"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 19, 2009

Layan Rumah Terbuka... Gambar-Gambar...

Kelmarin aku dapat 11 undangan rumah terbuka termasuk undangan ke Sua Rasa di Stadium Melawati Shah Alam, tapi sebab tak nak meletihkan badan, aku cuma pergi 2 majlis je... tengahari aku ke Rumah terbuka Ahli Parlimen Teluk Kemang, Dato' Kamarul di Kelana Jaya.

Masa aku sampai DSAI baru balik, jadi x sempat nak snap gambar DSAI. sempat jugak aku jumpa 3-4 orang team kami dari Barisan Rakyat Blogger - Duke, Rudy & Boom dan jugak sahabat kami dari Kuala Kubu baru, Mary... pun x de snap gambar dorang... masing-masing rush nak ke majlis lain pulak.

Jadi aku masuk dalam terus, layan sate...
Dekat dalam, dah ada geng menunggu sambil membelasah makanan percuma yang disediakan. Zorro-Unmasked, Hawkeye, Shanghai & yang lain-lain... sambil-sambil sembang dengan Dato' Kamarul hal-hal politik Malaysia. Dato' Kamarul memang cool.

Ops... masa aku tengah makan, ADUN Gombak Azmin Ali pun sampai... diorang ni pun 1 hal... time aku tengah mencekik baru nak datang... jadik gambarnya korang bayangkan je la dalam kepala korang... Azmin pakai baju biru, baju yang sama dia pakai masa dia pergi ruah Azwan Ali.

Mekasih...

Lokasi seterusnya ialah Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar... dari Kelana Jaya, Arthur hantar aku ke Komuter Seri Setia dan dari Seri Setia aku terus ke Putra kemudian ambik teksi ke Taman Melewar... nasib rezeki murah hari tu, Drebar teksi tu pun penyokong Pakatan Rakyat, pergi makan sekali & aku pulak dapat diskaun tambang... mekasih...
Memula aku sampai, Salahuddin Ayob pun sampai jugak... ni Ahli Parlimen kampung aku ni... Kubang Kerian...
Orang ramai, memang ramai... bersesak-sesak... nak masuk tersumbat, terpaksa berhimpit-himpit, jadi aku beli je air dekat gerai depan ni ha... perut kenyang lagi melantak dekat rumah Dato' Kamarul tadi...

Yang lain-lain... korang tengok gambar je la... ingat aku ape..? pembaca berita..?
Ustaz Nasaruddin Mat Isa... kenyang dah tu...
Ustaz Ahmad Awang... cool...
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat...
Aku suke gambar ni..!
Ini dia Iron Lady dari Dewan Muslimah PAS Pusat & Wilayah Persekutuan... Ustazah Nuridah Salleh & Dr Halimah...
Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man...
Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu...
Kalau tak kenal yang ni... memang hampeh la korang ni...
Dikir Barat pun ada woi..!
Wanjo..!

5 comments:

puteri_kebayan said...

suka tgk gmbar2 ni;-)

Anonymous said...

mase kat Taman Melewar, tak sempat snap Exco PAS tumbuk tetamu ker ?

ORG PD said...

CISSS. pembohong betul ada org buat khabar angin kata Dato Kamarul sakit. Siap kata, Parlimen Teluk Kemang tak lama lagi la.

Haram Jadah punya UMNGOK!!!

gabot said...

hadi awang tu naik keta ape yek?ape plet dia? :)

Anonymous said...

kurang makee kat umah ke? tembikai busuk pun koraei makee...

muslimah ronggeng karaoke HAK..HAK..HAK...