Benar. Tidak usahlah bersedih dan bergusar. Sewaktu PRU 2008, harga getah adalah 40% dari apa yang ada sekarang dan harga barang lebih rendah berbanding sekarang.
Apabila jatuhnya harga getah maka pendapatan rakyat Manek Urai juga jatuh. Dan apabila naik harga barang, maka kecil lagilah pendapatan rakyat Manek Urai.
Sewaktu 2008, kerajaan Kelantan mendapat laba yang besar dari harga getah yang melambung tinggi di pasaran dunia. Orang kampung yang menoreh merasakan bahawa ini adalah rahmat dari mengundi PAS dan bererti mereka mahu meneruskan lagi pemerintahan Tok Guru.
Bukan sahaja Kelantan yang mendapat laba dari kenaikan harga komoditi, UMNO juga mendapat keuntungan segera. Negeri Sembilan berjaya dipertahankan UMNO/BN dengan nyawa2 ikan hanya kerana harga getah (dan kelapa sawit) yang tinggi sewaktu 2008. Sekiranya harga getah serupa dengan sekarang, saya yakin UMNO/BN cuma mampu mendapat tidak lebih dari 10 kerusi.
Begitu juga dengan negeri Pahang yang begitu gemilang dipertahankan oleh UMNO/BN. Semuanya bukan kerana kehebatan UMNO tapi kerana harga komoditi yang tinggi pada masa itu.
Keputusan Manek Urai juga bererti kerajaan kelantan harus memikirkan jalan baru untuk mengurangkan beban ekonomi yang dihadapi oleh rakyat luar bandar akibat dari kejatuhan harga komoditi dan kenaikan harga barangan keperluan. Mungkin perkara inilah yang kerajaan Kelantan terlupa atau tidak sedar.
Tulang Besi
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, July 21, 2009
Manek Urai: Undi PAS Jatuh Kerana Jatuhnya Harga Getah
Labels:
MalaysiaWaves
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
kesimpulan yang kurang tetap kecuali di Kelantan.
Kerana mereka mengangap nik ajis sebagai memurah rezeki mereka..
rosak2..
inilah realiti kehidupan. pimpinan perlu peka tentang ini dan mengambil langkah yang perlu untuk membendungnya. tatkala inilah manusia yang rendah imannya boleh dibeli dengan wang.
emm... nnt masa dajjal muncul pon akan memberikan kesenangan demi ditukarkan dengan agama. tatkala kita semua dalah kesusahan, dajjal muncul memberikan kesenangan dengan syarat keluar dari agama Islam!!! terpulang pada diri masing2 samada nak pilih harta benda kesenangn / pilih Islam.
kalau harta benda yg rakyat pilih, nyata UMNGOK berjaya mendidik minda rakyat untuk mengejar kekayaan semata2. ada diorg fikir pasal agama? ada membincangkan bagaimana nak tingkatkan keimanan pada Allah? ada membincangkan soal halal, haram?
apa yg dibincangkan adalah ekonomi, berkisar pada hal dunia sahaja... takut pada kejatuhan ekonomi melampaui takut pada Allah!!!
BERGEMA STADIUM BUKIT JALIL APABILA AKU DAN BEBERAPA RAKAN BLOGGER YANG LAIN MEMPAMERKAN BENA SOKONGAN BUAT SAIFUL BUKHARI. DALAM HARUK PIRUK PEKIKKAN SOKONGAN PADA PASUKAN MANCHESTER UNITED, MEREKA PEONTON YANG ADA MENYORAK TANDA SOKONGAN DENGAN APA YANG TELAH AKU DAN RAKAN BLOGGER YANG LAIN LAKUKAN INI. http://www.gomounited.com/2009/07/bergema-sorakan-buat-saiful-bukhari-di.html
mengapa gomo hantar komen kat blog nih, blog dia tak dak sambutankah? kesian........
apasal ada komen yg kena delete tu. mesi komen panas yg haprak PR tak mahu org lain tahu..kakakahhhh.
Takut cerita mengarut bloggers PR pecah tembelang maka harusnya di delete aje yer!
Post a Comment