"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 24, 2009

PDRM: Sekarang Baru Saya Faham...

  • Seorang pemimpin mahasiswa Universiti Malaya, yang disiasat kes contengan "bini puaka" dan cubaan membakar di sebuah dewan kampus itu, ditanya berhubung punca kematian Teoh Beng Hock.
  • Shazni Munir Mohd Ithnin, dalam aduannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pagi ini, berkata beliau juga disoal berhubung perhimpunan besar-besaran membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos ini.
  • Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, yang ditahan reman selama tiga hari sejak 17 Julai lalu, juga diminta mengulas gagasan "1Malaysia" yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sekarang baru la aku faham kenapa banyak sangat kes-kes rasuah, jenayah, rogol, bunuh, laporan-laporan yang dibuat oleh banyak pihak tak dapat diselesaikan oleh pihak PFRM sampai ke hari ni...

Sekarang baru la aku faham...

Rupa-rupanya ada antara penyiasat-penyiasat PDRM yang sakit jiwa atau lebih tepat lagi gila... mungkin juga ada yang berpenyakit gila babi...

Manakan tidak... siasat kes vandalisme, tapi soalan yang ditanya ialah soalan untuk kes kematian misteri... patutlah sampai ke hari ni PDRM tak dapat selesaikan kes bunuh Norita... patutlah sampai hari PDRM tak dapat selesaikan kes pembunuhan adik Sharlinie... patutlah sampai hari PDRM tak dapat selesaikan kes-kes yang lain-lain...

Rupa-rupanya... panggil suspek atau saksi kebalai polis... lepas tu soal benda lain...

Sketsa untuk PDRM (penjawat yang berkenaan sahaja)...

Pegawai Penyiasat PDRM - Anda dipanggil kebalai hari ini sebagai suspek untuk 1 membantu siasatan kes pembunuhan itik Pak Mat. anda faham tuduhan keatas anda..?

Suspek - Faham tuan...

Pegawai Penyiasat PDRM - Soalan pertama yang perlu anda jawab ialah, kenapa Zahid Hamidi berjumpa dengan Ehud Barak tempohari..?

Suspek - Errr... tuan... saya suspek kes bunuh itik Pak Mat, soalan tuan...

Pegawai Penyiasat PDRM -Diam..! jawab soalan yang saya tanya dan jangan banyak soal..! apa kaitan kamu dengan ladang kopi di Indonesia..?

Suspek - Maaf tuan, saya...

Pegawai Penyiasat PDRM - Saya cakap jawab soalan saya..! apa sebab Che Det keluar dari UMNO..?

Suspek - saya tak terlibat tuan...

Pegawai Penyiasat PDRM -Aku tanya siapa bunuh itik Pak Mat..! kau paham ke tidak soalan aku tadi..? (sambil menyelak baju menunjukkan pesetolnya dipinggang)...

Suspek - Tuan...

Pegawai Penyiasat PDRM -Siapa runtuhkan Stadium Terengganu..? jawab soalan aku kalau kau nak selamat..!

Suspek - Saya tak... gedebab, gedebub, gedebab, gedebub, aaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

*Skrip seterusnya tidak dapat dipaparkan kerana recorder rosak teruk setelah suspek "jatuh"...

10 comments:

Anonymous said...

posting TERBAIK setakat ni

-UNCONNOR-

kembara putih said...

Pegawai Penyiasat PDRM - Kenapa anak aku sekolah tak pandai, terlibat dengan masalah sosial, hari tu kena tangkap kes curi motor, nasib baik kawan aku lepaskan, kenapa?

Suspek - Err mungkin masalah genetik kot..

Anonymous said...

patutla budak tu kena 3 malam....keh.keh.keh


i'm no king

selamatkanumno said...

POLIS PUKUL ORG.

Kes ini aku tidak tahu la berlaku kat mana.
Tapi yang pasti Malaysia(semenanjung aku rasa)
Video ini menunjukkan seorang lelaki dipukul oleh beberapa orang polis disebabkan kesalahan mencabul bini orang.Perkara ini aku tahu melalui percakapan dalam video tersebut.

Dahulu pernah jadi isu, kejam dan teruk sangat polis di Malaysia sebab memukul orang tersebut.
Tetapi bagi aku, secara peribadinya, aku rasa ok sahaja.
Memang patut dia dipukul pun.
Kalau di tempat awam pun kena pukul.
Kalau aku berada ditempat awam pun, aku join pukul je..ha3.
tapi bila polis pukul, dikatakan kejam pula.

Itulah, siapa suruh cabul bini orang.
tapi yang ni ok lagi, sebab dipukul.
Nanti aku akan post(tengok masa yang sesuai), hukuman yang dikenakan dinegara² lain, aku ada 3 video yang menunjukkan pesalahnya ditembak dan dibakar kerana merogol(ini kes berat sikit ni.:)

Kita tengok yang kat Malaysia dulu la ye:)

ni baru pukul sebab kaco bini org, kalu sebab kaco 'B'iNi 'N'ajib..hahaha 1Malaysia tau.........

http://www.mediafire.com/download.php?mylzojujxtz

Mohd Kamal Adzrin said...

Polis sedang mencari kambing hitam untuk pembunuh Teoh.. Sbb tu dia tanya soalan tu.... Berhati2lah.polis sedang mencari kambing yg hilang...hahaha

Anonymous said...

Betul ke. Saya pernah disoal siasat oleh bahagian jenayah komersial Bt. Aman selama 8 jam. Pengawai penyiasat bertugas berpangkat Supritendant (Supt.) Kira besarlah pangkatnya. Siap bagi kertas bertulis utk ambil kenyataan dan direkodkan dlm komputer. Semua percakapan direkodkan dlm recorder. Soalan-soalan semuanya berkisar pada kes tersebut dan yg berkaitan dgnnya. Tiada merapu. Memang pegawai tersebut garang, bengis dan tegas..mengherdik dan menengking adalah perkara biasa dlm bilik soal siasat. Memang stress dan takut. Menggeletar seluruh badah. Tapi alhamdulillah boleh jawab semua soalan dlm bilik interogasi. Sbb apa, kita tidak bersalah! tiada paksaan, tiada penyiksaan. Tiada bedebuk bedebak. Kes lain saya tak tahu lah..Bukan nak bela polis. Saya pun memang menyampah dgn polis nih..lebih menyampah selepas peristiwa tersebut!

So, brother yg berkopiah putih tu betul ke apa dia cakap!!!

Mr Joker said...

Anon 10:27 PM - kalau kau nak tau betul ke tidak apa yang brader kopiah putih tu cakap, kau cari mana-mana dinding, pas tu kau conteng - "ROSMAH PEREMPUAN PUAKA".

Masa kau conteng tu kau pastikan ada saksi tengok kau buat dari jauh.

Lepas tu bila polis soal siasat, kau jangan terus menngaku.

Keluar nanti kau cerita dekat kami pengalaman kau.

Amacam..?

Anonymous said...

Bro TP,

Saya dah rasa dah siksanya. Bro TP boleh cuba rasa dan kalau mahu kita buat sama-samalah. Panggil bloggers lain sbg saksi. Lepas keluar dari kandang polis nanti kita ceritakan bersama-sama..

Mr Joker said...

Kenyataan kau "Saya dah rasa dah siksanya" cukup untuk jelaskan apa yang brader kopiah putih tu rasakan.

Lain kes, lain caranya.

Ada akal, pakai...

Anonymous said...

Bro TP,
Tuhan dah kurniakan akal. So, dah pakai akal la bro. Kalau tak pakai akal tak lepas..dlm hal lain pun sama jugak, kena pakai akal supaya apa-apa perbuatan dan tindakan dibuat secara rasional.