"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 09, 2010

Krisis Istana Kelantan Selesai

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemelut yang melanda Istana Kelantan selesai dan berharap isu yang timbul tidak menjejaskan rasa hormat rakyat terhadap sistem beraja di negeri ini.

“Saya berterima kasih kepada Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad yang mengeluarkan kenyataan istana semalam. Saya sendiri tidak boleh buat kenyataan-kenyataan begitu, tentu jadi masalah lain,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Beliau berkata, kemelut istana itu dapat diselesaikan jika tiada pihak yang cuba mendahului pemerintah yang telah dilantik.

Katanya, beliau tidak boleh campur tangan dalam kemelut dalaman itu kerana perlu diselesaikan oleh pihak istana sendiri.

“Dalam sebuah rumah tangga kena ada seorang ketua. Begitu juga dalam sebuah negeri kena ada seorang raja. Dalam sebuah negara kena ada seorang agong. Begitu juga dalam dunia langit dan bumi, kena ada satu tuhan.

“Tak boleh dua orang suami di dalam sebuah rumah, dua orang raja dalam sebuah negeri, dalam sebuah negara tidak boleh ada dua agong. Begitu juga dalam dunia, tidak boleh ada dua atau tiga tuhan,” katanya.:

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Sultan Kelantan semalam menyatakan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak Sultan, Tuanku Ismail Petra berdasarkan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.:

Abdul Halim dilaporkan berkata, mengikut perlembagaan tersebut, adalah jelas Tengku Mohammad Faris berkelayakan untuk menguruskan negeri semasa ketiadaan baginda sultan akibat kegeringan mengikut Klausa 1 (b) dan klausa (3) artikel 22A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan dan Tengku Fakhry tidak mempunyai kuasa dalam undang-undang untuk bertindak.

Kemelut dalaman istana Kelantan bermula apabila Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang menghidap serangan jantung berangkat menerima rawatan susulan di Singapura sejak Mei tahun lalu dan putera sulung baginda, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai pemangku raja.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau berterima kasih dan bersetuju dengan tindakan Abdul Halim yang dilihat dapat menjelaskan keadaan berhubung kemelut dalaman istana.

Katanya, semua pihak harus bersyukur kerana di rantau ini hanya Malaysia sahaja masih mempunyai sistem beraja manakala negara lain seperti Indonesia, Filipina dan Singapura telah terhapus sistem beraja mereka.

“Kita sahaja sekarang ini (miliki sistem beraja). Di Indonesia, sultan sudah tiada. Di Singapura pun begitu. Di Filipina, pun habis dah,” katanya.

2 comments:

PERDANA said...

KITA LETAK KEPTNGAN ISLAM DAN RAKYAT DIDAHULUKAN; JADI APA2 SISTEM YANG MERUGIKAN, MENYELEWENG, MEROSAKKAN, BAHKAN MEMBUNUH MASA DEPAN RAKYAT JIKA PERLU KITA HAPUSKAN DALAM SISTEM BERNEGARA INI. pILIH LAH SISTEM YANG MENGUNTUNGKAN,DAN KEBAIKAN KEPADA RAKYAT TERBANYAK.

Anonymous said...

Sebenarnya di rantau ni, Thailand pun masih ada sistem beraja, Brunei masih ada, Kemboja jugak ada !

Dalam bebanyak tuh, yang paling powerful dan berpengaruh adalah Thailand ( org Siam anggap raja dia mcm Tuhan ), diikuti oleh Brunei ( berkuasa dgn harta berbillion ), Malaysia dan barulah Kemboja yang hidup segan mati tak mahu ...

Cuma sistem beraja kita jer yang paling unik ...