Dengan kata lain, UMNO memastikan hanya SEBAHAGIAN AGAMA sahaja yang dibenarkan untuk diajar manakala yang lain tidak.
Ia menjelaskan kenapa majoriti rakyat Malaysia jahil dalam agama Islam dan secara otomatik menjadi penyokong UMNO/BN. UMNO memerlukan orang Melayu jahil dalam agama Islam terutamanya bab akidah.
UMNO bukan parti Islam. UMNO adalah parti sekular. Sekiranya orang-orang Melayu faham Islam, mereka akan susah untuk mempertahankan tokeh-tokeh judi dan arak yang menjadi sahabat karib mereka. Segala aktiviti haram seperti korupsi, rasuah etc harus diberhentikan kerana Islam mengharamkannya sama sekali.
UMNO lebih selesa kalau orang Melayu lena dalam kefahaman “Perpaduan Melayu”. Ini akan menghalang mana-mana orang Melayu dari menegur serta membetulkan kesilapan serta kesalahan yang UMNO lakukan.
Tulang Besi
Serious Shepherd said...
Adapun konteks masyarakat Malaysia yang perlu diambil kira adalah seperti berikut :
1- Pendidikan Islam yang menekankan ilmu feqah berbanding aqidah. Pendidikan Islam cara sebegini turut diaplikasikan kepada saudara baru.
2- Khutbah Jumaat yang isi kandungannya bersifat Pendidikan Islam Darjah 4. Khatib yang ingin meningkatkan tahap khutbah Jumaat walaupun sedikit akan dipecat dengan pampasan dua bulan gaji.
3- Pengajian Al-Quran yang menekankan tajwid daripada tafsir. Jadi pengajian Al-Quran seperti Surah Al-Maidah ayat 44 akan difokuskan pada idgham bila ghunnah serta mad aridh lissukuun dan bukannya maksud ayat tersebut. Apatah lagi Surah Al-Baqarah ayat 8 hingga 20.
4- Penyampai kuliah agama di masjid dan surau perlu mendapatkan tauliah dari majlis agama Islam negeri terlebih dahulu. Tauliah juga diperlukan walaupun semasa hendak mengajar anak sendiri membaca Muqaddam.
5- Fatwa yang dikeluarkan oleh para mufti yang menganggotai Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mendapat kelulusan dari ketua agama negeri masing-masing, yakni Sultan-Sultan. Walaupun begitu, fatwa yang dikeluarkan oleh ahli politik Barisan Nasional seperti melacurkan diri dibolehkan jika darurat dan yang terkini kes rompakan juga memerlukan 4 saksi adalah contoh fatwa diluluskan secara automatik.
Fatwa juga boleh dikeluarkan oleh orang bukan Islam asalkan mereka dari Barisan Nasional, seperti fatwa Wong Ch** *ai yang menyatakan bahawa pengharaman pakaian seksi adalah satu bentuk ekstremisme agama.
January 27, 2010 6:36 PM
No comments:
Post a Comment