telah mengarahkan Cawangan Khas untuk ‘campurtangan’ dalam siasatan polis. Dan itu sudah merupakan bukti yang kuat untuk menghantar Anwar ke penjara.

Semua ini terdedah semasa perbicaraan Anwar pada tahun 1998 walaupun ramai tidak memahami akibatnya waktu itu. Pegawai cawangan Khas memberi keterangan bahawa Anwar telah memanggil mereka kepejabatnya. Dan semasa didalam pejabat Anwar, mereka berbincang. Dan perbincangan tersebut berkisar tentang Anwar mengarah Cawangan Khas untuk memaksa Azizan Abu Bakar untuk menarik balik tuduhan liwatnya.

Setiausaha politik Anwar pada masa itu, Azmin Ali, memberi keterangan bahawa Anwar tidak memanggil pegawai cawangan Khas kepejabatnya. Mereka sebenarnya datang kepejabat Anwar dan memohon untuk berjumpa Anwar. Azmin memberitahu bahawa Anwar sibuk dan tidak dapat menemui mereka tetapi mereka memberitahu Azmin bahawa perkara itu penting dan mendesak supaya mereka dibenarkan berjumpa Anwar.

Dan apabila mereka berjumpa Anwar, mereka cuba untuk mempengaruhi Anwar untuk membenarkan mereka menahan azizan supaya mereka boleh menyoalsiasat dan mengetahui siapakah ‘kuasa’ dibelakang tuduhan liwat tersebut. Tetapi Anwar keberatan untuk membenarkan mereka dan memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk memikirkannya.
Anwar kemudiannya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dr. mahathir dan meminta nasihat. Mahathir menasihatkan Anwar untuk membiarkan saja tuduhan tersebut. Mahathir mengatakan, kalau Anwar mahu bertindak pada setiap tuduhan, mana mungkin mampu melakukan kerja-kerja yang lain.

Pegawai Cawangan Khas kembali menemui Anwar dan Anwar memberitahu mereka apa yang dikatakan oleh Mahathir. Pegawai cawangan Khas, walaubagaimanapun, berkeras meminta Anwar membenarkan mereka menahan Azizan. Perkara ini melibatkan ‘keselamatan negara’. Ia bukannya tentang Anwar tetapi tentang ‘beberapa kuasa’ yang merancang untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri dan adalah penting untuk polis mengetahuinya demi keselamatan negara.

Akhirnya Anwar tidak mempunyai pilihan melainkan bersetuju.

Isunya mudah. Adakah Anwar mengarahkan Cawangan Khas kepejabatnya atau mereka yang datang berjumpa Anwar? Dan adakah Anwar yang mengarahkan mereka menahan Azizan atau Cawangan Khas yang meminta kebenaran untuk menahan Azizan?

Anwar and Azmin said it was the Special Branch officers who came to Anwar’s office and it was they who insisted that they meet Anwar. Anwar did not summon them to his office. And Anwar did not agree for them to arrest Azizan. It was the Special Branch that insisted Anwar allow them to arrest Azizan. But before they could do that Anwar would first have to make a police report.

Anwar dan Azmin memberitahu bahawa pegawai Cawangan Khas yang datang kepejabat Anwar dan merekalah yang mendesak untuk berjumpa Anwar. Anwar tidak menjemput mereka dan Anwar tidak bersetuju untuk mereka menangkap Azizan. Sebenarnya, Cawangan Khas lah yang mendesak untuk membenarkan mereka menahan Azizan Tetapi sebelum mereka melakukan perkara tersebut, Anwar perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Mahkamah menerima hujah Cawangan Khas, bukan hujah Anwar dan Azmin walaupun semasa perbicaraan, pegawai Cawangan Khas menyatakan bahawa mereka sanggup menipu kalau diarahkan berbuat demikian. Apapun, Anwar didapati bersalah dan dihantar kepenjara.

Tak susah untuk menghatra seseorang kepenjara kerana rasuah. Apa yang diperlukan ialah untuk mendapatkan seseorang untuk memberi keterangan bahawa seseorang telah mengarahkan dia untuk ‘melakukan sesuatu’. Dan sekiranya ’sesuatu’ itu dianggap menyalahgunakan kuasa, seseorang itu boleh dipenjarakan.

SPRM mahukan Teoh berkata bahawa dia juga telah diarahkan untuk melakukan ’sesuatu’ oleh mereka didalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sekiranya dia berkata sesuatu, maka SPRM mempunyai kes terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Dan mereka mahukan semua ini dilakukan dengan cepat. Ianya mesti diselesaikan sebelum Jumaat kerana itu merupakan hari dimana Tan Sri Khalid dan beberapa ahli EXCO akan ditangkap.

SPRM terpaksa bekerja overtime. Tarikh akhir ialah Jumaat. Mereka mahukan Tan Sri Khalid ditangkap pada hari tersebut. Dan mereka akan melakukan kekerasan terhadap Teoh, jika perlu, untuk memaksa Teoh melakukan apa yang dimahukan oleh SPRM.
Dan didalam keghairahan mereka untuk memaksa Teoh…mereka membunuhnya. Saksi terpenting kini sudah mati. Dan mereka tidak dapat menangkap Tan Sri Khalid dan ahli-ahli EXCOnya pada hari Jumaat seperti yang dirancangkan.

Kini…SPRM terpaksa merancang kembali. Mereka kini memerlukan seorang ’saksi’ baru. Beberapa pegawai junior didalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ditahan sebagai saksi dan mereka akan dipaksa memberi keterangan bahawa mereka telah di’arahkan’ untuk melakukan sesuatu oleh ‘pemimpin tertentu.’ Kemudian, ‘pemimpin’ tertentu ini akan ditahan dan didakwa kerana rasuah. Ketika itu, Pakatan rakyat selangor akan digulingkan.

Ya…tontonilah MACC Downfall Parody sekali lagi. Ada banyak kebenaran dalam gurauan tersebut. Video tersebut mungkin lucu seolah-olah satu gurauan. Tetapi ia bukanlah sebenarnya lucu terutama dalam usaha SPRM untuk menumbangkan Pakatan Rakyat Selangor.

(Artikel ini adalah terjemahan oleh Mat Saman Kati dari artikel asal Raja Petra,”There is many a truth in the parody” di Malaysia Today.)

8 comments:

KetuaPemerintah said...

Kah Kah Kah Kah KAH...

Don't worry,
we still have Khir Toyo

Kah Kah Kah Kah Kah!!!

Prof. Era Pasca said...

kakaakakah sape yg jd hitler tu? hishamudding?

SURUHANJAYA PEMUNUHAN RAKYAT MALAYSIA said...

Video Yg jelas Skali Menerangkan Kisah yg Dialami SPRM skrg ini!!


CUKOP JELAS!!

Klu x PHM Bukak Kamus!!

Rajin2 Pause Ye..;p

Topeng Perak said...

Alangkah bangangnya bila ada pemimpin Si Nizar dan Anwar ikut terjebak dgn isu yg dimainkan oleh DAP ini hingga sanggup lupakan akidah bertafakur nyalakan lilin ikut ajaran Kristian. Ni yang pelajar UiTM meninggal jatuh bangunan apasal takdak pulak kerajaan negeris Selangor nak buat tahlil pd arwah.Hairan bin ajib apabila berjuang kerana kepentingan politik semata.

Inilah dunia akhir zaman, kita akan ikut jejak Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit. Ulama PAS hanya diam membisu dalam hal ini bila kena batang hidung sendiri!

zali said...

macam-macam cara untuk pro pr
mengambil untung hasil dari
kekojolan apek teoh.

yang kojol...apek teoh
yang jadi punching bag...sprm.
yang bertekak...melayu
yang jadi ketua berapi...el juwuri
yang menipu...TiPU
yang bingai...tiga ekor kat atas nih
yang berpesta lilin...pas
yang untong...apek

yang paling beruntung...dalang mafia.

al-Banjari said...

Keratan berita ini dipetik daripada laman web Malaysiakini milik Anwar Ibrahim yang diproksikan oleh ADUN Bukit Telanjang, Elizabeth Wong. So, jangan pula pi reka cerita kata pencacai UMNO buat cerita pulak ya...

"Setiausaha akhbar presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi korban awal dalam pergelutan dua aliran besar dalam parti itu khususnya berhubung kerajaan perpaduan dan rundingan sulit dengan Umno.

Roslan Shahir Mohd Shahir, yang juga seorang penulis blog, digugurkan daripada jawatannya tersebut setelah satu mesyuarat pemimpin atasan parti menerima bantahan terhadap peranannya."

Lanjut di : http://www.malaysiakini.com/news/108939

APA KOMEN ANDA?

Anonymous said...

UMNO dan agen agennya sedang mencari anak anak muda untuk di jadikan umpan kepada kejatuhan kepimpinan Pakatan rakyat.

Saiful Liwat untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Teoh anak muda yang sepatutnya di gunakan untuk menjatauhkan kerajaan Pakatan Rakyyat Selangor.

Awas !

Anonymous said...

siapa yg dah ambik seipol jadi menantu..jaga2 dia tu dah tak dak dara dah d tebuk tupai...manik murai..buat menantu biarlah org bertaqwa bebas skandal..bila lagi nak dengar isu qazaf dr jawi pulak??? yg di pertua tunggu selari dgn cerita bijan?mampuih hampa nak jawab... makan gaji ka takut perentah Allah..patutla negara aku d landa wabak macam2..sudah ramai yg tiada takut...tak percaya hari kebangkitan...tiada iman..matahari bulan selari hari ni...kerana takut akan pencipta patuh perentah...manusia malaysia takut tak dpt cari makan dgn amno.