Taktik yang sama digunakan oleh UMNO. Dalam tahun 90’an, UMNO secara terbuka memfitnah PAS dengan mengatakan PAS adalah Khawarij. Sejak akhir-akhir ini percubaan memfitnah ini dihalakan kepada orang2 PAS yang anti kepada idea “Kerajaang Perpaduang”.
Sedar atau tidak, UMNO sudah berhenti kempen fitnah mereka terhadap PAS. Ini kerana mereka tidak mahu menaikkan kemarahan ahli-ahli PAS bagi memudahkan usaha mereka menarik PAS menyertai UMNO dalam satu koalisi.
UMNO LEBIH HAMPIR PADA KHAWARIJ DARI PAS
Sifat utama Khawarij adalah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam. Ini adalah berbuah dari kaedah tafsiran mereka ke atas Al-Qur'an dan Hadeeth yang berasaskan kepada nafsu dan bukan kepada ilmu. Dengan kata lain, disebabkan Khawarij mentafsir Al-Qur'an dan Hadeeth dengan nafsu, maka mereka akhirnya menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.
Perangai menghalalkan apa yang haram ini adalah sifat semulajadi UMNO. Malahan, saya sudah menulis sebuah artikel sebelum ini menyenaraikan dosa-dosa besar yang telah di halalkan oleh UMNO selama kewujudan UMNO.
Misalnya :
Untuk membaca kembali artikel tersebut, sila klik di sini.
Segala benda haram yang telah dihalalkan UMNO ini membuktikan dengan jelas bahawa UMNO lebih rapat kepada Khawarij berbanding PAS atau sesiapa sahaja.
UMNO PERANGAI MACAM SYAITAN BILA TUDUH ORANG LAIN KHAWARIJ
Bukan sahaja UMNO ini cawangan Khawarij di Malaysia, mereka juga menunjukkan sifat dan perangai syaitan. Mereka tidak mahu orang tahu mereka ini “khawarij”, mereka menuduh PAS pula Khawarij.
Dalam blog saya, agen mereka yang menggunakan nama Grand Marquis cuba menjalankan jarum jahat UMNO ini. Si GM ini cuba untuk menuduh saya sebagai Khawarij. Sebagai contoh beliau menulis :
- Saya lihat TB ni semakin menghampiri ciri-ciri khawarij. Saya bagi satu hadith tentang khawarij untuk para pembaca menilai sendiri apakah TB ni menepati ciri-ciri tersebut.
- Abu Said al Khudri menceritakan bahwa Ali –sewaktu berada di Yaman-menghantarkan Dhahiibah dalam taribahnya kepada Rasulullah. Barang tersebut dibagi-bagikan rasulullah kepada : Aqra’ bin Habis al Handzali, dan Aynah bin Badr al Fazari, Alqamah bin Alasah al Amiri, dan salah seorang daripada Bani Kilab, dan Zaid al Khair al Thai, dan salah seorang Bani Nabhan. Pembahagian itu membuat kaum Qurasiy dan Anshar merasa tidak senang sehingga berkata : Ya Rasulullah, baginda telah memberikannya kepada kelompok Askar daripada Najad dan meninggalkan kami ”. Rasulullah menjawab: ”Aku berbuat demikian, semata-mata untuk menjinakkan hati mereka. ” Abu Said melanjutkan: Tidak lama kemudian datang seorang lelaki yang buta, lebar dahinya, lebat janggutnya, gundul kepalanya berkata: ”Ya Muhammad, bertakwalah kamu kepada Allah”. Baginda berkata : ”Siapakah lagi yang akan taat kepada Allah jika aku tidak taat kepadaNya. Dia (Allah) telah memberikan kepercayaan kepadaku untuk menjaga bumi ini, mengapa engkau tidak percaya kepadaku ?..Abu said melanjutkan: ”selanjutnya seorang lelaki –menurut sebagian riwayat Khalid bin Walid-telah meminta izin kepada Nabi untuk membunuh lelaki tersebut tetapi baginda melarangnya. Setelah lelaki itu pergi rasulullah saw bersabda : ”Sesungguhnya dari keturunan lelaki ini nanti akan muncul sebuah kaum yang membaca Al-Quran teapi ia tidak melepasi pangkal tengkorak mereka. Mereka mmecah Islam sebagaimana keluarnya ank panah dari busurnya. Mereka membunuh umat Islam dan membiarkan umat penyembah berhala. Sekiranya aku menjumpai mereka, niscaya aku akan memerangi mereka seperti yang menimpa kaum Ad. ” (Sahih Bukhari/3344; Sahih Muslim/2451).
- “Ketahuilah Uthman r.a. dan Ali r.a. telah dibunuh oleh golongan ini.”
Dan saya terkejut dia boleh nukil hadeeth berkenaan dengan pembunuhan umat Islam sedangkan yang membunuh umat Islam di Malaysia adalah UMNO. Adakah GM lupa pada peristiwa berdarah Memali/Ustaz Ibrahim Libya? Bukankah semua kuil dan rumah ibadah di Selangor sekarang ini dibina waktu UMNO memerintah?
Inilah dia contoh perangai syaitan. Grand Marquis ni sanggup menggunakan hadeeth Nabi SAW untuk menyokong ideology kuffar dan syirik beliau demi meneruskan agenda UMNO untuk menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT.
Sebagai penutup, saya teringat nasihat seorang kawan saya yang bekas UMNO :
- Orang UMNO ni, kalau mereka kata Tuhan itu Satu pun kita jangan percaya. Bukan sebab apa yang dia kata itu salah, tapi sebab yang berkata itu orang UMNO.
p/s - di bawah adalah artikel yang saya nukil dari blog saya.
Senarai Dosa-Dosa Besar yang Dihalalkan UMNO
Dalam PAS sekarang menular satu penyakit, yakni penyakit percaya yang UMNO ini boleh diharap untuk berjuang Islam.
Lantaran itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halal kan dalam UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa.
a. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).
b. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.
c. ARAK : UMNO yang mendokong polisi “menjual arak untuk keuntungan”. Dalam negara-negara Scandinavia, yang tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Persekutuan” dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya untuk memenuhi keperluan dalam negeri semata-mata.
Di Malaysia, UMNO menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti tinggi (“blue-chip”) di KLSE.
Begitu semangat UMNO menyokong aktiviti arak di Malaysia sehingga ada 3 orang Melayu duduk di dalam LEmbaga Pengarah Calrsberg dan 2 orang Melayu duduk dalam lembaga Pengarah Guiness-Anchor. Sepatutnya, Kementrian Kewangan boleh campur tangan menghalang perlantikan ini, tapi UMNO membiarkannya sahaja. Mengapa? Kerana industri arak ni halal bagi UMNO.
d. PENOLAKAN HUKUM SYARIAH ISLAM: Tak payah komen la. Sampai hari ni, UMNO tidak mahu mengubah Perlembagaan Malaysia membenarkan hukum Syariah Islam dijalankan dengan sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu.
Menarik untuk disebut: dalam forum di Kelantan baru-baru ini, wakil UMNO telah mencabar PAS untuk membentangkan “Private Bill” bagi memudahkan perjalanan hukum Syariah. Ustaz Nik Amar menjawab, wakil UMNO itu tak pernah masuk Parlimen. Maka dia tak tau.
Setiap “Private Bill” harus mendapat lampu hijau dari Menteri yang bertanggungjawab (dalam isu hukum Islam, Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Zahid Hamidi).
Setakat ini, UMNO tidak pernah bagi apa-apa lampu hijau untuk mana-mana Undang-Undang seperti ini dibenarkan.
Pokoknya mudah. Kalau UMNO sanggup menyokong hukum Islam terlaksana di Malaysia, siapa yang boleh menghalang? DAP pun takkan menentang kerana pada waktu itu, MCA pun terpaksa sokong hukum Islam. Lebih2 lagi hukum Islam hanya tertakluk kepada orang2 Islam sahaja.
Tak jadi isu walau sedikit pun. Isunya adalah UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH ISLAM
e. FITNAH : Agen fitnah UMNO adlaah media-media mereka i.e. Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku dsbnya. Dah berapa kali diorang ni kena saman. Baru2 ni Sdr Mahfuz sendiri menang saman terhadap media2 milik UMNO ini. Namun UMNO tetap meneruskan aktiviti memfitnah dan menista mereka terhadap sesama Islam
Secara pribadi, saya telah berhenti membaca dan mempercayai Utusan Meloya dan Berita Hairan semenjak peristiwa Memali lagi. Sah PENIPU dan PEMBOHONG.
f. PENIPU : Tak payah komen la. Benda yang maklum.
g. KORUPSI : Lagi tak payah komen. Dalam UMNO sekarang ni, sapa tak korupsi tu yang dipandang serong. Sedangkan korupsi ni HARAM mengikut IJMAK ULAMA. Tapi, bagi UMNO, makan duit haram tu tak jadi masaalah. Dalam UMNO ni, hanya BABI sahaja yang haram. Yang lain, kao bedal la
h. SIHIR : Rujuk kes Mona Fendi. Tanya la sesiapa sahaja dalam UMNO pasal amalan sihir dalam UMNO. Semua akan akui betapa meluasnya amalan sihir dalam UMNO.
i. BEKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM :Rujuk artikel saya berkenaan Ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation di mana Dato Najib berbangga membantu usaha Amerika dalam memerangi “keganasan” (Baca: memerangi Islam).
Sebagai penutup, janganlah termakan dengan kata-kata seperti “Bekerja dengan UMNO lebih Syariee berbanding dengan DAP”. Perkataan macam ini datang dari ulama-ulama yang menjual agama untuk kepentingan dunia. Bukan datang dari ulama yang “mukhliseen”.
Apa bezanya DAP dengan UMNO? Yang saya tahu seorang pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara kerana mempertahankan seorang gadis yang diperkosa salah seorang pemimpin UMNO. Itu sahaja.
Tulang Besi
11 comments:
pemimpin umno bukan kata mcm puak khawarij tapi dh tahap pengikut tegar dajjal laknatullah...hancur lah ko umno x lama lagi....
inilah agenda DAJJAL yang diwakili oleh BRITISH kat MALAYSIA ni
aku muskil la apa AGREEMENT yang TUNKU ABDUL RAHMAN sain dengan KERAJAA BRITISH
aku kawan dengan RAMAI ORANG BRITISH ,depa ni kalau tak ada benda yang MENYEBELAHI DEPA JANGAN HARAP DEPA NAK SETUJU
BN boleh hidup tanpa PAS.
tetapi Pakatan Rakyat akan musnah tanpa PAS.
PAS jika mahu bersama Pakatan, pastikan PAS diberi peranan utama dalam Pakatan seprti UMNo ketua kepada BN. PAS mestilah mengetuai Pakatan. Kalau tidak tinggalkan Pakatan Rakyat.Nanti sokongan orang Melayu pun PAS tak dapat.
Tak perlu bersama BN dan tak perlu bersama Pakatan.
anon 9.31pm anak melayu sekarang bukan mcm anak melayu dulu. anak melayu dalam PAS dan yg luar PAS @ atas pagar sentiasa mengutamakan islam bukannya kaum. walau mcmana pun anak kami akan sentiasa menghormati Sultan dan raja2 melayu sbb mereka adalah pemimpin negara ni. so ko x yah nak cucuk jarum halus ko. aku rasa ko salah sorang yg buat demo semalam. lepas PAS x nak kahwin ngan umno sekarang ko suruh kita orang kluar dari PR, kenapa??
bond0134331159. yg aku pasti dia orang ikut telunjuk British sbb ko cuba pikir dah berapa lama British jajah Tanah Melayu. kenapa mudah sangat kita merdeka. tunku hanya g kat sana pastu borak2 terus merdeka walhal banyak lagi hasil mahsul dalam Tanah melayu masa tu belum diangkut oleh penjajah haram ni. penjajah ni dtdg sini pasal nak angkut hasil mahsul kat sini sampai habis tapi bendanya belum habis lagi. aku rasa tunku pun ada share dlm mengangkut hasil mahsul ni. yang penting ko kena ingat kita belum merdeka lagi pasal kita dalam negara komanwel atau kata senang bekas negara yg pernah dijajah oleh British dan jadi sekutu mereka. dan benda ni dipersetujui oleh umno yg menggunakan harta2 rakyat yg menderma kat diaorang buat tambang g sana. kalu hari pertama pun dh x jujur dan songlap duit rakyat apatah lagi bila dah ada kuasa...pikr2kan lah...
PAS tak payah bersama UMNO, bersama dengan DAP la. OK. Orang UMNO tak perlu cucuk jarum lagi. Buang masa layan PAS.Biar PAS bersama2 dengan DAP, itu pilihan PAS.Oang UMNOJangan kacau2 lagi PAs sampai bila2. Biar PAS derngan DAP.
PAS terlalu suci untuk orang UMNO.
PAS akan memerintah Pulau Pinang kalau bergabung dengan Umno.
Hidup Gabungan PAS Umno !!!
tiada istilah gabung.. pakat okey jugak..biarlah terus pakat-pakat mentadbir daripada gabung
Bukan setakat cawangan khawarij kat malaysia tapi juga cawangan 1Wahabi kat malaysia. Imam dia mat monnggol yang tak tau macam mana jadi imam. Dia adalah cucu cicit ibnu taimiyyah.
Betul TB, pemimpin umno Rahim anak Thambi kecil sudah memperkosa gadis bawah umur 15 tahun dan pada masa itu pncacai umno dalam blog ni masih budak2 yang sebaya dengan gadis yang diperkosa itu.
Post a Comment