"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 19, 2009

Parti Hak Asasi Manusia: Apa Perlunya..?

Sejujurnya aku tak bersetuju dengan penubuhan 1 lagi parti kalau matlamat dan perjuangannya sama dengan apa yang sudah ada dalam 3 parti yang kini bernaung dibawah nama Pakatan Rakyat. kenapa perlu menyemakkan lagi dunia politik 1Malaysia yang semakin menggila hari demi hari..? apa masalahnya jika semua yang ada sekarang menyertai mana-mana parti yang sedia ada didalam Pakatan Rakyat..?

Bertambah 1 lagi parti baru maka bertambah serabutlah dunia politik 1Malaysia hari ni, mewujudkan 1 lagi parti baru dengan sasaran perjuangan yang lebih kurang sama hanya mengundang lebih banyak masalah. banyak yang perlu diselaraskan, banyak perbincangan yang perlu dibuat selepas ini untuk menserasikan perjuangan parti baru dengan apa yang telah ada sekarang.

Tempoh akhir paling kurang 2 tahun sebelum PRU-13 yang ada sekarang bukan masa untuk berbincang-bincang apa yang parti ini mahu, apa yang parti itu mahu, apa yang parti itu boleh dan apa yang parti itu tidak boleh. tempoh yang ada sehingga PRU-13 bagi aku ialah masa untuk berbincang atau menunaikan apa yang belum tertunai kepada kawasan yang masing-masing kuasai.

Rakyat tidak mahu melihat berbagai-bagai parti wujud selepas arus perubahan PRU-12 tetapi rakyat mahu lihat apa yang 3 parti sedia ada dalam Pakatan Rakyat boleh buat setelah rakyat memberi tanggungjawab kepada yang terpilih.

3, 4, 5, 6, 7, 100 hatta 1000 parti politik bercambah di 1Malaysia tidak akan menyelesaikan masalah sekiranya masing-masing hanya sibuk berbincang apa yang kau mahu, apa yang aku mahu, apa yang kau dapat dan apa yang aku dapat. semua itu hanya membuang masa.

Apa bezanya 1 parti yang tidak bekerja dengan 100 parti yang juga tidak bekerja..? tanggungjawab siapa pula negara ini sekiranya semua parti yang ada baik pemerintah mahupun yang nak memerintah yang sedia ada tidak bekerja tetapi sibuk dengan aku hendak berkuasa..?

Siapa pula yang hendak diperjuangkan oleh 1 lagi parti baru..? Melayu sahajakah..? India sahajakah..? Cina sahajakah? atau lain-lain bangsa selain dari 3 bangsa utama tadi..? jadi apa bezanya Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasiyonal jika begitu..?

Apa lagi yang kurang dalam Pakatan Rakyat sehingga perlunya diwujudkan 1 lagi parti baru yang bakal menjadi komponen Pakatan Rakyat..? tidak cukupkah apa yang ada dalam PAS, DAP dan PKR untuk mewakili perjuangan 'Bangsa Malaysia"?

Ada baiknya pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat adakan 2 perbincangan yang lebih penting menjelang PRU-13.

1 untuk membincangkan tentang bagaimana untuk menjatuhkan Barisan Nasiyonal dengan hanya bermodalkan 3 parti sedia ada dan 1 lagi perbincangan yang lebih penting yang SANGAT-SANGAT PERLU DIADAKAN IALAH TENTANG BAGAIMANA MEREALISASIKAN IMPIAN RAKYAT 1MALAYSIA setelah mendapat kuasa di beberapa negeri.

Tanggungjawab yang telah diberikan oleh pemilih dalam PRU-12 yang dipikul di negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih penting dari mewujudkan 1 lagi parti baru yang halatujunya sama dengan 3 parti utama Pakatan Rakyat yang telah sedia ada....

Tunaikan "Tanggungjawab" yang telah diamanahkan... Itu lebih manis kan..?

5 comments:

CUPING MERAH said...

ni payah nk citer ni..

aku sound derect je la..

senang citer puak2 ni berebut nk jadi ketua..
klau masuk parti lain jawatan dah tk de..
jadi mereka rasa kuat mereka rasa boleh bersuara sepatutnya mereka jadi ketua
itulah yang ada pada hati mereka ini..
klau masuk pkr kuota dah full untuk ketua2..
klau masuk pas?bukan senang beb nk jadi ketua ,sekurang2nya hadis quran kena hafal..
payah tu..

CUPING MERAH said...

Ment P'tahanan Zahid mengaku b'temu dgn ment p'tahanan pengganas Israel w/pun tiada hbgn diplomatik dedah BN hipokrit,hina umat Islam & mangsa Palestin.

Mohd. Rizal said...

Assalam wbt.

Membuktikan di Malaysia ni ramai masuk politik sebab nak kuasa.....tapi ada juga yg ikhlas betul.....mungkin!

Dan ini juga membuktikan sebaik mana pun yg cuba kita lakukan.....ada pihak-pihak lain yg masih merasakan kita tak baik dan mereka boleh lakukan yg lebih baik.....inilah fitrah manusia....

Eallahu'alam.

Wallahu'alam.

CUPING MERAH said...

klau dia orang betul2 ikhlas nk berjuang tak perlu banyak parti..ni yang ada kira dah cukup

1)pas-orang islam bleh masuk.
2)pkr-semua bangsa bleh masuk.
3)dap-semua bangsa bleh masuk.

nak apa lagi semua bleh join,
tubuh banyak parti ni buat pening kepala kerajaan pr je..

nnti ada pulak babi merajuk la,gedebak merajuk la dah nk kena pujuk..

Penganalisis said...

Senang sj jawabannya. Golongan India sedang cuba memperkuatkan kedudukan politik mereka di Malaysia. Melalui parti baru yg ditubuhkan mereka akan minta quota ADUN dan Ahli Parlimen.Bermakna dlm BN,PKR dan DAP quota mereka akan bertambah dgn adanya parti baru. Melalui Parti Sosialis Malaysia (PSM) mereka berjaya mendptkan 4 kerusi ADUN di Selangor dan Perak melalui PKR.Dlm hal ini sapa yg bodoh.Jawabnya org Melayu sebab berpecah dan bertelagah sesama sendiri. India ada 9 kerusi di Parlimen tapi bercakap seolah2 merekalah majoriti yg menguasai parlimen.PKR sekarang didominasi oleh kaum India.Tak percaya, selidikilah keahliannya yg cuba disembunyikan oleh pimpinan tertinggi PKR...

Menulis biarlah berfakta.Mengata biarlah berfakta supaya negara ini tidak akan menjadi spt Bombay sebgmn berada di SUK Selangor yg seolah2 berada di Mumbai.Penuh dgn India yg pakai baju PKR lepas tu berlagak seolah2 SUK iTu mak bapak dia yg punya!

Gunakan hati gunakan akal. Selidik dan buat petimbangan. Jgn gadaikan maruah negara demi kepentingan politik semata!