"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 24, 2009

Sebat: Kenyataan Dr Lo'Lo'

Artikel The Malaysian Insider bertarikh 23 julai 2009 dengan tajuk-tajuk berikut 'Outrage Over Caning For Model' dan 'Syariah Lawyers Association Regrets Shahrizat's Statement On Whipping Of Model" adalah dirujuk.

Di dalam kedua-dua artikel tersebut ada menyiarkan seperti berikut :
  • Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt.
  • Shahrizat said she was shocked by the Syariah Court decision and called for a fair and just punishment. Meanwhile, Dr Lo'lo was surprised that whipping of women was sanctioned by the Malaysian syariah law adding punishment should be educational, and not to cause hurt.
Petang semalam saya telah dihubungi oleh wartawan meminta saya memberi sedikit komen berkaitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang model sambilan atas kesalahn meminum arak.

Saya telah memberikan komen saya dengan sucihati megikut pengetahuan saya berkaitan hukuman dan realiti masyarakat Malaysia. Malangnya terdapat pihak-pihak yang melihat kenyataan di akhbar dari konteks yang lain.

Pertama, saya terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan ke atas model tersebut. Memang saya terkejut kerana ada juga Mahkamah Syariah di Malaysia yang berupaya menghukum pesalah dengan hukuman sebegitu walaupun peruntukkan tersebut telah lama ada.

Tetapi baru sekarang hukuman sebegitu dijatuhkan bagi pesalah kesalahan tersebut. Saya amat bersetuju dengan hukuman tersebut kerana sekurang-kurangnya hukuman tersebut begitu hampir dengan hukuman Hudud.

Di dalam Hudud, hukuman bagi pesalah minum arak adalah 40 kali sebatan malah ada ulamak yang mengatakan sehingga 80 kali sebatan. Sebelum ini tiada Mahkamah yang menjatuhkan hukuman sebegitu walau pun Mahkamah Syariah sepatutnya menghukum mengikut hukaman Allah tetapi di Malaysia ini hukuman yang dikenakan tidak seperti yang ditetapkan Allah dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Apabila Mahkamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas model tersebut, ini membuatkan saya terkejut.

Bukan terkejut kerana hukuman tetapi terkejut kerana keberanian Hakim Mahkamah Syariah tersebut. Syabas kepada beliau.

Kedua, saya mengatakan sebarang bentuk hukuman yang dikenakan samada denda, sebatan atau penjara, semuanya hendaklah dalam bentuk untuk memberi pengajaran kepada pesalah, bukannya untuk mendera atau menyebabkan kecederaan kepada pesalah.

Hukuman di dalam Islam adalah untuk memberikan pengajaran kepada pesalah dan khalayak supaya menginsafi perbuatan itu.

Di dalam kes ini, saya berpendapat masyarakat umumnya masih tidak memahami kaedah bagaimana sebatan ke atas pesalah dilakukan.

Adakah ianya dilakukan sama seperti pesalah-pesalah jenayah lain di dalam undang-undang jenayah sivil. Masyarakat umum mengetahui bagaimana hukuman sebat dilakukan ke atas pesalah jenayah sivil seperti di dalam kes pengedaran dadah, merogol, meliwat dan sebagainya.

Adakah hukuman sebat di Mahkamah Syariah dilakukan dengan kaedah yang sama? Inilah kebimbangan yang saya sebutkan kepada wartawan tersebut bimbang hukuman sebat ini dianggap sebagai hukuman Mahkamah Sivil sehingga memberi tanggapan buruk kepada Mahkamah Syariah, lebih-lebih lagi yang dihukum seorang wanita.

Ini yang perlu diperjelaskan. Inilah maksud saya bila saya mengatakan hukuman sepatutnya untuk tujuan pengajaran, bukan untuk mendatangkan kecederaan.

Saya merujuk kepada Titiwangsa MP Lo'lo Mohd Ghazali, who is also head of the women's wing of the opposition PAS, said that punishment should educate and not cause hurt. Artikel ini dengan jelas tidak tepat kerana saya bukan

Ketua Muslimat PAS seperti yang didakwa. Justeru saya mengharapkan agar tiada pihak yang sewenang-wenangnya mempercayai sebarang tulisan di akhbar sebelum mendapat maklumat secukupnya.

Saya kira sudah sampai masanya pihak berkuasa di Malaysia iaitu Umno/BN 'merotan' Pengurus MAS yang menyebabkan semua mereka yang berada dalam satu-satu penerbangan terlibat secara langsung dengan arak, iaitu dari pramugara/i yang hidang arak sehinggalah pilot yang mengemudi kapal terbang tersebut.

Begitu juga perlu 'disebat' pihak yang terbabit berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak di hotel-hotel, 7- Eleven, pasaraya-pasaraya dan pekerja-pekerja Islam di kilang Carlberg.

Akhir sekali, SYABAS KEPADA MAHKAMAH SYARIAH KUANTAN dan Syukur Alhamdulillah kepada Puan Kartika Sari Dewi Shukarnor yang telah menginsafi perbuatan tersebut.

Moga Allah menerima taubat hambaNya yang menyesali kesalahan. DI SINI SAYA LONTARKAN PERSOALAN INI KEPADA SEMUA ORANG ISLAM DI MALAYSIA, SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA DISEBAT DALAM ISU ARAK DI MALAYSIA?

Sumber - Blog Dr Lo'Lo'

9 comments:

Muslimah said...

Adoi...apa macam dgn kedai2 arak di Selangor dan kedah juga Kelantan.Selangor selepas pemerintahan PR tak ada pun malahan rumah urut makin meningkat sebanyak 7,000 berbanding semasa BN hanya 4,000...apa citer?

Syabas pd mahkamah syariah Pahang.Teruskan!

Anonymous said...

mana sumber ko.....mana fkta yang ko amik...sila nyatakan sumber....jgn main tulis aje....yang selalu bagi point tanpa bukti dan sumber soheh ni banyak org UMNgOk je....memang perangai pencacai betul....tulis merapu tanpa bukti...podah muslimah pejadahnye....ni mesti SIS ni

Anonymous said...

muslimah murtad namanya@puteri umno x pun mak cik tudung merah.

Budak Kota Damansara said...

Aku sokong Muslimah...korang pegilah check woi...kat area rumah aku di Kota Damansara tu pejabat Khidmat Wakil Rakyat PSM PKR, Dr.Nasir dikelilingi rumah urut.Tak percaya datanglah....Gitu juga pusat khidmat wakil rakyat Ronnie Liu al-Babi! Nak fakta apa lagi dah memang sahih!

Korang ni org kampung yg baru duduk kat bandar atau memang duduk kampung tak tengok persekitaran ke! Memang korang katak bawah tempurung sebab tu bodoh sangat mudah percaya dgn cakap2 kencing si jubur tu!

Nur said...

Artikel ini saya petik dari Mingguan Malaysia, 19 Julai 2009. Saya sebelum ini cukup konsisten dengan tulisan-tulisan saya tentang moral, etika dan integriti dalam politik. Saya memilih untuk tidak menyertai mana-mana parti politik kerana perjuangan saya untuk melihat politik yang lebih bermoral, bersih dan berakhlak.

Saya menegur, mengkritik dan menghentam UMNO. Saya juga menegur, mengkritik dan menghentam PAS. Kedua-dua parti itu adalah parti yang ditunjangi orang Melayu yang beragama Islam. PAS, lebih-lebih lagi apabila ia memakai nama Islam.

Justeru, saya sangat ingin melihat Islam itu tercermin daripada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti tersebut, namun saya hampa. Semalam Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis membuat "teguran" yang senada dengan aspirasi saya itu. Saya perturunkan semula teguran yang disiarkan Mingguan Malaysia itu di sini.

Oleh kerana nama Islam disebut dalam nama Pas, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka.

Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain. Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat.

Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan 'orang lain' lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga? Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya 'jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki"!!

Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina. Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu 'Kerajaan Perpaduan'.

Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan Pas, tapi saya memberi teguran sebagai seorang Muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga.

Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis.

HaHs said...

Apalah ko citer ni Muslimah SIS dan BKD!
Aku dah pantau kes ni dari dulu. Rumah urut kat Selangor ni mcm cendawan tumbuh sejak thn 2000 lagi da! ko x tengok 360 ke edisi siasat? Ke ko dah terbang oversea x balik2, baru tiba malaysia tahun ni. Ke dulu ko kelabu mata pasal ada masyuk? Ko ada check ke kawasan majlis kat klang dan area damansara, berapa kelulusan dibenarkan tahun lepas dan tahun ni? Agaknya, sebelum diorg buat pejabat wakil rakyat kat situ lagi rumah urut tu dah wujud bertahun2 lamanya.
Kalo ko banyak bunyi, tuduh macam2! pilah buat repot kat SPRM tu, mungkin ada penyalahgunaan kuasa, perlanggaran akta atau rasuah yg menyebabkan tempat2 seperti tu banyak. Cek masa zaman sapa yg banyak luluskan! mintak statistik sekali ok.
Tapi kalo pusat judi dan nombor ekor tu aku tau sbb apa! Kalo kau nak tau, PM Altantuya 1 Malaysia ko tu dah lulus lebih 10 lesen judi dan ekor tahun ni yg boleh beroperasi diseluruh malaysia agar dapat memberi khidmat menjadi kaya ekspres kepada rakyat terutama org umno yg memang suka main judi. Itu fakta!
Aku x marahpun dr maza nak tegur! kalo ikhlas utk kebaikan xpe, apa salahnya. X berkudispun. Nik Aziz tu bila dia tegur dan kritik, mcm2 org umno kutuk dia. Rilek je. Org Pas tegur pemimpin diorg utk kebaikan, takde pun pemimpin mengamuk dan mereka sanggup terima teguran dan kritikan tersebut dan membaiki diri. Bkn mcm PM 1 M, Altantuya pun x bagi sebut, kena komen C pun sampai buang kerja org!

Bkn ke sebab sengaja tegur Pas lps dia jumpa Muhyiddin baru2 ni. Kalo gitu, itu tegur atas tekanan / kepentingan politik. Apa2pun, tuhan tau niat beliau! Dia ulama', nak cakap apa dia berhak, sama macam org lain yg x puas ati dgn statement beliau. diorg nak tegur apapun hak diorg gak. Takkan kita tegur hal org boleh, lepas tu kita marah dan takut org tegur kita plak. Itu UMNgok namanya!

Anonymous said...

wahaha..kan dah kene..bodoh punya umngok!!org yang patut kene sebat 80 kali ni dah tentu si puaka2 umngok sebab diorang yang bagi lesen jual arak..siap ada kilang arak terbesar di asia tenggara lagi..sebat skali ngan pengikut sebab sokong puak2 haramjadah umngok tu..tunggu la korang bila dah mati nanti..skang tak rasa la..dah mati nanti baru tau langit tinggi rendah..bukan mcm tunggak langit yang rendah iq tu..

zambri ghandi said...

sebab tu la komen muslimah SIS tu memang sampah dan tak boleh pakai....ala patern komen pencacai UMNgOk kat sini dah boleh kenal dah....menyamar la macam mana pon... memang tau punye pencacai...

1)biasanya komen pencacai UMNgOk bersifat provok tapi takde disertakan bukti dan sumber fakta itu diperolehi...bila tanya mana bukti...terus hilang tak jawap...
cth
Aku (yang selalu jatuh kopiah)
Pas Cheras (menyamar org PAS)
Muslimah (muslimah SIS)
Anonymous.

2) komen penuh dengan maki hamun, maki ulamak, selalu guna perkataan aljuburi,DAP kominis DLL
cth
Joostring
Anak Lenggong

3) bagi komen tapi komen komen yang bersifat bodoh tahap gampang
sampai buat orang terpikir 'apasal la ada manusia yang macam ni punya bodoh bole idup zaman sekarang'
cth
Zali
Jeffery
Tok Batin (apa tah nama dia ni tak ingat pulak)

4) Komen yng bersifat macam islamik dan macam alim tapi isi hamapeh...konon nak bagi nasihat la hapa la,bila ajak berhujah tanya lain jawab lain...otak belit bab agama macam astora jabat.
cth
tunggak langit

Mr Joker said...

zambri ghandi - pembetulan "TuNGOKlangit" bukan "tunggak langit".

mekasih...