Seorang budak sekolah Tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Pekan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.
Roslan Ali, daripada yang lengkap berpakaian seragam sekolah hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.
Guru disiplin sekolah berkenaan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.
Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Feb ini untuk sebutan kes itu.
Roslan didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J8521 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini.
Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Ketika ditanya adakah Mohamad Shukri akan didakwa, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan.
Mengenai kemungkinan lebih ramai dituduh berkaitan dengan skandal itu, Raja Rozela berkata beliau hanya menerima arahan untuk mendakwa kedua-dua tertuduh sahaja.
Terdahulu, Raja Rozela memohon mahkamah memandang serius kerana barang yang dicuri bukan enjin motosikal tetapi ia adalah enjin pesawat pejuang.
Peguam bela V. Ravichandran yang mewakili Tharmendran dan peguam bela Pritam Singh Deol yang mewakili Rajandran memohon kepada mahkamah agar anak guam mereka itu diberi jaminan yang rendah berikutan kesemua akaun telah dibekukan dan tidak mempunyai wang yang banyak.
Bagaimanapun, Raja Rozela membantah kerana ia bukanlah faktor utama dalam memohon jaminan.
Rajandran dijamin oleh abangnya sementara Tharmendran gagal membayar jaminan. Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay. - FAKAP
http://adukataruna.blogspot.com/
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, January 06, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
satu lagi episod drama "najib altantuya 2"
plotnya sama saja - orang bawahan yang didakwa...
kepada semua blogger & reporter kalau ada peluang tolong ambil gambar dua suspek yang didakwa itu cepat2 kerana selepas ini... tak mungkin sesiapa pun yang akan dapat melihat wajah mereka sehinggalah hukuman gantung dijalankan.
samalah dengan kes "najib altantuya 1" dulu, kedua2 yang dijatuhkan hukuman gantung itu tidak dapat dikenalpasti wajah mereka hinggalah mereka digantung nanti...
dan mereka yang dihukum itu, tak langsung ada kena mengena serta mengenali altantuya...
persoalannya bagaimana dengan begitu mudah 2 orang bawahan ini boleh mencuri 2 biji enjin jet, sudah tentu sewaktu hendak mengeluarkan dari setor dulu, sekurang2nya forklift & kkontena diperlukan dan untuk mengeluarkan injen tersebut memerlukan saint pegawai atasan.
jika benar ini berlaku... bermakna "keselamatan negara MALAYSIA memang berada ditahap membimbangkan"!!!
sama macam kes altantuya dulu, bagaimana dengan begitu mudah C4 dikeluarkan dari setor senjata tanpa seorang pun pegawai atasan yang tahu.???
kepada rakyat 1Malaysia yang masih cintakan negara ini,
masihkah anda sanggup membenarkan pemerintah yang "rosak" ini terus menerajui negara???????????????
aduka ni mmg pandai saikologi la haha
aku dengar pemandu kontener pun akan di siasat...bawa lari injin jet...begitu juga dengan drebar kapal laut..dan kelindan kapal terbang pengangkut....kah kah kah kah
kalu budak-budak baca apa yang ko ubah daripada berita sebenarnya ko tanggung la dosa. Ko ni munafik la bila menulis ko menipu.. tulis citer yang benar... lepas kita komen la.. malas nak komen citer yang merapu ni
Anonymous 11:28 PM said...
woi bodoh!
otak ko sempit..
tu sebagai sindiran..
ko paham tak?? tula orang2 cm ko ni la wat malaysia mundur..
klu tak paham tak payah la komen..!
orang tak mintak pown ko komen kt sini!bodoh!
Masuk jel pun tak per...dah ler masuk milion million...kalau kelakuan baik..nanti dilepaskan dan seterusnya hidup meawah hingga anak cucu...!!
Mungkin tinggal kat banglo lagi...isteri 2-3 pun no prblem punya...hari hari makan kuat, pun duit tak habis !!
Jangan curi kat supermarket kecil kecilan, nanti kena sebat dan msuk jel...nak curi biaq besaq giler...tk der undang undang sebat...ini undang undang .
emmm... drpd fokus nk cari kelemahan org... baik la wat sesuatu yg bole bwk manfaat bersama...
wat pe la kutuk2 org2 smbil gune kn sindiran... mcm la org len bodoh sgt nk paham cerita sebenar...
buat la sesuatu yg bole membangunkn masyarakat... tanpa mengira ganjaran atas ape yg kita buat...
pangkat, harta, status....
suma mainan dunia...
klu nk wat baik... x semestinya kne ade pangkat or harta...bole je nk wat kn... cume tu la... kadang2 hati ni da busuk...nk cri gak kelemahan org len... sdg kn diri kite sendiri pon lom tentu perfect...
dgn buat baik... org lg mudah nk percaya kite ... dr kite wat mende2 camni ... org makin benci ade la..
kejar la akhirat... maka yg dunia pon dpt skali ...
wallahualam...
sumanya samer jer... kalau nak berdakwah , masukla komen kat blog amno, baru betul!!! kat blok haluan kiri ni memang stail kurang ajar sebab orang amno x paham bahasa beradab!!!!
susah betul kalau ada ketaktelusan dalam pentadbiran nie....pas tu pulak ada pulak orang ambik kesempatan atas kelemahan yang berlaku...
akhirnya jadi macam ni la.... kita gak yang rugi...
Post a Comment