Maka aku teringat apa yang aku baca didalam portal malaysiakini semalam dan antaranya kandungannya ialah -
Dalam kepala otak aku mula terfikir apa yang sedang dirancangkan oleh tangan-tangan diatas..? idea penglibatan kongsi gelap dalam hal ini (kematian Teoh) sejak dari awal lagi telah mula kedengaran dalam kem-kem UMNO/Barisan Nasional. kebanyakan blogger-blogger mereka juga mengaitkan kematian Teoh dengan pergerakan kongsi gelap.
Sedaya upaya mereka cuba menanam didalam minda pembaca kononnya kematian Teoh di pejabat SPRM adalah angkara kongsi gelap. tapi apa yang menghairankan aku ialah, kenapa seorang yang telah diugut oleh kongsi gelap tidak menghubungi orang yang paling rapat dengannya (tunang) memaklumkan sekiranya ada perkara buruk yang bakal berlaku..?
Tertanya lagi aku, bagaimana pihak kongsi gelap dapat menghubungi Teoh ketika dia berada di Pejabat SPRM sedangkan talifon bimbit beliau tidak berada bersama beliau sehingga saat dia ditemui mati dalam keadaan penuh tandatanya..?
Maka disitu aku sebut, teori blogger-blogger UMNO/Barisan Nasional adalah teori paling bangang yang pernah aku baca.
Kata blogger-blogger UMNO/Barisan Nasional -
- Teoh telah diugut oleh pihak kongsi gelap selepas disiasat oleh pihak SPRM kerana telah membocorkan rahsia dalaman yang mengaitkan mereka dalam kes yang sedang disiasat oleh SPRM. pihak kongsi gelap sedia menunggu Teoh diluar pejabat SPRM atau dimana-mana sahaja sekiranya Teoh pulang dan akan mengambil tindakan.
- Maka dengan itu, Teoh yang ketakutan akibat keceluparannya membocorkan maklumat penting, takut untuk pulang lalu mengambil keputusan untuk terus berada di pejabat SPRM dan mungkin kerana buntu atau takut, beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri di pejabat SPRM.
Tetapi apabila pihak PDRM mengeluarkan kenyataan -
Terus aku lihat berlaku kelonggaran dan teori blogger-blogger UMNO/Barisan Nasional tidak boleh diguna pakai.
Bagaimana kongsi gelap-kongsi gelap mahu mengugut Teoh..? bagaimana mereka berhubung..? adakah mereka mengugut Teoh melalui telegram atau Fed-Ex atau Poslaju atau atau apa-apa perhubungan courier yang beroperasi 24 jam..?
Mungkin ketika ini (kalau ada) para kongsi gelap yang ada di Malaysia sedang sujud menyembah kehebatan ejen kongsi gelap yang telah mengugut Teoh kerana kehebatannya yang dapat menghubungi Teoh tanpa sebarang saluran.
Blogger-blogger UMNO/Barisan Nasional pada aku memang juara dalam menunjukkan kebangangan mereka.tapi itu adalah perkara biasa bagi aku kerana mereka bernaung dibawah bangang-bangang yang memegang jawatan setinggi menteri di Malaysia. kalau yang diatas itu namanya bangang, yang dibawah seharusnya kebangangan.
Balik pada cerita asal...
Daripada apa yang Pak Bakaq ulaskan secara "ilmiah" apa yang bakal berlaku, dan dikaitkan pula dengan apa yang aku fikir dan kaitan apa yang dimainkan oleh blogger-blogger bangang UMNO/Barisan Nasional iaitu peranan kongsi gelap dan juga pertembungan yang bakal berlaku dalam perhimpunan anjuran GMI dan juga PEWARIS pada 1hb. Ogos, 2009 nanti...
Mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak baik sekiranya tidak ada pihak yang mengambil langkah berjaga-jaga. antara ke 2-2 kumpulan yang bakal berhimpun, aku tak menolak kemungkinan akan adanya 1 kumpulan yang akan menyelinap dan akan melakukan provokasi.
Apa maknanya kenyataan diatas itu..? adakah ianya sebagai amaran awal yang ada antara kita terlepas pandang..? kita pernah diserang dengan amat bergaya dalam operasi lalang satu ketika dulu...
Kerajaan APU juga pernah dijatuhkan dengan cara yang sama (perancangan licik untuk mengisytiharkan mageran) dan telah jatuh menyembah bumi di Kelantan juga oleh perancangan dari pihak yang sama.
Maka aku tak menolak kemungkinan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mungkin tumbang tak lama lagi sekiranya kita masih lalai dan tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.
Caranya..?
9 comments:
Assalamualaikum Saudara Perisik Rakyat, I'm a constant follower of your blog (Follower - I repeat...not supporter). Deep inside, I felt so sorry for you for always being very very stereotype and extremely one sided.... I wonder what you went through all your life in Bumi Malaysia yang bertuah ni. Maybe its all negative things. I'm not trying to be personal, but the way you write, and how you think, really shows that you are a LOSER who needs attention as there's nothing great about you at all. you a just another RPK wannabe. Negara tonggang-langgang, and you want to be the hero to speculate everything. I ain't an UMNO member, YES...sometimes I hate what the BN government did, but I'm a Malay who appreciate the country...My advice..save some money, go travel... have a look at other country that is Run by other race...then you can appreciate Malaysia more. Takkan ada seorang yang sangat bodoh untuk membunuh orang dan buang mayat kat depan rumah. And I 'm pretty sure that Teoh is a victim connected to the underworld... Selamat Menulis...
Kalau benar PEWARIS nak demo 1 Ogos jugak, apa kata GMI anjakan tarikh demo anti-ISA ke 2 ogos atau tarikh yang lain..demi keselamatan dan kesejahteraan.
kita tengok samada Pewaris akan tetap demo 1 ogos atau tetap akan ganggu dan wujudkan pROVOKASI terhadap PR.
celaka puak2 dan juak2 nih !!!
aleevad - al hujurat [9]-Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
That's what i stand for.
Selagi KERAjaan Pusat melakukan kezaliman, selagi itulah aku akan memerangi mereka.
Selagi kerajaan Pakatan Rakyat mebuat kesilapan demi kesilapan, selagi itu jugalah aku akan membantai mereka.
Do you look me very very stereotype and extremely one sided..?
Bukan saja pro BN, malah pro PR juga ada yang memusuhi aku.
"Saya Anak Bangsa Malaysia..!"
doesn't matter dude!!! Just do it man... Tapi den ghaso elok sangek PR enjak tarikh supaya jgn bertembong. Put da ego aside, tactical withdrawal ngan tactical retreat banyak bezo jang... Kito nengok org pro ISa nih nak toruih kooo nak enjak jugak.. enjak kalu, muekekekekeek tapi iyo la, kot enjak , logistical problem lak ek, ughang kpg sumo eh dah tahu, biaso la susah payah nih
TO MY BRO ALEEEVA
"but I'm a Malay who appreciate the country.."
aleeva ke alleengok ke
dah tau org malayu awaq doh tulis dalam bahasa ingeris panjang sangat.
hang belajer dulu dah PSMI ke...?
mangkok hayung bertingkat.
anon ataih,..awat org melayu xleh tulis english ka?
i'am speak no english
secara jujur aku juga sedang memikir apa yg dilalui oleh TPU
mgkin dia ank haram yg xde bapak,.
kah!kah!kah!
anum 7:00
bahasa jiwa bangsa...
i dont understand sepatah haram
buat TP..tuan empunya blog
walau apapun cercaan yg anda terima sepanjang menulis diblog ini.jangan sesekali menyerah kalah......masuk telinga kiri..kuar telinga kanan..jangan sesekali simpan dalam hati..
saya adalah pengikut setia blog anda..
lawan tetap lawan..
kay...........
Post a Comment