"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 06, 2010

AKIBAT MISKIN: ADA JADI PELACUR

TERIMA KASIH kerana sokongan kawan-kawan untuk saya terus menulis apapun yang saya lihat, saya rasa dan saya amati selama ini.

Saya sudah menulis sejak 40 tahun lalu dan sudah 25 buah buku saya tulis. Dua buku diharamkan dan 3 cerpen juga diharamkan dituduh murtad dan segala macam.

Amaran berulang-ulang, tetapi jenis saya bukan mudah tunduk kalau apa yang saya buat benar dan saya tidak akan tunduk untuk membicarakan apa yang benar/saya hanya meminta maaf kalau memang saya salah/kalau tidak mampuslah mereka untuk mendengar kata maaf dari manusia yang bernama Ismaily Bungsu ini.

Saya menulis apa yang benar dan berulang saya perkatakan yang sabah ini cukup kaya. Ada balak, ada tembaga, ada emas, ada kepala sawit, tanah luas dan terakhir merupakan pemilik telaga minyak paling besar di tenggara Asia, tetapi kenapa kita miskin? saya ulangi lagi "KENAPA NEGERI KITA MISKIN?"

Negeri lain di Semananjung tidak sekaya kita, tetapi kita kaya menjadi negeri termiskin di Malaysia? Bukankah anih bin ajaib namanya itu? 23% kemiskinan Sabah pak!/itu fakta yang jelas dikeluarkan oleh pemerintah/bukan fakta saya buat-buat/Kerajaan yang buat. Saya tidak membohong. Tak ada istilah bong dalam kamus hidup politik saya.

Kemiskinan di Penang hanya 5% dan demikian juga Selangor dan Kelantan negeri termiskin, tetapi tidaklah semikin kita ini. Nah, lalu ke mana harta Sabah diangkut? Apa para pemimpin Sabah tidak bijak mengurus negeri Sabah ini? Apa akan disalahkan rakyat Sabah lagi yang tidak pandai mengurus diri?

Kalau Rakyat Sabah disalahkan, kenapa zaman USNO, BERJAYA dan PBS tidak semiskin seperti sekarang ini? apa bezanya otak rakyat dulu dan rakyat pimpinan BN sekarang ini?

Saya harap para pemimpin BN di Sabah bisa menjawab persoalan ini tanpa mengaitkan nama Anwar Ibrahim kerana Anwar tidak ada kaitan hal kemiskinan di Sabah ini.

Saya bertanya kepada para pemimpin BN terutama di Sabah ini. Kan elok adakan debat antara PKR dan BN mengenai isu ini, dan sekaligus panggil sama DAP dan SAPP untuk menyilat kata tuduhan ini agar rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Saya bercakap ini bukan main-main/bukan sengaja cari publisiti murahan, tetapi saya agak rawan sekali melihat lulusan universiti, belum dikira lulusan kolej/ramai yang mengganggur tak punya pekerjaan untuk membantu orang tua.

Mereka yang sudah sekian lama membiayai persekolahan anak-anak/ramai balik kampung dan masih minta makan dengan orang tua yang kalau berkerja di kerajaan dikira selesai, tetapi yang tak ada kerja/bagaimana mahu hidup?

Lihat fakta berapa orang yang juga lari ke kuala lumpur, selangor dan singapura? mereka berkerja di kilang-kilang. Ramai mereka ini adalah belia-belia dari Sabah yang memang tidak punya pekerjaan di Sabah. Gaji mereka tidak seberapa dan cukup menyedihkan terpaksa menyewa kamar dan makan hanya magi dan terpaksa sesekali menahan lapar.

Yang paling mengecewakan ialah mereka yang pergi ke Singapura/ada kalangan anak bangsa kita berkerja di sana/wang tak cukup biayai sara hidup, lalu menjadi PELACUR secara sambilan untuk menampung perbelanjaan. Ini fakta yang saya dapatkan dari seorang kawan dan ada juga dibunuh di Singapura. Cukup sedih bila mengenangkan keadaan ini.

Apa tindakan kerajaan Sabah untuk menyelesaikan masalah ini? Saya tahu ada bermacam juga dilakukan, tetapi saya lihat hanya semacam sambil lewa sahaja dan tidak serius sangat dan alangkah baiknya kalau di Sabah ini dibikin kilang misalnya yang bisa menampung sebarang pekerjaan untuk kaum belia kita dan ini mengelak mereka ke semanannung Malaysia yang akhirnya melakukan perkara buruk bila kesempitan wang untuk sara hidup.

Inilah persoalan bangsa kita. Apaklah hal semacam ini tidak diperhatikan atau mereka hanya memikirkan berapa juta wang masuk ke kantung sendiri untuk cepat kaya alias buang main judi kalah 25 juta di luar negeri dan rakyat pula dibiar miskin papa kedana hidup menderita pahit jua kesannya.

Saya akan terus menulis tanpa henti dan saya tidak pernah gentar kerana mereka itu juga manusia seperti saya/Kalau memang saya ini menghasut atau "BIADAP" istilahnya dalam bidang penulisan yang saya kawini bertahun-tahun lamanya/silakan lakukan apa saja kerana usia senja seperti ini tentunya tidak bermakna kalau disumbat ke penjara dan saya sendiri sudah siapa sedia akan bangun terus menendang dan terjang.

Rakyat Sabah harus bangun dan sedar/jangan sampai leka tidur kesiangan, tau-tau akhirnya menjadi pelarian di bumi sendiri.

Saya tidak pernah gusar sedikutpun dan kawan-kawan tidak usah risau dan saya akan terus memperjuangkan hidup rakyat yang miskin meski saya gagal menduduki kerusi MP lewat pilihanraya lalu/saya tak salahkah rakyat yang belum mengerti erti hidup ini sebenarnya. Tak apa.

BILA kita memeperjuangkan rakyat yang miskin, itu bermakna perjuangan agama sebab agama tidak mahu rakyat miskin sebab miskin menghampir kufur/teruskan dan saya terpaksa jua pergi kerana sudah tidak punya tanah untuk membikin rumah. Tanah yang ada rupanya milik orang asing.

BILA rakyat miskin, maka sekaligus melarang rakyat punya pendidikan dan bila rakyat tak punya pendidikan/lalu samalah istillahnya di zaman Raffles yang tak mahu menghantar rakyat biasa belajar lebih tinggi kecuali anak raja/inilah yang kita terima/makanya di SK Mantanani tak seorang lulus peperiksaan darjah enam/satu sejarah buruk dalam pendidikan negara kita. Apa kata BN?

ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH
ismailybungsu@yahoo.com
bangmaily@yahoo.com
019-8400005/016-8222262
014-5555175

4 comments:

pemerhati said...

ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH,

Artikel saudara kelihatan seperti orang yang sedang mengeluh, sedih, irihati dan juga marah.

Tapi masaalahnya perasaan itu suadara ajukan pada siapa..? Apakah kepada para pemimpin BN terutama di Sabah itu akan menjawab segala pertanyaan saudara atau saudara akan diperbodohkan lagi..?

Bila saudara berkata bahawa Sabah "Ada balak, ada tembaga, ada emas, ada kepala sawit, tanah luas dan terakhir merupakan pemilik telaga minyak paling besar di tenggara Asia, tetapi kenapa kita miskin? saya ulangi lagi "KENAPA NEGERI KITA MISKIN.....?"

Kita ingin bertanya pada saudara... Sewaktu kempen pilihanraya dulu, parti mana yang datang ketempat saudara dan apa yang mereka janjikan jika rakyat Sabah memberi undi pada mereka yang membolehkan mereka berkuasa...?

Dan apa yang mereka berikan pada rakyat Sabah ketika berkempen yang dianggap sebagai angpaw pilihanraya..?

Mengapa rakyat negeri Sabah pilih Barisan Nasional mentadbir negeri. Apakah alasannya...?

Untuk pengetahuan saudara, Mereka perbodohkan rakyat dengan kepura-puraan mereka. setiap ringgit malaysia yang dihulurkan oleh ahli politik ketangan pengundi bukan percuma. Mereka melakukan rasuah dengan wang yang banyak dalam bentuk bantuan kebajikan demi mendapatkan kedudukan dan kuasa.

Setelah mereka berjaya dalam pilihanraya itu, mereka sudah jatuh miskin kerana wang simpanan mereka sudah habis ditaburkan kepada rakyat.

Apakah anda akan fikir bahawa mereka akan menjadi wakil rakyat lurus bendul, kalau kurang pasti sila rujuk kepada Tun Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia..?

Kalau dalam kempen pilihanraya, rakyat menganggapkan bahawa mereka dapat durian runtuh dari calon maka apabila selesai pilihanraya giliran calon yang jadi wakil rakyat pula mengumpul duit untuk menjadi orang kaya semula.

Pertanyaan saudara berkaitan dengan "KENAPA NEGERI KITA MISKIN?"

Jawapannya adalah kerana rakyat negeri saudara terima rasuah dan melantik ahli politi yang mengamalkan rasuah.

Padan muka sokong lagi Barisan Nasional...!!

Unknown said...

Yang sanggup jadi pelacur itu BUKAN kerana miskin - ramai orang yang miskin tetapi tidak jadi pelacur.

Si miskin ini jadi pelacur kerana ingin hidup bebas ber poya2 dan mendapat banyak wang dengan mudah.

Negara kita dibanjiri oleh pendatang dari negara lain kerana di sini terdapat banyak perkerjaan HALAL yang sedang menunggu.

Menjadi pelacur bukan lah disebabkan kemiskinan.

Sape PR/UMNO/BN yg nak panjangkan zakar? said...

Takbirr!!

Anonymous said...

Pro-UMNO MCA Is Anti Buddhist !
Contributed by Anak Mami

Ven. Phra Piya Thammo,
Rumah Pangsa
Blk A-7-9- Jln Padang Tembak,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia

Dear Devotees,

Before I commence of my letter-writing toward. All of you, I would like to inform all of you that I am not satisfy with the lawyer, Dato YIP KUM FOOK (MCA chairman Gombak) due to his bad inspirit impressions because he sent an inspector to come to our SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia to arrest me without any good reason, moreover, the lawyer, YIP KUM FOOK is not satisfy with Chief monk.

When the Chief monk had me to go to his Temple already and he went away and left me alone to take care until Chief monk come back to the Temple first and he also told me not to leave the Temple if any committees or the chairman want to chase me out, you don’t leave the Temple at all understand? Then I said, alright? To the chief monk! On the second Day, YIP KUM FOOK(MCA Man) came to our Temple and talk to me. He tired to make some inquiry from me and he asked me, where I come from? I told him that I came from Penang.

Then, I told to the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) that the chief monk came to Penang and fetch me and invited me to accompany him to go to his temple in K.L. I am not aware that YIP KUM FOOK(MCA chairman Gombak) is not in a good terms with the chief monk, chief monk already in this way, YIP KUM FOOK try to create trouble with me unnecessary. That is why, the lawyer want to chase me out of the Temple. Then I asked the lawyer, why you want to chase me out of the temple? Moreover, the Temple is not belonging to you, UNDERSATAND? Then, I asked him, who are you? I don’t know you at all, you have no right to chase me or control me at all, UNDERSTAND? You are just like a layman only. Do you know the regulations that any the chairman or committee cannot control the monks and the Nuns at all, also UNDERSTAND?

I scolded him like that. Then the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) is not satisfy with me and he told me that he will called the police to come to the Temple and arrest me. I told him to go ahead and called the police to come and arrest me. I won’t run away, I said to him like that. I have done nothing wrong toward you, why you want to arrest me? He said, he doesn’t like me to stay here. I asked him, why? Again. After this he got very angry with me, then he phoned up to the police and the police came to the Temple and told me to leave the Temple.

I told to the inspector of the again, I am sorry, I won’t leave the Temple because the chief monk had instructed me not to leave the Temple without his consent, UNDERSTAND? Then the inspector told me to leave, again. I told him I cannot leave the Temple because the Chief Monk hasn’t come back yet. This time, the inspector got very angry with me and he took out his handcuff and try to threaten me, then I immediately show off my hands for him to lock me up but he scare, then again, the inspector told me leave the Temple again but I still don’t want to leave the Temple.

Then I phoned up to the chief monk again and I told him that the inspector insisted want to arrest me, you better come back to settle the case for me. After this incident, Chief Monk came back to the Temple and take me to go to another temple and stay their. That’s all about this incidents! Last of all, I would like to inform all of you, that no committees or the chairman can control all the monks and Nuns at all also UNDERSTAND? “They are higher than the King,” also! So how can the laymen, the committees and the chairman to control them: – EVEN THE KING ALSO RESPECTED THE MONKS AND NUNS. Why the chairman doesn’t respect the monks and nuns? They will carry the sins later on, UNDERSTAND?

Yours in Dhamma

Ven. Phra Piya Thammo
Penang, Malaysia