"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 23, 2009

Gambar Yang Menggembirakan & Meresahkan UMNO

Update
Berita 1 - Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak diiringi isterinya Datin Rosmah Mansor mengerjakan umrah bersama ahli keluarga serta rombongan dari Malaysia selepas pertemuan membincangkan hubungan dua hala negara dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud. Baginda Raja Abdullah juga merupakan Penjaga Dua Rumah Suci di Makkah.

Berita 2 - Maka bergembiralah para penyokong UMNO/Barisan Nasional diseluruh pelusuk dunia melihat pada "perubahan" yang dilakukan oleh pencipta slogan "1Malaysia"...

Tuduhan penyokong Pakatan Rakyat selama ini yang mempertikaikan betapa "Mukminnya" PM 1Malaysia dan betapa "Muslimahnya" Wanita Pertama 1Malaysia sedikit sebanyak berjaya ditangkis dengan bukti bergambar yang menunjukkan bahawa PM 1Malaysia juga "mampu", "berhajat" dan juga "telah" membawa keluarganya menunaikan apa yang muslimin dan muslimat Islam didunia lakukan.

Walaupun menunaikan Umrah bukanlah satu perkara yang wajib, tetapi tidak semua dari kita baik pro UMNO/Barisan Nasional, pro Pakatan Rakyat atau sesiapa sahaja yang beragama Islam mampu lakukan walaupun ada antara kita "mampu" dari segi kewangan. semuanya terletak pada seketul daging yang bernama "hati".

Tahniah untuk pasangan 1Malaysia.

Disebalik 2 berita diatas...

Pada awalnya aku tak berminat untuk komen apa-apa berkenaan dengan perkara diatas. bagi aku - Alhamdulillah... semoga sepulangnya pasangan 1Malaysia dari menunaikan Umrah, maka aku harap dan berdoa semoga dibukakan pintu hati pasangan tersebut dan keluarganya olah Allah untuk 1 perubahan yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Maka aku diam... dalam aku berdiam diri, aku bekerja macam biasa, siang kekedai kopi yang biasa aku lepak dengan kawan-kawan politik pro Pakatan Rakyat dan pro Barisan Nasional sambil sembang-sembang kosong (isunya tentulah politik).

Jadi hari ni agak kecoh sedikit... bukan dari kalangan pro Pakatan Rakyat, tapi dari kalangan pro Barisan Nasional. isunya ialah Najib dan Rosmah ke Mekah... para veteran UMNO agak kecoh setelah melihat gambar yang tertera di akhbar (akhbar mana aku tak tau) yang menunjukkan bahawa pasangan 1Malaysia sedang tawaf mengelilingi kaabah.

Bukan kecoh kerana gembira, tapi kecoh kerana risau... 1hb. Ogos, 2009 ini PM 1Malaysia akan berada di Kota Bharu untuk 1 majlis besar-besaran di Kompleks Sekolah-Sekolah Kelantan. sekitar 7000-8000 manusia telah diatur untuk memenuhi majlis, 10 ekor lembu akan dikorbankan untuk santapan para tetamu.

Itu bukan isunya, isunya ialah macam mana PM 1Malaysia nak explain berkenaan dengan warna pakaian yang dipakai oleh Wanita Pertama 1Malaysia semasa menunaikan Umrah tempohari.

Aku tak reti nak komen apa-apa sebab aku bukan hebat pun dalam hal ni, jadi baik aku diam... bila aku balik, terus aku cari gambar-gambar pasangan 1Malaysia di Mekah tempohari dan rupanya betul... kaler pakaian Wanita Pertama "lain dari yang lain"...

Mintak yang lebih arif komen...

Boleh ke pakai selain dari warna putih..?

Kemaskini 9:35 AM - Akhirnya ada yang sudi memberi penjelasan...

Ihram has left a new comment on your post "Gambar Yang Menggembirakan & Meresahkan UMNO":

Bagaimana Warna Kain Ihram?

6 May 2009 oleh abidin
Kategori: Konsultasi

Saya pernah pergi umrah, saya banyak melihat orang berpakaian ihram bermacam-macam, ada yang warna hitam juga. Bagaimana ketentuan kain ihram itu?
0888 2xxxx

Jawab:
Kain ihram yang paling baik adalah kain ihram yang sederhana, bersih dan berwarna putih. Kalau ada pria yang berkain ihram warna lain tetap sah ihramnya. Pakaian wanita ketika berihram bebas asal menutup semua badan kecuali muka dan telapak tangan, tidak ketat, tidak jarang atau transparan dan kalau warna putih lebih baik.

http://www.jurnalhaji.com/2009/05/06/bagaimana-warna-kain-ihram/

Kemaskini 12:46 PM (Dari Blog PakKaramu) -

Salam,

Blog Perisik Rakyat tanya pakaian Rosmah Mansur ketika menunaikan Umrah, Al Hamdulillah ! Perisik Rakyat hanya nak tahu itu saja, bagi Pak Karamu warna itu tak jadi soal kepada orang awam asalkan rukunnya ok akan tetapi bagi orang khusus dia ada perkiraan khusus pula, iaitu warna menunjukkan lambang yang bererti di sisi Allah sebagaimana yang Pak Karamu tulis dalam posting yang lepas.

Yang perlu di fikirkan ialah mengapa hampir 100 % wanita jika bersolat di luar dari Makkah mereka berpakaian putih (bertelekung) akan tetapi apabila pergi bertawaf, Sa'ie dan sebagainya mereka pakaian yang berwarna ? adakah mereka nak tunjukkan kepada Allah yang warna pakaian mereka itu menunjukkan mereka belum lagi bersih dan ikhlas, yang nyata Allah telah memilih warna hijau untuk ahli syurga (Al-Insan ayat 21).

Bagi kaum lelaki boleh di katakan mereka semuanya berpakaian putih (Ihram) ketika mereka menunaikan haji ataupun Umrah warna ini Pak Karamu tidak khilaf sebab pakaian ihram tiada yang berwarna lain selain yang putih, ertinya seolah-olah mereka memakai kain kafan (mengingat mati) Apa yang penting ialah mereka perlu tunjuk kepada Tuhan yang mereka pergi menunaikan ibadat itu dalam keadaan ikhlas sebagaimana ikhlasnya warna yang mereka pakai, walaupun ketika di luar Makkah orang lelaki pula berpakaian berwarna-warna.

Ketika peristiwa Israk & Mikraj Rasullullah di pertontonkan oleh Allah para malaikat berpakaian kelabu dan putih, mereka bersolah dan Nabipun bersolat di masjid Baitul Makmur di langi yang ke 7 ataupun di langi yang ke 8 atau di sempadan antara langit 7 dan ke 8, ertinya dalam peristiwa tersebut ada di sentuh tentang Pakaian dan warna, ini tentulah warna memainkan peranan dalam masalah ibadat.

Orang Barat suka warna biru dan merah, orang Yahudu suka warna kuning, orang islam suka warna hijau kerana mereka suka warna pilihan Allah buat ahli syurga (Al Insan 21) Orang yang pakai warna hitam sebab mereka merasakan mereka masih kotor atau bersedih kerana banyak dosa, yang warna pink,ungu,coklat tua dan muda ini mungkin warna di atas pagar, dan warna di antara warna-warna itu mungkin mereka yang tak tau apa nak buat, orang mudik kehulu dan hilir ikut saja la.

Pak Najib sudah berpakaian putih ! kita tengok ajelah nanti sama ada dia boleh berubah ataupun tidak, kalau berubah dia memang dapat hidayah baru dari Allah dan dia kena ikhlas bekerja sebagai khalifah besar tapi ingattttt ! di kelilingnya ada banyak onak dan duri dari warna-warna yang berbagai-bagai dari kalangan pengikut yang berbagai kehendak dan cita-cita (pepat di luar runcing di dalam)

Pak Karamu sebagai rakyat Malaysia dan bekas seorang tentera mengucapkan syukur kepada Menteri Perdana kerana menunaikan umrah bersama isterinya, ini bermakna juga ia sudah berdo'a kepada Tuhan supaya segala dosa terampun dan selepas ini jangan buat kerja yang tak betul yang mengikut hawa bafsu ertinya biarkan nafsu itu di situ tapi Hawanya perlu di fikirkan selalu, kerana hawalah manusia ini terjebak dengan syaitan.

Jadi... kes ditutup... tak payah ulas banyak-banyak... melainkan lebih arif... mekasih...

22 comments:

sasaudengo said...

Aku pun tak arif nak komen... Cantik gak pakaian umrah dia, siap bertenun-sulam lagi! Entah la apa hukum-hakamnya, halal-haramnya, harus sana-sininya....

Kita minta Tan Sri Harussana-sini ulas la kot!

zali said...

apa ni TiPU?

tulis panjang-panjang cuma nak
tanya 'Boleh ke pakai selain dari
warna putih?'...itu je?

jangan le buat ala ala bingai...
dalam gambar pertama dan kedua tu
pun dah ada jawapannya...tak
payah fatwa dari mat lajis wayar
putus...

tak ke awak nampak mak cik arab
tepi polis tu pakai baju kaler
apa?

warna putih ke warna apa tu?

jangan le pulak kata makcik arab
tu tak buat umrah...cuma jual
nasi lemak kat situ...

Mr Joker said...

zali - memang aku perasan kaler baju makcik arab tu.

jadi aku nak tanya kau pulak... makcik arab tu pakai mazhab apa..? yakin ke kau makcik arab tu gunapakai mazhab yang sama dengan kita..?

Kau paham ke Mazhab tu apa..?

Anonymous said...

kah.kah..kah..ingat nak pekena last2 terkena..kah..kah



i'm no king

sasaudengo said...

Zali Ngok...

Yg pakai kaler-kaler tu... makcik Arab ke si Balaci SuamiNajib? Boleh ke makcik tu empet dekat2 dgn VIP masa dekat Kaabah, security kasi lepas plak dia dekat2 ya... tak takut ke dia bawak bom? Agak2nye dah biasa dgn C4 kot!

Kalo bukan barua tukang kepit beg SuamiNajib takkan boleh empet dekat2 dgn SuamiNajib. Dah jadi balaci... kena la ikut stail. Boss kencing berlari...balaci kene kencing melompat la plak!

Boss coklat, balaci kuning
Boss buat... balaci join!

Ngap betul ko ni Zali... BENGAP!
Satu spesies dgn Harussanasini yg bagi kenyataan ikut boss...

Ihram said...

Bagaimana Warna Kain Ihram?

6 May 2009 oleh abidin
Kategori: Konsultasi

Saya pernah pergi umrah, saya banyak melihat orang berpakaian ihram bermacam-macam, ada yang warna hitam juga. Bagaimana ketentuan kain ihram itu?
0888 2xxxx

Jawab:
Kain ihram yang paling baik adalah kain ihram yang sederhana, bersih dan berwarna putih. Kalau ada pria yang berkain ihram warna lain tetap sah ihramnya. Pakaian wanita ketika berihram bebas asal menutup semua badan kecuali muka dan telapak tangan, tidak ketat, tidak jarang atau transparan dan kalau warna putih lebih baik.

http://www.jurnalhaji.com/2009/05/06/bagaimana-warna-kain-ihram/

Anonymous said...

takyah arr citer bab ni..citer bab si zahid hamidi g jumpa mangkuk ehud si yahudi laknat tu apekejadahnye??nak beli c4 dari yahudi plak ke??haramjadohh!!!!

Anonymous said...

KELAKARNYE PENULIS BLOG INI..HADUHAI, KAT TEMPAT PALING SUCI TU PUN NAK DI POLITIKKAN..TU ANTARA KITA DAN TUHAN, BAWAK2 LE BERTENANG..

zali said...

maka gagal lah sekali lagi TiPU dan
gang ala-ala bingainya...dalam misi
samar meracuni fikiran rakyat agar
membenci pm.

tamat.

Mr Joker said...

zali - misi meracun fikiran rakyat agar membenci PM..?

SAH kau tak paham artikel diatas.

"Aku tak reti nak komen apa-apa sebab aku bukan hebat pun dalam hal ni, jadi baik aku diam... bila aku balik, terus aku cari gambar-gambar pasangan 1Malaysia di Mekah tempohari dan rupanya betul... kaler pakaian Wanita Pertama "lain dari yang lain"...

Mintak yang lebih arif komen...

Boleh ke pakai selain dari warna putih..?"

Bila yang lebih arif komen, terus aku update komen beliau...

Jadi tang mana aku meracun..?

Kau faham tak erti mencari jawapan kepada kekusustan dengan meracun?

Bodoh piang betul la pencacai sekor ni...

Kau dah paham belum makna beza makna TERJUN dengan JATUH..?

abeden said...

zali ni orangnya mana satu ye ?
tengok profile berkawan dengan tokbatinsenoi ....
satu kapal agaknya ...
tak tangkap hantu ke hari ini ??

zali said...

ok la..ok la..

TiPU tak meracun fikiran rakyat...
TiPU tarak TiPU punya...
TiPU baik punya worang...

zali said...

apa salahnya berkawan dengan sesapa pun...

http://tokbatinsenoi-x.blogspot.com/
http://tokbatinsenoi.forumotion.net/portal.htm

peace!

Karat said...

Warna pun boleh jadi besar..


Sembah colok sampai dada pun ikut unduk tu ape cer??

Anonymous said...

aparaaa
post camni pun nak masuk dlm blog ker?

xdak ceta len ker nak post......

Anak lawin Papulut said...

zali...memang macam tu...nie lah slah satu blogger umno yang menyamar kat sini...nak lawan hujah matang dan bernas memang tak ade.....sudah la zali hoi...oppp...

mana boleh sudah duit haram dok masyuk.....

Anonymous said...

satu soalan:

adakah menutup aurat/ bertudung/ menutup kepala HANYA wajib di Mekah dan/atau di depan Kaabah sahaja ?? ada Mazhab mana2 ka..?

terima kasih

Anonymous said...

colok? lilin? yang mana satu betul ni???

tapi kalau BN & UMNO, pegi jumpa bomoh, pawang, dukun, manderem, dll,

takde pula nak besar2kan cerita, sampai ada yang terbunuh bila jumpa dukun pun ada... pimpinan mana tu?

abenden said...

bab-bab bomoh , pawang , cuba kau tanya zali tokbatin senoi...dia pakar benda ni ... tak gitu zali tokbatin senoi ....

CUPING MERAH said...

bab2 color tu tk de masalah..

yang datang dalam kepala otak aku..mike sema dah merancang supaya nampak lain dari yang lain..
apabila gambo mike di tangkap senang nk cam bleh la tunjuk kat rakyat malaysia..

timah-"kak jenab mai sini sat!!

kak jenap-"awaiit ngan hang timah!!


timah-"cuba tengok gambai sapo ni!!

kak jenap-"mana satu timah?

timah-"tuu..yang tudung kelabu tuu!!

kak jenap-"la..ini gambai isteri pm kito..

kak jenap-"perasan pulak kamu ni timah ya..

timah-"awaiit tk perasan.. colornya lain dari yang lain..

Anonymous said...

Salam.Bab dosa pahala adalah ketentuan Tuhan.Yang kita duduk bergaduh sesama sendiri ni apasal.Dah tak ada kerja lain ker? Patutlah KDEB anak syarikat kerajaan Selangor akan muflis hujung tahun ni.BN telah tinggalkan 2 Billion dlm akaun KDEB tapi lepas kerajaan PR mana duit tu pegi..Anwar letak abg dia si Rosli jd penasihat KDEB..Habis duit rakyat korang rembat lagi bangsat daripada puak2 BN dulu.Korang pikirlah betapa seronoknya si Teresa dan Ronnie bantai duit.MB pulak asyik menyalak tak tentu hala.

Aku dulu pun mengundi PKR si Rodziah tu di Bt. Tiga sama Khalid Samad ingat boleh buat perubahan tapi haram jadah lagi haprak adalah. Peruntukan wakil rakyat RM500,00 setahun apa dia org buat? Guna buat taska sendiri dan kepentingan puak masing2. Aku tengok PR ni lagi haprak aku rasa org UMNO elok sikitlah. Taklah pelahap macam geng2 PKR ni..Jadi, jgnlah mengata org tengoklah diri sendiri dulu!

aku staff KEB Selangor

Anonymous said...

weh...staff KEB....cite le sket pasal JAM khir toyo yang harganya sama beribu ribu tu....cite le sikit pasal Disneyland Khir Toyo....