Saya sendiri BANNYAAKKK belajar ilmu agama mahupun politik dari Tok Guru Nik Aziz. Sehingga hari ini saya masih lagi belajar segala selok belok ilmu politik yang telah diranjaui oleh Tok Guru Nik Aziz.
Namun, saya mengakui Tok Guru Nik Aziz adalah seorang manusia dan oleh kerana itu, beliau juga mempunyai kelemahan. Dalam isu pemecatan Annual Bakhri Haron, maklumat yang saya dapat, bahawa dalang utamanya adalah dari kalangan ahli keluarga Tok Guru sendiri.
Ini bukan cakap kosong. Sila rujuk tulisan Nik Abduh dalam blognya satu masa dulu bertajuk - "Kerja Kerja Bodoh Dalam PAS".
Nik Abduh dengan jelas menamakan “pembantu-pembantu ayahanda” sebagai orang-orang yang bertanggungjawab menyebabkan ayahanda beliau menolak gagasan Kerajaan Perpaduang. Nah, sekarang barulah kita tahu siapa sebenarnya pembantu-pembantu ayahandanya yang amat dibenci oleh Nik Abduh ini. Antaranya adalah Annual Bakhri Haron yang baru sahaja terpecat dari jawatannya.
Kita jangan lupa bahawa Nik Abduh adalah penyokong tegar gagasan Kerajaang Perpaduang. Dan beliau dengan jelas menyalahkan “pembantu-pembantu Ayahandanya” kerana mengagalkan usaha kerajaang Perpaduang tajaan Fraksi UMNO dalam PAS.
Hari ini puaslah hati Nik Abduh kerana orang yang beliau gelar sebagai penghasut telah pun terpecat dari jawatannya. Dapatlah Nik Abduh naik Honda Elyson beliau dengan senang hati kerana musuh beliau telah berjaya dikalahkan. Dapatlah beliau mengawal ayahandanya lagi sekali sehingga ayahandanya tidak akan menentang usaha membawa PAS kepada UMNO.
Itu yang tidak semena-mena Mustafa Ali boleh keluar dan menyokong kenyataan Tok Guru Nik Aziz hari ni. Beliau sudah nampak fajar mula menyinsing agaknya. Satu-satunya halangan kepada “Perpaduang” telah berjaya di neutralisasikan. Keluarga Tok Guru akan menjadi pembantu utama kepada usaha membawa PAS kepada UMNO seperti yang dirancang oleh Task Force 2010 sebelum ini.
Nik Amalina juga tidak kurang handalnya. Berkokok dalam blog kononnya suami nya dizalimi dan dinista oleh salah seorang anggota exco. PAdahal bukti salah laku suami nya telah terdedah kepada umum dan tiada siapa yang berani mempertahankan tindakan suaminya lagi.
Maka pada hari ini puas hatilah kamu wahai Nik Amalina. Tapi kamu harus waspada akan amaran Nabi SAW:
- “Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi”.
Iye, kelemahan Tok Guru di masa ini adalah keluarga beliau. Untuk itu saya memohon kepada TOk Guru Nik Aziz supaya mengingati kembali peristiwa yang pernah menimpa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW seperti yang saya nukil dari blog Al Bakistani di bawah.
Betapa Rasul SAW telah MENOLAK sama sekali tuntutan isteri-isteri beliau untuk menambah kadar nafkah kerana Rasul SAW tahu itu bakal mendatangkan fitnah kepada beliau dan juga kepada Islam sendiri. Tindakan Nabi SAW telah menyelamatkan bukan sahaja imej Rasulullah SAW tetapi juga menyelamatkan imej Islam.
Sehingga peristiwa itu telah menyebabkan turun ayat di bawah :
- “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik * Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar” - (Surah Al-Ahzab : 28-29)”
Sehinggalah isteri-isteri Baginda berjaya di disiplingkan. Langkah Baginda telah menyelamatkan Islam dan menyelamatkan imej Baginda sehingga hari ini.
Sepanjang yang diketahui umum, Annual Bakhri adalah kem TOK GURU. Beliau bukan kem Husam mahupun kem Taqi mahupun kem Nik Amar. Beliau memberi nasihat untuk menjaga imej TOk Guru supaya TOk Guru sentiasa dipandang mulia dan tinggi. Dan terbukti sehingga hari ini, Tok Guru dipandang mulia di sisi semua orang tidak mengira kaum atau rasa tau agama. Itu adalah kejayaan Annual Bakhri di dalam menjalankan tugas beliau sebagai penasihat.
Hanya Nik Abduh dan Fraksi UMNO sahaja marah kepada Annual Bakhri Haron kerana Annual Bakhri sering memberi nasihat yang mendedahkan penipuan serta silap mata Fraksi UMNO. Misalnya, dulu dia panggil muzakarah, lepas orang tolak, diorang tukar nama jadi Kerajaang Perpaduang pulak. Benda sama je.
Tapi, nampaknya Mustafa Ali sudah mula berjinak2 menyokong Tok Guru Nik Aziz. Bagi saya ini petanda yang Fraksi UMNO telah mula meraikan kejayaan mereka. Matlamat mereka kian hampir. Keluarga Tok Guru akan memainkan peranan penting mengendurkan tentangan Tok Guru terhadap usaha membawa PAS kepada UMNO.
Itulah yang saya dapat kongsi bersama Tok Guru Nik Aziz demi perjuangan Islam dan demi amanah perjuangan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Saya berharap sangat tulisan saya dibuktikan salah dan Tok Guru masih terus memimpin PAS serta Kelantan sehingga jatuhnya UMNO.
Namun ini semua adalah sebahagian dari perancangan UMNO yang akan berakhir dengan Tok Guru diminta oleh ahli keluarga beliau untuk bersara dari politik sama sekali. Kalau mengikut kenyataan Abu Bakar Chik sewaktu Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat, beliau telah menamakan Ustaz Halim Abdul Rahman sebagai PJ menggantikan Tok Guru Nik Aziz.
Kawan saya beritahu, selepas Tok Guru dipujuk bersara oleh ahli keluarga beliau, Ustaz Halim bakal bertanding dalam sebuah pilihanraya kecil dalam Kawasan Pengkalan Chepa sebagai persediaan untuk menjadi MB. Itu kawan saya bagitau la. Tak tau betul ke tidak.
Bersiap sedia PAS untuk menjadi komponen Barisan Nasional dalam tahun ini. Itulah hala tuju yang kita nampak. MElainkan kita sempat buat EGM la dalam beberapa bulan ini.
Wallahualam Bissawab
Tulang Besi
p/s - kefahaman nik abduh berkenaan dengan UG ni amat berlainan dengan apa yang diterangkan oleh Nasaruddin Mat Isa. Di mana, Ustaz NAsa mengatakan Kerajaan Perpaduan diadakan supaya PAS masih dapat berbincang dan bercakap dengan UMNO. Sila dengar di sini.
SATU HARI KRISIS RUMAH TANGGA NABI
Jabir bin Abdillah ada bercerita bahawa, satu hari Abu Bakar as-Siddiq datang ke rumah nabi SAW. sesampai di rumah itu, Abu Bakar melihat ramai orang duduk di hadapan pintu rumah Nabi.
Abu bakar menjengok ke dalam rumah nabi, kelihatan di dalam rumah, bahawa Nabi SAW duduk ditengah, dan dikelilingi oleh semua isteri-isterinya. Melihat demikian, Abu Bakar meminta izin dari nabi untuk masuk, tetapi tidak diizinkan oleh Nabi SAW.
Tidak lama kemudian, Omar bin Al-Khattab pula tiba. Pada peringkat awalnya, Omar juga meminta izin untuk masuk, juga tidak diizin oleh Nabi SAW.
Sejenak kemudian, Nabi SAW memberitahu kepada Abu bakar dan Omar, bahawa Nabi SAW telah mengizinkan mereka berdua masuk ke dalam rumah.
Abu Bakar dan Omar pun masuk, dan mereka melihat ketika itu Nabi SAW masih lagi dikelilingi oleh isteri-isterinya. Di kala itu, nabi SAW diam tidak berkata apa-apa pun.
- ”aku akan bercakap sesuatu kepada Nabi, agar baginda boleh tersenyum” bisik hati omar.
- ”Wahai Rasulullah, jika anak perempuan zaid – merujuk kepada isterinya – meminta sesuatu nafkah luar dari kemampuanku, sudah pasti aku akan memukul tengkoknya” tiba-tiba Umar bersuara.
- ”isteri-isteriku ini berada dikelilingku. Mereka meminta kepadaku nafkah yang aku tidak mampu” kata Nabi SAW.
Tidak sempat Abu Bakar melakukan sesuatu, tiba-tiba Umar juga bangun menuju kepada anaknya, Hafsah.
- “apakah kamu meminta kepada Nabi SAW sesuatu yang nabi Saw tidak mempunyainya?” begitulah soalan Abu Bakar kepada Aisyah, dan soalan Omar kepada Hafsah.
Ketika itu juga, turun firman Allah ;
- يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا * وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآَخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا
- “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik * Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar” - (Surah Al-Ahzab : 28-29)
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
8 comments:
"Sepanjang yang diketahui umum, Annual Bakhri adalah kem TOK GURU. Beliau bukan kem Husam mahupun kem Taqi mahupun kem Nik Amar."
rupanya di kelantan ada 4 kem. TB kem mana . Kem fraksi UMNO, kem yang mana satu?
dengar dalam umno sekarang ada dua kem yang sama kuat! kem mana yang akan menerajui tompok pimpinan negara pada april ini? n atau k?
TB kem BTN
Tak habih habih lagi merapu dan menabur fitnah cian si tulang besi, cabaran batu api tak disahut pun. semoga TB , perisik rakyat dan bakistani kembali ke pangkal jalan. dah lama dah Kerajaang Perpaduang Tutup tak reti reti lagi nak berhenti tabur fitnah, TGNA kata blog celaka
i setuju sgt dengan artikel ni. moga tok guru diberi ilham dan berlaku benar pada yang hak. semoga tok guru tak tewas dengan ujian "keluarga". selama ni imej tok guru nampak tinggi -maknanya berjayalah ex su nya itu. sayang dah dipecat
harap tok guru asingkan diri buat sementara waktu jauh dari keluarga. Semoga Allah memberi petunjuk kepada Tok guru yg ku sayangi.
Sapa kata!Blogmana kata!Colaka!!!!!!Orang jahil nak ajar orang bertaraf wali!!!!!!
Hadiah tahun baru 2010 dari PAS kpd agama kristian di malaysia bersesuian dgn slogan PAS FOR ALL..
Perkataan ALLAH dibenarkan digunakan untuk majalah katolik herald…
Bravo dan sekalung tahniah kpd pas kerana benar2 dapat mengaplikasikan slogan PAS FOR ALL
Dlm kamus dewan skrg, ALLAH bermaksud Tuhan Yang Esa..
Nampak gaya kamus dewan kena revise blk maksud ALLAH.
Perkataan ALLAH tidak pernah ada dlm bible sblm ini dan tahniah sekali lagi kepada PAS kerana telah mencipta satu sejarah baru bagi umat islam dan kristian di malaysia….
Faisal Tehrani ada mengulas mengenai isu ni… tehranifaisal.blogspot.com
Post a Comment