Di bawah ini saya bawakan tulisan dari Ali@BaganUtama. Selamat Membaca :
Tulang Besi
Ust. Abdul Ghani Samsudin "menasihati" Ust Harun Din
oleh : ali
Salam Jalan Raja Laut. Pada hari Selasa 19 Jan 2010 yang lalu telah berlangsung "roundtable talk" di rumah Anwar Ibrahim mengenai isu kalimah ALLAH oleh bukan muslim. Den maleh nak cito yang lain-lain. Anda boleh rujuk [link ini], [link ini] dan [link ini] untuk berita lanjut. Apo yang den nak paparkan ialah bilo time Ust. Abdul Ghani Samsudin berpeluang bercakap, beliau dengan sinis menyindir Ust. Harun Din dengan berkata, "..kita harap Dr. Harun Din tidak dimanfaatkan oleh golongan tertentu," sambil disambut dengan gelak ketawa dan riang ria oleh para hadirin yang hadir. Den tak tahu la YB Zulkifli Nordin ketawa atau tidak. Zulkifli Nordin sepanjang sesi di rumah Anwar tersebut hanya senyap menikus. Walhal dalam blog dialah hero. Dialah segala-galanya. Poyo bai. Untuk makluman, Ust. Harun Din dijemput tetapi memilih untuk tidak hadir. Pokok dek ekaulah. Dr. Harun Din dan Zulkifli Nordin den nasihatkan masuk UMNO atau bikin parti politik baru. Kehadiran mereka berdua banyak menganggu gugat Pakatan Rakyat dari dalam.
Cayala Tuan Ibrahim
Lagi satu den nak highlight, den respek dengan ucapan Tuan Ibrahim Tuan Man di rumah Anwar Ibrahim pada malam tu. Cantik hujah dia.
Khalid Samad vs Zulkifli Nordin
Semua orang tahu Zulkifli Nordin telah menghina Khalid Samad pada 4 Jan 2010 dengan melabel beliau sebagai politikus hingusan. [klik link] Tetapi bila di rumah Anwar, Zulkifli Nordin senyap menikus. Apepasal kau tak tunjuk hero kau depan orang ramai pada malam itu. Khalid Samad punya syok berhujah, para hadirin menjangkakan "hero Melayu" Zulkifli Nordin akan bangun membidas hujah Khlid Samad. Jangkaan meleset bai. Zulkifli Nordin memilih untuk senyap. Eh bai tunjuk la jantan kau sikit. Hilang respek den dengan Zulkifli Nordin ni. Kau ni rupanya sama taraf dengan den. Tunjuk hero dalam blog. Den blogger cikai, kau pun nak ikut samo cikai. Memang mangkuklah sapo yang bawak dia naik jadi Yb pada Mac 2008 hari tu.
Conversation satu hala boleh la bai
Rupanya Yb mangkuk ni cuma tunjuk hero dalam blog dan ceramah je. Satu hala. Cuba buat dua hala macam dalam forum, memang out la bai. Malam tu pun tak terlawan dengan hujah Khalid Samad. Senyap sunyi bai. Lain kali jangan cakap besar. Biasanya hujah Zulkifli Nordin didalam blognya penuh dengan sentimen dan emosi. Berfakta la sikit. Lihat Khalid Samad, penuh fakta dan hujah. [klik link] Zulkifli Nordin dalam isu kalimah ALLAH bukan sahaja melawan Khalid Samad malah keputusan Partinya sendiri.
Peguam den
Hari ini dalam blognya, Zulkifli Nordin mengatakan Khalid Samad menghina Islam kerana menghina Enakmen Negeri Selangor. [klik link]Eh bai, Enakmen yang dimaksudkan oleh Khalid Samad tidak bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah. Mana-mana Enakmen atau undang-undang Negeri yang tidak mengikut Al-Quran dan Sunnah adalah menghina Islam. Sepatutnya kita patut julang Khalid Samad sebagai HERO kerana menjulang martabat Islam. Ini terbalik bai. Lupo lak den, peguam kan pandai spin fakta. Takpo bai, den hantar peguam den jawab balik hujah kau. Maleh den nak pakai hujah-hujah Al-Qaradhawi dan Wahbah Zuhaili. Wasting my time lah. Zulkifli Nordin !!! Kau baco hujah peguam den ni. Jangan tak klik bai.
11 comments:
kah..kah..kah...
Cah Keting sekor ni cuba nak spray bisanya....
---J A N G A N L A Y A N----
bang..Tuan ibrahim tuan man tu ...lecture den maso kek itm jengka dulu..memang den respek kek dio tu..aura dio lain macam bona..goma botul den kok dio bori tazkirah kek mesojid dulu..memang den x miss kok dio tibo..harap dio bejayo la maso akan datang..kok jumpo dio kobaan ujang bahau kirim salam yo..koba an kek nordin tu..bawak la berunding bebaik..malu kito kek bangso lain...raso eh dio tu poning la..haha..harap tindakan segera dapek dibuek dgn tegas dan adil..jgn nak memain dgn namo Allah..beronti la buek kojo pandir ni..hal org lain kito nak poning buek apo..bangang..kiro eh ese setuju la ngan zaid tu..pecat nordin..lantik ese plak..haha..timokasih
woit..
harap zul & Harun Din je la yang berani..
Yang lain Semua Ikut Pungkok ANwar al Juburi...
gilo kau bai...
alah.. tulang besi pun sama bangang dgn zulkifli nordin je.. masalah ni kilaf lah bodoh.. yg ko kutuk Harun Din tu apsal? Ko belajar ugama tinggi mana? Tak pernah pun aku dengar TGNA menyanggah pendapat Harun Din, yg ko tu terrer sangat ke agama? Ko bodoh tu duduk diam saja dah lah
"Memang mangkuklah sapo yang bawak dia naik jadi Yb pada Mac 2008 hari tu."
AKU HARAP PENULIS NI MINTAK MAAF KAT PENGUNDI PERLIMEN KULIM BANDAR BARU.
TIME MENGUNDI KORANG YANG BERIYA2 NAK JATUHKAN BN/UMNGOK TAPI BILA DAH JADI MACAM NI KORANG SALAHKAN PENGUNDI?? KORANG YANG TAK BUAT TARBIAH KEPADA CALON KORANG, PASTU KORANG BAK SALAH KAN PENGUNDI KULIM BANDAR BARU LAK??
PIKIR LA SIKIT NAK CAKAP TU..
ABISTU NAK KAMI SOKONG UMNGOK KE??
BUAT TULANG KRISTIAN YG GIGIH BERJUANG MENEGAKKAN BATIL
Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini..
Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya
Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..
Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka..
Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..
Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya..
Risau gak klu jadi camni kat M'sia.
Di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular..
Lu Fikir lah Sendiri....
Sudah-sudahlah tu, lebih baik memperjuangkan hukum Allah dalam Al-quran dan akidah umat Islam di Malaysia yg semakin lama semakin teruk dari memperjuangkan kalimah Allah, mengapa kita baru sekarang bertelagah sedangkan sabah dan sarawak dah lama pakai. Perjuangkan nasib rakyat beb yang semakin lama semakin tertekan, nabi pernah bersabda kemskinan membawa kekufuran. Mufti Perak pernah cakap lebih 200 ribu dah murtad, pergi cari mereka. Apa yg penting disini anak-anak kita mesti ditanamkan akidah yang kuat. Macam kes Aishah Bukhari menurut cerita hafaz Yaa Sin, kenapa berubah agama? sepatutunya kita berfikir bagaimana nak meramaikan umat Islam di Malaysia. YB Zul ngan YB Khalid harap berdamai jangan nak tunjuk sapa hero. Ustaz Haron Din pun mungkin ada kesilapan beliau atas kapasiti manusia, yang tidak dapt tidak pasti akan membuat kesilapan. Isu ini hanya menyerlahkan kelemahan PR.
Saya menyokong kepimpinan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, kerana Dr. Haron Din lebih layak memimpin pas...
Kau biar betul bhai. Mana maklumat kau dpt Zulkifli tak nak bercakap?
Kawan aku yg hadir malam tu bagitau, YB Zul nak bercakap, tapi DSAI tak bagi ruang. Dia siap dah angkat tangan lagi.
POKOK PANGKAL HATI...
KALAU BERIYA NAK UNDI DAP SERTA KRISTINITY AHLI2 NYA...
MAKA HUJAH BERAT KESANA
KALAU KITA PERNAH TENGOK BIBLE VERSI ARAB TRANSLATE BM (BUKAN INDON)
KALAU KITA PERNAH LIHAT CERAMAH KRISTIAN DIINDONESIA
KALAU KITA PERNAH TENGOK BUKU/VCD2 KRISTIAN YG SELALU DIEDARKAN
KITA AKAN BERAT MERELAKAN PENGGUNAAN 'ALLAH' KITA RISAUKAN NATIJAH.. BUKAN MANFAAT POLITIK..
(ingatlah (dandiriku juga) bahawa dunia (termasuk nikmat kuasa politik) adalah sementara..
kita di akhirat akan 100% bergantung kepada demensi ciptaan
Allah. Berapa lama kita akan hidup..kita pasti tidak boleh paksa Allah menjaga kita atau mewujudkan kita sampai bila2.. kita wajib berserah diri padaNya..sentiasalah bersyukur pdnya)
YaAllah amponkan aku..niat aku nak elakkan Politik diatas , islam dibawah..
pada moderator..Kalau org jadi tahi judi maksudnya.. dirinya tak dapat mengawal diri sendiri dari gelojak nafsu-judi.. tahi ekor
politik tidak terkecuali.. ada tahinya..anuar sudah kemaruk politik.. (takut bimbang beliau melepasi batas..dan Allah terlalu murka padanya)
Post a Comment