Ucapan Zahrain sebabkan Anwar keluar dewan
Ucapan sulung ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim selaku wakil rakyat Bebas hari ini yang mendedahkan punca beliau meninggalkan PKR, menyebabkan suasana Persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.
Malah kurang lima minit selepas bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap mulai jam 5.05 petang, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrain mengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 September".
Zahrain yang menyifatkan rancangan itu sebagai usaha untuk mengambil alih kerajaan tanpa mengira kesannya, berkata beliau masih ingat bagaimana wakil rakyat PKR diperalatkan dan dibohongi kononnya wakil rakyat BN yang akan lompat parti, lebih daripada mencukupi, lapor Bernama
Katanya mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan.
"Malah Yang di-Pertuan Agong dikatakan merestui YB Permatang Pauh sebagai perdana menteri keenam," kata Zahrain ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.
Di peringkat itu, suasana menjadi kecoh apabila Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu.
Kekecohan berlaku apabila beberapa ahli parlimen BN dan pembangkang bangun untuk mencelah, termasuk ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang menggesa supaya Zahrain menarik balik kenyataannya.
Ketika itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee mengingatkan peraturan 36(8) bahawa kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri atau hakim-hakim atau mana-mana Suruhanjaya tidak boleh disebut, kecuali dikeluarkan usul.
Zahrain kemudiannya menyambung ucapannya dengan mendakwa mereka juga dibohongi kononnya panglima angkatan tentera juga menyokong perancangan pembangkang itu yang kemudiannya menjadikan Dewan lebih gamat.
Dalam suasana kecoh itu, Zahrain meneruskan pendedahan mengenai kepincangan dalam perjuangan pakatan pembangkang yang menurutnya, menjadi perjuangan peribadi Anwar yang menyebabkan ketua pembangkang itu akhirnya bertindak keluar Dewan.
Ketika itu kedengaran ahli parlimen BN yang berteriak "pengecut" dan "berani, tunggu", mendesak supaya Anwar tidak keluar Dewan dan mendengar pendedahan mengenai kenapa Zahrain keluar parti kerana tidak percayakan kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang.
Tian Chua (PKR-Batu) turut mempertikaikan kenapa Zahrain mendedahkan perkara itu selepas dua tahun pakatan memerintah Pulau Pinang.
Zahrain kemudian mengulangi dakwaannya bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP sebagai ditaktor, cauvinis dan berfikiran komunis.
"Saya turut simpati dengan kesedaran terlewat ini," kata Tian Chua lagi yang turut mempersoalkan kenapa Zahrain menerima anugerah Datuk Seri daripada kerajaan negeri.
Zahrain berkata perkara itu tidak timbul kerana pingat itu dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan beliau sebaliknya mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri memperjuangkan Islam dengan membangkitkan isu wang zakat dan isu perarakan Maulidul Rasul di negeri itu.
"YB Bagan (Lim Guan Eng) bukan saja gagal menjawab teguran dan kritikan saya, sebaliknya memilih untuk melemparkan fitnah dan tohmahan jahat terhadap saya dan ahli keluarga, kononnya terlibat dengan tender Golf Bukit Jambul melalui syarikat modal dua ringgit, yang anak saya kononnya mempunyai kepentingan.
"Saya telah mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap dia. Dan yang paling malang tindak-tanduk diktatorial, cauvinis, ekstrem, anti-Islam dan ala komunis YB Bagan mendapat sokongan YB permatang Pauh (Anwar)," katanya.
Zahrain turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.
Beliau mendedahkan antara punca beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar ialah apabila PKR terlampau memperhambakan diri kepada DAP sedangkan ketua pembangkang itu pernah memberitahunya yang PKR tidak akan tunduk kepada parti itu.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagaimanapun menangguhkan ucapan Zahrain pada pukul 5.30 petang bagi membolehkan persidangan disambung semula esok.
Itu adalah apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini. Sebenarnya, terdapat beberapa kebenaran dalam apa yang Zahrain Hashim nyatakan jadi saya rasa Anwar Ibrahim tidak harus keluar daripada Parlimen. Dengan berbuat demikian ia seakan tuduhan Zahrain telah kena tepat di kepalanya, dimana saya juga mengandaikan begitu. Tetapi Anwar tidak sepatutnya mendedahkannya dengan ketara. Bermain poker lah , seperti saya. Senyum dan tunggu sehingga tiba masa anda untuk menyerang balik. Aiyah, Anwar, kamu seorang pemain poker yang teruklah!.
Sebagaimana saya berkata, Zahrain tidak berbohong kesemuanya. Dan sebaliknya fakta yang ditimbulkan Zahrain di dalam Parlimen menjadikannya dakwaan yang amat serius. Anda tidak boleh berbong di Parlimen. Jadi Zahrain tidak berbohong. Dia hanya tertinggal banyak fakta lain dalam kenyataannya di Parlimen hari ini(semalam).
Ia adalah benar di mana pembangkang itu telah diberitahu -- atau sekurang-kurangnya sebahagiannya telah diberitahu -- tentera dan Agong dalam keadaan ‘sedia' untuk mengadakan angkat sumpah kerajaan baru. Abdullah Ahmad Badawi telah sepatutnya diusir pada 2008 dan seseorang akan dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-enam.
Tetapi Perdana Menteri yang baru ini tidak semestinya Anwar. Ia adalah orang lain, seorang ahli Umno. Dan ianya bukan Najib. Ia adalah orang lain. Dan Zahrain , sudah tentu mengetahuinya walaupun beliau tidak menyebutnya di dalam Parlimen hari ini (semalam).
Plotnya adalah seperti berikut. Saya disuruh berjumpa Bul, nama pendek untuk Bulat. Semua ‘pelajar lama Malay College Kuala Kangsar (MCKK) tahu saya bercakap tentang siapa. Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas -- seorang ahli Umno daripada Badan Disiplin Umno yang menganggap saya saudaranya dan menasihatkan saya untuk pulang ke Malaysia dan membersihkan nama saya di mahkamah -- juga mengetahui siapakah Bul dan apa yang saya katakan.
Apapun saya dan Bul telah bertemu untuk pertama kali di La Bordega di Jalan Telawi, Bangsar. Isteri saya turut hadir, dan juga orang keempat yang duduk di situ tanpa membuka mulutnya dan tanpa mengatakan sebarang perkataan, seolah-olah dia seorang ahli KGB (Yeap, itu yang saya fikirkan).
Bul kemudiannya menceritakan kepada saya cerita tentang Rosmah Mansor, ADC LT KOLONEL NORHAYATI Hassan, dan suami Norhayati yang berpangkat Lt Kolonel, dan terlatih dalam penggunaan bagi C4 dan berada di tempat kejadian pada malam Altantuya dibunuh. (Saya mengetahui ‘terlatih dalam penggunaan bagi C4' juga turut disahkan oleh orang lain, tentera Kolonel yang menjalankan latihan itu , jadi saya berasa yakin yang maklumat ini adalah betul).
Saya bertanyakan Bul apa dia mahu saya lakukan dengan maklumat ini. “Dedahkannya,” jawab Bul.
Saya memberitahu Bul jika saya melakukannya mereka akan menangkap saya dan menghantar ke penjara. Bul berjanji kepada saya jika itu berlaku mereka akan tampil ke hadapan untuk memberi keterangan. Mereka tidak akan membenarkan saya untuk dihantar ke penjara, Bul meyakinkan saya. Mereka akan datang untuk membantu saya dan memastikan yang kebenaran itu dibongkar.
Selepas pertemuan itu isteri saya memberitahu supaya saya melupakannya. Ia terlalu berisiko, isteri saya berkata. Jadi saya tidak melakukan apa-apa.
Bul kemudian meminta satu lagi pertemuan dan kali ini kami bertemu di Selangor Club untuk makan tengah hari pada hari Ahad. Lelaki misteri seperti ‘KGB' juga turut di situ, begitu juga isteri saya. Bul menyoal sama ada saya akan bertindak di atas maklumat yang dia berikan kepada saya dan saya menyambut, tidak. Saya tidak pasti sama ada maklumat itu benar atau tidak.
Bul meyakinkan saya ianya benar. Dia telah membaca laporan Intelligence Millitary yang telah dihantar kepada Perdana Menteri Pak Lah, Bul meyakinkan saya.
Saya memandang isteri saya yang menggelengkan kepalanya. Bul memberitahu isteri saya jangan risau. Bul menyatakan dia menawarkan jaminannya yang saya tidak akan diapa-apakan. Ini adalah 'dinamit' dan Pak Lah mengetahui ia akan jatuh tetapi beliau masih berdiam. Dan Najib juga akan jatuh maka Malaysia akan mendapat seorang Perdana Menteri baru. Kemudian kami boleh bercakap tentang membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Rakyat dan mungkin menawarkan Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Tidak mendengar nasihat isteri, saya memberitahu Bul saya akan lakukannya. Tetapi dia mesti membela saya jika apa-apa terjadi. Tiada masalah, Bul berkata. Kol Azmi, orang nombor dua dalam Special Branch MIO mempunyai senaskhah salinan laporan yang telah dihantar kepada Pak Lah dan sedang menunggu untuk tampil ke hadapan bagi mendedahkan semua perkara.
Bul mahu tahu bila saya akan lakukannya dan saya kata mungkin saya akan menulis artikel tentangnya pada hari berikutnya. Tidak, tiada artikel, Bul menegaskan. Sebuah artikel tidak cukup bagus. Ia mesti satu akuan berkanun. Kerajaan tidak peduli sebuah artikel. Tetapi kerajaan itu tidak boleh mengetepikan satu akuan berkanun. Jadi ia mesti suatu akuan berkanun.
Sementara itu, saya dan isteri bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali untuk mengetahui sama ada dia bersetuju dengan calon baru untuk Perdana Menteri atau dia memilih untuk Najib untuk mengambil-alih. (Tan Sri Sanusi Junid boleh mengesahkan ini). Dr Mahathir memberitahu kami dia tidak menyebelahi Najib dan bersetuju dengan lelaki yang dinamakan oleh Bul.
Jadi kami telah mengaturkan pertemuan antara lelaki ini untuk bertemu Dr Mahathir dan mereka telah bertemu beberapa kali. Dr Mahathir juga menghantar Datuk Andrew Leong bertemu lelaki ini untuk membuat perjanjian. Saya, sebenarnya, disusun untuk pertemuan antara Andrew Leong dan lelaki ini. Saya turut serta menjadi pemerhati dalam pertemuan itu.
Perjanjian itu telah dipersetujui. Saya akan menandatangani Akuan Berkanun. Pak Lah akan digulingkan. Najib akan disekat dari mengambil alih kerajaan. Dan Perdana Menteri baru itu akan mengambil alih kerajaan dengan restu Dr Mahathir.
Tidak lama kemudian sesuatu telah berlaku. Calon untuk Perdana Menteri baru diminta untuk mengesahkan yang dia bersetuju kepada penubuhan Majlis Presiden apabila dia menjadi Perdana Menteri. Dan Majlis Presiden, akan diketuai oleh Dr Mahathir dan memberi ‘panduan' kepada Perdana Menteri baru.
Calon untuk Perdana Menteri berkata tidak. Jika dia menjadi Perdana Menteri dia akan membuat keputusan bagaimana negara ini ditadbir. Dia tidak akan menjadi Perdana Menteri boneka kepada Majlis Presiden yang mempunyai kuasa sebenar di belakang pentadbirannya. Dr Mahathir, sebenarnya telah mengumumkan semasa satu mesyuarat dihadapan kira-kira 1,000 anggota ahli Umno di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya yang Majlis Presiden ini akan ditubuhkan dan Perdana Menteri akan datang akan menjawab tentangnya.
Bila lelaki ini berkata tidak, Dr Mahathir membuangnya dan berpaling kepada Najib. Najib telah kembali dalam perancangan dan lelaki ini sudah terkeluar. Tetapi sialnya, dalam sementara waktu itu saya telah telah pun menandatangani Akuan Berkanun yang bukan sahaja untuk menyingkirkan Pak Lah tetapi juga menolak Najib.
Saya adalah satu keaiban kepada mereka. Mereka perlukan Najib sejak lelaki itu tidak setuju dengan penubuhan Majlis Presiden manakala Najib bersetuju. Jadi mereka perlukan sesuatu untuk membersihkan nama Najib. Untuk melakukannya, mereka perlu menjatuhkan saya.
Kepada pembaca-pembaca yang disayangi, inilah sebab mengapa saya dalam keadaan kesusahan ini. Saya sepatutnya menjadi pemangkin menyingkirkan Pak Lah dan menghalang Najib daripada mengambil alih kerajaan. Tetapi perjanjian itu telah rosak. Dan insan lain yang sepatutnya untuk mengambil alih telah diketepikan. Dan saya diberi ‘kad merah' dan keluar padang.
Ini membuatkan isteri saya menjadi marah gila. Bila saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Bul menelefon isteri saya dan berkata bahawa lelaki ini hendak bertemu dengannya. Isteri saya memberitahu Bul untuk memberitahu lelaki ini pergi jahanam dan meletakkan telefon.
Isteri saya kemudiannya bertemu Anwar untuk memberitahunya keseluruhan cerita, yang kebanyakannya Anwar sudah mengetahui. Anwar pergi untuk bertemu lelaki ini, yang telah sepatutnya menjadi Perdana Menteri baru. Anwar memberitahunya saya telah menandatangani Akuan Berkanun itu kerana mereka yang menyuruh saya berbuat demikian. Dan ia sepatutnya untuk membuka jalan kepada lelaki ini , bukannya Najib, untuk mengambil-alih jawatan Perdana Menteri.
Tetapi dia tidak berani tampil ke hadapan untuk menyingkap apa sebenarnya berlaku dan mengapa saya sendiri yang menandatangani Akuan Berkanun. Isteri saya kemudiannya mendesak Anwar pergi ke mahkamah untuk bertemu saya dan memberitahu saya secara peribadi, dan Anwar turuti. Saya akhirnya tahu bahawa mereka telah meninggalkan saya sebagai ‘kemusnahan sampingan' dan sebab itu saya bersendirian sekarang.
Apapun, saya kaitkan cerita ini dengan kenyataan kepada Special Branch, yang telahpun direkodkan. Saya sepatutnya kemudiannya menandatangani kenyataan saya itu, proses normal apabila mereka mengambil kenyataan semasa anda menjadi tahanan ISA.
Tetapi mereka tidak pernah membenarkan saya menandatangani kenyataan saya. Pada hari saya sepatutnya menandatangani kenyataan saya, mereka telah menghantar saya ke Kamunting. Saya mungkin satu-satunya tahanan ISA yang tidak diberi untuk menandatangani kenyataan. Dengan jelas, mereka takut membenarkan saya menandatangani kenyataan saya supaya jika kerajaan ini jatuh satu hari nanti, kenyataan ini tidak akan jatuh kepada tangan sebuah kerajaan yang baru.
Datuk Zambri Ahmad, orang kanan dalam Special Branch yang bertanggungjawab menyoal siasat saya, mengetahui apa sebenarnya yang saya katakan ini. Dia turut mengesahkan dia secara peribadi mengenali Kolonel Azmi, orang nombor dua dalam Special Branch MIO yang saya katakan tadi.
Jadi Zahrain tidak berbohong di Parlimen hari ini (semalam). Apa yang diberitahunya dalam Parlimen perihal tentera dan Agong sedang bersedia untuk mengangkat sumpah kerajaan baru adalah benar. Zahrain hanya tidak memberitahu kepada Parlimen keseluruhan cerita sebenar. Dan saya hanya menyusun kepingan-kepingan gambar yang tidak lengkap.
Terima Kasih Zahrain. Dengan menimbulkan perkara ini di Parlimen membenarkan saya menambahkannya cerita untuk anda. Muchos gracias.
Sumber - Pulakdah!
18 comments:
umno dan media utama malaysia telah berjaya mengaleh rakyat malaysia dari isu sebenar kepincangan dan kezaliman ynng diakukan oleh bn melalui isu 16/9 yang diperkatakan oleh zahrain golf. zahrain golf telah menjadi anjing salakan umno yang baik sekali. hanya umno yamg boleh menampong gaya hidup zahrain yng telah jatuh terduduk sebelum ini. selama dua tahun dia didalm pr suaranya diparlimen tak kedengaran pun! orng bayan baru semua dah tahu akan gelagatnya. dia telah dimalukan oleh penyokongnya sendiri semasa balik ke kawasanya minggu lepas. anjing ini akan memalukan umno pula selepas ini, cayelah!
Inilah perangai pelik mangkok2 hayon dalam PKR. Semuanya nak salahkan UMNO. LGE yang taknak bagi tender pada zahrain, apa pulak UMNO yang nak di salahkan?? Ape lu cerita?? Sudah pekak atau buta kayu? Mamat tu piss off sama LGE la mangkok. And then piss off dengan Anwar. Karpal pun pernah piss off dengan Anwar. Apehal pulak pulakk semua nak salahkan UMNO. Tap ape buat. Pengikut PKR kebanyakannya telah direndah2kan mentalitinya. Janganlah jadi tong sampah.
hoi mangkok, zahrain golf tu berani cakap dalam parlimen sebab disana dia ada imuniti. kalau cakap kat luat tentu muka kena penggal dengan najis! hang tak tahu ka puak umno tanjung sekarang bela dia supaya menjadi anjing salak dengan imbuhan yang tinggi. hutang tinggi gunung dah selesai tok wan1
Hoi mangkok tepen, ade bukti ke? Dah tengok ke acct statmnt dia? Kalau ader, scan and paste la kat sini. Kalau dapat cerita dari kedai kopi tu, takyahlah nak tunjuk2 pandai Kalau cakap macam tong sampah kosong lebih baik jgn cakap langsung. Jgn jadi totok2 dalam PKR. Ibarat tong sampah. Terima apa sahaja yg disumbatkan didalamnya.
hoi mangkok member aku nampak kat london aritu , memnag licik tapi orang tahu jugak!
RPK DGN BANTUAN TB CUBA SPINN ISU SEBENAR,..
SOALNYA,..SIAPA YG NAK PERCAYA????
SOALNYA,..SIAPA YG NAK PERCAYA????SOALNYA,..SIAPA YG NAK PERCAYA????SOALNYA,..SIAPA YG NAK PERCAYA????SOALNYA,..SIAPA YG NAK PERCAYA????SOALNYA,..SIAPA YG NAK PERCAYA????
MUNGKIN RPK INGAT MALAYSIA MASIH DIZAMAN BATU,..
DSAI LARI KLUAR DEWAN TELAH MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA
its TRH. Most noble and longest serving YB
salam...
sy bersimpati dgn RPK..tp kesilapan ni disebabkan oleh beliau sendiri... melibatkan diri dgn konspirasi yg melibatkan tun mahathir...apa2 pun good luck..kebenaran akan tetap terdedah
adoi haa...
taktik anwar ni org da pandai baca da..
dgn menidakkan kata zahrain, ia jelas menunjukkan yg PR mmg penipu, berselindung dari isu sebenar, apetah lagi, yg mendedahkan adalah x-parlimen dia sendiri..
pendedahan zahrain dan juga respons spontan anwar jelas menunjukkan zahrain bercakap perkara yg betul, jd menidakkan ape yg zahrain dedahkan itu mmg menjerat diri sendiri..
so anwar ngan RPK nak buat ape?..suma org tau, tak pecaye kpd anwar, kesan dia amat hebat, PR bakal tersungkur, jd penting utk memulihkan imej anwar yg dikatakan gile kuasa nak jd PM Malaysia..
so taktik yg camni la, spt ape yg RPK tu tulis tu, conversation2 tu saje nak make it "real", nak divertkan isu anwar gile nak jd PM ke org lain..
so, senang je..iyekan aje pendedahan zahrain tu, pastu tokok tambah sikit dgn citer spin utk divertkan imej anwar yg tercalar tu ke org lain..KU LI ke? haahahaha...tak dapat aku bygkan kalu betullah Sept 16 tu terjadi, pastu Ku LI jd PM...
citer2 palsu ini jelas bertujuan utk membersihkan imej anwar di 'mata' rakyat..RPK punye spin..perghhh..tp hanye org yg bangang bodoh sombong je yg pecaye citer ni..
anti-firaun
mcmana nak percaya ckp zahrain. 4 mp yg dia tuduh nak lompat dah nafikan. sudah2 la tu anti-firaun. ko dah jd pencacai zahrain pulok ker????sudah la org suruh bincang masalah rakyat, dia p sibuk nak ckp pasal dsai. zahrain tu mmang x amanah tahu??? dah la kencing pengundi pastu sampai parlimen x buat kerja...ape punya malaun la lu bai...
anti-dajjal
wei bangang..
mmg la 4 mp tu nafi lompat party, sbb ape yg zahrain ckp tu pasal pembohongan si nuar tu..
kalu 4 mp tu kata dia nak lompat, kira nuar tu ckp betul la..ade org nak lompat..
masalahnye nuar ni penipu..so 4 mp yg kata dia tak lompat da menjelaskan yg anwar kaki penipu../
kau ni bebal sgt pesal?
KO NI MMG BENGAP+BEBAL+BODOH PIANG LER ANTI DAJAL...TAK PERNAH AKU JUMPA ORG SEBANGANG ANTI DAJAL KECUALI DALAM PR N SI TOPENG GAMPANG NIE...SUKA AMIK TUNJUK STATEMENT SPARUH2...BODOH AL BAGHAL KORANG
kahkahkah
umngok2
dah klau dia cakap skerat tipu sekerat betoi
ko nk sokong ker
kat anuar penipu
org umngok nie zahrain penipu pcaya pulak
aper spesies bngang ler nie
WOI MANGKUK2 PiRah....PRBLMNYE NAPE YG SI MAIN JUBUQ TU KUAR DEWAN KALAU BETUL DIA TAK SALAH...LA NI DH KUAR NEGARA PLAK..TU MESTI NAK JUMPA SEDARA SEJUBUQ DIA DKT LUAR SANE MINTAK IDEA CAMNE NAK ALIH PERHATIAN RAKYAT PADA ISU DIA DOK MENIPU WAKIL RAKYAT PiRah TU...BERANI KERANA BENAR...TAKUT KERANA SALAH...ADE TELUQ KE TAKDE TELUQ JUBUQ TU???KALAU TAKDAK TELUQ CAMNE PLAK BLH MAIN2 JUBUQ DGN ORG...KE TELUQ DIA KECUT SBB DOK LAMA SGT DLM AIRCOND DKT DEWAN TU,TMBAH PLAK DOK KENA HANTAM GILA2 MGGU LPS..
ALIH2 BG ALASAN SEMUA NI KEJE ORG UMNO/ORG BN...DAH TAKDAK IDEA LAIN KA SI JUBUQ N THE MEMBER2S OF PiRah???????
BODOS AL BENGAP BETUL GENG2 PiRah NIE!!!!!!!!!!!!
Wahai Geng2 PR,
Tindakan Anwar keluar dewan telah mencerminkan kebenaran tuduhan terhadapnya. Secara psikologinya, Anwar masih berpikiran yang Zahrain seperti masih di dalam PKR dan dia tidak dapat mengawal Zahrain. Dia jelas tidak dapat mengawal emosi amarahnya lantas meninggalkan dewan. Nampaknya ada kebenaran tentang apa yang diperkatakan oleh si zahrain.
wuihh..berangin sangat pencacai umno ni kat Anwar.
Apaadahal dia nak duduk ke atau nak keluar dari dewan.
Kalau betul pun apasalahnya...nampak sangat orang umno sendiri tak sokong najib.
Kalau betul apasalahnya...tumbang sudah kerajaan yang makan duit rakyat dan suka cuba memperbodohkan rakyat.
Kalau betul apasalahnya...
demokrasi yang sihat. BN buat salah kita tumbangkan BN, PR buat salah kita tumbangkan PR.
Mungkin jugak Anwar keluar supaya Zahrain tak menyalak lebih kuat lagi yang akan menyebabkan Zahrain sendiri terperangkap.
4 YB dah nafi...polis nak siasat Anwar...Anwar aje ke? Dah tentu nama-nama yang disebut akan disiasat termasuk agung.
Kalau agung kata tidak...hah sapa yang akan dicekup...Zahrain atau Anwar?
Kalau Anwar nak kena cekup takde pulak document atau rekod perbualan macam kes lingam nak membuktikan Anwar salah.
Siapa yang akan pitam...? Najib? Muhyiddin? Zahrain atau pencacai umno kaki ronggeng?
Kah kah kah...lagi lama umnobn memerintah lagi banyak lawak banggang yang dibawaknya...kah kah kah
mempelung, ko mmg best. kenapa masih ada penyokong babi negara kat malaysia ni? konsepnya mudah je, kita rakyat, kita yang memilih pemimpin, kita tengok umno:
1) hukum hudud x dijalankan
2) baru umah ketua cawangan umno cheras, ada aset Rm400,000, dalam umah punya aset, blum bank, dan harta-harta diluar negeri.da 2, bape aset PM & TPM dan YB2 sume?
3) kenapa kes altantuya & kapal selam scorpene dan kes umah khir toyo RM 24 juta dan enjin jet hilang senyap begitu sahaja iaitu kes yang melibatkan keselamatan negara tahap 1, tp bila kes liwat anwar, kes 16 sept liputan meluas, polis bukan main siasat lg, walhal itu hanya kes moral yang tidak mengancam keselamatan negara. benda ni budak sekolah pun leh fikir la, watpe korg nak fikir rumit2? skrg BN mmg corrupt, kita da tau, tradisi BN mmg xleh ubah, diorg kawal undang2. badan kehakiman pun BN pegang. kalo cmni, BN akan perintah malaysia sampai kiamat, xde demokrasi la cam2, sbb 2 anwar minta kuasa asing untuk tamatkan pemonopolian ni. so, BN corrupt, kita vote PR, PR corrupt, kita vote lain. senang je, ape yang nak ditakutkan, malaysia da ada sistem yang sedia ada, jabatan-jabatan sume da expert, tinggal menteri yg pgang portolio dengan pengarah-pengarah jabatan je nak kene jujur. so, sape naik pun x susah perintah malaysia, kita da ada sistem, negara kita banyak hasil semulajadi, getah, kelapa sawit, minyak, timah, biji emas, nenas etc, tp rakyat masih banyak yg miskin, pengangguran hampir 1 juta, ekonomi tertinggal berbanding singapore yang xde hasil semulajadi, ini x sepatutnya berlaku, kita sepatutnya kaya, kalau hasil negara diagihkan kepada rakyat secara adil, tp, ini, orang atas jd vacum cleaner, habis sume dia sapu, rakyat? so fikir-fikir la, kita bagi PR peluang,2-3 penggal, jgn setaun dua nak tgk kemajuan, jgn jadi mcm muhyideen, ckp mcm bdk sekolah kelas terencat akal, baru dua tahun nak bandingkan pembaharuan yang dibuat najib, najib menteri keewangan pgang duit, stakat pgang duit pastu wat klinik 1 malaysia pastu bagi duit kat imam n qari, ekonomi? down, duit kelepet berbilion mana rakyat x miskin.adik aku pun boleh, umno 50 taun kemajuan pun x la maju sangat nak banding dengan singapore, kita merdeka dulu, tp ekonomi dorg maju lg dari kita.
hello RPK kenapa tak dengar cakap isteri kau? dia perempuan ada naluri lebih baik. kenapa nak berkomplot dgn tun mahatahi? sekarang kan kau terperangkap. siapa yg susah? kau juga yg susah. jgn bagi mahatahi nyawa la RPK. jgn buat org bugis malu la bro. ingat RPK kalau jumpa ular dgn keling katok keling mahatahi dulu sebab ular tak patuk kalau tak diganggu tapi keling memang belit org kalau tak di katok. dah terantuk baru nk terngadah. itulah gara gara dibelit mahatahi hahaha.....
Post a Comment