Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hukuman sebat yang dijatuhkan kepada model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, perlu dilaksanakan walaupun negara berhadapan kecaman dunia luar. :
Nik Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak perlu tunduk kepada dunia luar sebaliknya perlu patuh kepada ajaran Islam.
“Dunia luar ini dunia Yahudi. Kita mesti tunduk kepada agama bukan kepada dunia luar. Buat apa kita duk sibuk dengan dunia luar. Mereka ini kalau kita tak minum arak pun mereka kata kita tak pandai nak berkawan.
“Bagi mereka yang pandai berkawan ini minum arak, dadah. Kalau boleh bawa perempuan berseronok itu baru dunia luar seronok tapi hati perut kita sebagai hamba Allah takkan kita nak takut kepada dunia luar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim.
Beliau berkata, kita perlu beritahu dunia luar cara yang betul dan bukan dengan cara mengikut kehendak mereka.
“Sebab itu dua tiga hari baru ini saya buat kenyataan keluar dalam Sinar Harian bermakna kita perlu cuba bebaskan diri daripada menjadi pak turut Eropah.
“Cuba ajar diri jadi pak turut Nabi Muhamad SAW. Kalau kita tanya dunia luar bukan mereka setuju, pedulikan mereka. Hak dia (barat) nak kata, biar dia kata. Tapi kewajipan orang Islam ni kena jawab.
“Kita tak boleh sekat mulut orang tapi kita jawab. Mana boleh kita nak ikut orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman yang dibuat negara luar dan media asing ekoran hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan minum arak di khalayak ramai.
Beliau berkata, hukuman sebat di dalam Islam bukan empat atau lima sebatan sebaliknya hukumannya 80 rotan.
“Dan rotan dalam Islam ni rotan bukan untuk suruh sakit tapi untuk malu. Hudud ni Kelantan dah buat. Kami berbincang dengan ramai tokoh termasuk Ketua Hakim sekarang.
“Kami dah buat dah draf dan lulus kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat (dulu) kata kalau buat juga benda ini akan diambil tindakan,” katanya.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, tetapi sekiranya pembangkang (Pakatan Rakyat) menguasai tampuk pemerintahan ia akan dilaksanakan.
“Bila kita yang sekarang ini dipanggil pembangkang menguasai Kuala Lumpur pandai la kita buat. Dia (Kerajaan Pusat) nak kata apa dah.
“Usaha akan terus dilakukan sehingga kiamat. Kalau DAP tak nak terima kita akan tanya di mana tidak kena dan sekiranya dia boleh beritahu di mana saya akan terima,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, apa yang menjadi masalah sekarang bukan DAP tetapi orang Islam sendiri.
Sumber dari SINAR HARIAN 11/09/2009
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.
Berapa nak bagi rotan pd anaknya Mirzan dan bapanya Mahathir?
UMNO takut yahudi taknak berkawan dgn dia lagi kalau melaksanakan hukum islam.Tak bleh nampak islam sangat.Bini pemimpin pun tak bleh nampak muslimah sangat nanti negara barat menjauhkan diri.Kita banyak bergantung kepada barat maa..undang2 pun pakai dia punya.
So, DAP punya orang masuk syurga? APa punya komen. Guna tok guru lain lagi bagus.
org dap xtentu masuk syurga,tapi bangsat2 umno 100% sure masuk neraka.
Tok Guru murujib ko kan ada Dino..kenapa tak ikut ajaran dia.Sokong umno tapi dok ikut kata tok guru buat apa..tak sokong tak payahlah ikut.Pegi ikut fatwa najib nun,masuk syurg bom orang.
Umno takut kat dunia luar sebab umno itu sendiri yahudi. 1Malaysia=1Israel.
Kalau tidak Yahudi takkan mengaku bahawa mat monggol tu pemimpin yahudi Malaysia.
Melepaslah komisyen kapal selam yang baru nak di beli.
Mat monggol takut Yahudi dan takut bini, tapi kat Yang maha esa langsung dia tak takut, sebab dia dah jadi Tuhan.
Di malaysia pemimpin kita ni pijak semut pn xmati.luar malaysia mcm2 bisnes haram diorg buat.UMNO bila nk bayaq hutang berjuta2 untuk kos pilihanraya lepas???duit kami tu.
Abang Dino...
pada pendapat saya Abang Dino ni golongan terpelajar. dan golongan terpelajar mesti boleh bezakan mana betul & salah... tapi kalau ada golongan terpelajar tersebut masih tak dapat nak bezakan mana betul & salah itu namanya golongan ter'kurang ajar'... golongan ni cerdik sikit dari species Zali & Sasau yang mana kedua2 tersebut di buat bidalan oleh sekumpulan lembu... " ko ni lembu bodoh betul macam Zalik & Sasau! lembu kat kandang lebih cerdik dari Dino!"
"tinggal sikit dedak tu kat 3 ekoq lembu tuh!"
Alhamdulillah.. TGNA Mursidul AM PAS,dah beri pangakuan apabila Pembangkang@Pakatan Rakyat dah menguasai Kuala Lumpur 'HUKUM HUDUD' akan digunapakai kat Malaysia agak2nye selepas PRU13.
Pada masa tu.. Peliwat akan disulah@disumbat juboq mereka menggunakan buluh runsing sehingga mampui dikhalayak ramai,penzina akan direjam sampai mampui,pencuri@perompak akan dipotong tangan,pembunuh akan dipancung kepala sampai mampui,perasuah akan ditarik lidah & dicabut gigi mereka tanpa pelali menggunkan jengkrung,tak pakai tudung akan dicukur rambut dan diluka2kan kulit kepala lepas tu bubuh garam jemur dik terik matahari sampai separuh mampui ..Eeee azabnya.....
tak seberapa azabnya tu.. bang, akak.. azab Tuhan lagi.. sangat menggerunkan..
'HUKUM HUDUD' memang sesuai dilaksanakan bagi Umat Islam/Melayu Malaysia untuk mendisiplin kan mereka agar sentiasa mematuhi ajaran Islam sebenar
Dan pada masa tu BAR Counsel,SIS,SUHAKAM dan NGO-NGO yang menyesatkan jangan nak katakan 'HUKUM HUDUD' zalim,tak ada perikamanusiaan,ekstreme dan sebagainya your all duk kat tepi,itu hanyalah belas ihsan TGNA nak mempastikan Melayu Islam Malaysia masuk syurga..
btl tu...PA for all. teruskan usaha hudud
Kalau tak tahu dan faham HUKUM ALLAh jangan mempersendakan atau perlekehkan... Hukum ALLAH Maha Adil dan Saksama...Kalau tak percaya Al Quran..jangan mengaku Islam...
Puak2 UmNgok nie Islam keturunan...tapi pemahaman Islam...hampeh!!!!
Assalamualaikum,
Tahukah anda selama ini apa itu neraka dan kepada siapa neraka itu disediakan?
Ini merupakan susunan saya sendiri yang diambil dari Tazkirah Tarawih semalamdu Surau Bukit Mulia dan ianya dari Hadis yang Sahih. Rajin2 lah mengambil tahu tentang KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN kita terhadap Islam. Rugi kalau kita abaikan.
Kurang yakin atau percaya menghampirkan kita kepada kufur. Na'uzubillah hi min zalik.
Kepanasan Api Neraka
Api neraka dipanaskan oleh Malaikat selama 3000 tahun. Iaitu:
Setelah selesai pembakaran 1000 tahun yang pertama, warna api neraka MERAH menyala.
Setelah selesai pembakaran 1000 tahun yang kedua, warna api neraka bertukar menjadi PUTIH.
Setelah selesai pembakaran 1000 tahun yang ketiga, warna api neraka bertukar menjadi HITAM.
Kepanasan api neraka, jika sepercik iaitu sebesar lubang jarum jika jatuh kedunia pasti bumi akan menjadi abu dek kerana kepanasan api neraka itu.
Bagaimanakah keadaan didalam neraka yang begitu panas itu?
Neraka itu mempunyai 70,000 lembah.
Setiap satu lembah, mempunyai 70,000 lorong,
Setiap satu lorang, mempunyai 70,000 buah rumah besar.
Setiap buah rumah besar, mempunyai 70,000 buah rumah kecil.
Setiap buah rumah kecil, mempunyai 70,000 buah perigi buta.
Setiap satu perigi buta, mempunyai 70,000 ekor ular besar.
Dan seekor ular besar, mempunyai 70,000 sengat.
Bayangkan keadaan didalam neraka yang panas dan sengatan ular berbisa itu.
Susah sebenarnya untuk kita masuk kedalam neraka. Kecuali orang yang lupa atau kufur dengan Allah. Apa yang dimaksudkan dengan kufur itu?
Kufur disini bukan sahaja "kufur nekmat" tetapi banyak yg menjadukan kita seorang yang kufur.
Contoh yang senang, tidak sembahyang atau lalai ketika sembahyang.
Lagi mudah jika kita katakan kufur itu ialah bilamasa kita mengabaikan suruhan Allah yang terkandung didalam al-Quran dan yang diperincikan oleh Rasulullah dalam as-Sunnah.
Ilmu Allah merupakan saham akhirat yang mana pemegangnya tidak akan rugi malah keuntungan berlipat kali ganda jika dikongsi bersama.
PERNAHKAH ANDA TERFIKIR
DENGAN HANYA MENGINGATI ALLAH DAN TAAT KEPADA PERINTAHNYA
JAMINAN SYURGA ITU SATU KEPASTIAN
Jangan sampai apa yang dikatakan rezeki atau DUIT a.k.a HARTA menjadi penghalang antara urusan kita dengan Rabbul 'alamin.
Ya Allah ya Tuhan kami,
Jauhilah kami dari nerakamu,
Jauhilah kami dari nerakamu,
Jauhilah kami dari nerakamu,
Ya Allah ya Tuhan kami,
Masukkanlah kami ke dalam Syurgamu,
Masukkanlah kami ke dalam Syurgamu,
Masukkanlah kami ke dalam Syurgamu.
Amin.
Tak percaya dengan saya, silalah rujuk kepada alim ulama yang arif dengan ilmu hadis.
Wassalam.
jap-jap nak tanya apsal nak tunggu dapat KL, baru boleh buat hudud???
aku rasa PAS dah cukup kuat skrang...
ada Kelantan, Kedah, Selangor, P.Pinang, Perak.... ops that is history.. tolak tepi dulu...
apa kata laksanakan hukum Hudud skarang jugak... pedulikan apa DAP nak kata....
Takbir!!!
TGNA aku setuju pada NaNbN Pas mesti keluar dari pakatan rakyat@PR kalau nak tegakkan perjuangan dan membetul akidah umat Islam seterusnya mengimplametasikan hukum Hudud
Berani kerna benar takut kerna salah,apa nak takut!? berjuang secara sendirian Allah kan ada kalau perjuangan itu benar-benar kejalan dan kerana Allah SWT,kalau Pas masih didalam PR perjuangan itu tak kemana sebab dalam PR pun banyak penghalang untuk Pas meyebarkan syiar Islam
PR seperti BN jua.. ramai berfahaman Sekular,Sosialis,Nasionalis dan takkurang juga berfahaman Komunis..
InsyaAllah PAS akan lebih berjaya sekiranya berjuang bersendirian dengan Perjuangan sebenar memperjuangkan agama Allah dan sunnah Rasulullah SAW dalam agama Islam
Aceh dah nak laksanakan Hudud dah nie....
macam mana nie??? diaorg tak tunggu dapat Jakarta pun...
tak rasa tercabar ke???
ayoyo maca.semua worang mahu cakap pasal itu hudud ka.kalu kamu worang tarak ilmu pasal hudud diam duduk lagi baik.itu hudud allah punya bukan itu pas punya.itu hudud,kisas sama ta'zir musti mahu beajar dulu baru ada cakap sama hukum.apa ini worang.
Post a Comment