"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 25, 2010

Tuntutan Royalti Minyak Kelantan

Saya merujuk kepada artikel oleh Professor Shad Saleem Faruqi yang diterbitkan dalam edisi The Star semalam. Oleh kerana penulis tersebut adalah Pakar dalam bidang Perlembagaan, jadi tidak menghairankan jika sebahagian besar daripada rencananya menyentuh tentang masalah Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan daripada sudut pandangan Perlembagaan. Oleh yang demikian, ia memetik semula sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang tidak relevan dengan tuntutan kami, melainkan ia berpendapat bahawa Akta Pembangunan Petroleum (PDA), 13 Perjanjian dengan 13 Geran Penyerahan Hak yang ditandatangani oleh 13 Negeri dalam Malaysia dengan Kerajaan Persekutuan adalah tidak mengikut Perlembagaan dan oleh kerana itu maka ianya tidak sah. Dengan itu hasilnya nanti akan membawa kesan luar biasa kepada Petronas itu sendiri kerana ianya ditubuhkan di bawah PDA, Hak Kerajaan Persekutuan untuk menerima 5% royalti dari hasil Petroleum yang dihasilkan di mana sahaja di dalam Malaysia juga merupakan hasil dari PDA serta Perjanjian dan Geran Penyerahan Hak dengan 13 Negeri.

PDA memberikan Hak ke atas Petroleum yang dijumpai dan diperolehi di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas. Di bawah PDA, setiap daripada 13 negeri dalam Malaysia yang memeterai Perjanjian dan Geran Penyerahan Hak yang sama kepada Petronas pada tarikh yang berbeza dalam 1975/1976 terhadap pemilikan Petroleum masing-masing kepada Petronas, dengan pertimbangan bahawa Petronas hendaklah membayar kepada setiap Negeri di mana Petroleum yang dihasilkan samada di daratan atau luar pantai dengan bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan setara iaitu 5% daripada nilai petroleum yang dihasilkan di mana-mana Negeri yang berkenaan.

Mengikut PDA, kesemua 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerahan Hak menggunakan istilah "bayaran tunai kepada Kerajaan Negeri berkenaan". Perkataan yang popular digunakan oleh semua pihak ialah "royalti". Namun, tidak ada yang berubah mengenai bentuk pembayaran iaitu bayaran tunai kepada Kerajaan Negeri.

Istilah-istilah yang digunakan dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerahan Hak adalah "di daratan (On-Shore)" dan "luar pantai (Off-Shore)" untuk maksud Petroleum yang dihasilkan di daratan dan luar pantai. Tiada dinyatakan sama sekali samada di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), 13 Perjanjian dengan Negeri-Negeri mahupun 13 Geran Penyerahan Hak tentang sekatan hak setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai bagi pengeluaran Petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantai. Oleh kerana itu, baik PDA, 13 Perjanjian mahupun 13 Geran Penyerahan Hak tiada menyekat pembayaran tunai bagi petroleum yang dihasilkan samada 3 batu, 12 batu, 200 batu atau jarak lain daripada pantai kepada 13 negeri kerana jarak tersebut tidak dinyatakan sama sekali di dalam PDA, Perjanjian dengan Negeri-Negeri dan Geran Penyerahan Hak. Sebaliknya perkataan umum yang digunakan ialah "Off-Shore".

Pada bulan Mac 1978, Petronas memaklumkan Kerajaan Terengganu bahawa Petroleum telah dihasilkan di Pelantar minyak yang bernama Pulai yang terletak sekitar 150 kilometer dari pantai Terengganu. Pada Jun 1978, Petronas telah membuat bayaran tunai pertama kali kepada Terengganu bagi pengeluaran minyak luar pantai Terengganu (di Pulai). selama 22 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 1978 hingga Mac 2000, Petronas telah membuat bayaran tunai kepada Terengganu iaitu sebanyak dua kali setahun dibawah PDA, Perjanjian dan Geran Penyerahan Hak, meskipun minyak dihasilkan ratusan batu di luar pantai Terengganu. Hanya apabila PAS mengambil-alih Kerajaan Negeri Terengganu selepas Pilihan Raya Umum pada November 1999, Petronas berhenti membuat bayaran tunai kepada Terengganu, walaupun Petronas masih lagi menuai minyak di luar pantai Terengganu.

Professor Shad tampak seperti kurang pasti atau tertanya-tanya apakah estoppel digunapakai oleh pihak berkuasa awam. Petronas ditubuhkan di bawah PDA dan ianya juga merupakan Syarikat Awam (Berhad) yang ditubuhkan berdasarkan Akta Syarikat 1965. Petronas adalah Syarikat Gergasi Minyak Multi-Nasional, setanding dengan Exxon Mobil, Shell dan BP di dunia ini - Satu Penghormatan yang tinggi bagi Petronas Malaysia yang telah menandatangani perjanjian dengan Kelantan (seperti yang dilakukan dengan 12 negeri dalam Malaysia), tetapi ianya merupakan noda kepada Reputasi Antarabangsa Petronas jika ia tidak menghormati perjanjian tersebut. Tentunya, estoppel mengikat Petronas, seperti juga syarikat dagangan dan individu lain. Untuk maksud estoppel, Petronas bukanlah Pihak Berkuasa Awam.

Sehingga PDA mulai berkuatkuasa pada bulan Oktober 1974, asas perundangan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak adalah undang-undang yang di buat oleh pihak kolonial Inggeris. Setelah wujudnya PDA dan pembentukan Petronas, Sabah dan Sarawak diperlakukan dalam cara yang seragam sebagaimana 11 negeri yang lain di Semenanjung. Jadi, satu-satunya asas perundangan bayaran tunai kepada Sabah dan Sarawak sejak Oktober 1974, adalah PDA, 2 Perjanjian mereka dan 2 Geran Penyerahan Hak mereka. Kedua-dua negeri tersebut berada dalam kedudukan yang sama dengan Kelantan, Terengganu dan 9 negeri lain di Malaysia. Semuanya dilayan sama di bawah PDA untuk mengelakkan diskriminasi di antara 13 Negeri di Malaysia.

Ringkasnya, Kelantan mempunyai asas tuntutan yang sangat kuat terhadap bayaran tunai/royalti bagi minyak yang dihasilkan di luar pantai Kelantan. Mudah-mudahan, kewajaran dan pertimbangan yang baik akan menang, dan Presiden baru Petronas akan mengambil langkah segera untuk membayar atau tindakan sewajarnya.

Dato’ Haji Husam bin Haji Musa
State Executive Councillor

Chairman of Economic Planning,
Finance Welfare,
Kelantan State Government

*dibawah ialah tulisan Prof Shad Saleem Farudi yang dikeluarkan oleh portaL web The Star pada hari Rabu (24hb. Februari, 2010).
Oil claim and the Constitution
REFLECTING ON THE LAW By Prof SHAD SALEEM FARUDI
http://www.blogger.com/shadsaleem@yahoo.co.uk


The constitutional rights of states in the peninsula are confined to fees for permits and licences for extraction of petroleum from their land and territorial waters. However, there are moral and political issues at play here.

DOES Kelantan have a constitutional right to the oil and gas being extracted off its shores? This question raises engaging issues of constitutional law, of federal-state relations, and of the interpretation of the Petro­leum Development Act 1974, the Petroleum Mi­ning Act 1966 and the “Assignment Deed” between Kelantan and Petronas dated May 9, 1975.

If one were to believe Tengku Razaleigh Hamzah, the highly respected Kelantan Prince and former Petronas chief and Finance Minister, the answer is clearly in the affirmative. If one were to read the 1975 “Assignment Deed” signed respectively by the then Kelantan Mentri Besar Datuk Haji Mohamad Nasir and Tengku Razaleigh, then Petronas chairman, the answer then is in favour of Kelantan.

The Assignment Deed states that Kelantan grants in perpetuity to Petronas exclusive rights to “petroleum whether lying onshore or offshore of Malaysia”. In return Petronas, in a separate agreement, promises a yearly sum amounting to “5% of the value of the petroleum won and saved in Kelantan and sold by Petronas”.

Unfortunately for Kelantan, the matter cannot end with these two agreements. There is a supreme Constitution in Malaysia with a federal-state division of legislative and financial powers. The constitutional allocation cannot be altered except by constitutionally permitted procedures and amendments. Even mutual agreements cannot override the constitutional scheme of things because jurisdiction is a matter of law and not of consent or acquiescence.

Federal powers:

In Schedule 9, List I of the Federal Constitution, the following topics are assigned to the Federal Government:

> Except as to State rights over permits and licences, the Federal Government has rights over development of mineral resources, mines, mining, minerals and mineral ores, oils and oilfields, petroleum products, safety in mines and oilfields: Para 8(j).

> Gas and gasworks, production and distribution of power and energy: Para 11(c).

> Foreign and extra-territorial jurisdiction: Para 1 (g).

> Treaties, agreements and conventions with other countries and all matters which bring the Federation into relations with any other country: Para 1(a) and 1(b).

Peninsular Malaysian States:

When it comes to Peninsular Malaysian States, the following matters fall in State hands:

> Land: Schedule 9 List II, Para 2(a). Under the Interpretation Acts, 1948 and 1967, Section 3, land includes “the surface of the earth … all substances therein… all vegetations and other natural products… whether on or below the surface… and land covered by water”. The territorial waters of Kelantan will come within the definition of “land covered by water”. Territorial waters are defined by Section 4(2) of the Emergency (Essential Powers) Ordinance No 7, 1969. Subject to some exceptions, they refer to three nautical miles.

> Revenue from lands: Schedule 10, Part III Para 2.

> In addition to the income from land, one notes that in Article 110[3A] there is provision for discretionary payment on such terms and conditions as maybe prescribed by or under federal law of the export duty on “mineral oils” produced in the state. Petroleum comes within the meaning of “mineral oils” under Section 10 of the Petroleum Development Act.

Sabah & Sarawak:

In addition to the rights of other states, Sabah and Sarawak enjoy some special sources of revenue.

> Schedule 10, Part V, Para 1 assigns import duty and excise duty on petroleum products to Sabah and Sarawak.

> Schedule 10, Part V, Para 3 assigns royalty and export duty on “mineral oils” totalling 10% to Sabah and Sarawak. “Petroleum”, as defined in the Petroleum Development Act, falls within the meaning of “mineral oils” and, therefore, 10% combined royalty and export duty on it constitutes part of the guaranteed revenue for Sabah and Sarawak.

From the foregoing, it follows that the constitutional right of Peninsular Malaysian states is confined to fees for permits and licences for extraction of any petroleum that is derived from their land and territorial waters.

Anything beyond territorial waters, e.g. on the Continental Shelf, is entirely in federal hands. All gas is in federal hands.

From what is known the present extra-territorial exploration of oil and gas is approximately 150km from Kota Baru. Sadly, Kelantan has no constitutional right to regulate it and to receive compensation for it.

Assignment Deed: What about the explicit provisions in the Assignment Deed of May 9, 1975 between Kelantan and Petronas? The Assignment Deed grants to Petronas all rights to petroleum “whether lying onshore or offshore of Malaysia”.

With all due respect to the drafters of the 1975 Assignment Deed, it contains serious legal defects and must be interpreted under the “doctrine of severability” to sever or separate the legal from the illegal.

This doctrine is employed routinely whenever legislation is questioned as unconstitutional e.g. s. 298A was severed from the Penal Code in Mamat Daud v Government (1988). See also Murugesan v Krishnasamy (1958) on the severing of illegal promises in an agreement for sale and purchase of land.

The Assignment Deed contains the following defects. First, it is unconstitutional. The Assign­ment by Kelantan gives to Petronas the ownership of all petroleum “whether lying onshore or offshore of Malaysia”. Obviously this was an overstatement. Kelantan has no rights to what lies off the shores of the whole of Malaysia.

Furthermore, under the Federal Constitution, extra territorial operations are clearly in federal hands. States cannot transfer rights over something they do not own. In the case of Kelantan and any other Peninsular Malaysian State, the Deed should have been worded to refer only to onshore petroleum.

Second, the Assignment Deed is ultra vires the agreement between Kelantan and Petronas dated May 9, 1976. The Agreement is quite clear that Petronas shall pay “5% of the value of the petroleum won and saved in Kelantan”. There is no mention of offshore petroleum as indeed there cannot be under the Federal Constitution’s division of powers between Federal and state governments

To make legal sense of the Assignment, it must be interpreted in such a way as to make it fall in line with the Federal Constitution, with the Petroleum Development Act and with the Principal Agreement between Petronas and Kelantan. All references to “onshore or offshore of Malaysia” should be interpreted to mean “onshore in Kelantan”.

Equitable estoppel:

In the light of explicit provisions in the Assignment Deed signed by both sides with the concurrence of the Federal Government, can Petronas be prevented from denying its promises to Kelantan? In administrative law, it is generally understood that a public body with limited powers cannot bind itself to act outside its authorised powers. If it has done so, it can repudiate its undertaking.

A public authority may not vary the scope of its statutory powers and duties as a result of its own errors or the conduct of others: Brooks & Burton Ltd v Secretary (1976). If the matter is litigated, a court is unlikely to force a public authority to comply with any illegal parts of its agreement.

Fiscal federalism:

Having noted the constitutional provision, it nevertheless needs to be said that there is more to life than law. Besides the constitutional dimension, there are moral and political issues at play in the Kelantan claim. Our Constitution does not show adequate concern for “fiscal federalism” i.e. an equitable sharing of the sources of national revenue between the Federal and state governments.

It is estimated that for every ringgit the Federal Government collects in tax, the states collect only 10 sen. All West Malaysian states, therefore, have legitimate cause to seek a review of federal-state division of revenue especially in matters of income earned from minerals and mineral oils.

Such a review will require amendments to our basic law. Till then the constitutional position is that in respect of offshore petroleum and gas, there is no legal right. However, the Cons­titution permits discretionary payments.

Article 109(3) permits discretionary grants for specific purposes. Article 109(6)(b) allows payments to the State Reserve Fund. Under Article 110[3A] export duty on “mineral oils” may be shared on such terms and conditions as fixed by federal law. Therefore, there is no need to refer to such payments by the patronising term wang ihsan.

*Shad Saleem Faruqi is Emeritus Professor of Law at UiTM and Visiting Professor at USM
Sumber - :: Selamat Datang @husammusa.com

13 comments:

Anak Bugis said...

Semuanya terletak ditangan rakyat Kelantan.. toksah cert sgt dah pasal constitution..kalau nak bawak ke court boleh tp jangan court kat malaysia.. hehehe, saya ingat kalau lepas ni ada election, pas toksah letak orang sebagai calon.. tp katak, kambing, babi ke lawan calon umno..mesti calon umno tu kalah teruk..

dewatawanberapi said...

hoi anak indon
memangpun taraf wakil rakyat pas macam...katak, kambing, babi

Serupademo said...

VIDEO CERAMAH CERAMAH BOLEH DIDAPATI SERUPADEMO.BLOGSPOT.COM

CERAMAH DSAI TERKINI

AKAN MENYUSUL VIDEO UCAPAN KU LI DI SATDIUM SULTAN MUHAMMAD KE 4 DI KOTA BHARU MINGGU DEPAN DI SERUPADEMO.BLOGSPOT.COM

BOLEH IKUTI CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI SERUPADEMO.BLOGSPOT.COM

Anonymous said...

huhu PRU depan PAS letak babi sebagai calon DUN..kate si anak bugis.

Sudahlah PAS oi..kalo brani bwkla kes ni ke mahkamah. Ini buat malu jer ke hulu-hilir jaje citer yg brape betul faktanya nak tarik undi. Sedihla org luar dr Kelantan tgk.

Mmg btol, ape2pun keputusan terletak di tangan rakyat kelantan. Undila PAS tu pah ceroh. Takdenye ko nak dpt duit 'royalti' tuh slagi bende nih xsetel kat mahkamah. Tak kesahla mahkamah paper pun.

anak perajurit said...

buat malu melayu dan islam je korang2 ni semua.ckp semua mcm tak belajar akhlak kat sekolah dulu.dari penulisan dan komen korang ni dah terang2 menggambarkan peribadi dan hati budi masing2. takde bezanya sapa pun naik lepas ni melayu akan lingkup jugak selagi korang lebih kpd nak meruntuh bukan nak membaiki!jadi la manusia bertamadun sikit bila bg pendapat ni tak..nak provokasi tak habis2!yang blogger pulak semua ambik kesempatan cari duit dengan iklan dan penaja provokator.korang sumer dapat saham sekali tak tau ke?kasi la komen /pendapat yang konstruktif sikit!jangan sampai anak cucu buat rumah/kencing/berak atas kubur korang sbb hilang segala2nya..ingat la yang paling penting sekarang kukuhkan balik asas agama dlm diri sendiri lepas tu keluarga sendiri baru la dakwah tu sampai.entah la tak tau apa nak jadi malaysia lepas ni..keningau dah gempa..miri dah gempa..rembau pun dah gempa insaf la korang...

Anonymous said...

1.Tak habis lagi ka bab nak minta sedekah ni!!
2.baguih!baguih semua fakta yang husam bagi tu!lekas la bawak kemahkamah!!
3.Tak payah buang masa lagi!!nak dengaq cerita kat mahkamah pulak!!
4.kot-kot keputusan jadi belaian dari kes minyak terengganu!!
5.kalu kelantan boleh nanti!puak perlis,johor,kedah dll !nak minta sedekah jugakk!!

Anonymous said...

ade sapa2 selidik kebenaran pasal fakta2 husam and tok Ku Li ni, ade sape2 selidik kebenaran pasal jawab balas kerajaan?..

dua2 pihak ckp menda2 yg melibatkan takrifan undang2, ada hujah2 masing2..betul ke tidak fakta aku tak yakin rakyat kelantan tau..aku pun tak tau sape yg betul sape yg salah, boleh jadi dua2 betul? boleh jadi dua2 salah?

akan tetapi yg rakyat kelantan tau, diorg nak wang besar royalti..korg ckp la akta tu ke akta ni, asal mane 2 yg hujah yg sokong kelantan dpt royalti, itu je yg diorg nak dgr..yg tak sehaluan akan dilabel "pengkhianat"..

kadang2 kite kena muhasabah diri, tanye diri kite, adakah kite benar2 berhak..kalu benar2 yakin, pls go all out..cakap sane sini, tak kemana, bawe ke mahkamah..tp kalu ia sebaliknya, jgnla kite menangguk di air yg keruh, jd kan modal politik utk tujuan tertentu..

anti-firaun

Din Kajang said...

WOII MANGKUK!

SIAPA YANG NAK MINTAK SEDEKAH HAH?
ORANG KELANTAN CUMA NAK TUNTUT HAK MEREKA? KERAJAAN KELANTAN NAK BALIK HAK ROYALTI YANG DIRAMPAS OLEH PENYAMUN2 UMNO-BN? INI HAK KERAJAAN NEGERI DAN RAKYAT KELANTAN TAU?

KITA ORANG BUKAN PEMINTA SEDEKAH...TAPI...KAU ORANG TU YANG PENYAMUN?

Anak Lenggong said...

orang kelantan dibawah nik ajis selama ni baru sedar kut..pastu lak tengku razaleigh yang kamaruk kuasa yang mula terhakis baru nak mula jolok kes duit minyak ni kah kah kah...selama ni diaorang semua tu tidur kee...

SUDAH2 LAA PEMIMPIN KELANTAN OOII..SEKARANG NI ADALAH MASA UNTUK MEMIKIRKAN UNTUK MEMAJUKAN NEGERI..TAK PAYAH LAA MEMALAM NAK MENJUAL MINYAK DENGAN MEMBUAT PEMBOHONGAN KEPADA PENYOKONG YANG JUMUD TU..SERONOK SANGAT LAA KOLIAN BILA PENYOKONG DOK MENYOKONG APA YANG KALIAN KELENTONGKAN..KALAU BETUL2 BERANI BAWAK JE KEMAHKAMAH..BARU LA DAPAT DICARI PENYELESAIANNYA...KALAU SETAKAT DOK LELONG KAT TEPI LONGKANG TAK KEMANA PUN...

Anonymous said...

Anak lenggong bingai...baru-baru ni jo duo pelantar didirikan diperairan kelantan. Bukannyo selamo ni rakyat kelantan x sodar. Maso PAS tawan TGG. Bosepah pelantar diperairan TGG dokek lak tu dongan pantai, alih-alih dari royalty torus jadik wang ehsan.

Yang sobonar eh tengku razaleigh bukan kemaruk kuaso tapi cuma mungkin dah sodar akan kekuasaan ALLAH S.W.T sobab tu la dio sudi borjuang domi kobonaran.

Untuk membawo kes ini komahkamah memanglah digalakan tapi masaalah eh...bulih ko mahkamah hari ini bersikap badan yang telah bersumpah untuk memikul keadilan dengan baik.

Tak guno kau gunokan namo bagaikan pahlawan melayu iaitu ANAK LENGGONG jiko akal kau tak bulih menilai sesuatu dongan baik.

Rakyat hari ini bukan bulih digoreng-goreng soporti pencacai umno yang jumud disuruh jilat dia pun jilat.

Yang mereka topokik tololong bukan usaha sio-sio tapi menambahkan laie ilmu pado rakyat bahawo BN itu adolah perompak.

Akhir sokali..penggunoan pokataan "Wang Ehsan" adolah amat biadap sokali. Mungkin korano dah banyak sangat makan rasuah londir rakyat jangan cakap najib orang umno sondiri dah lupo saranan Tun Abdul Razak...dongan adonyo minyak dibumi bertuah ini kebajikan rakyat hondaklah lupokan.

Rakyat bukan peminto sodokah untuk ditafsirkan dongan caro wang ehsan.

Barua kau Anak Lenggong semoga Allah membori balasan setimpal dongan perbuatan baik mahupun buruk. Sumpah rakyat yang dianiayo jangan dipandang ringan.

Salam

nuarmusa said...

kalau beri pandangan biarlah ada resionalnya..tulisan kita dibaca ramai orang. Berilah fakta dan alasan yang ilmiah..jangan alasan macam budak tak sekolah..!! Pasal royalti atau wang ehsan kita tak payah bertengkar..Kita lihat fakta lalu..Kalau terengganu yang telaga minyak beratus batu dari pantai dapat royalti sejak puluhan tahun..tiba-tiba bila pas perintah maka bertukar jadi wang ehsan..undang-undang mana yang kita pakai..tentunya bukan undang-undang petroleum tapi undang-undang rimba dan yang membuatnya tentunya sang harimau...
Samalah juga kelantan..dua-duanya dalam Malaysia..Kenapa ceritanya tak sama...Pelik dibuatnya. Kalau otak tak masuk air..boleh fikir mana benar dan yang mana bengkok..jangan nak tegakkan benang basah..takutlah kepada Allah...kita berjaya putar belit di dunia kerana kita ada kuasa...tapi diakhirat macam mana...selamatkah kita ??Kalau ikut perjanjian asal hak rakyat kelantan beri sajalah..tak payah nak beri macam-macam alasan...nanti banyak pula soalan di Padang Mahsyar kelak.. Insaflah kita berkhidmat kerana kebenaran bukan kerana untuk pertahankan hayat politik kita...

Anonymous said...

Kesilapan terbesar UMNO terhadap majoriti orang melayu di tanah melayu. Apakah UMNO sedang mengali kubur besarnya sekarang ? kemanakah arah tujuanya untuk survival politik masa depannya ? RM20J tu nothing bagi UMNO, kenapa perlu berebut tulang dengan rakyat biasa ? Tak cukup kan dengan daging berbillion ringgit ? Kesilapan kedua UMNO ialah meletakkan entitinya berpisah dengan masyarakat biasa, status elitnya yang serba serbi betul dan rakyat semuanya tolol dengung dan bodoh. Rakyat dilupakan bila berkuasa dan tiba2 menjadi hamba rakyat bila pilihanraya ? UMNO semakin kuat mengali lubang nya sendiri, semakin dalam hari kehari ..

Anonymous said...

Ni ada lirik lagu untuk umno dan juak-jauknya:

Kali pertama aku
mengenalimu...

Mahu bersama
mahu bersama...

Raut wajahmu bersih...
Menyakinkan hati ini
aku terpaut...oohhhh.....

Semua dusta palsu...
Aku tertipu...

Kerperibadianmu
berubah mengikut nafsu...

Panggilanmu gelaranmu
baru ku tahu...

Lakon layarmu hebat
terpukau ku melihat
Isihati upahan
sampai bila
kau mahu tersesat
Tidak kau penat
hidup penuh muslihat...
Mahkotamu Raja drama...

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya PROPAGANDA...

Mengejar hijau ungu
Mata kelabu...

Ini bukan kau yang
Pernahku kenal dulu...

Panggilanmu gelaranmu
baru kutahu...

Lakon layarmu hebat
terpukau ku melihat...
Isihati upahan
sampai bila
kau mahu tersesat
Tidak kau penat
hidup penuh muslihat...

MAHKOTAMU RAJA DRAMA...

Panggilanmu gelaranmu
baru kutahu...

KAU BERTAPA...
BAGAI MAHARAJA DIATAS LEMBAH
LAKON LAYARMU YANG TERHEBAT
MEMUKAU MATA MELIHAT
TIDAK KAU PENAT
HIDUP PENUH DENGAN
TIPU MUSLIHAT...

SAMPAI BILA RAJA DRAMA
SAMPAI BILA RAJA DRAMA...

TIDAK KAU PENAT
HIDUP PENUH DENGAN
TIPU MUSLIHAT...

SAMPAI BILA RAJA DRAMA
SAMPAI BILA RAJA DRAMA...

TIDAK KAU PENAT
HIDUP PENUH DENGAN
TIPU MUSLIHAT...

Hayati lirik ini dan renung diri dalam-dalam.