"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 02, 2010

Dr Mahathir Telah Melaksana Program Ekonomi CIA Yang Terbukti Gagal di Amerika Latin

Saya ada terjumpa sebuah buku tulisan Naomi Klein bertajuk "The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism". Betapa banyak persamaan program ekonomi Dr Mahathir berbanding dengan pengalaman ramai negara2 yang gagal di bawah sistem kapitalism pasaran bebas seperti Chile, Russia dsbnya.

Saya rasa kalau ada anugerah untuk dictator paling pandai berlakon di “Academy Awards”, nescaya anugerah itu pergi pada Dr Mahathir Muhammad.

Ingat atau tidak projek penswastaan (dan perusahaan berat) Dr Mahathir Muhammad sewaktu mula-mula beliau menjadi PM. Penswastaan Dr Mahathir adalah program yang beliau tiru dari Magaret Tatcher dan Ronald Reagan. Pada waktu yang sama, Dr Mahathir dengan mulut murainya ke sana ke mari memaki serta mengutuk Barat. Ertinya, tindakan beliau mengutuk Barat tu tidak lebih dari satu sandiwara. Pada waktu yang sama beliau memaki Barat, beliau telah mengimplementasi segenap program Barat yang dipanggil “penswastaan”.

Penswastaan juga dilaksanakan oleh Suharto di Indonesia. Kita tidak hairan kalau Suharto melalukannya kerana Suharto adalah agen CIA. Beliau jadi Presiden pun dengan bantuan 100% dari CIA. Tapi Dr Mahathir sepatutnya tidak boleh melakukan demikian kerana beliau anti Barat dan anti Yahudi

PENSWASTAAN ERTINYA MENYERAH ASET NEGARA KEPADA KRONI DAN UMNOPUTRA

Kita sering bertanya kenapa kos hidup sekarang ini semakin mahal. Mengapa pada zaman 80’an, dengan gaji RM 1000 kita mampu sewa rumah, beli kereta dan menanggung persekolahan anak-anak. Tapi, sekarang ini, dengan pendapatan RM4000 pun kita masih terpaksa berhutang keliling pinggang.

Ini semua adalah berkait rapat dengan konsep PENSWASTAAN Dr Mahathir Muhammad yang kononnya dilakukan untuk MEMBANGUN MALAYSIA.

Hakikatnya, penswastaan adalah memberi kekayaan negara kepada kroni supaya kroni2 UMNO dapat mengaut keuntungan berlipat ganda.

Misal yang paling utama adalah PLUS. Sekiranya Lebuhraya Utara Selatan dibina oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, nescaya kadar tol yang kita bayar adalah SETENGAH atau SUKU dari kadar yang kita bayar sekarang ini.

LLM masih boleh mengenakan bayaran tol kepada pembina jalanraya sebagai bayaran balik, namun LLM sendiri tidak perlu membayar dividen kepada “pemegang saham” LLM. LLM tiada pemegang saham. Ia adalah milik kerajaan Malaysia.

Bila kadar tol yang sepatutnya dibayar menjadi dua atau tiga kali ganda dari kadar sebenar, maka secara otomatik segala harga barang keperluan akan naik berlipat kali ganda.

Maka, di situ, harga barang keperluan terpaksa naik dan tidak turun.


Misal lagi satu adalah MAS. Sebelum MAS diswastakan kepada Tajudin Ramli, MAS ada hampir RM900 juta dalam bentuk tunai. Ertinya MAS beroperasi dengan mencatat keuntungan yang begitu positif. Tapi, selepas diswastakan, MAS rugi berbillion-billion ringgit. Dan apabila MAS rugi, siapa yang kena tanggung kerugian? Kroni? Tidak. UMNO? Tidak. Daim Zainuddin? Tidak. Jawapannya adalah RAKYAT MALAYSIA.

Kerugian MAS itu sahaja menyumbang kepada kejatuhan “kuasa membeli” rakyat Malaysia kerana Malaysia terpaksa mengadakan bajet yang defisit.

Dan, termasuklah juga, “bail-out” yang lain yang berjumlah berbillion-billion ringgit yang semuanya ditanggung oleh rakyat Malaysia dalam bentuk “Bajet Defisit”. Bajet yang defisit akhirnya MENGECILKAN nilai matawang Malaysia menyebabkan pendapat yang kita dapat selama ini semakin lama semakin mengecil.

Sebab itu, bagi orang yang pendapat tidak naik dalam masa 10 tahun kebelakangan ini, mereka akan dapat merasa betapa MENGECILNYA nilai wang yang ada dalam tangan mereka.

Rata2 rakyat Malaysia, di dalam 10 tahun kebelakangan ini, pendapat mereka adalah STATIK dan TIDAK BERUBAH dengan banyak.

Tapi, kos hidup naik melambung-lambung (walaupun data sebenar disorok oleh Bank Negara).

MAHATHIR MENGIMPLEMENTASI PROGRAM EKONOMI CIA YANG TELAH GAGAL DI AMERIKA LATIN

Dr. Mahathir sebenarnya melaksanakan program ekonomi yang dipaksa oleh CIA ke atas negara-negara Amerika Latin selepas CIA menjatuhkan pemimpin2 negara yang mereka anggap SOSIALIS. Pemimpin2 seperti Allende di Chile dan Arbenz di Guetemala.

Di Chile selepas CIA menjatuhkan Presiden Allende, mereka telah menaikan seorang dictator bernama Agusto Pinochet. Selepas Pinochet ditabalkan sebagai Presiden, polisi ekonomi yang dilaksanakan di Chile adalah :
a. Penswastaan harta rakyat
b. Deregulasi (i.e. seperti berlaku dalam sektor telekomunikasi)
c. Pengurangan perbelanjaan social
d. Pengurangan cukai korporat
e. Tekanan kepada mereka yang tidak sehaluan
f. Pengurangan kebebasan demokrasi dan kebebasan bersuara
g. Peningkatan kadar korupsi

Agusto Pinochet melaksanakan polisi ekonomi beliau berdasarkan kepada progam yang ditulis oleh ahli ekonomi University Chicago bernama Milton Friedman dari buku beliau bertajuk “Capitalism and Freedom”

Hasil dari perlaksanaan polisi ekonomi seorang Yahudi bernama Milton Friedman ini, Chile hampir jadi bangkrap, kemiskinan bertambah, korupsi naik menggila, rakyat kelaparan, demokrasi hancur, rakyat ditangkap tanpa bicara dan disiksa dalam tahanan, kadar kehilangan kerja naik menggila, dan yang paling menyedihkan adalah jurang pendapatan antara miskin dan kaya bertambah besar dan sampai sekarang tidak dapat diperbetulkan.

Program seperti di Chile dilaksanakan di hampir kesemua negara Amerika Latin seperti Argentina, Bolivia, Guetamala, Brazil, Mexico dsbnya.

Hasilnya, syarikat2 Amerika dapat masuk ke Amerika Latin dan merompak kesemua kekayaan rakyat dan meninggalkan majoriti rakyat kelaparan dan dalam kesusahan yang amat teruk.

Program yang terbukti gagal seperti di atas telah dilaksanakan oleh Dr Mahathir dengan begitu bersemangat sekali. Tak hairanlah rakyat Malaysia sekarang ini tidak dapat menikmati kehidupan sebagai rakyat di dalam negara yang membangun

SEMUA PROGRAM PENSWASTAAN DR MAHATHIR GAGAL

Semuanya gagal. Semuanya terpaksa di selamatkan oleh Rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim telah cuba menghalang wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan kroni2 UMNO dan UMNOPUTRA dan beliau membayar dengan mahal sekali usaha beliau.

Daim bebas menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan beliau serta budak2 beliau seperti Halim Saad dan Tajuddin Ramli. Dan bila Anwar menghalang, Daim menaja skim memfitnah Anwar sebagai peliwat. Ahli2 UMNO semuanya percaya bulat2 fitnah ini.

Semuanya kerana Dr Mahathir adalah seorang yang tidak TAHU BAGAIMANA MEMBANGUN NEGARA. Yang beliau tahu, guna wang rakyat dan beri pada kroni dan kontraktor2 luar negara. Bukankah KLCC dibina oleh syarikat Jepun dan Korea?

Nasib baik Malaysia ada wang minyak, tapi lambat laun wang minyak akan habis. Dr Mahathir telah berjaya mengkayakan anak-anak beliau.

Dan UMNOPUTRA semuanya hidup senang lenang pada waktu yang sama anak2 Melayu bergelumang dengan hutang keliling pingang setiap hari.

Banyak program2 sosial telah dikurangkan atas nama penswastaan menyebabkan syarikat2 monopoli seperti TNB sentiasa menaikkan kadar tariff, padahal TNB adalah monopoli. TUjuannya adalah untuk mengkayakan pemegang2 saham yang mana saham tersebut telah diberikan oleh Dr Mahathir dan UMNO untuk tujuan mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA.

PENUTUP

Dr Mahathir adalah seorang yang lidah bercabang. Di waktu beliau memaki Barat dan yahudi, beliau dengan senang hati melaksanakan program ekonomi Yahudi/CIA yang terbukti telah gagal di Amerika Latin 10 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Sepatutnya, Dr Mahathir mesti ditangkap dan dibicarakan di mahkamah Hak Asasi Antarabangsa seperti yang berlaku kepada Agusto Pinochet. Bukan dibanggakan seperti sekarang ini.

Tulang Besi

41 comments:

Pakdo Wel said...

weyyy, mana pegi semua pembela mahadir

kesian mahakutty kena lanyak ngan TB.

tb.jaga2 kang ada repot polis kat hang. skang aNj**G UMNO berkeliaran mencari mangsa di alam cyber,,1 mangsa 1 pangkat naik bro...masyukkkkk.

Anonymous said...

Buat apa cerita Mahathir. Dia dah tak de kuasa lagi. Cerita politik semasa la. Misalnya perpecahan besar2an dalam Pakatan rakyat. serang menyerang sesama Pakatan rakyat seprti sesama manusia di Iraq dan Afghanistan.

Dah habis modal ke?

Awang Dogol said...

Woi siBangang TB,

Hang belajaq dulu sapa yang tanggung hah? Jenis tak kenang jasa.

Hang tak nampak ka pembangunan yg terserlah, jalan yang melebar, bandar yang berkembang. Lebih 20 tahun DSMM mengeras otak utk pembangunan rakyat tau. Dia nak tengok rakyat senang, Dia nak tengok rakyat gembira, Dia nak tengok supaya rakyat sedar. Semua tu pakai duit tau. Kalau semua kerajaan yang tanggung projek mega tu, bila nak siapnya...itu nak bagi..ini nak bagi...termasuklah hang sendiri yang nak pakai duit tu.

Pikiaq la sikit BANGANG woiiii...Otak hang kat kepala lutut ka?

Nak aku sebut sekali lagi...BANGANGGGGGGG

pisangmalaysia said...

PPP dok gaduh tak habis sape yg jd chief of de club. mca..dah setel ka??jauh panggang...mic?..hoiii...deepa ni tadak krisis langsung (baru cakap nak bertanding mnentang chief terus kena sack...haru!!)..gerakan?..jaga-jaga, next PRU..post chief penang hanpa kena bg balik kat ameno...dan..parti ameno???dok mereput tang tu la...(tp x ngaku...ha ha ha)..kat kg2, yg pi dengar ceramah depa ni org2 tua yg xleh nak kata apa sebab terasa ameno berjasa dgn kain pelikat,beras, gual,bantuan itu ini (tambahan dekat2 pilihanraya)org muda saluran 3 dan 4 dah lama x suka kat ameno ni kecuali dapat balasan setimpal...Lagi satu cah keting dalam ameno lg hebat bhai...Utk jawatan ketua pemuda bahgian saja, upah melobi buleh sampai 5 angka tu bhai!!jadi x heran la kalo PR yg baru setahun dua bernikah, dok bergaduh dalam kelambu berbanding dgn BeeEnd yg dah lebih 50 tahun tp takdak nampak perpaduan sesama depa...Mca,mic,ppp dll kecuali ameno tu memperjuangkan melayu ka? memperjuangkan islam ke? Karat ameno...akan menyesal bila dihjung usia...sbb apa? sape yg nk pedu dgn depa lg, dah takdak kepentingan...pi la perati tgk depa2 ni...kalo tak percaya...haru haru..

Anak Bugis said...

Kebijaksanaa Mahathir adalah menjahilkan rakyat, melemahkan orang Melayu, mencambahkan nepotisma, kronisma dan yang paling berjaya mengembangkan gejala rasuah .. dulu.. kini dan selamanya..

Awang Dogol said...

Nampaknya blogers2 PR ni bertambah bangang...Jenis manusia yg tak panDai kenang jasa.

KAU ORANG PI HIDUP KAT AFRIKA LAGI BAGUS LA...ORANG DAH BAGI PEMBANGUNAN, KESENANGAN, KESELESAAN..hampa dok komplain pulak. DSMM bukan nak tengok hampa sorang aje tau....berjuta rakyat M'sia yg memerlukannnya.

Memang Jenis manusia2 BANGANG hampa ni.

Tulang Besi said...

Deii segala polisi Mahathir, UMNO masih laksanakan sampai sekarang.

Ada faham???

Anonymous said...

Ko tu yang BANGANG nak mampus Awang Dogol ...
wOI Dogol pembangunan & kemajuan adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah.. TAPI adakah pembangunan yg dibuat memberi MAFAAT kepada rakyat secara keseluruhannya? ko gi mana2 pun kene bayar jugak ...
Woi BANGANG...
Selama Mamak Kutty tu memerintah berapa banyak pembaziran yang dia lakukan ko tolong jawab...
Woi BANGANG...
Ko tau tak sejarah Mamak Kutty ni..
Ko tau tak kat mana dia menuntut? Banyak kan membaca ya BANGGANG!!!

Anonymous said...

terpaksa mengaktifkan word verification? haha! ;D sudah2lah perisik rakyat, terus perbodohkan bangsa melayu awak. biar mereka jadi bodoh dan 50 tahun akan datang melayu akan pupus dan perisik rakyat pasti gembira. :)

Anonymous said...

KALU NAK BETEKAK NGAN SIBADIGOL BANGANG NI BUAT SAKIT JIWA..DIA NI SB DAH DIBAYAR...BANGANG NYE SIBADIGOL NI DIA TAU TAK DARI MANA DUIT SI PENYANGAK KUTTY NI DAPAT? DARI RAKYAT LEE YANG BAYAR CUKAI DAN DUIT MINYAK PETRONAS YG SEPATUTNYE DISALURKAN UNTUK PEMBANGUNAN DAN KESELESAAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA...AKU MINTAK YANG ADA AKAL JANGAN LE MELAYAN SIBADIGOL YANG MEMANG TERBANGANG TU

Anonymous said...

Bagi saya mahataik ni setaraf firaun zaman dahulu. Cirinya sama je, gemar membina binaan mega dengan menindas rakyat, samada memerah keringat rakyat dengan pelbagai bailout oleh cukai rakyat aeau menyalahgunakan hasil mahsul bumi negara ini.
Sesiapa yang menentangnya akan menerima padahnya spt DSAi. Bagi pengikut ngok umno, Mahataik ni tuhan mereka, apa yang di buatnya semuanya betul orang lain salah. Ini terjadi bilamana DSAI berhadapan dgn tuduhan liwat yang mana seorang ahli umno mengaku dia percaya benda tu berlaku. Bodoh punya manusia ni takde otak,percaya manusia bernama Mahataik yang dia sendiri mengaku dia Firaun.

Begitu rendah maruah dan pemikiran kepala hotak orang umno, tak percaya kpd tuhan tapi percaya kepada makhluk bernama Mahataik.

Sebab semua jadi begitu kerana pengundi umno kebanyakkan makan tahi, jadi otak mereka tak boleh berfikir. Dalam kepala Firaun malaysia tu kerjanya ingat macam mana nak tipu melayu, tapi melayu spesis umno dah bodoh piang maka seterusnyalah ditipu oleh kuncu2 dan gerombolan Mahataik sehingga kini. Kalau masih tak sedar diri, mampuslah kau orang semua dulu, kini dan selamanya.

Anonymous said...

Satu analisis yg dangkal yg pasti boleh di "rebutt"kan. TB/TP sila bukak mata serta lapangkan otak dan lihat disekeliling kamu. Kamu dan yg lain spt mulut celupar aduka taruna yg boleh memfitnah dan memaki hamun dialam maya ini hasil dpd idea dan usaha siapa? Tak majukah negara ini. Sekurang-kurangnya Dr Mahathir telah berjaya memberi peluang kpd mereka yg lahir dungu (spt kamu TB/TP, aduka taruna, dll termasuk sianak bugis dan pisang malaysia) hingga pandai memfitnah dan memaki hamun melalui alam maya ini tanpa dikenakan sekatan dan kawalan rapi. Itu satu contoh. Contoh-contoh lain kamu lihat dan kaji sendiri. Banyak didepan mata kamu yg telah banyak memberi menfaat pada kamu, emak bapak datuk nenek pak sedara, pupu papat serta rakyat Malaysia yg lain. Ada akai, pakai!

Anonymous said...

bodoh gile artikel nih..
g study economy dulu la ...
nak comment pon tak tau camne hehehe
main ikut akal ko je.. kalau tak tau economy jangan la buat cite camni

Anonymous said...

woi pencacai umno.. mahathir guna duit kerajaan p bail out syarikat kpal anak dia yang bankrap sampai baratus2 juta tu apa cerita..???

duit kerajaan milik umno BN saja ka??
bukan duit org2 pas jgk, bkn duit org pkr jgk? bkn duit MCA r MIC jgk??

Anak Bugis said...

Untuk Sedara 3 suku (3.15)..hehehe

Sapa yang mengagungkan Mahathir, mereka cipta kegala kejayaan dan pencapaian hamba allah ni..??? Sapa.. ??? adakah rakyat ..??jawapannya BUKAN.. rakyat dipengaruhi untuk menerima, minda diasuh, di bentuk dari bangku sekolah bagi mengagungkan sedara kita yang kebetulan PM malaysia. Segala keburukan dan kelemahan tak pernah didedahkan, malah bila sedara kita ni menghina kesultanan Melayu, kenapa orang melayu membisu.. sedangkan dah sah-sah sedara kita ni bukan melayu tp mamak.. sejarah tak pernah melupakan kita, kejatuhan melaka ditangan portugis bukan kerana org melayu lemah tp sebab percaya kat mamak yang bersubahat dgn portugis membuka pintu kota .. nilah sebab sedara kita ni selalu cakap .. "Melayu Selalu Lupa"

Anonymous said...

Mamak Mahathir nie adalah anak didik penasihat2 yahudi pada tahun 1968 lagi ko orang yang BANGANG2 mana tau cerita ni (kepada yang tau sejarah saja yg tau cerita nie disebalik tahun 1968 nie)

bolos501 said...

.......Dengar sini anjing2 umno..memberi pembangunan adalah tanggungjawap kerajaan!!..kalau kita memilih sesuatu parti bg membentuk kerajaan...tentulah kita mengharapkan yg terbaik dri parti@kerajaan tersebut..ini termasuklah membawa kesenangan dan pembangunan!!Membawa pembangunan adalah wajib bg sesuatu kerajaan..sepatutnya isu pembangunan tidak perlu berbangkit bg kepentingan politik sempit..YG MALANG SEKALI partai BN telah meyalahgunakan mandat yg diberi oleh rakyat..harta rakyat di rompak..kebebasan rakyat disekat..mahkamah diperkudakan,dasar2 ekonomi yg merugikan rakyat cth:penswastaan!Ini dasar bangang mahazalim YG terbukti gagal!!Sekarang si nyanyuk tu masih lg menyalak..walhal dia dah xlaku..cuma yg untungnya MALAYSIA nie aman...cuma rakyat aje yg aman sebabya partai BN masih memerintah...
1Malaysia!
Rakyat d'pinggirkan
Kroni d' utamakan!!

Awang Dogol said...

Kalau dah Bangang..memang bangangpun blogers2 PR ni.

Memang betul tanggungjawap semua kerajaan utk membangungkan negara termasuklah segala prasarana ka, kemudahan pembelajaran ka dan macam2 lagi la. Dana yang diperolihi tidak dinafikan memang dari cukai. Maka dari situlah pembangunan akan dapat dilakukan.
dan semua ini untuk rakyat.

Tapi, kalau semua dpd kerajaan mana cukup duit mangkuk ayun woiiii.... Banyak bende lagi yg nak di buat untuk menyenyumkan manusia2 bangang macam kau orang ni tau. Sebab tu di swasta kan sebahagian projek2 kerajaan. Jangan la jadi bongok...jangan la jadi mangkaq...kalau dah di swastakan tu..mesti lah pihak swasta nak untung sama. Takkan nak kasi free kot. Hargapun mesti lah ada up sikit kalau tidak prasarana, kemudahan tak siap. bila tak siap jenis2 manusia macam hampa ni akan bising lepas tu tuju kat kerajaan. Itupun tak faham ka wahai manusia2 bangang.

Yg si TYB nak minta pinjaman duit tekun tu...duit itu lah yag kerajaan simpan...tapi...si TB ni bodoh sombong..pegawai tu suruh ambik t.t. wakil rakyat UMNOpun tak mahu. Nak tunjuk egonya. Lepas tu membebel kata itulah...kata ini lah...tapi sendiri tu yang bangang.

nak aku ssebut sekali lagi BANGANG....BANGANG....BANGANG

Anonymous said...

Nampaknya komen diblog ini penuh dengan caci maki sesama Islam. Adakah pengomen blog ini bukan dari golongan parti islam??? Ooooh!!!baruteringat Nik Aziz pun kata mengumpat, mencarut dan segala kata nista dibolehkan oleh Allah....

matkambing said...

sekali lagi diingatkan che det bukanlah seorang negarawan ulong. pada awal 80'an negara kita setaraf dengan taiwan, singapura dan korea selatan tetapi sekarang negara kita telah jauh ditinggal kebelakang kerana penyalahgunaan kuasa yang diamalkan oleh che det. tak serik kah kita lagi?

Anonymous said...

WAHAI MATKAMBING,

Sila bagi fakta yg tepat dgn sumber rujukan sekali mengenai dakwaan sdra tentang kedudukan Malaysia berbanding dgn Taiwan, Singapura, dan Korea pada tahun 1980 dan kini (sekarang)..

jawab...jgn tak jawab..

Awang Dogol said...

Wahai manusia2 Bangang,

Kemahsyuran, kebijaksanaan seseorang pemimpin itu bukan sahaja pada duitnya tetapi pada akalnya. Sebab itu aku katakan DSMM adalah pemimpin rakyat yg mesti kita julang. Kerana akal beliau lah maka segala duit disalurkan pada tempatnya. Kerana pemikirannya yg kritis lah maka negara ini membangun. Jalan yg bengkang-bengkok bila berkenderaan mengambil masa sehingga 6 ke 12 jam, telah di luruskan dan masa menjadi singkat sehingga 2 ke 6 jam sahaja. Prasarana yg haruk-piruk telah diatur menjadi tersusun. BAngunan2 yg indah didirikan menjadi kebanggaan rakyat. Dulu berbasikal kini berkereta. Dulu berjoget lambak tapi kini dah boleh rap.

Apa lagi yang kau orang merungut hah???? Apa lagi yang kau orang mencacai hah???

Jangan jadi BANGANG SE BANGANG-BANGANANYA SUDAH LAH..

Anonymous said...

Mahathir memang pandai....memula nak buat KLCC..dia bagitau AnandaKrisnan dulu suruh beli tapak lumba kuda tu....

Kendian Anandakrisnan pun jaul balik balik kat Petronas....

Sapa kaya....AnandaKrisnan tu Melayu....maka melayu jugak yang kaya....

Pastu Mahathir hapuskan Lesen TV dan Radio....rupa-rupanya nak suruh semua orang bayar Astro pulak....monopoli oleh AnandaKrisnan jugak...

Sebab AnandaKrisnan tu sebangsa dengan Mahathir....sekaligus yang kaya tu Melayu jugak....

Kakkakakakakakakakakaka....

Ini baru sikit aje nih.....

Mahathir memang bijak menipu Melayu kakakakakaka

Pulak tu...ada Melayu yang gila2backing si Mamak Kutty.....

Itulah Melayu Bangang!

Kakakakakakakakaka

Anonymous said...

saya bekas pelajar ekonomi pada tahun 90'an, pembaca boleh rujuk gdp bagi setiap negara dilaman web world bank dan boleh bandingkan kadar pertumbuhan bagi setiap negara didunia.

matkiasu.

Anonymous said...

Pertumbuja pada sekitar 90an, siapakah Menteri kewangan? Mahadet ka atau Anwar Ibrahim?

Awang Dogol said...

Saya bangga mempunyai pemimpin macam DSMM. Beliau seorang yg berfikiran yg kritis, mempunyai wawasan, mempunyai pandangan yang luas. Beliau lah bapa pembangunan. Belum ada pemimpin melayu yg mana biografi dan pencapaian di dokumentarikan dalam siaran antarabangsa.

Bukannya macam pencacai2 dan blogers PR..habuk pun tarak...BANGANG lagi ada. Lepas tu mengutuk pulak idola aku>

Anonymous said...

Ya...idola aku pon Mahathir jugak....

Dia bukan setakat Bapak Pembangunan..

Bapak Fitnah....

Bapak Rasuah...

Bapak Auta...

Bapak Songlap...

Memang Mahathir sangat hebat....

Tapi zaman takdak internet boleh la auta.....

Zaman internet pun dia Auta jugak.....Auta Awang Dogol....

Awat..Mahathir tu NABI ka..???

Anonymous said...

Kesilapan paling besar chedet ialah melahurkan generasi bengap dan bongok macam kau dan penyokong2 pas bongok.

Awang Dogol said...

Siap yg auta?
kau ka yang auta atau kau ka yang bangang.

Tak nampak ka 2 pencakar langit KLCC...siapa punya idea?

Buta ka sampai tak nampak Lebuhraya utara-selatan...siapa punya perancangan

Bengong ka sampai tak boleh fikir Puterajaya dah jadi kebanggaan negara

Napele BANGANG sangat kau orang ni.Berterima-kasih la sikit. Dia dah tinggalkan kesenangan utk hampa semua. Itupun tak bersyukur.

Betapa bapaknye punye BANGANG.

kolonikof said...

Awang dogol BANGANG...

Buat klcc,puterajaya & lebuhraya kalau tak menyusahkan rakyat takpelah...
Awang dogol BANGANG...dari kl ke utara kau ingat bayar tol RM2 kee...

Anonymous said...

meluat dengar cerita madey kutty ini,Kehidupanya sudah dihujung masa..

Anak anak dan keroni sudah kaya raya inilah kepuasan hidupnya..

Rakyat ditipu hidup-hidup..

BEN10 said...

Awang dogol bangang
sebab TDM pandai la perwaja lingkupkan..
sebab TDM pandai la bank bumiputra
lingkupkan..
sebab TDM pandai la msia jual air
murah kat singapore kan..
kalau nak tulis byk la awang dogol opp awng bodoh

Awang Dogol said...

Bangang woi Bangang..

Kalau hampa rasa susah guna lebuh raya hampa boleh guna jalan lama. Itupun aku nak cerita ka???

Bangang woi Bangang....

DSMM bukan CEo perwaja la dan dia juga bukan CeO BBMB. Jadi jangan la hampa jadi bengong tak kehaluan, CEO yang bertanggungjawap pasal satu2 syarikat, bukan PM dan bukan DSMM.

Jadinya, lain kali kalau kemut sangat nak keluarkan sikit duit nak bayar tol...hampa jalan kaki lagi bagus...minyak tak perlu isi, maintenance tak perlu risau, tol pun tak payah bayaq.

Itu la...aku dah kata hampa ni ada otak tapi otak jenis BANGANG semuanya.

Anonymous said...

Wahai Awang Bangang...

Toksah dok buat perangai Auta Mahathir lah...

KLCC tu berapa ramai Melayu boleh meniaga...????

Orkestra petronas kat KLCC tu ada berapa orang Anak Melayu..????

Kenapa projek buat KLCC tu AnandaKrisnan yang tau dulu...siap boleh buat bangunan Maxis sebelah KLCC buat spoil pemandangan..????

Berapa banyak Rezab Tananh Melayu dah Mahathir lingkupkan...????

Kenapa Ranking Top 5 manusia terkaya dalam Malaysia bukan Melayu..????

Mahathir tu Mamak Penipu....dan hang Awang Bangang manusia yang dah kena tipu dengan Mahathir....

Boleh pulak berterima kasih bila kena tipu..????

Melayu macam hang la Mahathir suka tipu....kakakakakakaka

Anonymous said...

memang betul KERAjaan bina lebuhraya PLUS, tapi kenapa tol mahal sgt. pastu agreement tol naik 3kali setahun. projek pembinaan pebuhraya ini mmg idea bagus, namun kenapa mencekik darah untuk bayar tol. sape yg dapat untung besa. kalau tol di naikkan, harga barang pasti naik. oleh itu jgn berhujah dangkal di sini. bagi aku korang nak sokong UMNO, korang sokonglah, tapi dalam padang mahsyar besok aku nk buat tuntutan kat korang supaya sebab sokong KERAjaan yang kenakan tol yang tinggi. setiap tahun PLUS dpt net profit lebih Rm1 billion. untung byk2 pun, bukan dapat kat rakyat.

Anonymous said...

Kepada semua rakan sepejuangan...
Jangan dilayan orang bangang bernama AWANG DOGOL KEPALA BANA die punye cakap standard budak sekolah bodoh nak mampus ko bodek la lagi AWANG DOGOL kalau smua orang kat malaysia ni berfikir macam ko dah lama malaysia ni akan terlingkup..

rakyat malaysia said...

kalau yakin kt ameno, korang undila ameno.. kalau yakin pas, korang undila pas.. tngok perhati baik2 sblm undi tu.. pnipu ade je kt mana2.. kdg2 diorang tipu dgn pmbangunan yg xde faedah kt rakyat.. buat bangunan tinggi2 tp satu sen xde masuk kt rakyat pastu claim diala yg hebat bangunkan negara.. peace!

Awang Dogol said...

Ish...ish...ish....rupanya hampa ni masih bangang noh!

Kalau si DSMM tipu hampa, pasai apa naik menara KLCC. Pasai apa ada Puterajaya. Pasai apa ada Lebuhraya di sana sini. Dia ada songlap duit ka? Kalau dia songlap duit....benda2 ni semua dah lama tak dak.

Kemudian pasal kenaikkan tol. Hampa ni ada belajaq hukum ekonomi tak? Kalau dah berniaga mesti nak untung. Ini swasta bangang woiii...
Kerajaan lantik swasta buat prasarana untuk rakyat...nak bayaq seketoi kat swasta mana nak korek duit. jadi terpaksa bayaq ansok2. Bila bayaq ansok2...biasa la...mesti ada up sikit.

Nak buat jalan raya....nak buat pusat perdagangan, mesti pakai tanah. Takkan nak pacak kat langit kot? Jadi mana ada tanah kerajaan ambik la...bukan untuk sapa....untuk rakyat jugak. Hampapun boleh tumpang sekaki menyoping.

Jadi, tang mana si DSMM tipu hampa?
Dia tipu hampa ka...atau...hampa yang suka menipu?

Jadi, Jangan memBANGANGkan orang, kalau hampa sendiri tu yang BANGANG.

Anonymous said...

Lebai oh lebai! Panggil manusia anjing UMNO. lebai oh lebai! pak lebai betul!

Anonymous said...

Dalam PAS, ada anjing tak? TGNA dan segala Lebai PAS kena beri dakwah dekat pengikut2 PAS lah. saya pengikut Nabi Muhammad SAW.

Anonymous said...

semua sama je......