"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 06, 2010

Hasang Ali Oh Hasang Ali...

Kenyataan Penuh Presiden PAS

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)


Agama lain tidak boleh guna kalimah Allah: Dr Hasan Ali

SHAH ALAM - PAS Selangor bertegas penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam, kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Dr Hasan Ali.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memberi tamparan hebat kepada umat Islam.

Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.

Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.

“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, PAS Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada :Sinar Harian,: semalam.

Beliau menyeru supaya semua ahli PAS bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.
“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya.

Beliau mencadangkan semua pihak berdoa supaya tindakan yang boleh merugikan umat Islam tidak berjaya.

TPU - Aik..? Betul la cakap ALHUSSEYN... Hasan Ali tidak faham berjemaah... tapi aku tau lama dah... Hasan Ali cuma faham "Perpaduang"... lain hancur...

Hapuskan Parasit Dalam PAS..!

9 comments:

Anonymous said...

Pecat dari PAS kosongkan kerusi DUN
PRK pulak sokong Anwar Ibrahim
Esok jawab Jawatankuasa Disiplin
Pecat jangan tak Pecat

Anonymous said...

Hassan Ali ni dah lawan taukeh dan jemaah Pas. Hukumannya senang saja, jika ada kudis di kaki eloklah kaki tu di potong.

MALAYSIABARU said...

MALAYSIABARU.COM said,

ULARMAK PROFESSIONAL PAS DAH BERSUARA...

DAH AGAK DAH ....

P.S KENAPA AMBIL MASA YANG LAMA NAK PECAT HASSAN ALI?

PETIKAN

WWW.MALAYSIABARU.COM

Anonymous said...

ok la tu,,,tak setuju...kalau stuju kutuk. tak setuju kutuk..jgn jd macam prangai yahudi pulak. ckup2 la mengeji hassan ali.kerajaan prpaduan dh sattle.yg blog ni pon bodoh jgk,,dok bangkit isu ni lagi..siar komen aku ni.kalau tak siar, perisik rakyat bacul!!!!!!!

Anonymous said...

Dalam Al-Quran dah sebut AHLI KITAB..
Maksud AHLI KITAB orang yang megamal Kitab yang asal yang mana isi kandunganya tidak diubah suai...
Kitab Injil yang ada sekarang yang dipakai orang kristian telah diubah suai isi kandunganya...maka orang kristian tidak boleh pakai perkataan ALLAH...

Unknown said...

Haji Hadi: Kalimah Allah boleh digunakan tapi hendaklah berhati-hati......"

Dalam bahasa mudah Hj. Hadi nak bagi tahu kita begini:

Kita dibolehkan memain2kan anu kita di tepi dubur tapi hati2 jgan sampai memasukkannya ke lubang...

Anonymous said...

kenyataan YB Khalid Samad yang menyatakan persetujuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.2009 yang membenarkan permohonan puak Kristian melalui akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan ALLAH bagi ganti nama "God" dalam penerbitan mereka. Hujjah YB Khalid menyokong puak Kristian menggunakan perkataan ALLAH boleh disimpulkan kepada 3 iaitu:

1. Nama "ALLAH" bukan milik ekslusif umat Islam;
2. Bahawa Al Quran sendiri membenarkan dan menggalakkan Kristian menggunakan perkataan ALLAH berdasarkan Surah Az Zukhruf: 86-87 dan Al Ankabut: 63;
3. Rasulullah sendiri tidak menghalang orang 'arab musyrikin Quraisy menggunakan perkataan ALLAH.

M.Saad said...

Ustaz Haron Din pun kata macam tu gakk..bila lagi Ustaz Haron Din nak keluaq PAS...Nasharuddin Mat Isa pun kena kluaq gakkk..depa nie tak jaga jamaah niee...

Anak Lenggong said...

Kalau camtu pecat je la Nik Ajis..Harun taib..Harun Din..Taib azimuddin..Hadi..Nasarudin sama sebab mereka ni pun bercakap camtu gak..biar lah yang tinggal dalam PAS ni Khalid gereja..mahfuz@mampus..ketua pemuda Pas dan puak erdogan sahaja didalam Pas..

Simangkok TP dan TB biar lah terus mencari rezeki dengan kusam sebab pohon dibawah kusam ni rendang wooo...masyukkk