"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 02, 2010

2010: Tahun Paling Sukar Untuk Pakatan Rakyat

2010... entah... aku tak tahu macam mana keadaan politik Malaysia untuk tahun ni. cuma aku boleh agak (ikut perkembangan terkini), 2010 akan jadi tahun yang paling sukar untuk Pakatan Rakyat. lebih sukar mempertahankan apa yang ada dari merampas apa yang kita tiada.

Akhir-akhir ni pulak, kebanyakan blog-blog dan website-website (termasuk website ini) lebih cenderung kearah "membantai" kem sendiri (Pakatan Rakyat) dan perkembangan ini bagi aku adalah amat sihat bagi Pakatan Rakyat.

Bagi fanatik-fanatik Pakatan Rakyat (yang telah diperasap kemenyan dan disuntik ubat "wala'") perkara ni cukup-cukup menyakitkan hati mereka. "ejen UMNO" - itu kata mereka para pentaksub yang terikut perangai lakhnat penyokong UMNgOk/Beer eNd.

Padahal pada aku, 1 kejayaan besar bagi Pakatan Rakyat bilamana berjaya melahirkan blogger-blogger pro Pakatan Rakyat yang menjulang kalimah "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah..!", yang berani menegur kesilapan Pimpinan Pakatan Rakyat tak macam blogger-blogger pro UMNgOk/Beer eNd yang cuma pandai "mengulum telur sendiri" dan tak berani mendedah atau menegur kesilapan Pimpinan atasan walau ianya terang-terangan salah..!

Yang mana pembaca pro Pakatan Rakyat yang tak paham tujuan teguran dibuat, malas aku nak komen apa-apa, tapi kemudian hari nanti korang akan paham jugak. jadi aku biarkan je korang melalak hatta melabel para blogger pro Pakatan Rakyat yang komited menegur mesilapan pimpinan sendiri dengan nama "Ejen UMNO". korang label la pakai nama apa pun kami tak kisah. tak luak aih...

Aku jangka lepas ni para blogger pro Pakatan Rakyat akan menjadi lebih "extreme" dalam membantai kem sendiri lantaran kita tak punya banyak masa. tegur cara baik sudah, tegur dengan lembut sudah, bincang sudah... kira semua yang patut dibuat dah setel... bila nampak degil, susah sangat nak terima teguran, kita bantai cara kurang ajar lah pulak...

Yang penting, kita tak mau Pakatan Rakyat jadi macam parti lakhnat UMNgOk/Beer eNd.

Pakatan Rakyat dah tak banyak masa. bila-bila masa dari sekarang, akan berlaku PRU-13. dah bersedia ke Pakatan Rakyat kearah itu..? memang banyak isu boleh dimainkan untuk menambat hati para pengundi. tapi isu yang ada bagi aku sekadar mampu untuk mempertahankan sokongan yang datang dari ahli-ahli parti komponen Pakatan Rakyat sendiri. siapa yang dapat jamin isu-isu yang ada dapat tarik sokongan para "pengundi baru" dan juga "pengundi atas pagar"..?

Ahli-ahli parti termasuk dalam golongan "pentaksub" bila berada didepan kertas undi. tak kira la partinya lakhnat macam mana pun, tetap jugak golongan "pentaksub" ni pangkah parti yang dia jadi ahlinya. tapi bagi golongan "atas pagar" pulak, sepanjang masa mereka ni memerhati dari semua aspek.

Golongan atas pagar ni cukup susah nak dipengaruhi. kebiasaannya, undi majoriti yang diperolehi oleh pemenang dalam pilihanraya datang dari golongan atas pagar. kalau tak pandai nak tarik golongan ni, bungkuslah alamatnya.

Kalau tak nak bungkus, kena la perbaiki kelemahan masing-masing. kelemahan masing-masing pulak bukan boleh dapat tau dari ahli parti. ahli parti ni kebanyakan kerjanya ialah pertahankan parti. kot mana-manapun kena pertahankan jugak. yang baik disebar, yang tak baik diselimut rapi bawah karpet... sok sek sok sek dalam kelambu je. lepas tu doa supaya masalah selesai.

Kalau macam tu kita pakat-pakat berhenti buat kerja, kita pakai doa je... boleh..? doa biar production kilang jalan dengan sendiri, doa biar duit masuk dalam akaun tanpa perlu buat kerja, doa biar rumah jadi cantik tapi tak payah keluar modal, doa biar enjin kereta yang rosak baik sendiri tanpa perlu repair... boleh..?

Tu la yang UMNgOk/Beer eNd buat selama ni dan kalau Pakatan Rakyat rasa nak ikut cara gila babi UMNgOk/Beer eNd... Pakatan Rakyat pun boleh pergi mampus...

Setakat hari ni, aku cuma cukup-cukup puas hati dengan PAS di Kelantan. ada beberapa isu yang dihilite dalam blog dan website, diambil perhatian dan diselesaikan sebaik mungkin (terkecuali dalam isu "keluarga" hahaha...!!!).

Tak pulak Kerajaan PAS Kelantan melabel blogger sebagai ejen itu atau ejen ini macam yang berlaku di Terengganu. kalau ada pun terus di "celaka"kan..! hahaha...!!! ni "keluarga" punya pukulan la ni... bab ni aku tak nak ulas banyak sangat dalam post ni. aku akan ulas kemudian hari. bagi "hint" sikit cukup la...

Eh... blog "SeriSuri" tu "celaka" jugak ke..? hahaha...!!! blogger tu pun pernah mintak EXCO letak jawatan jugak kan..? sape SeriSuri tu dalam Kerajaan Kelantan..? ceh... "ahli keluarga" rupanya... patutla...

Balik pada topik asal. mampukah Pakatan Rakyat mempertahankan apa yang ada sekarang disamping menambah lagi koleksi kerusi DUN dan juga Parlimen dalam PRU-13..?

Jawapannya terletak pada Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sendiri samada nak dengar dan ambil teguran dari blog-blog dan website-website pro Pakatan Rakyat yang semakin extreme dalam membuat teguran seterusnya memperbetulkan keadaan yang sedia ada kepada yang lebih baik, atau meneruskan apa yang ada seperti sediakala..?

Pada aku, kalau Pakatan Rakyat nak dapat keputusan yang baik dalam PRU-13, kenalah perbetul apa yang tak betul. kalau tak, aku tak heran kalau jumlah kerusi makin kurang.

Perkara pertama yang perlu diambil berat ialah soal "Kerajaan Perpaduan". jangan dok sembang kata isu tu dah selesai. setakat keluar kenyataan "isu KERAjaan Perpaduan ditutup dan DIANGGAP selesai", pada aku tu kenyataan taik. buang dalam jamban je la kenyataan macam tu.

Lebih kurang macam aku pergi balai polis, buat report Hasan Ali mencuri, dok dalam setahun... polis keluar kenyataan "kes dah selesai" padahal hasil siasatan tak pernah bagi tau dekat aku, tertuduh tak pernah dibicarakan, mahkamah tak pernah dengar kes... tau-tau selesai.

Apa kejadahnya tu..?

Tu namanya lakhnat..!

8 comments:

taipingmali said...

jangan menyerah kalah bro...teruskan perjuangan.

Mr Joker said...

TM - belum masa untuk menyerah kalah. sama la untuk lu jugak... teruskan perjuangan walau berlainan pegangan.

Anonymous said...

Perjuangan taik kucing....!!!!
Lu (TP) serupa aje sama raja katak..
Pusing kiri...buat bising..
Pusing kanan buat bising....

Lu (TP) patut joint kem Raja Katak (Ibrahim Ali)la....

Dah tak laku

Shazlan said...

Buat anon kat atas... Tak laku yet you still come to this blog. How ironic!

Anonymous said...

To Shazlan...

I am travelling now.... but...I found somethingsfunny - "shit" on the raod....so..I must inform people.

Thanks

MALAYSIABARU said...

malaysiabaru.com said,

TAHNIAH TP , sejarah akan tetap mengenang jasa dan budi saudara di alam blogosfera ini...

malaysiabaru dah putus harapan lebih awal dari tp.... lepas december ni akan di tutup terus ..

alasanya... entahlah .. tp dah buat sumary yang bagus di sini...

hepy new year and keep on goin tp

ikhlas from malaysiabaru.com

shafieedagu said...

Tp lu ngan Allah tahu apa ade dalam hati lu,. Lu sendiri mau ingat, lu betul lu dapat banyak pahala, lu jahat ma lu nanti masuk nelaka. apa itu api manyak besar lo

taipingmali said...

Adakah patut sebut taik kucing...benda tu mana boleh berjuang.. Blogger kebanyakan berusia 21 tahun ke atas. bebas bersuara dan bebas mengundi serta bebas berkata-kata,,,,aku tak setuju aku lawan balik dgn kata-kata,,...ho hoh oho//