Seorang aktivis UMNO menghantar email pada saya dalam FB menjemput saya ke majlis membuat laporan polis. Laporan tersebut dibuat terhadap P.Gunasegaran, bekas wartawan The Edge serta sekarang ini wartawan The Star.
Laporan itu adalah kerana salah satu artikel P.Guna yang dikatakan memperlecehkan hukuman sebat dan sistem syari'ah di Malaysia. Ia merujuk kepada hukuman sebat yang dikenakan terhadap 3 orang perempuan atas kesalahan zina ghiar muhsan di Pahang.
Saya memberitahu beliau saya tak dapat bersetuju kepada laporan polis tersebut. Tetapi, saya akan bersetuju untuk berdebat secara terbuka dengan P.Gunasegaran di atas isu ini hatta di dalam Bahasa Inggeris sekalipun.
Saya menyatakan kesediaan saya untuk berdebat dengan P.Gunasegaram ini secara terbuka. Bagi saya, buat apa kita buat laporan polis pada mereka yang sememangnya jahil dalam agama Islam? Kita hendak bersikap keras kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai maklumat yang jelas berkenaan dengan Islam dan sistem syari'ah Islam? Ertinya kita yang nampak bodoh sebab kita marah pada orang jahil.
Hasil dari tindakan keras kita, mereka tidak akan membuka hati mereka untuk menerima Islam. Mereka kekal di dalam kejahilan mereka dan tiada apa-apa kebaikan yang kita akan dapat sebagai orang Islam di Malaysia.
Kita mesti sedar majoriti orang bukan Islam di Malaysia tidak pernah mendapat maklumat yang betul berkaitan dengan hukum syari'ah Islam. UMNO juga membantu menyebarkan salah faham dan kekeliruan berkaitan dengan Islam kepada orang bukan Islam.
Sebagai contoh, RAMAIIIIIIIIII orang bukan Islam di Malaysia tidak sedar yang hukum syari'ah Islam telah wujud secara rasmi dan diwartakan SEBELUM MERDEKA lagi. Rujuk di sini. Mereka ingat mereka akan dikenakan satu sistem yang baru muncul. Padahal sistem ini telah wujud di Malaysia waktu tok nenek mereka berhijrah ke Malaysia lagi.
UMNO MEMBANTU MENGELIRUKAN ORANG BUKAN ISLAM BERKENAAN ISLAM
Di negara-negara Arab, orang2 Kristian telah sampai ke tahap boleh memakai pakaian seperti orang Islam. Kenapa di Malaysia kita tidak boleh memberi edukasi yang cukup berkenaan dengan Islam kepada orang bukan Islam?
Kita masih ingat sebelum 2004, bagaimana RTM sering kali menyiarkan rakaman Taliban menjalankan hukuman bunuh ke atas pesalah-pesalah syari'ah di waktu “half time” permainan bola sepak di Afghanistan. Perkara-perkara seperti ini sebenarnya MENJAUHKAN orang bukan Islam dengan Islam. Tapi UMNO tidak kira kerana matlamat menghalalkan cara.
Allah SWT Maha Kaya. Orang yang bertanggungjawab terhadap program-program yang menghina Islam itu, akhirnya tersungkur menyembah bumi dalam pilihanraya 2008 di Parlimen Merbok. Zainuddin Maidin cuba menawan undi orang bukan Islam dengan memburukkan Islam, akhirnya orang bukan Islam itu sendiri menimbus Zainuddin Maidin. Allah SWT membalas “cash” segala usaha penghinaan terhadap Islam yang telah dilakukan oleh Zainuddin.
Akhirnya, Tulang Besi kata dia setuju untuk jadi panel forum, tapi untuk protes P.Guna dengan membuat repot polis, Tulang Besi tidak dapat setuju. Masa sekarang ini adalah untuk berdakwah pada yang bukan Islam kerana mereka jahil dan telah terlalu lama termakan dengan propaganda UMNO/BN yang memberi gambaran buruk tentang Islam kepada mereka.
Malahan, Tulang Besi sedia berdebat atau berforum atau berhujjah dengan sesiapa sahaja dalam isu Islam baik dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. Tidak jadi masalah bagi Tulang Besi, insya Allah.
Tulang Besi
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, February 24, 2010
Tulang Besi Dijemput UMNO Protes P.Gunasegaram
Labels:
MalaysiaWaves
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Hoi berok...kau ingat hebat sangat ke boleh berdebat dalam BI tu...?
Buat apa TB nak pi tolong Umno. Setakat sebat politik nak repot polis, orang bodoh saja yang buat. Lainlah kalau sebat 80 rotan si Guna tu buat repot polis, aku pasti humban dia masuk lobang taik.
pencacai umno fikir orang lain bodoh macam mereka?
syabas TB!!! hujah sebenar bahawa org bukan islam sememangnya tdk fhm islam sepenuhnya harus diperjelaskan kepada puak2 ni...pas yakin akn melaksanakn hukum hudud di malaysia ini apbila islam itu sendiri berjaya diperjelaskan dengan detailnya kepada yg bukan islam..
ttpi yg jelasnya hudud ttp akan dilaksanakn walau apa saje yg terjadi dengan syarat pemahamannya diperjelaskan...
Sokong TB,
Memang selama hari nie, um-NGOK yang menakutkan orang bukan islam pasal Hukum Syariah. Kalau diberi penerangan sebaiknya rasanya orang bukan islam takde masalah dengannya.
-madir-
Inshaalah mereka akan tolak UMNO dan sokong hudud
bawk wakil2 DAP yg telah phm dan bersetuju mengenai perkara ini setelah ditarbiahkan oleh PAS..
tolong la TB jgn la salah supermarket kalu kite pakai pakaian yg salah..setiap individu ada otak kurniaan ALLAH kenapa tidak berpikir?
sikap mencari salah org, or menyalahkan org lain adakah sesuatu yg menjadi prinsip tuan?
cermin dan muhasabah diri sendiri..
kalu ade perkara yg dirasakan salah sila kemukakan suggestion2 yg boleh dipraktikkan, beri input..after all, ia kebaikan dan kepentingan bersama..
anti-firaun..
oooo ni...a ah.ye..bile nak buat rusuhan ni UMNO..aku tunggu....kalau tak tak UMNO la...tak umm la.. haha
itu je yg umno boleh buat...nak terangkan hudud kat nonmuslim x de yg layak..last2 suruh polis tarbiahkan mamat nonmuslim tu...makin cpat la ko tombang umno woiii..x sbar nak meraikan hari yg bersejarah tu...ha..ha...ha...
bodohla ko tulang besi, nak laksanakan hudud ingat senangke....selagi ade cina n macha kapir tu jangan harapla woi,,,selagi ade pakatan bodoh tu ....kl
so calok..bila UMNO nak buat hudud?? tunggu MCA ke??
Dewataberapi....
lu beruk umno ke?? wakakaka....
Tulang Besi,
Wa setuju dengan lu dan sokong 100% hujah lu...kejahilan perlu ditutup dengan ilmu..bukan repot polis...
umno sekarang ambik kesempatan konon nak tunjuk depa 'sayang agama'...padahal isu sebat kartika menteri2 pun kacau daun tak kasi sebat, takde plak report polis...
umno bangang dunia akhirat...kekallah umno dalam kejahilan dan menyebarkan pulak kemunafikan pada org2 melayu...
BODOH PUNYE DEWATABERAPI....
TAK TAU NAK HUJAH.... JANGAN HUJAH LA.....
BODOHHHHHH.....
cencalok semakin bengong....hudud utk org islam bukan utk org kapir...org kapir ade hukumnya yg lain dalam islam...ha...ha...ha...masalah sekarang bukan pasal kapir tu jd penghalang tp ko tu yg halang sbb takut dgn hukum Allah SWT..saja tanya...dah banyak ke duit haram masuk dlm perut smpai susah nak terima hukum Allah SWT???? ha...ha...ha...ke takut ali ketam pak sedare ko tu didapti bersalah sbb rasuah...malu satu kluarga woooo....
Hang cencaluk Kalau dah jahil,jgn sentuh pasal agama.Buat malu keluarga dan mak bapak hang yg membesarkan hang jer...TERANG2 HANG JAHIL AGAMA
Post a Comment