"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 19, 2009

N-41 Manek Urai: BN Akan Tunai Janji-Janji PRK..!

Pertama kali dalam sejarah Pilihanraya Kecil dimana Barisan Nasiyonal melalui Timbalan Presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan menunaikan janji-janji yang telah ditaburkan oleh mereka didalam kempen Pilihanraya Kecil N-41 terutamanya berkenaan dengan pembinaan Jambatan 2 Lorong menggantikan Jambatan 1 Lorong yang menghubungkan Kampung Manek Urai Lama dan Manek Urai baru.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan petang tadi oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Eloklah kalau macam tu, tapi harap-harapnya kalau dah mula projek tu, janganlah sekerat-sekerat jalan, kalau dah mula, tolong siapkan macam yang dijanjikan... bab harga pun biarlah menasabah, jangan mahal sangat dan jangan murah sangat.

Kalau mahal sangat, akan jadi isu, maklumlah dibawah negeri Pakatan Rakyat, kalau murah sangat, takut pulak jambatan tak sampai setahun dah runtuh... rakyat Kelantan lebih-lebih lagi rakyat Manek Urai Lama dan Baru tak perlukan 1 lagi projek ala-ala Stadium Terengganu.

Lagi 1 nak peringatkan UMNO/BN, sebelum mula Projek Jambatan 2 Lorong yang bakal menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru, elok siapkan dulu projek yang Menteri Pertahanan rasmikan dulu awal bulan tempohari dan kalau boleh, janganlah diserahkan projek tu pada Dato' Ramzi, nanti jadi macam Jambatan Kandek dan Biak di Dabong.

Yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan... cukuplah projek memperbodohkan rakyat 1Malaysia.

11 comments:

Anonymous said...

Jangan lupa pulak janji di Kuala trenganu,Bukit Selambau,Bukit gantang,Permatang Pauh.....kene la tunaikan....maklumlah duit banyak

aku PAS said...

masyukkk....tu....lps ni siapla rakyat jelata...mcm2 benda akan naik harga plak...jgn mudah terpedaya dgn apa yg tersurat, kena check apa yg tersirat...

lg satu, sape2 pun blh buat janji tp persoalannya, bila nak start? bl nak siap? brp kos? janji yg lama pun blm tertunai, ni janji lg...

dr dlu itula kerja umno, janji..janji..janji...tp apa pun tarak...tak abis2 prangai tipu rakyat!!!

Lin said...

SALAM BUAT SAUDARA TP

MALAS NAK CAKAP PASAL POLITIK...

HEI YOU TAK TENGOK KE GAMBAR PAK NAJIB DAN ROSMAH SEDANG BERTAWAF... ALHAMDULLILLAH MELIHAT MEREKA BERTAWAF DI BAITULLAH..

SEMOGA ALLAH MEMBERI TAUFIK DAN HIDAYAT KEPADA MEREKA DAN TERMASUK MEREKA YANG MENFITNAH BELIAU SELAMA INI...

SEBAB MENFITNAH SESAMA MANUSIA HUKUM DIA BERAT DAN MAKAN DAGING MANUSIA BUSUK BEB...

ALHAMDULLILLAH LIHAT MEREKA MENDEKATI DIRI KPD ALLAH...

HIDAYAH DAN SYURGA ADALAH MILIK ALLAH BUKAN MILIK PARA PENGKRITIK POLITIK JALANAN YANG TAK TENTU TEMPAT MEREKA DALAM SYURGA SEBAB BANYAK SANGAT MENCERCA DAN FITNAH ORANG KAN TP..

SAYA TAK KATA TP SEBAB TP ORANGNYA BAIK...

SALAM SELAMAT PAGI

MAAF KERANA MEMBUAT BLOG TP RANCAK MENGUTUK SAYA DAN BRO ZALI

Mr Joker said...

TuNGOKlangit - soalan aku tu bila kau nak jawab..?

Apa hukumnya..?
A - berdosa
B - tak berdosa

Bila kau nak jawab..?

Sayanik said...

TuNgoK langit..

Harap lepas ni pemimpin hang tu berubahlah sebab dah dikurniakan hidayah.

Bolehlah pakai tudung kengkap2..jangan kasi berjambul macam burung.

bodik said...

sekejap aje tu bila ada d mekah. blk msia terkeluor le jambul woody wood packer. tungaklangit pun bangang x reti nak bezakan berdosa dgn x berdosa. itu sb dia x berani nak bg jawapan.

Bagus said...

Komen Encik Tungak "SEMOGA ALLAH MEMBERI TAUFIK DAN HIDAYAT KEPADA MEREKA DAN TERMASUK MEREKA YANG MENFITNAH BELIAU SELAMA INI...", disini saya tambah "Semoga selepas balik dari tawaf nanti Datin istiqamah meneruskan pemakaian tudung seperti yang tertera dalam gambar itu", satu lagi kenapa Encik Tungak suka menggunakan "Capital Letter" sehingga terserlah bahawa Encik ni orangnya terlalu emosional.

yangon said...

rosmah balik mas nanti ilangla tudung dia....

najib pun luluskan lg lesen2 judi...

مَعهَدين الُمعلمْ said...

HAHAHA...
KALAU NK KIRA TAWAF MASYARAKAT KAFIR ARAB JAHILIYAH PUN TAWAF KAT MEKAH..
DORG PUN KERJAKAN HAJI JUGAK..
JANGAN HAJI NAJIB SAMA NGAN HAJI ABU JAHAL SUDAH LER..
TAPI KLAU NAK KIRA DARI SEGI PERANGAI MEMANG NAK SAMA DAH

SAMA2 JAHAT DAN BACUL..
HAHA

Anonymous said...

Baru sekali PM dia pegi umrah dah canang setiap tv dan blog pencacai umno ni..yang pimpinan Pas dah berpuluh kali pegi haji dan umrah takde kecoh pun..
Dengar kata menteri pertahanan ada sekali kat lubnan berjumpa dengan Pm israel laknat..takde dok cerita pun..

Combi said...

er...Najib dah pi buat Haji dan Umrah tapi si Anwar memang tak pernah pergi kan kan? Kenapa? Lu tanyalah dia bro!!!!

Sah memang Nuar tak pernah pergi pun buat umrah dan haji!