"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 04, 2010

Rahsia Yang Khalid Dedah Adalah Penajaan Puncak Niaga Untuk Muktamar PAS di Shah Alam

Benar sekali kenyataan Pak Bakaq@ Penarik Beca dalam artikel beliau yang bertajuk “Tahniah UMNO (2)” bahawa rahsia sebenar yang didedahkan Khalid Samad adalah penajaan Puncak Niaga terhadap Muktamar PAS di Shah Alam.

Kalau kita rujuk pertuduhan Khalid Samad :
  • “Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.”.
Satu pertuduhan yang kelakar dan sangat dangkal. Pertama sekali tidak dinyatakan:
a. Masa kesalahan berlaku
b. Tarikh kesalahan berlaku
c. Tempat kesalahan berlaku
d. Butiran rahsia yang didedahkan oleh Khalid Samad

yang telah didedahkan oleh Khalid Samad.

Selepas itu, Tuan Ibrahim kerap mengulangi tuduhan Khalid Samad mendedahkan rahsia parti, namun dari pertuduhan di atas jelas TIADA RAHSIA yang didedahkan oleh Khalid Samad.

Malahan, Khalid Samad sendiri di dalam kenyataannya berkata:
  • b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.”
Ini jelas satu kezaliman kepada Khalid Samad serta perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana manusia yang mengucap dua kalimah syahadah. Lebih-lebih kalau manusia itu mengaku memperjuangkan Islam.

Bagaimana Allah SWT hendak menurunkan pertolonganNya kepada PAS sekiranya PAS sendiri melakukan kezaliman terhadap ahli dan penyokong mereka sendiri?

RAHSIA INILAH YANG MENJADI PUNCA KHALID DISABITKAN KESALAHAN

Alasan mendedahkan rahsia mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor adalah alasan yang tidak berasas. Ia sebenarnya alasan bagi menyorok motif yang lebih utama: menghukum Khalid Samad kerana mendedahkan kepada umum bahawa Puncak Niaga telah menaja Muktamar PAS Shah Alam. Benar sekali kata Pak Bakaq@Penarik Beca


Kalau tiada penajaan dari Puncak Niaga masakan PAS Selangor mampu menempah bilik2 yang begitu mahal untuk beberapa pimpinan yang dilketahui PRO UMNO.
Mengapa tiada bilik untuk:
a. SU Agung - Dato Kamaruddin Jaafar
b. Ketua Penerangan – Saudara Mahfudz Omar
c. Naib-Naib Presiden-
d. Bendahari PAS Pusat

Apa urusan Roslan SMS, Suwardi Yaakob dan Dr Samsuri untuk mendapat bilik di Concorde Hotel. Apa bisnis Mustafa Ali dapat satu bilik sedangkan beliau Cuma Pengarah JPPP sahaja?

(Suwardi Yaakob yang telah menipu MAIS pun ada dalam senarai jugak ke?)

Bukankah lebih baik wang itu dibelanjakan untuk mengurangkan beban para perwakilan yang telah mengeluarkan wang sendiri untuk datang ke Muktamar di Shah Alam itu?

Untuk melihat kualiti bilik yang ditempah di Concorde Hotel, sila klik di sini .

Salah satu dari 8 pertuduhan Dewan Harian Selangor kepada Khalid adalah pendedahan Khalid sewaktu Muktamar PAS di atas tajaan Puncak Niaga ini. Dikatakan pertuduhan itu tidak “lekat”. Tapi sebenarnya ia lekat, cuma disorok dalam bentuk lain.

Hakikat JK Disiplin tidak mampu memberitahu apa rahsia yang didedahkan Khalid membuktikan bahawa inilah rahsia utama yang menyebabkan Khalid dihukum.

Kita semua telah membaca tulisan Khalid Samad selepas isu SELCAT dan tiada apa-apa rahsia yang Khalid dedahkan dalam blog beliau. Hanya sekadar pendapat pribadi beliau sahaja.

Namun kenyataan Tuan Ibrahim MENEKAN sungguh kononnya Khalid Samad telah MENDEDAHKAN RAHSIA PARTI. Apa nak jadi dengan Dato Tuan Ibrahim? Siapa yang Dato Tuan Ibrahim hendak berbohong dengan? Ahli2 PAS bukan bodoh dan bukan dunggu.

Ahli2 PAS dilatih menentang kezaliman dan menolak kemungkaran. Apa yang Dato Tuan Ibrahim buat ini adalah satu kemungkaran dan satu kezaliman.

Selepas berperangai begini, saya nasihatkan Tuan Ibrahim pergilah menyertai UMNO. UMNO adalah tempat untuk orang-orang yang kerap melakukan kezaliman dan kemungkaran. PAS adalah tempat untuk orang-orang yang menentang kemungkaran dan kezaliman.
Bersedialah Dato Tuan Ibrahim menerima pembalasan Allah SWT.

Tulang Besi

24 comments:

MANSOR JUNUS said...

Tuan Ibrahim dan pasukannya patutlah belajar dari Tg. Ahmad Ritauddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO macam mana nak adili kes2 politik barulah adil.

Rupa2nya dalam Parti Islam pun ada pemimpin2 yang kelakar. Ternyata PAS memang salah pilih pemimpin. Jubah mungkin hebat, kerja belum tentu.

NoraKL said...

Aku lebih tak percaya pada orang yang busuk hati dan suka memporak-perandakan suasana mcm si TB,

TB = TONG BUSUK

rakyat-kedah said...

Kami rakyat Kedah tetap berpegang teguh pada keputusan AJK Disiplin. Kami menghormati keputusan yang telah dikeluarkan.

Anonymous said...

Wahabi Perlis

Oleh : AdukaTaruna

Gua bukanlah dari bidang agama. Maka, lebih elokla lu tapis sendiri. Cuma blog gua, suka hati gualah nak cakap fahaman gua. Ada masa gua balun, ada masa gua kena balun.

Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.

Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..

Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. Janji syurga tidak bermaksud dia maksum dalam setiap isu dan dalam setiap tajuk. Lu tunjuk gua ahli syurga yang tepat dalam setiap tajuk ketika di dunia.

Azazil yang lebih mulia dari Aishah pun silap, inikan pulak just seorang pompuan. Kerana perjuangkan individu (khalifah yang kena bunuh), berjuta-juta mampos. Sohai punya 2 ekor. Bodoh piang. Ali lembab siasat pembunuhan memang salah Ali. Tapi apa kes sampai nak berperang? Bodoh.

INIKAH ORANG KAU SOKONG, JAWAP TOPENG JAWAP

Awang Dogol said...

KAH...KAH...KAH...

SI BANGANG TB NI ADALAH SEEKOR PENYANGJUNG ADUKA TARUNA.

DAH KENA DAH....DUA2 BANGANG. LEPAS TU NAK MENGAJAK ORANG JADI BANGANG MACAM DIA.

HA...HA...HA...KALAU DAH BANGANG TU BANGANG LA TB?

Omar said...

TP,

Tukar tajuk la...tajuk ni dah boring.

Sekarang orang nak tau pasal penghakiman DSAI. Kita orang mau bantai cukup2.

Anak Lenggong said...

Biasa laa Poji@TB tu budak kelantan..pada dia hanya orang pas kelantan je yang elok ..pas dari negeri lain semua tak berguna..kalau tak bodek group husam nanti pulus dia tak masyukk...kah kah kah..

Awang Dogol said...

Anak Lenggong.

kalau aku kata si TB ni bodoh sengal atau si budak Bangan hang setuju tak?? kah...kah...kah...

Marlina-Pulai said...

Dua-dua pun boleh

Sengal pun boleh, bangang pun boleh

Anonymous said...

pada gua plak, pas kena reform juga... kasi bersihkan Stopa ali and the geng

DinRoti said...

Reform konon.....busuk macam tahi kucing.

Anonymous said...

AWANG DOGOL 4B....

AWANG DOGOL BODOH....

AWANG DOGOL BANGANG....

AWANG DOGOL BANGSAT....


from : NAJIB RAZAK KUTTY

Anonymous said...

Aku memang tak percaya pada mamat pro UG ni dari dulu lagi. Dulu mereka kata umno kafir sekarang mereka pula jilat ludah mereka sendiri macam puak kafir umno tu. Orang macam ni tak patut hidup, pasal hipokrit. Selagi mereka meyokong pada perkauman asabiyah tu tak payahlah nak pakai serban berjela pun, sebab mereka2 itu semua manusia munafiq macam gerombolan umno.

Awang Dogol said...

kah...kah...kah...

Hampa ikut TB maka hampa pun kena penyakit TB.

Hampa sokong si BANGANG TB maka hampa pun jadi BANGANG macam dia...


ha..ha...ha..BANGANG...BANGANG...BANGANG.

anak muda said...

http://uwaisqarny.blogspot.com/2010/02/ustaz-nasharudin-mat-isa-di-jemput-dr_04.html

mosabit said...

awang dogol ni ahli umno....no ahli dia 00277165...

tak caya cuba cek......

siapa nama sidogol ni...

kalau aku bohong...bohong lah umno.....

Awang Dogol said...

Ha...ha...ha...

Tembah...tembah....jangan tak tembak..

Seronoknye aku tengok drama tembak menembak dalam PAS.

Nak tengok siapa yang kojol dulu.

Kalau dua2 kojol lagi happy....Yahoooo


BANGANG...BANGANG

Anonymous said...

Awang Dogol, awat hang dok meroyan sangat, buat tabiat ka? alamatnya hang sikit hari lagi dah nak kojol lah tu. Jangan seronok sangat, sebab nanti syaitan jadi kawan baik hang pula.

Awang Dogol said...

Woi kawan2...mai-mai kita tengok filem koboi melayu. Tak kena duit punya.

Sekarang ni tengah tembah-menembak ni.

Tapi..Lambat sangat nak mati apasal.
Pakai la senapang besaq sikit.
atau Bubuh dinamik ka...baru kau..

Kah...kah...kah....seronoknya.


BANGANG...BANGANG

Anonymous said...

aja celaka puak UG ni

ahli pas tido kat surau2, dalam kete, pemimpin2 tido kat hotel disponsor oleh umno.

babi punya mustafa ali etc

aku minta kepada Allah semua tu jadi babi-babi di hari kiamat, mengkhianati ahli jemaah.

termasuklah penyokong2 mereka terutama blogger2 trengganu dan juga wm tko yg bernama SP (Tok Penghulu jg kan?) cukupler galak pertahankan tindakan pemimpin dan ulamak jahat...

Awang Dogol said...

Anon 11:04,

Mu kecek apo tu...aku tak pahang...keh..keh..keh..

kemut sangat kecek mung tu.

BANGANG2 SEKELIAN...LEKAS LAWAN TEMBAK...AKU NAK TENGOK NI SAPA MENANG.

Anonymous said...

mari kita wat Projek Langgar Tuan Ibrahim pulak......

Munafik sekor ni dah jadi bisul kat punggung... lambat dibuang takut bernanah pulak nanti

zaidi said...

tulisan itu lebih tajam dari mata pedang. Jangan berbalah melampaui batas. Jika mengesyaki musuh dikalangan kita, allah maha mengetahui. Apa yang kita nampak tak semestinya betul. Jangan bangkitkan fitnah yang sedang tidur. Renunglah sejarah muawiyah dan Ali. Menguatkan jemaah mengambil masa berpuluh tahun, untuk merosakan jemaah memerlukan sebaris ayat.

Anonymous said...

zaidi,

yang bawa fitnah dan perpecahan ke dalam PAS ialah yang membawa gagasan UG.

Lepas tu kata tutup. lepas tu bila wartawan geletek, terburai balik, lepas tu tutup, bila UMNO panggil duduk atas pentas, kembang plak ekor, kata "PAS tak memusuhi UMNO"...

itulah mereka, itulah UG, itula munafiq sebenar dalam PAS.